Tuesday, May 14, 2013

Adik Angkat



Masa aku sekolah rendah dulu, trend ambik adik angkat dan kakak angkat begitu tersohor.  Oh, aku pun ada adik angkat juga masa sekolah rendah.  Oh.. situasi ini berlaku ketika aku darjah lima.  Muehehehe

Masa aku terima surat dari kawan aku masa sekolah rendah time tu, dia kata ada budak bagi aku ni, dia nak aku jadi kakak angkat dia. Aku pun dah lupa bagaimana prosesnya but then aku setuju je la. Hoho. Adik angkat aku tu muda setahun dari aku, tapi kitaorang sama kelas masa darjah lima dan enam. Ehh.. itu sebab dia lompat kelas masa dapat result cemerlang ujian PTS dulu. =)

Oh, adik angkat aku ni lelaki. Ekhem! Haha. Tapi itulah, sebab kitaorang sama kelas, tak ada pulak dia bahasakan aku ni kakak atau aku bahasakan dia adik. Guna saya dan awak je. Pelik kan? Maybe sebab kitaorang sama kelas. Mungkin la. Alah… zaman bebudak, biasalah tu.

Sila bayangkan dia secomel ini. Ekekekeke. =)
Tapi yang pelik, even kitaorang sama kelas, but still, kitaorang akan berutus surat. Pelik kan? Dia pengawas dan ditugaskan untuk menjaga kelas kitaorang pagi-pagi. Dan aku masa tu adalah pustakawan, selalu melepak di library dan dia pun. Muehehehe. Aku dah lupa bila masa dia akan beri aku nota kecil, but still, aku ingat even nota-nota itu entah ke mana. Dan aku akan balas keesokan harinya. Muehehehe.

Biasanya kami akan bertanya khabar dan kadang-kadang nota tu akan disertakan cenderahati. Ehhh…  Pelik kan? Seingat aku lah, aku jarang berinteraksi dengan dia. Dia pun jarang bercakap dengan aku. But then dialah antara budak pandai dalam kelas aku. Muehehehe. Cikgu-cikgu selalu puji dia. Aku? Hanya mampu geleng kepala je.

Aku ingat masa aku baca surat yang dia bagi kat aku di satu hari tu, tetiba je cikgu rampas surat dari tangan aku. Aku pun tak tahu bila masa cikgu muncul dan dari situ, cikgu ingat kitaorang couple padahal tak ada apa-apa pun. Satu kelas pun dah tahu yang aku ni kakak angkat dia dan dia adik angkat aku. Haaa


But then, this thing hanya bertahan sehingga darjah enam je. Sebab bila masing-masing ke sekolah menengah, macam hubungan tu terputus begitu sahaja. Tak ada dah nak berutus surat. Dia dapat sekolah berasrama penuh dan aku ke sekolah yang ditetapkan oleh Mami aku. Huhuhu.

Tapi sekarang ni aku dah jumpa dia kembali kat facebook dan juga di twitter. Muehehehe. Tapi tak ada dah isu adik angkat atau kakak angkat. Kitaorang macam kawan yang huhahuha kat Twitter. Kah kah kah kah.  Aku rasa dia pun dah tak ingat yang dia pernah  jadi adik angkat aku dulu. Hehe. It’s okey.

Oh, kenapa aku tulis tentang dia? Sebab hari ini hari ini hari jadi dia. Muehehehe. Even dia tak tahu aku ada blog dan aku tulis ini untuk dia, still aku nak wish dia selamat hari jadi dan belajar leklok kat Auckland tu. =)

Happy 22nd Birthday. =)
Nota reenapple: Smile, Wave, Wish Them Well and Move on. =)


*Ini autopublish*






16 comments:

  1. hahahahaahhaha...


    comel jeeee..

    happy birthday gak awak..!
    bljr elok2..!

    ReplyDelete
  2. hahahahaahhaha...


    comel jeeee..

    happy birthday gak awak..!
    bljr elok2..!

    ReplyDelete
  3. so that , nanti other time. Anak2 akan baca blog mama dia dan tau mama dia pernah ada adik angkat. Hohoo!

    ReplyDelete
  4. so that , nanti other time. Anak2 akan baca blog mama dia dan tau mama dia pernah ada adik angkat. Hohoo!

    ReplyDelete
  5. Haaahaha, Bila pikir balik kelakar kan. Aku pun tak ketinggalan jugak ada adik angkat. Jumpa balik kat FB, buat macam benda dulu tu tak pernah jadi je :)

    ReplyDelete
  6. miss shila---> Erk.. terima kasih. Ehhh :D

    ##########

    Cik Tia---> Erk ttiba je. Yg tu takkkan terjadi. Ehhh. :)

    ######

    rara nasiha----> Hahaha. Normalla tu. Huuu. :)

    ReplyDelete
  7. miss shila---> Erk.. terima kasih. Ehhh :D

    ##########

    Cik Tia---> Erk ttiba je. Yg tu takkkan terjadi. Ehhh. :)

    ######

    rara nasiha----> Hahaha. Normalla tu. Huuu. :)

    ReplyDelete
  8. nak ketawa je baca entri ni >_<
    moment paling best laa bila time skola dolu2.kannn??hehe

    ReplyDelete
  9. nak ketawa je baca entri ni >_<
    moment paling best laa bila time skola dolu2.kannn??hehe

    ReplyDelete
  10. mohon kenelkan adek angkat ko tu kt aku .. hew hew hew ~

    ReplyDelete
  11. aku pun pernah ada hahahahahaah. tapi bukan lelaki. perempuan.

    ReplyDelete
  12. ANAK AYAH----> Kan. Zaman sekolah kecik3 memang best. Hee :D

    ########

    GUGU SUSENO---> Amboih. :P

    #########

    MAII ADIINDA----> Wuuuu. Okey la tu. :)

    ReplyDelete
  13. ANAK AYAH----> Kan. Zaman sekolah kecik3 memang best. Hee :D

    ########

    GUGU SUSENO---> Amboih. :P

    #########

    MAII ADIINDA----> Wuuuu. Okey la tu. :)

    ReplyDelete
  14. wahh sweet gila, mesti terharu klw dia tahu weh (n_n)..
    aku pun ade sorg adik angkat gak dulu, hehe sama mcm kau, selalu gak kitorg bertukar2 hadiah, tp bila jumpe depan2, mcm xreti bercakap..senyum je,haha..kelakar betul.. :p

    ReplyDelete
  15. wahh sweet gila, mesti terharu klw dia tahu weh (n_n)..
    aku pun ade sorg adik angkat gak dulu, hehe sama mcm kau, selalu gak kitorg bertukar2 hadiah, tp bila jumpe depan2, mcm xreti bercakap..senyum je,haha..kelakar betul.. :p

    ReplyDelete
  16. LYNNDAMYA----> Haha. Mungkin. Aku tak tahu. Keh keh keh. Kan kan kan...comel je bila ingat memori tu. :)

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.