Saturday, July 20, 2013

Sketsa Puding Roti


Gambar ehsan Google.

Di satu hari, aku pujuk Mak untuk buat makanan kegemaran aku iaitu PUDING ROTI. Makanya, Mak pun ajar aku macam mana nak buat Puding Roti. Jadinya, aku dah pandai buat Puding Roti tanpa melihat buku resepi. Ekekeke. Tapi apa-apa pun, aku still tak suka memasak. Dalam erti kata lain, aku malas memasak, walau ada orang cakap, aku sebenarnya terror memasak. Adakah? *jungkit bahu*

Eh, sambung cerita. Setelah memasukkan segala bahan yang diperlukan, Mak tanya apa lagi yang aku nak taruk dalam adunan tu.

Mak, orang nampak epal dalam peti ais, masukkan yang itu dalam ini boleh?

Dan Mak aku balas.

Kau jangan buat kerja gila. Mana ada orang taruk epal dalam puding roti.

Tapi…

Dah… pergi ambil kismis kat rak sana.

Dengan malas dan merajuk sedikit, aku melangkah ke arah rak. Sejujurnya, aku tak suka kismis. Huwaaaa. Err… maksud aku, kismis, kalau dimakan begitu saja, memang aku suka. But kalau letak dalam makanan, sah-sah aku tak akan kutip makan. Haha.

Masa aku tunggu Puding Roti masak dalam oven, banyak kali juga aku bukak peti ais, jeling epal dalam tu. Kesian kat epal, sebab tak ada orang nak dia. Haha. Tapi, lepas tarawih, aku tetap boleh makan epal tu.


Dan semalam, masa buat Puding Roti sekali lagi, aku taruk chocolate chip dan kismis je. Aku pun tak tahu kenapa orang asyik taruk kismis dalam Puding Roti. huuu. Apa-apa pun, aku tak berani nak taruk epal dalam tu sebab aku tak yakin bagaimana rasa Puding Roti tu nanti. Apa-apa pun sekali lagi, epal enak dimakan begitu saja. Keh keh keh. 




19 comments:

  1. Aku suka makan kismis begitu jer.klu dlm puding atau roti memang aku cabut sebiji-sebiji

    ReplyDelete
  2. Aku tahu lah apple tu kau punya trademark cik Reenapple oi... Sampai dalam puding roti pun nak taruk jugak apple nya. Hadoi la... Apa apa pun, nak merasa jugak puding roti kau tu, boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, memang tak ada orang taruk epal dalam Puding Roti ke? Mana aku tahu. Tu first time aku buat. Kah kah kah. Bila kita jumpa, aku belanja kau puding roti yang aku buat tu. Insyallah. :D

      Delete
  3. InsyaAllah. Harap adalah jodoh aku nak jumpa kau. Teringin jugak nak tengok kau depan2. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kalau ada jodoh. Ekekeke. Mesti kau rasa aku nie misteri.. ekekek :P

      Delete
    2. Haah. Memang pun. Sangat-sangat misteri.

      Delete
    3. Oh begitu. Habis tu nanti kalau kau kahwin kau nak tak nak bagitahu aku? Muehehe~

      Delete
    4. Err... aku tak terfikir lak pasal tu. Kah kah kah. Tengoklah. Aku tak pasti aku kahwin ke tak. Ekekeke :P

      Delete
    5. Haha. Paper je la. Ni aku kasi link resipi puding roti dan epal. http://www.kongsiresepi.com/read/8338/0/. Hehe~

      Delete
    6. Pergh. Terima kasih. Nanti aku buat kalau aku rajin. :P

      Delete
  4. Agaknya kalau ko letak juga.. jadi apple pie kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apple pie punya bahan len kot.. ekeke.

      Delete
  5. wah..sedapnya puding roti...:)
    dah lama betul tak makan...

    kalau letak apple kat puding roti tu rasa dia mmg lain sikit lah jadinya..
    tapi tak salah kot mencuba..
    memasak nie kan macam eksperimen juagk kan..ehehhehehe..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau dah pernah buat ke? Macam mana rasanya? Haha

      Delete
  6. kalo ko nak letak epal...

    ko kena jadikan tekstur epal mcm kismis...

    baru ko boleh letak...

    pendapat aku la...

    have fun...

    ReplyDelete
  7. aku tak suka kismis . dont know why . . .

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.