Saturday, May 11, 2013

Matahari dan Pelangi


Hari ini hujan. Aku lihat titisan air mata awan dengan senyuman. Mereka kata selepas hujan, pelangi akan muncul. Jadi, aku tunggu hingga awan berhenti menangis. Niat di hati, mahu lihat pelangi. Mereka kata, pelangi itu cantik, satu ciptaan Tuhan yang mengagumkan.

Tapi aku teringat ayat dia. “Jangan pernah menunggu sesuatu yang tidak pasti.” Jadi, aku batalkan sahaja niat itu. Sebab aku tak pasti sama ada pelangi akan muncul atau tidak setiap kali selepas hujan. Tapi, aku masih di situ, langsung tidak berganjak. Kali ini aku mahu tunggu matahari muncul pula. Sebab aku tahu, kemunculan matahari itu adalah sesuatu yang pasti. Senyum. 

Nota reenapple: Dapat idea dari lagu The Sun Will Rise by Kelly Clarkson. 


*Ini autopublish*




8 comments:

  1. teringin nak buat kesimpulan sendiri. kekasih itu tak pasti , tapi suami dia akan selalu di sisi :D

    ReplyDelete
  2. Tunggu pd yg tak pasti ni sgt memenatkan...

    Btw sy kelantan belah Tumpat sm gak ngan Leo ;)

    ReplyDelete
  3. Tunggu pd yg tak pasti ni sgt memenatkan...

    Btw sy kelantan belah Tumpat sm gak ngan Leo ;)

    ReplyDelete
  4. Wahh perumpamaan yang sungguh mendalam ;)

    ReplyDelete
  5. Aku suke malam yang ade banyak bintanggg.....

    ReplyDelete
  6. CIk Tia---> Nice. Tapi ini sebenarnnya lebih dari itu. :)

    ###########

    AsruL---> Tersangat.

    #Eh... mohon datantg rumah bila raya. :)

    ########

    W. Mastura----> Yup. =)

    ########

    Cik ZaituL---> Aku juga. :)

    ########

    Amanina---> Yup. Sebab tu aku jadi peminat dia. Muehehehe. :D

    ReplyDelete
  7. CIk Tia---> Nice. Tapi ini sebenarnnya lebih dari itu. :)

    ###########

    AsruL---> Tersangat.

    #Eh... mohon datantg rumah bila raya. :)

    ########

    W. Mastura----> Yup. =)

    ########

    Cik ZaituL---> Aku juga. :)

    ########

    Amanina---> Yup. Sebab tu aku jadi peminat dia. Muehehehe. :D

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.