Saturday, September 14, 2013

Cerpen: Ros Hijau #1


"Aku tak suka bunga mahupun kamu!" Dilemparkann bunga Lili di tangannya ke tanah tanpa rasa bersalah. Yang ada hanyalah rasa benci.

Lelaki di hadapannya hanya memandang dengan perasaan sayu sahaja bila bunga yang dibeli untuk gadis kesukaannya, diperlakukan sedemikian rupa. Di tambah lagi dengan ayat gadis itu, benar benar menikam hatinya.

Lelaki itu melepaskan satu keluhan. Dipandang gadis di hadapannya dengan penuh sejuta persoalan. Kenapa membenci bunga? Jikalau membenci sekalipun, tidak perlulah melayani tumbuhan itu sedemikian rupa. Tumbuhan itu tidak bersalah. Yang bersalah hanyalah dirinya. Adakah? 

Dia cuma menyintai gadis itu. Adakah itu dikira suatu kesalahan bila cintanya hanya bertepuk sebelah tangan? Adakah dikira suatu kesalahan jika hatinya terus mahu menyimpan perasaan pada gadis di hadapannya walau berjuta kali hatinya terluka disebabkan gadis ini?

Jadi, apa yang kamu suka?” Soal lelaki itu dalam nada tenang.

Gadis itu menjeling lelaki di hadapannya. Mahu saja memarahi sekali lagi. Tapi dia tak lakukan itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk beredar dari situ tanpa menjawab soalan lelaki itu.

Dan lelaki itu hanya memandang sahaja pemergian gadis itu. Dia sedar mata gadis itu berkaca, seolah-olah mahu saja menangis. Tapi atas sebab apa? Adakah apa yang dilakukannya ini salah? Adakah apa yang dilakukannya ini benar-benar menyakiti hati gadis itu?

Sekali lagi terdengar keluhan dari lelaki itu. Tertanya-tanya kenapa sebegitu rupa gadis itu melakukan pada bunga. Pada mana-mana bunga, sama ada bunga Ros Merah yang dihulurkan pada minggu lepas atau bunga Matahari atau mana-mana sahaja bunga yang pernah dihulurkan padanya. Semuanya akan berakhir seperti bunga Lili di kakinya kini. Seingatnya, semua perempuan sukakan bunga. Tapi gadis yang disukainya ini langsung tidak menyukai bunga.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Hai…” kedengaran satu suara lelaki menyapanya. Dia menoleh. Rupanya lelaki itu lagi. Ah… apa lagi yang lelaki ini mahu darinya lagi?

Boleh kita duduk berbual?” Lelaki itu kembali bersuara setelah sapaannya tidak berbalas. Dia mengambil tempat di sebelah gadis itu di bangku taman itu. Senyuman terukir apabila gadis itu menjarakkan sedikit diri darinya.

Kamu suka melukis ya?” Disoal gadis di sebelahnya. Sekali lagi senyuman terukir apabila gadis itu terus sahaja menutup sketchbooknya.

Jadi, sebab itulah kamu tak suka bunga. Kamu…” Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, gadis itu sudah mencelah.

Berikan aku Ros Hijau.

“Maksud kamu?”  Soal lelaki itu hairan.

Berikan aku Ros Hijau
“Berikan aku ros hijau dan aku akan cuba fikir untuk beri kamu peluang,” balas gadis itu sambil mengukirkan senyuman.

Lelaki itu turut mengukirkan senyuman. Rasanya itu adalah pertama kali gadis itu mengukirkan senyuman padanya. Ada harapan untuknya.

“Kamu… berkata benarkah?” Soal lelaki itu sekali lagi. Masih lagi dalam keadaan tidak percaya. Senyuman terukir lagi apabila melihat gadis itu menganggukkan kepala.

“Terpulang pada kamu. Kita jumpa lagi. Kamu tahu di mana aku tinggal bukan?”

Lelaki itu menganggukkan kepala sambil matanya memandang gadis itu yang sedang mengemas alatan lukisannya sebelum dimasukkan ke dalam begnya. Dia perhatikan sahaja gadis itu berlalu pergi. Sekali lagi dia mengukirkan senyuman. Ada harapan baru untuknya.

Tapi ah… di mana dia mahu cari Ros Hijau itu? Dia pernah dengar tapi jarang sekali dia lihat bunga itu di kedai bunga. Kebiasaannya dia selalu lihat Ros yang berwarna Putih, Merah dan Merah Jambu. Tak apa. Dia pasti dia akan menjumpai Ros Hijau yang diminta oleh gadis itu.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Lima bulan berlalu….

Loceng rumah ditekan sebelum pintu di hadapannya terbuka. Kelihatan seorang wanita dalam usia 30-an muncul.

“Edrina ada?”Soal lelaki itu.

Kamu siapa?’ Soal wanita itu. Dipandangnya lelaki di hadapannya dari atas sampai bawah. Tiba-tiba sahaja dia mengukirkan senyuman tatkala memandang jambangan Ros Hijau di tangan lelaki itu.

“Kamu tentunya Adrian bukan?” Wanita itu bersuara lagi sebelum mengukirkan senyuman.

Lelaki itu memandang wanita di hadapannya dengan hairan. Bagaimana wanita ini mengetahui namanya?

“Aku Anna, kakak Edrina. Silalah masuk,” pelawa Anna pada Adrian dengan senyuman.

Adrian melangkah masuk, menuju ke arah sofa di ruang tamu yang ditunjukkan oleh Anna. Beberapa minit kemudian, Anna muncul dengan dulang cawan berisikan Kopi dan Kek Keju.

“Edrina pernah ceritakan pada aku tentang kamu,” ujar Anna setelah Adrian selesai menghirup Kopi.

Adrian memandang wanita di hadapannya. “Dia pernah bercerita tentang aku?”

Anna menganggukkan kepalanya sambil mengukirkan senyuman. . “Selalu. Dia akan ceritakan pada aku tentang kamu setiap kali kamu bawakan bunga untuk dia.”

Adrian mengukirkan senyuman tatkala mendengar ayat Anna. Rupanya dia juga punya erti pada Edrina. Dan dia mendengar dengan penuh perhatian pada setiap cerita yang Anna keluarkan tentangnya. Tentang apa yang Edrina ceritakan pada kakaknya tentang dirinya.

“Boleh aku tanya sesuatu?” Tiba-tiba sahaja Adrian bersuara setelah Anna selesai bercerita.

Anna menganggukkan kepalanya. “Apa soalan kamu?”

“Kenapa Edrina terlampau membenci bunga? Boleh aku tahu itu?”

Anna mengukirkan senyuman. Adrian langusng tidak memahami erti senyuman itu.

“Biar aku bawa kamu ke suatu tempat,” ujar Anna sebelum bangun dan menuju ke arah laman yang terletak di belakang rumah. Adrian hanya menurutinya dari belakang.

Adrian memandang keadaan di sekeliling laman itu dengan penuh rasa kagum. Berbagai jenis tumbuhan dan bunga di sekelilingnya. Cantik!


“Ini kepunyaan Edrina,” ujar Anna dengan senyuman di bibir.

“Bunga? Dia suka bunga?” Soal Adrian hairan. Setahunya Edrina benci bunga.

Anna mengangukkan kepalanya dengan senyuman. “Bunga adalah kesukaan dia. Yang paling dia suka selain melukis.”

“Tapi…” Adrian mahu bersuara lagi tapi Anna memotong.

“Dia risau jika dia terima bunga dari kamu, kamu tak akan pernah lagi hulur dia bunga. Risau jika kamu tak akan lagi muncul dan bawakan dia bunga. Dia tahu kamu seorang yang tak akan putus asa untuk tawan hatinya.  ”

Adrian mengukirkan senyuman. Jadi, itulah hal yang sebenarnya.

“Jadi, sebab itu dia perlakukan bunga-bunga dari aku sedemikian rupa?”

Anna menganggukkan kepala.

“Dia terluka sebenarnya. Dua kali terluka setiap kali dia perlakukan bunga-bunga dari kamu sedemikian rupa.”

“Maksud kamu?”

“Satu kali terluka bila dia perlakukan sedemikian rupa pada benda yang dia suka. Satu kali terluka apabila dia lukakan hati kamu.”


Sebenarnya dia turut terluka. 
Adrian menelan air liur. Ah… rupanya itu hal yang sebenar. Dipandang jambangan Ros Hijau di tangannya. Adakah bunga ini akan mengubah segala-galanya?

 “Biar aku bawakan kamu sesuatu,” ujar Anna sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, meninggalkan Adrian keseorangan di laman itu.

Adrian mengambil peluan itu memerhatikan keadaan sekeliling sebelum matanya terpaku pada satu pasu bunga. Pasu yang mengandungi bunga Ros Hijau. Dia tersenyum sendirian. Kalau diikutkan akal fikirannya, dia belum pernah membawakan Edrina bunga Ros Hijau. Tentunya bunga itu adalah yang paling Edrina suka antara banyak bunga yang disukainya.

“Nah!” kedengaran suara Anna dari belakang. Wanita itu menghulurkan sebuah buku pada Adrian.

“Ini?”Soal Adrian.

“Sketchbook Edrina,” balas Anna dengan senyuman.

Dibelek Adrian buku lakaran Edrina. Satu persatu helaian kertas dibeleknya. Dia tersenyum menyedari buku itu sebenarnya adalah tentang lakaran wajahnya. Setiap helaian ada lakaran wajahnya. Senyuman makin melebar bila di helaian terakhir ada lakaran dirinya sedang memegang jambangan Ros Hijau. Di atas kertas itu, bunga di tangannya diwarnakan dengan warna hijau.

Dia tahu kamu akan datang dan bawakan dia Ros Hijau satu hari nanti. Bunga kegemaran dia,” ujar Anna.

Adrian mengukirkan senyuman. Di pandang lagi lakaran itu. Di hujung kertas itu, ada nama Edrina dan satu tarikh di bawah nama itu. Tarikh lima bulan yang lalu. Adrian menarik nafas. Menyesal tidak muncul terlalu awal. Dia kebelakangan ini, sibuk dengan pekerjaannya.

“Di mana Edrina?” Soal Adrian. Dia lihat senyuman di wajah Anna dimatikan.

“Aku bawa kamu ke satu tempat. Tempat di mana Edrina berada sekarang ini,” balas Anna dengan lemah.

Adrian hairan. Di manakah Edrina berada? Gadis itu tidak pula berada di tempat yang selalu dia lihat gadis itu. Ternanti-nanti juga dia kedatangan Edrina tapi gadis itu tidak muncul sejak sebulan yang lalu.


-To be continue-

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tuan empunya blog: Endingnya bersambung next entry. :)



6 comments:

  1. Replies
    1. Panjang sebab aku tahu kau tak akan baca. :3

      Delete
  2. Apa.. bersambung?


    Er... reen. Ni dah penyakit mls logout pula.. dari uo n3 yg last tu smpai la ni aku
    Aku belum logout dari gdl kakakakakakakka..

    P/s: sepak seketul dua idea bagi aku..

    -NA-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Bersambung. AKu tulis hampir 7 muka surat. Jadi bersambung lah. Haha.

      Dulu kena penyakit malas login. Sekarang malas log out. Tak apa. Asalkan kau tak jadi anonymous. :)

      p/s: Nah! *hulur idea*

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.