Friday, May 24, 2013

Jejaka dan Gadis


Pada satu ketika dulu, ada jejaka dan gadis. Yaaa… mereka bersahabat baik. Terlampau baik sehinggakan manusia-manusia di sekeliling tersalah anggap akan perhubungan mereka berdua.Si jejaka akan selalu ada bilamasa si gadis memerlukan tempat untuk meluahkan masalah. Selalu ada. Dan begitu juga dengan gadis itu. Mereka berdua selalu ada untuk satu sama lain. Sama ada saat gembira atau sedih.



Dan sehinggalah bila si gadis meluahkan perasaannya pada si jejaka itu. Si jejaka itu yang sememangnya tiada keinginan untuk punya hubungan lebih dari seorang kawan, menolak perasaan gadis itu. Katanya, lebih baik difikirkan perkara yang penting dari ini. Tambahan lagi, si jejaka itu mahu tumpukan pada usahanya untuk mencapai cita-cita sebelum memikirkan hal sedemikian.

Walau bagaimanapun, mereka tetap berkawan seperti waktu dulu. Waktu sebelum si gadis meluahkan perasaannya. Namun… rasa cemburu tetap ada dalam diri si gadis itu setiap kali melihat si jejaka berbalas komen dengan perempuan lain di facebook, walhal perempuan itu hanyalah kawan sekelas jejaka itu. Dan yaaa… si gadis masih mengharapkan jejaka itu walau masa depan mereka kelihatan kabur.

Dan sehinggalah ada satu saat itu, bila semuanya berubah. Si gadis mahu berubah. Dan si jejaka hanya menyokong sahaja perubahan gadis itu walau dia tahu, akan ada perubahan berlaku. Yaa… sememangnya ada perubahan.

Semenjak perubahan itu, si gadis dan jejaka tidak lagi menghabiskan masa seperti dahulu. Mereka membawa haluan masing-masing. Mungkin sahaja di hati lelaki itu, dia rasa sunyi tanpa kehadiran gadis itu. Tapi ah, mujur sahaja Tuhan tidak biarkan lelaki itu keseorangan. Tentunya lelaki itu menjumpai kawan baru tapi situasinya tidak sama. Dan ah, tentunya dia masih berkawan dengan si gadis itu walau tidak serapat dahulu. Satu saja yang lelaki itu harus tahu, dia selalu ada dalam doa gadis itu.

Mereka membawa haluan masing-masing
Masa berlalu, sehinggalah ada satu saat itu, bila seseorang datang merisik si gadis. Saban malam si gadis memohon petunjuk dariNya. Sama ada patut diterima atau tidak pinangan itu. Hatinya mungkin sahaja masih mengharapkan pada si jejaka itu. Pernah jua diceritakan pada si jejaka itu dan jawapan dari jejaka hanyalah, “Mintak petunjuk dariNYA.

Dan si gadis berbuat sedemikian. Selepas beberapa lama, si gadis akhirnya menerima pinangan lelaki yang merisiknya. Itupun selepas mendapat pandangan dari ahli keluarganya dan orang-orang terdekat. Dan si jejaka? Hanya mampu sahaja berdoa kebahagian untuk gadis itu. Jodoh gadis itu bukan dengannya. Mungkin sahaja di hati jejaka itu kecewa. Mungkin sahaja tapi Tuhan tahu yang terbaik untuk hambaNYA. Itu yang jejaka katakan pada dirinya.

Dan sekarang?  Si gadis sedang membilang hari diijabkabulkan dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh Tuhannya. Dan jejaka? Mungkin sahaja Tuhan telah hadirkan perasaan cinta dalam dirinya kepada seseorang. Mungkin pertama kali jatuh cinta. Senyum.
 
Setiap orang sudah punya takdir tersendiri yang Tuhan telah tetapkan untuk mereka.

Nota reenapple: Based on a true story. Errr… ada edit sedikit mengikut kesesuaian penulis. Oh, ini bukan kisah penulis sebab penulis terlampau muda untuk berkahwin. Mungkin juga tiada keinginan. Oh, aku dapat something dari cerita ini. Korang?

10 comments:

  1. based this story aku rasa , kalau jatuh cinta macam mana pun , tapi kalau bukan jodoh kita , percaya la maybe ini adalah yang terbaik untuk kita... :)
    baik kena reject dari rasa dikhianati , at least bila kena reject , menandakan kita berani nak luahkan apa yg kita rasa :P chewahh

    ReplyDelete
  2. based this story aku rasa , kalau jatuh cinta macam mana pun , tapi kalau bukan jodoh kita , percaya la maybe ini adalah yang terbaik untuk kita... :)
    baik kena reject dari rasa dikhianati , at least bila kena reject , menandakan kita berani nak luahkan apa yg kita rasa :P chewahh

    ReplyDelete
  3. CHE MIJA---->< Thank you. :)

    ########

    NANG NOR AZIMAH----> Haha. Aku setuju dengan komen kau. Hiks. Semuanya dah ditetapkan oleh DIA. DIA maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

    ReplyDelete
  4. CHE MIJA---->< Thank you. :)

    ########

    NANG NOR AZIMAH----> Haha. Aku setuju dengan komen kau. Hiks. Semuanya dah ditetapkan oleh DIA. DIA maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

    ReplyDelete
  5. ohoi. ingatkan endingnya yang datang tu si jejaka. hehe. ah! manusia. selalu mengharapkan pengakhiran yang indah :')

    ReplyDelete
  6. TIA FATIHAH---> Yaaa.. hidup tak seindah seperti cerpen yang dibaca. :)

    ReplyDelete
  7. hidup kita sudah ditentukan.. hurm, aku pun tgh tnggu jejaka itu :P

    ReplyDelete
  8. rakan waktu kecil bukan jodoh...

    ia sukar kerana Perancangan Dia ternyata lebih baik dari kita kan?

    ReplyDelete
  9. rakan waktu kecil bukan jodoh...

    ia sukar kerana Perancangan Dia ternyata lebih baik dari kita kan?

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.