Tuesday, May 7, 2013

Cerpen: Kedai Buku



Satu hari, aku singgah di tempat kegemaran aku, ‘Dunia Buku’. Melangkah masuk ke situ, jujur, buat hati aku tenang. Senyuman terukir di bibir tatkala aku lihat buku-buku yang tersusun rapi di rak.

Aku mahu melangkah ke arah satu rak sebelum tiba-tiba sahaja aku terlanggar susunan buku yang terletak di tengah-tengah kedai. Itulah, siapa suruh mata tidak pandang ke hadapan, asyik menghadap skrin telefon.

Sorry…” aku ucapkan pada mata-mata yang memandang aku. Terbit rasa malu tapi aku cover dengan mengutip kembali buku-buku yang berselerak di lantai. Malu seyh! Dan tiba-tiba saja, datang seorang lelaki membantu aku mengutip buku-buku tersebut. Sesaat kemudian, pekerja kedai pula datang membantu kami.

Selesai menyusun buku di tempat asalnya, aku minta maaf sekali lagi pada pekerja kedai itu. Gadis itu hanya mengukirkan senyuman tanda tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.

Next time, kalau awak jalan, pandang ke depan, mata tu jangan asyik kat telefon je,” tiba-tiba saja lelaki yang tolong aku tadi bersuara. Aku pandang dia dengan rasa tak puas hati tapi dia hanya mengukirkan senyuman sebelum beredar ke rak buku di hujung sana. Aku, dalam hati ketika itu, mahu saja baling buku yang ada kat tangan aku ke kepala dia. Baru adil! Tapi aku batalkan sahaja, tak mahu memalukan diri sekali lagi.

Selesai memilih beberapa buah buku, aku ke kaunter pembayaran. Dan lelaki tadi berada di hadapan aku. Dia mengukirkan senyuman sebelum aku balas senyuman itu dengan tidak ikhlas. Rasa bengang tadi masih berbaki. Dan tiba-tiba…

Biar saya bayarkan untuk awak,” tiba-tiba sahaja lelaki itu bersuara. Aku pandang dia dengan hairan. Dia ni betul ke tidak? Minda aku tertanya-tanya.

Ah… tak apalah. Saya boleh bayar sendiri,” aku balas.

Tak apa. Lagipun itu dapat jimat masa awak bukan?” Dia bersuara. Aku geleng kepala sebagai tanda tidak bersetuju dengannya, tapi lelaki itu hanya mengukirkan senyuman sebelum dia tiba-tiba mengambil buku-buku di tangan aku dengan spontan. Aku terkesima dan tak mampu berkata sepatah. Aneh, hairan, bengang, semua berkepuk dalam diri.

Selesai membuat pembayaran, aku mengekori dia ke pintu keluar. Risau juga, jika dia tak mahu memulangkan buku aku. Memanglah dia yang bayar tapi itu buku aku. Heh

Nah, ini buku awak,” Lelaki itu menghulurkan plastic yang mengandungi buku-buku aku setelah selesai membuat pembayaran.

Terima kasih. Berapa kena bayar?” Soal aku sambil bersiap sedia mahu mengeluarkan purse dari handbag.

Tak payahlah. Anggap saja saya belanja awak.” Aku pandang lelaki depan aku dengan rasa tak percaya. Biar betul? Harga buku-buku tu lebih dari RM100 kot, takkan sesenang hati nak belanja aku sebanyak tu.

Tapi…” Aku sebenarnya tetap mahu bayar juga tapi belum sempat aku menyudahkan ayat, lelaki itu mencelah.

Tak apa. Lagipun kita akan jumpa lagi bukan?” Lelaki itu mengukirkan senyuman sekali lagi sebelum beredar.

Aku hanya perhatikan sahaja lelaki itu melangkah pergi. Jumpa lagi? Maksudnya? Bagaimana dia tahu aku selalu ke kedai buku itu? Ah… pendulikan sahaja. Aku pasti bila aku jumpa dia sekali lagi, aku akan bayar duit untuk buku-buku ini. Aku pasti.

Habis!

Nota reenapple: Ini kispen yang aku publish di sini. Hiks. :D




7 comments:

  1. alangkah bestnya jika hana berada di tempat tersebut. hehehe

    ReplyDelete
  2. wow! curious tauu .. tak tanya nama? hehee. kot lain kali boleh belanja minum.

    ReplyDelete
  3. Ah, kalau setiap hari terlanggar kan best. ada yang tolong membayar. Heh

    ReplyDelete
  4. Hana Hadi---> Semoga dimakbulkan satu hari nanti. :)

    #######

    Cik Tia---> Erk.. Lupa lak. Tak apa. Next time. :)

    #########

    Maii Adinda---> Itu dah tamak namanya. :P

    ReplyDelete
  5. Hana Hadi---> Semoga dimakbulkan satu hari nanti. :)

    #######

    Cik Tia---> Erk.. Lupa lak. Tak apa. Next time. :)

    #########

    Maii Adinda---> Itu dah tamak namanya. :P

    ReplyDelete
  6. Beb.. aku tak sempat baca lagi

    ReplyDelete
  7. beb..suka dengan jalan cerita,kalau la aku yang kat dalam cita ni kan best haha

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.