Saturday, May 18, 2013

Kistot #20: Epal


Aku hulurkan sebiji epal padanya. Dia ambil sebelum mengunyah epal itu dengan gembira. Aku hanya mengukirkan senyuman.

Macam mana rasanya?” Aku soal dia.

Manis,” dia balas. Aku senyum lagi. Dan aku perhatikan sahaja dia mengunyah epal itu sehingga gigitan terakhir.

Dia pandang aku dengan senyuman. Senyuman dia yang terakhir bakal aku lihat, mungkin. Beberapa saat kemudian, aku lihat dia rebah. Ah… epal itu berkesan! Ahli sihir itu sememangnya mahir melakukan perkara sebegini. Aku senyum dalam hati.

Perlahan-lahan aku angkat dia dan letakkan di atas katil di biliknya. Aku tatap wajahnya sepuas-puasnya sambil tangan aku membelai rambut panjangnya. Dia tidur lena ibarat seorang bayi.

Bila tiba masanya, sayang, kamu akan sedar kembali. Dan aku harap, di saat kamu sedar itu, kamu langsung tidak ingat apa-apa tentang aku. Mulakan hidup baru.” Aku usap pipinya untuk kali terakhir sebelum ciuman diberikan di dahinya.

Sebelum melangkah keluar dari biliknya, aku perhatikan lagi keadaannya. Dia tenang sahaja. Tentulah, dia tidak tahu apa yang sedang terjadi. Bahkan dia tidak akan ingat apa yang sedang berlaku ini bila dia sedar beratus-ratus tahun kemudian. Aku harap dia lupa hari ini dan hari-hari sebelumnya. Hari-hari dia bersama aku.

Aku melangkah keluar dengan niat tak akan pernah lagi pulang kembali ke situ. Tak akan. Ah… maaf.

Beberapa ratus tahun telah berlalu… lelaki itu tidak pernah kembali dan si gadis itu masih lena dengan tidurnya. Tiada langsung tanda-tanda mahu sedar. Kamu rasa apa yang akan berlaku selepas itu?

Nota reenapple: Aku sengaja biarkan ia tergantung. Siapa mahu sambung? Sila sambung di bahagian komen. Hiks. :D



13 comments:

  1. guwa tataw npe, tp apesal guwa ase sedih bc cte nihh ? tak normal ke guwa ???

    ReplyDelete
  2. maybe gadis tu tak akan ingat kepada lelaki tu , tapi kalau dia betul-betul cinta kat lelaki tu , maybe akan ingat kot...maybe la kot , kot la..

    ReplyDelete
  3. andai saja epal itu biar aku yang telan.

    ReplyDelete
  4. Kompom bukan aku yg sambung haha...

    ReplyDelete
  5. tak sedar?

    tak kembali?

    sebenarnya lelaki itu kembali dan menyelamatkan semula perempuan tu. ada kekosongan yang boleh diisi. walau ada banyak kekalutan antara mereka berdua.

    ReplyDelete
  6. tak sedar?

    tak kembali?

    sebenarnya lelaki itu kembali dan menyelamatkan semula perempuan tu. ada kekosongan yang boleh diisi. walau ada banyak kekalutan antara mereka berdua.

    ReplyDelete
  7. akhirnya nanti the girl bgn dan moved on... dan cari yg lain :)

    ReplyDelete
  8. sedihnya jd perempuan itu.. andai boleh sedar mungkin dia akan mencari pemuda tu kan

    ReplyDelete
  9. beratus2 tahun? LOL, perempuan tu 4 sure la dh jadi rangka. dimamah ulat. manusia memerlukan makanan utk hidup...

    #berfikiran logikal

    ReplyDelete
  10. ehehe..citer katun ke apa ni.ekeke :p

    ReplyDelete
  11. GUGU SUSENO----> Sedih... yaaa.. masa aku tengah tulis ni, aku tengah sedih. :D

    #########

    NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI----> Mungkin. :D

    #########

    TIA FATIHAH---> Nanti aku buatkan satu untuk kau. :)

    ##########

    NONG ANDY---> Alaaaa... aku baru nak suh kau sambung. Hahaha. :D

    ##########

    RAPUNZEEL----> Hurm... mungkin juga. :D

    #########

    ASRUL----> Betul juga gitu.

    ##########

    ReplyDelete
  12. AMANINA---> Kalau dia ingat siapa lelaki itu. Hiks. :D

    ##########

    KOPI PASTA---> Hahaha, Aku gelak baca komen kau. Tapi ini cerita genre sci-fiksyen lol. Ibarat kau tengah baca cerita macam Harry Potter. :P

    ############

    IMA ----> Yup. Ini cerita fiksyen sahaja. :)

    ###########

    MALAY MALE---> Mimpi? Mungkin juga. :)

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.