Friday, May 3, 2013

Kistot #19: Senyum



Aku lihat Julia mengukirkan senyuman tatkala sejambak bunga ros merah jambu dihulurkan padanya. Aku gembira melihat dia senyum walau hati aku hampir sahaja pecah.

Sweetnya dia ni,” aku dengar Julia bersuara. Aku senyum sahaja. Satu persatu bunga ros dihidunya. Terlampau gembira mungkin.

Kitaorang nak jumpa nanti. Argh… bedebarnya aku babe. What should I wear on our first date?” Julia soal aku. Aku hanya mampu jungkit bahu.

Kalau aku pinjam baju yang kau baru beli hari tu, boleh tak?” Julia bersuara lagi. Aku hanya angguk kepala. Aku lihat Julia mengukirkan senyuman sekali lagi.

Keesokan harinya, Adam datang bertemu aku. “Macam mana Julia? Did she likes that flowers?

Aku hanya menganggukkan kepala tanpa memandang muka Adam. Jujur, air mata aku mahu jatuh tapi aku tahan. Takkan mahu menangis di hadapan Adam. No way!

Greats! Thanks to you. Aku takkan lupakan pertolongan kau. Nasib baik kau tolong aku, kalau tak, tak mungkin aku akan dapat pikat hati Julia. Thanks again, Sara.

Aku cuma senyum sambil menganggukkan kepala. Adam mengukirkan senyuman pada aku. Ah... jantung aku berdegup kencang. Aku tarik nafas sebelum kembali buat-buat sedang membaca dokumen di depan aku.

“Aku jumpa kau masa lunch?” Adam bersuara lagi. Aku cuma anggukkan kepala. Aku sedar dia senyum pada aku lagi tapi aku tidak hiraukan. Beberapa saat kemudian, lelaki itu beredar setelah menyedari aku kelihatan sibuk. Aku perhatikan sahaja belakang Adam yang sedang berjalan keluar dari pintu jabatan.

Aku senyum tawar sahaja melihat dia menghilangkan diri di sebalik pintu itu. Senyum sahaja yang mampu aku ukirkan. Apa lagi yang mampu aku buat jika crush aku jatuh cinta pada teman baik aku? Senyum sahaja bukan? Lagipun lelaki bukan seorang dalam dunia ini. Senyum.




Nota reenapple: Dowh... Tak tahu kenapa aku tak boleh dengar watak lelaki nama Rayyan. Heh. Even dalam movie, rasa macam pelik je nama tu. heh. Mohon kalau aku kahwin satu hari nanti, encik suami tak taruk nama Rayyan kalau dapat anak lelaki. Erk... itu kalau aku kahwin. Keh keh keh. 


14 comments:

  1. AsruL---> Erk.. hehe. Citarasa dan pendapat masing-masing berbeza. =)

    ##########

    Hana Hadi----> Nope., Fiksyen semata.-mata. =)

    ReplyDelete
  2. nama kawan aku rayyan. hehe. btw , oh crush ..

    ReplyDelete
  3. Bagi aku kalau ada teman baik lelaki, dia kena pasang rule. Jangan fall in love dengan depa. Aku pakai idea ini since form4.

    ReplyDelete
  4. malay male---> kalau luahkan tak ada gunanya. Sah sah kena reject. Keh keh keh.

    ######

    Cik Tia---> ooooo.. kirim salam la. Ehhhh. :P

    #######

    Maii Adinda----> Yeah.. rules yang bagus. =)

    ReplyDelete

  5. Mcm pengalaman u je
    M i right?

    ReplyDelete
  6. Tak pe...

    Kita cari yg lain jer.. hehe

    ReplyDelete
  7. Anonymous---> Nope. It's just a story. Cerita rekaan semata-mata.

    #########

    Nong Andy----> Kan. Jom cari yang lain. Kih kih kih. =)

    ReplyDelete
  8. sedapnya nama lelaki bernama rayyan.. sweet kan julia

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.