Saturday, August 17, 2013

Kistot #27: Pujuk

Lelaki yang bagaimana awak suka?” Si jejaka menyoal si gadis.

Macam ini,” ujar si gadis sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Ditunjukkan gambar seorang lelaki kepada jejaka.

Artis Korea?” Si jejaka menyoal. Si gadis hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala.

Nie je gambar yang aku rasa nampak Manly sikit
Bukan kelihatan seperti GAY. Haha

Awak suka lelaki ini sebab dia kacak?” Si gadis menganggukkan kepalanya lagi.

Dia bukan saja kacak, tapi dia pandai menyanyi, menari, pandai bermain piano dan yang penting dia pandai memasak.” Si jejaka mendengus tanda tidak puas hati.

Saya pun kacak juga.” Jejaka tidak berpuas hati.

Awak rasa awak kacak ke?” usik si gadis.

Ya. Kalau tak awak tak akan jatuh cinta dengan saya, bukan?

Awak rasa saya jatuh cinta dengan awak sebab awak kacak?” usik gadis lagi.

Jejaka mencebik. Terasa dengan ayat si gadis. “Jadi apa sebabnya?

Sebab apa?” soal si gadis hairan.

Sebab awak jatuh cinta dengan saya?

Entah. Cinta perlu sebab ke?

Sekali lagi jejaka mencebik. “OK Fine. Ikut suka hati awak.” Jejaka bangun sambil matanya memandang si gadis. Akhirnya dia memulakan langkah. Niatnya sepatutnya begitu, tapi melihat si gadis masih tiada apa-apa reaksi, akhirnya jejaka kembali ke tempat tadi.

Awak tak nak pujuk saya ke?” Soal jejaka.

Si gadis mengukirkan senyuman. Mahu ketawa pun ada. “Laa awak suruh saya pujuk awak ke? Maaf, saya tak faham bahasa lelaki.

Jejaka mengetapkan gigi tanda geram. “Awak ni, saya gigit kan!

Awak tak akan berani,” balas gadis dengan selamba.

Kenapa pulak?" Soal jejaka hairan.

Sebab awak sayang saya. Awak tak akan lukakan saya.

Jejaka akhirnya mengalah. Tidak tahu apa lagi yang mahu dibalas. Akhirnya dia kembali mengambil tempat di sebelah gadis itu.

Tunggu sekejap.” Si gadis bersuara sebelum bangun dan menghilangkan diri beberapa tika.

Nah.” Si gadis menghulurkan ice cream kepada si jejaka.




Untuk apa?” Soal jejaka hairan.

Untuk pujuk awak la.

Jejaka senyum sebelum bangun. “Tunggu sekejap.

Si gadis memandang jejaka dengan hairan. Beberapa minit kemudian, si jejaka muncul dengan ice cream perisa coklat di tangannya. Si gadis mengukirkan senyuman.

Ambil coklat yang awak punya dan berikan saya perisa vanilla di tangan awak, boleh?” ujar si jejaka.

Si gadis tersenyum sambil menganggukkan kepala. Mereka bertukar aiskrim dan menikmatinya bersama-sama.

Habis!

Tuan empunya blog: Dah lama tak tulis yang macam ini.:)






25 comments:

  1. aiskrim . . dia pernah menulis begini kan :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Aku baru mampu menulis kisah happy ending. :)

      Delete
  3. kalau aku la ...dah gigit kuat2 dah....hahaha!

    ReplyDelete
  4. Hehe..aku kan..ayat jiwang2 couple lain aku geli.tp ayat jiwang sendiri aku rs normal lak.padahal lagi geli.hahahahahahahahabab

    ReplyDelete
  5. tertelan ait liur dek kerana eskem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tadi .,.. aku makan ice cream. Lupa nak ajak kau. *miss you*

      Delete
  6. ehehehehe.. comel cerita ni.. I like!!

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Jom.. aku belanja yang keladi tuk kau. :)

      Delete
  8. Replies
    1. Haha. Aku baru minat Korea. Atototo. Takpe... aku still suka lelaki Malaysia lagi. :P

      Delete
  9. sweetnye..pujuk memujuk..^_^

    ReplyDelete
  10. hehe , aku senyum bila baca :)
    aku tak suka merajuk , dan aku harap bakal suami aku pun , tak suka merajuk...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebiasaan berlawanan... kebiasaannya. lah. *tak tahu*

      Delete
    2. kalau macam tu , aku tukar la...aku suka merajuk , dan aku rasa bakal suami aku tak suka merajuk...boleh ?? :P :P

      Delete
  11. Salam.

    Walaupun simple..ceritanya cukup sweet.. se-sweet aiskrim,woww,hehehe >_<

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.