Tuesday, September 24, 2013

Bekas Kekasih


Untuk kekasih… ah tidak, untuk bekas kekasih yang sejujurnya.

Bekas kekasih dajal seperti kau ini, buat apa mahu muncul lagi dalam hidupnya? Menghilangkan diri tanpa kata dan memunculkan diri tanpa langsung rasa bersalah.

Kau ini bodoh atau gila? Atau keduanya-duanya? Muncul tanpa diundang, pergi tanpa dihalau. Apa permainan kau yang sebenarnya?

Mahu menagih kembali rasa cinta darinya? Tak ada rasa malukah menjilat kembali ludah yang dikeluarkan?  

Bagaimana dengan perempuan-perempuan yang kau permainkan perasaan mereka? Sudah tiada mangsa lagikah? Sebab itu mahu menjilat ludah sendiri?

Percayalah bila dia katakan kau itu tiada lagi ruang di hatinya. Ah… sebenarnya, langsung tiada ruang dari permulaan. Ya, dari permulaan permainan itu dimulakan tiga tahun lepas. Masih ingat itu? Dan yang tewas adalah dia, bukan kau.

Jadi, nasihat aku, jauhkan diri dari dia. Dia bukannya seperti dulu lagi.

Dua perkataan dia hulurkan pada kau, "PERGI MATILAH!"



Tuan empunya blog: Aku penat berfikir. Tolong. Jangan lagi menganggu ruang fikiran aku. Ia menyakitkan. :'(








23 comments:

  1. Ayooooo..reen dah marah...ayoo...xtau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur bukan kau yang aku nak marah. Kakaka

      Delete
  2. Aku pun pernah mengalami perkara yang sama. Argh! Aku benci dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Macam setan je perangai. Huh! *gimme five*

      Delete
    2. *Hi-five* Mari sama-sama lupakan dia!

      Delete
    3. Haha. Aku dah lupakan dia yang sebenarnya. Tiga tahun dah berlalu. Heee :)

      Delete
    4. Dan sekarang dia muncul semula dalam hidup kau? Sungguh kurang sivik!

      Delete
    5. Dia memang tak ada kesedaran sivik dari kali pertama aku kenal dia. Heee :#

      Delete
    6. Haha. Dia memang macam tu. Kalau kau kenal dia, kau akan rasa annoying dengan dia. Heee. :P

      Delete
    7. Masalahnya aku tak kenal dan mungkin takkan kenal. :3

      Delete
    8. Betul juga. Aku pun tak nak ngaku yang aku kenal dia. Haha. :(

      Delete
    9. Sebab kau sudah buang dia jauh dari hidup kau. Kan? :/

      Delete
    10. Betul! *tepuk tangan*. Buat apa mahu simpan benda yang buat kita sakit. Ehhh.. aku pun dah lupa nama dia. :3

      Delete
    11. Tahniah kerana berjaya lupakan dia terus! =D

      Delete
  3. Just give him one middle finger.

    ReplyDelete
  4. Kalau aku kan reen, aku terima dia balik. Lepas tu aku layan dia macam dia pernah layan aku. baru dendam terbalas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea yang bagus. Tapi aku dah tak berminat dengan dia. :3

      Delete
  5. memang tak best bila orang yg kita mahu mati-mati lupakan datang dengan muka tanpa rasa bersalah... kepala otak dia lah!

    ReplyDelete
  6. aku suka pic tu, mcm avril...or mmg avril? hmmm...aku tak tahu apa yg berlaku, tp aku turut rasa sedih :(

    ReplyDelete
  7. kata-kata itu macam terlalu kejam, seolah-olah ada segunung dendam yang tertanam dalam dasar hati.

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.