Wednesday, May 29, 2013

Tawar Hati


Dia mintak aku jatuh cinta dengannya, padahal dia tak pernah tahu aku pernah… pernah punya perasaan sebegitu pada dia. Tapi dia sahaja yang tidak sedar. Aku senyum sahaja bila dia luahkan perasaannya. Aku senyum sahaja tanpa berkata apa-apa. Mereka kata diam itu lebih baik. Jadi aku pendamkan perasaan aku itu bertahun-tahun lamanya. Aku pendamkan sahaja bila aku lihat dia dengan perempuan lain. Sakit bukan?

Ah.. ini balasan sebab jatuh cinta pada sahabat sendiri. Akhirnya aku percaya, lelaki dan perempuan tak mungkin akan menjadi sahabat sahaja. Salah seorang tentunya akan tewas dengan permainan perasaan dan aku yang tewas. Tewas dengan diri sendiri. Mungkin sedikit menyesal. Mungkin.

Aku tanya dia, kenapa baru sekarang dia sedar kewujudan aku? Dia diam. Aku hanya mampu senyum sahaja. Soalan mudah sebegini dia tidak mampu jawab. Kalau dia cakap Tuhan sudah hadirkan perasaan dia untuk aku, tentunya aku terima. Tapi dia diam sahaja ketika itu. Aku tahu dia sedang memikirkan jawapan yang mahu diberikan pada aku. Jadi, dari situ aku tahu tahap keikhlasan dia. Mungkin tiada langsung rasa ikhlas itu. Mungkin.


Tanpa menjawab soalan aku, dia memohon lagi pada aku, agar diterima perasaannya. Aku senyum saja sambil minda aku tertanya-tanya, kalau aku luahkan pada dia beberapa tahun yang lepas, adakah dia akan terima perasaan aku? Masa dulu dengan masa sekarang adalah sesuatu yang berbeza. Terlampau. Aku belajar itu.

Dia cuma kata, dia berasa cemburu melihat aku dengan lelaki lain. Aku senyum sahaja mendengar ayatnya yang itu. Dia tidak pernah tahu, itu yang aku rasa setiap kali aku lihat dia melayani perempuan lain. Sakit tahu. Walau itu hanyalah di laman sosial. Dan dia juga beritahu betapa dia rasa kehilangan bila aku menghilangkan diri dari laman sosial hari itu. Tiba-tiba sahaja aku rasa semua itu palsu.Tertanya-tanya aku apakah permainan dia kali ini.

10 minit mendiamkan diri, aku ambil keputusan untuk beredar. Tiada guna lagi berada di situ sebab hati aku tiada lagi dia. Aku muncul hanya sekadar atas dasar persahabatan sahaja. Dan yaa… aku menolak perasaannya. Maaf.

Aku tarik nafas sambil aku pegang dada aku. Di situ terletak hati aku. Hati aku sudah punya pemilik baru. Tak. Ia milikNYA sejak dari dulu lagi. Hanya aku sahaja yang buta dengan permainan dunia. Aku biarkan DIA jaga hati aku untuk sementara waktu ini. Sehingga DIA hadirkan perasaan itu lagi pada waktu yang sesuai. Aku yakin itu. Senyum.

Sekarang hati aku kembali kepada pemiliknya.
Nota reenapple: Tiada perkaitan di antara yang hidup dan mati. Senyum.





18 comments:

  1. Mohon petunjuk dariNya, smoga dilapangkan hati kita..

    ReplyDelete
  2. Knp mst putus asa? Knp tak ada peluang kali kedua?

    Mengenali lelaki tak ckp klu beserta dgn rasa berhati-hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang bukan peluang yang menjadi masalah, cuma takdir yang telah ditetapkan. :)

      Kalau bagi aku, walau macam mana sekalipun, aku tetap akan punya rasa insecure dengan lelaki.

      Delete
  3. :')

    That was the best decision right? I could feel it. :')

    May the best in life be yourssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Give your heart to HIM and HE will choose the right one to be in your heart.

      Delete
  4. Tp berkaitan dgn diri aku . . . semua entry aku, utk dia . . tp dy tak penah sedar . . sbb dia sahabat . .

    p/s : fb ko ape name ek ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auch... sakit bukan?

      p/s: bukan ke dah add kat FB? Tapi aku tak care FB aku buat msa ni. *insecure*

      Delete
  5. hati milik allah sepenuhnya... hehe
    semoga cepat2 kawen ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentunya! Aku muda lagi nak kahwin. Haha

      Delete
  6. ya Allah. bila baca part akhir.. entah kenapa, tiba-tiba kelopak mata rasa macam berair. mungkin sebab aku juga pernah merasakannya dan masih merasakannya hingga saat ini.

    aku menyerahkan hati yang sudah remuk pada-Nya kerana penawar hati yang terluka ini ada hanya pada Dia.

    aku senyum juga walau kadang rasanya kelat :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah alami kah?

      Bila aku "jatuh" hari tu baru aku sedar permainan duniawi ni. Sakit tapi kita hidup harus diteruskan bukan? Chill. :D

      Delete
  7. lelaki dan perempuan single memang tak boleh berkawan pun...

    pasti ada sikit2 wujud cinta...

    lumrah kan?

    ReplyDelete
  8. Aku sokong apa je keputusan kau, asalkan kau happy :) mmg susah nk buat keputusan, dan kau yg lebih tahu utk pilih yg mane, be strong babe :)...klw korg ada jodoh, Allah akan temukan dlm cara yg kau tak sendiri tak boleh nak jangka, insyaAllah :) take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Ini tak ada kaitan dengan aku. Tehehehehe. :)

      *Aku tahu kau selalu sokong apa saja keputusan yang buat aku happy. :P

      Delete
  9. Tuhan..jagakan dia..dia dihatiku..yang selalu ku rindu..
    Adakah jemu sudah bertamu dihati...
    Jemu...bosan .
    Jd sebab tu kita yakin buat keputusan walaupun dulu die pernah bertahta dihati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboih.. itu lirik lagu. Mih mih mih.
      Kan... keyakinan itu suatu keperluan. Hehehe

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.