Monday, April 29, 2013

Diri Aku Yang Satu Lagi


Kalaulah aku punya pistol
Sudah lama aku
Menembak diri aku yang satu lagi
Diri yang tidak dapat lupakan 'kau'
Ah… susah sangatkah mahu lupakan perkara yang menyakitkan itu?
Berkali-kali dipaksa, 
Menghilang sekejap, 
Kemudian kembali lagi
Ah… ini disaster!

Mari sini,
Diri aku yang satu lagi
Biar aku ajar bagaimana mahu jadi manusia yang tidak punya perasaan.
Sekurangnya itu yang bikin diri aku terselamat
Dan juga kau, diri aku yang satu lagi.
Pendulikan apa yang mereka bakal kata tentang kau

Ah… tak apa.
Masa akan memulihkan semuanya.
Hanya sabar sahaja kuncinya.
Terus belajar hilangkan segala perasaan dalam diri.
Mohon.
Aku tak nak lagi lukakan hati kita.



Sunday, April 28, 2013

Rindu #2


Awak tahu tak saya rindu dia? *angguk kepala*

Awak tahu tak betapa saya mahu jumpa dia sekali lagi, tapi saya tahan sahaja sebab di saat ini, saya sedang berada dalam ‘proses pemulihan’.

Awak tahu tak betapa sakitnya rasa merindu tapi tak mampu diluahkan?  *angguk kepala*

Awak tahu tak bagaimana saya berharap masa akan dipercepatkan dan selepas itu saya tak akan lagi ingat dia. Awak tahu itu tak? *angguk kepala*


Awak rasa, kalau dia tahu yang saya sedang rindu dia, apa agaknya dia akan buat? *jungkit bahu*

Ah… tentunya dia tak akan pendulikan saya. Sebab saya bukan sesiapa dalam hidup dia. Dia cakap saya tak penting. Jadi buat apa mahu ambil berat tentang saya bukan? *angguk kepala*

Jadi, saya pun rasa saya tak patut fikirkan lagi tentang dia bukan? Dia yang kata apa yang berkaitan dengan saya, tidak penting. Jadi buat apa saya mahu berikan sebahagian rasa penting itu pada dia. Jadi saya harus cuba untuk tidak ingat dia lagi bukan? *angguk kepala*

Masa akan memulihkan semuanya bukan? Awak juga yang kata bila tiba masa itu, saya akan jadi diri saya yang baru dan awak tetap akan bersama saya walau siapa saya ketika itu bukan? *angguk kepala*

Tak apa. Tak apa. Sekurangnya saya masih ada awak dan juga DIA. DIA saja yang tahu segala isi hati saya. DIA yang saya sedang belajar mencintai DIA dengan lebih mendalam. Mohon terus bersama saya walau siapa pun saya nanti, boleh? *angguk kepala*

Tak apalah. Sekurangnya saya masih ada awak dan DIA bukan?

Nota reenapple:  Ditulis sambil dengar lagu Here's to Never Growing Up by Avril Lavigne. 


*Ini autopublish*




Saturday, April 27, 2013

Quotes #52



Don’t waste your effort on a man who rejects you. Don’t even look at him. If you can do it, just kill your feelings for him. 


Friday, April 26, 2013

Cerpen: Kaktus



Aku  ini Kaktus dan dia tu Ros. Bunga ros, manusia mana yang tidak suka? Hatta lelaki pun akan memilih si ros bila mereka mahu pujuk mereka punya kekasih hati. Kejam bukan mereka? Hanya sebab aku tak secantik si Ros, makanya aku dibiarkan begitu sahaja. Manusia… aku hanya mampu geleng kepala sahaja.

Bukan aku mahu sindir sikap manusia yang itu, tapi lihatlah, sudah berapa lama aku di sini. Dari saat aku tiba di kedai bunga ini sehinggalah saat sekarang, mana ada pernah manusia mahu melihat aku. Pandang aku pun tak apatah lagi nak sentuh dan belek aku. Pilih kasih bukan?

Kalau mereka mahu pandang aku sekalipun, itu hanyalah disebabkan aku diletakkan bersebelahan dengan si Ros. Aneh… kaktus diletakkan di sebelah ros. Pelik dan aneh. Perbandingan yang tersangat-sangatlah berbeza.

Si Ros tu? Ah… dia baik. Aku suka berbual dengan dia cuma bila ada manusia yang menyentuh kelopaknya, mulalah dia nak mengedik.  Mulalah dia membanggakan dirinya walhal dia tak sedar itu. Jujur, aku kadangkala jengkel dengan sikap dia yang itu.

Oh, tuan kedai ini ada anak lelaki yang tersangatlah handsome. Handsome bagi si Ros la. Bagi aku tak. Dan lelaki itu suka bunga ros. Hairan… pertama kali aku dengar lelaki suka bunga. Dah la bunga ros pulak tu. Tetiba je aku rasa lelaki itu gay. Hahaa. Kejam tak aku?


Oh yaa… setiap kali lelaki itu datang ke kedai ibunya, tentu dia akan jenguk Ros, mengusap-ngusap kelopak Ros sehingga Ros terbuai-buai dengan layanan lelaki itu. Dan itu kadang-kadang menjengkelkan aku walau hal itu sebenarnya tak ada kaitan dengan aku. Oh… mungkin aku cemburu. Haha. Mungkin. Sebab dah lama aku dibiarkan di sini dengan si Ros. Dan asyik si Ros je yang dapat layanan first class dari pelanggan. Aku? Dari tuan kedai je.

Tapi ada sesuatu tentang lelaki itu yang buat aku hormatinya. Dia seperti ibunya. Tidak memilih. Yaaa... aku tahu aku kaktus, penuh dengan duri . Tapi lelaki itu sedikit pun tidak akan pernah lupa untuk ‘bertegur sapa’ dengan aku setiap kali dia melawat Ros. Dia akan sentuh duri aku dengan tangannya selepas dia selesai mengusap kelopak Ros. Dan dia akan bercakap dengan aku, ibarat aku ini adalah manusia. Peliknya lelaki ini. Dan Ros di sebelah aku? Hanya mampu senyum sahaja sebab Ros selalu sahaja bercerita tentang kebaikan manusia itu pada aku. Andaikan sahaja Ros telah jatuh hati pada manusia yang bernama lelaki itu.

Sehinggalah di satu hari, bila ada seorang gadis datang. Permulaannya, aku ingatkan dia mahu beli si Ros tu memandangkan matanya asyik ke arah sini, ke tempat aku dan Ros ditempatkan. Yeelah, sah-sah akan dipilih si Ros bukan? Tapi sangkaan aku salah. Gadis itu memegang aku dan membelek-belek aku dengan senyuman di bibirnya. Manis sekali senyuman itu.

Mungkin gadis itu mahu membeli aku. Aku rasa ya, bila gadis itu memanggil salah seorang pekerja di situ. Gadis ini mahu beli aku. Aku gembira dan aku sempat lihat Ros. Aku tahu Ros mungkin sedih tapi apa aku kisah, sekurangnya, aku akan mulakan hidup baru.

Dan tiba-tiba sahaja, anak tuan kedai ini tiba. Aku lihat lelaki itu memandang gadis yang bakal menjadi tuan baru aku dengan tenang.

Awak pasti awak mahu beli kaktus ini?” Lelaki itu bertanya pada bakal tuan baru aku. Aku lihat gadis itu menganggukkan kepala.

But awak boleh pilih ros dari kaktus ni.” Aku lihat lelaki itu menunjukkan tangannya ke arah Ros. Gadis itu menggelengkan kepala.
Kenapa awak tak pilih Ros?
Jadi pilih mana-mana bunga yang awak suka, selain kaktus ni.” Aku dengar lagi lelaki itu bersuara.

Saya tak suka bunga.” Aku dengar gadis itu bersuara.

Awak tak suka bunga? Pelik. Jadi buat apa awak mahu beli kaktus ini kalau awak tak suka bunga?

Kaktus ada duri bukan? Jadi, kalau saya nak mengamuk dengan boyfriend saya, bolehlah saya baling kaktus ni ke muka dia.” Mak aih… psiko betul gadis ini. Takkan dia nak beli aku hanya sebab nak buat bala pada teman lelaki dia je? Dan aku lihat lelaki itu ketawa. Mungkin geli hati dengan jawapan bakal tuan baru aku ini.

Boyfriend?” Sekali lagi lelaki itu mengeluarkan soalan.

Ex-boyfriend yang sebenarnya. Anyway, saya nak beli kaktus ini atau tak, itu bukan urusan awak. Saya pelanggan, awak tak patut mempersoalkan keputusan saya.”

Lelaki itu mengukirkan senyuman. “Kenapa pilih kaktus? Kaktus bukannya cantik berbanding dengan ros.

Ayat lelaki ini benar-benar buat aku berkecil hati. Tahulah aku tak secantik Ros. Mujur, hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan lelaki ini.

Siapa cakap kaktus tak cantik? Ia mungkin ada duri but then, kaktus la yang paling senang dijaga berbanding ros dan bunganya adalah yang paling cantik berbanding ros.” Jawapan gadis ini benar-benar buat aku terharu. Ada juga yang menghargai kewujudan kaktus.

Aku lihat lelaki itu mengukirkan senyuman sekali lagi. Selesai membuat pembayaran, aku lihat ada sekeping kad diberikan pada tuan baru aku. Dari anak lelaki tuan lama aku tentunya.

Akhrinya aku punya tuan baru. =)
Hubungi saya bila kaktus itu sudah berbunga,”lelaki itu berkata pada tuan baru aku. Tuan baru aku mengambilnya walau aku tahu di mindanya tentunya punya banyak persoalan. Tapi yang pasti, hari itu bukan hari terakhir aku bertemu dengan lelaki itu lagi. Sehingga ke hari ini aku masih bertemu dengannya.

Habis!

Nota reenapple: Tak tahu kenapa aku asyik teringatkan kaktus sejak kebelakangan ni sejak balik dari get a life hari tu. Muehehehehe. Aku rasa macam nak bela kaktus la pulak tapi difikirkan aku ni jenis yang tak suka bunga dan sewaktu dengannya, jadi aku abaikan sahaja. Aku takut aku dapat gelaran baru pulak, “Pembunuh Kaktus” Ekekekeke.


*Ini autopublish*







Wednesday, April 24, 2013

Wordless Wednesday #15


Nota reenapple: Mohon carikan buku itu untuk saya. Huk huk (T.T)


*Ini autopublish*

Tuesday, April 23, 2013

Lupakan sahaja dia.



Kau patut sahaja lupakan dia. Rindu dia, akan buat kau makin terluka. Believe me. Aku pernah berada dalam situasi itu, yang bezanya dia itu orang yang kau sayang dan aku tidak. Kau rindu dia sekalipun, ada dia tahu tentang itu? Tidak bukan?

Sekiranya kau luahkan rindu itu pada dia, tentunya dia akan tidak hiraukan perasaan kau itu. Mungkin dia juga turut punya perasaan yang sama dengan. Mungkin tapi aku mohon jangan terlampau berharap. Jangan berharap yang dia akan sayang kau sebagaimana dia pernah buat itu satu tika dulu. Semua itu sudah berkubur dalam hidupnya. Kau itu bukan sesiapa dalam hidupnya lagi.

Segala kata-kata manis yang pernah dia ucapkan pada kau, segala janji-janji yang pernah kau dan dia lakukan, semua itu sudah berkubur. Mohon terima itu dengan sepenuh hati. Mohon

Yaaa… aku tahu ia sakit. Sakitnya tiada siapa yang faham. Tuhan sahaja yang tahu segala isi hati kau. Maaf, bukan aku mahu marah pada dia, atau pada kau. Tapi, terimalah segalanya dengan redha. Ini semua sudah termaktub dalam bukuNYA yang takdir kau dan dia hanya setakat ini sahaja. Yaaa… aku tahu beberapa tahun sudah berlalu, tapi aku pinta kau lepaskan dia dengan senang hati.

Ah maaf, aku tak berniat mahu berkata sebegini pada kau. Tapi ini lebih baik dari kau hubungi aku dengan tangisan bukan? Lupakan sahaja dia. Rindu dia akan makin buat kau terluka. Mohon.

Nota reenapple:  For a friend. 



Monday, April 22, 2013

Mimpi






Sayang
Mimpi ngeri yang kamu mimpikan semalam
Hanyalah mimpi sahaja.
Mimpi ngeri yang buat kamu menangis semalam
Hanyalah mimpi sahaja.

Bila aku kata mimpi,
Itu ertinya ia tak akan menjadi kenyataan.

Datang sini padaku
Biar aku kesat air mata kamu
Biar aku peluk kamu sampai kamu berhenti menangis
Sampai kamu terlena kembali dalam dakapan aku

Dan kali ini aku yakin
Kamu akan mimpikan sesuatu yang indah.

Senyum sayang.
Jangan menangis lagi.



Sunday, April 21, 2013

Man In Love


Aku rasa lelaki yang sedang dilamun cinta ni kelihatan comel pula. Cute and sweet bila dia menceritakan tentang gadis yang sekarang ini berada di hatinya. Mungkin belum lagi berlaku sesi meluahkan but then, awak nampak sweet bila awak cerita tentang dia. I can feel that feeling too although the one who faced it, it’s you not me. Indah bukan bila jatuh cinta dengan orang yang mampu buat kita tersenyum? Ah… tetiba je aku rindu moment  tu. Huuu

Lucky her to have your love. But then, don’t hope too much. Berdoa sahaja pada DIA jika awak benar-benar mahukan dia. And yes, I will pray for you, praying that she’s the one for you. Amin. =)

Nota reenapple: Tetiba nak tujukan lagu Heart Attack pada seseorang. Hiks. =D

*Ini autopublish*



Saturday, April 20, 2013

Ibu Baru

Family baru. =)
Masa aku balik hari itu, Putih sudah bergelar ibu. Sekarang si Putih ada 4 ekor anak yang comel dan agak nakal seperti dia di zaman kecil-kecil. Muahahaha. Aku rasa masa last aku check hari tu, anak dia semuanya lelaki. Ehhh.. jantan. Hehe.
Sesi berebut nenen. Haha
Bermacam-macam gaya menyusu.
Aku sebenarnya tak boleh nak terima kenyataan lagi yang si Putih dah jadi ibu. Bayangkan aku tengok dari di saat dia dilahirkan lagi ni tetiba dia dah jadi ibu. Waaaaaaaaa. Ohhh... and then ekor dia dah tak kembang macam dedulu. Huuuu... aku rasa dia turunkan ekor kembang tu kat anak-anak dia lak sebab aku tengok ekor anak dia ada yang nak sama macam dia. Hahaha.

Penat tahu jaga anak ni. *Putih kata*
Apa nama anak-anak dia? Erk... aku belum sempat letak nama sebab aku tak pasti diorang tu jantan atau betina. Kang aku letak nama Sophia, tetiba kucing tu lelaki. Haaaaa... Jadi tunggu aku balik rumah bulan 7 ni la pulak. Ekekekeke.

Adakah bakal menjadi seekor ibu yang penyayang?
Sedang mengawasi anak.
Oh... kemudian, Putih dah tak senakal macam dulu. Wuwuwuwuwuwu. Aku dah tak boleh buat main-main dengan dia.Lepas tu dia dah tak ada dah nak gigit gigit aku bila dia lapar. Bila dia lapar, dia akan pergi duduk kat meja yang ada makanan dia, dan kemudian dia pandang aku. Tahulah aku dia nak makan. Sampai hati dia tak mau main dengan aku dah.  Sedih okey. Sedih!

Eh... k lah. Tu je yang nak diupdate. Huhuhhu.

Auwwww.... saya sayang Mama saya. Hiks. =P

Thursday, April 18, 2013

Kewujudan



Kamu…
Buat apa mahu teruskan kewujudan kamu di situ lagi
Kalau kewujudan kamu di situ memaksa kamu memalsukan diri
Buat apa mahu terus berlagak yang kewujudan kamu itu masih diperlukan lagi
Sedangkan jawapan itu telah kamu tahu bukan?
Mereka itu gembira dan tenang sahaja tanpa kamu.

Buat apa lagi mahu berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku
Sedangkan kamu tahu itulah yang bakal melukakan kamu lagi
Hentikan sahaja pemikiran itu.
Diam dan menjauhkan diri itu pilihan yang terbaik.


Nota reenapple: Kebelakangan ini selalu sahaja mimpikan sesuatu yang bagi aku adalah aneh. Bermimpikan dia. FAKE! =_=!


*Ini autopublish*




Sunday, April 14, 2013

Lagu: Tonight I'm Getting Over You


I wanna smash your fears
And get drunken off your tears
Don't you share your smile with anyone else but me
I wanna touch your heart
I wanna crash it in my hands
Make you plead and cry as you give up all the lies

We're not lovers
But more than friends
Put a flame to every single word you ever said
No more crying
To get me through
I'll keep dancing till the morning with somebody new
Tonight I'm getting over you
Tonight I'm getting over you
Tonight I'm getting over you
Tonight I'm getting over you
Over you
Over you

Stuck in a real bad dream
And man it feels so new to me
Should be in your arms but I'm begging at your feet
It's been a real hard night
And I just hold my pillow tight
It won't love me back, no,
It's not you and I

We're not lovers
But more than friends
Put a flame to every single word you ever said
No more crying
To get me through
I'll keep dancing till the morning with somebody new
Tonight I'm getting over you
Tonight I'm getting over you
Tonight I'm getting over you
Tonight I'm getting over you
Over you
Over you
Tonight I'm getting over you
Tonight I'm getting over you
Tonight I'm getting over you
Over you
Over you

(Tonight I'm getting over you)
We're not lovers
But more than friends
Put a flame to every single word you ever said
No more crying
To get me through
I'll keep dancing till the morning with somebody new
Tonight I'm getting over you

Nota reenapple: Lagu favorite aku yang terbaru. Boleh tak nak tujukan lagu ni pada someone? Erk. Keh keh keh keh. =P

*Ini autopublish*



Saturday, April 13, 2013

Quotes #51


Don't let it break you. No matter how hard life gets, it goes on. Keep smiling and always make yourself happy.

Nota reenapple: You can't fix a broken heart.

Thursday, April 11, 2013

Soalan


Kalau awak lelaki, adakah awak akan sedar yang kawan perempuan awak ada hati pada awak? Adakah awak akan sedar itu even dia sedaya upaya menyembunyikan perasaan dia pada awak? Saya rasa tak melainkan kawan perempuan tu meluahkan pada awak dulu bukan?


Nota reenapple: Tetiba benda ni terlintas di fikiran aku masa aku tengah buat assingment. Haha. Oh gambar tu... sebagai hiasan sahaja.Nak tukar selera Korea lak. Ekekeke. Siapa nama lelaki ni? Aku tak tahu. Yang aku tahu dia anggota C.N BLUE. Hiks. =D


Wednesday, April 10, 2013

Cerpen: Luah



Aku lihat dia hulurkan tangannya padaku dan aku hanya pandang sahaja huluran tangannya sebelum aku pandang dia yang dari tadi tersenyum.

Kau tak nak sambut tangan aku?” Dia menyoal. Aku hanya mampu senyum sambil menggelengkan kepala. Aku sedar senyuman di wajahnya dimatikan. Aku senyum sahaja dengan gelagat dia itu. Mungkin sahaja tindakan aku itu mengecewakannya. Ah maaf. Aku terpaksa.

Kenapa kau tak nak? Kau ingat kau boleh bangun ke dengan keadaan kau macam ni?” kedengaran lagi suara dia menyoal. Aku hanya mampu senyum sahaja.

Kenapa kau banyak sangat soal? Dah macam polis la kau ni, banyak soal.” Aku sindir dia sambil aku cuba bangun dengan usaha aku sendiri. Alah… bukannya susah sangat. Bersila di atas pasir, bukannya susah nak bangun pun. Mengada je kawan aku ni mahu hulur tangan dia. Berlagak gentleman la kononnya. Huh.

Kau tak tahu ke aku dah lama jadi polis sejak aku kawan dengan kau. Sekarang aku dinaikkan pangkat jadi Chief Inspector.” Dia dah mula dah dengan lawak bodoh dia tu. Aku senyum jengkel sahaja sebelum mencebik. Kejadah lawak macam tu. Tak kelakar langsung!

Babe… kau tahu tak apesal aku ajak kau jumpa kat sini hari ini?” Dia mengeluarkan lagi soalan. Aku hanya jungkit bahu sambil mata aku memandang keindahan pantai di hadapan aku. Entah… aku pun tak tahu. Sebelum ni, mana pernah dia beritahu tujuan dia mintak aku jumpa dia di tempat itu dan tempat ini. Yang aku tahu, kitaorang jumpa hanya untuk bergosip dan berkongsi masalah. Yaaa… dia kawan lelaki yang baik. Terlalu.

Aku nak luahkan sesuatu…” Ayat dia tergantung di situ. Lama juga aku tunggu sambungannya, tapi tak ada la pulak. Dia ni dah jadi bisu ke apa?

Kau pernah suka someone secara diam-diam tak?” Tetiba je dia tanya soalan lagi. Haram betul! Asyik tanya soalan je dia ni. Tahulah peguam. Heh.

Pernah. Kenapa?” Aku pandang dia dengan hairan. Sah-sah dia tahu ini. Dia tahu semua crush aku. Aku ceritakan pada dia. Apa bangangnya tanya soalan tu lagi.

Have you loved someone?
Aku lihat dia menarik nafas sedalamnya. Lagilah aku bertambah hairan. Apa sebenarnya tujuan dia ni? Otak aku memainkan peranannya untuk berfikir.

Aku rasa aku dah tersuka pada someone…” Sekali lagi ayat dia tergantung. Aku senyum sahaja. Berita gembira ni!

Siapa? Aku ke?” Sengaja aku usik dia. Aku lihat dia senyum je.

Kau rasa?

Seriously? Mohon jangan jatuh hati kat aku,” Aku pandang dia lagi dan seperti biasa dia masih dengan senyumannya. Lama juga dia tersenyum sebelum dia menganggukkan kepalanya perlahan-lahan.

Kali ini aku pula yang menarik nafas dalam-dalam. Lama juga aku buat begitu sebelum aku ukirkan senyuman padanya. Dia masih dengan senyumannya sambil matanya masih melekat ke arah aku.

Mohon jangan jatuh hati dengan aku,” sekali lagi aku keluarkan ayat tu dan dia masih lagi dengan senyumannya. Nasib baik aku ni bukan jenis yang mudah cair dengan senyuman lelaki kacak macam dia ni. Heh.

Why?” Aku senyum sahaja bila sekali lagi dia keluarkan soalan. Aku jungkit bahu sambil senyum sebelum aku kembali memandang pantai di hadapan aku ini.

I need an answer. Asal kau tak nak aku jatuh hati dengan kau? Dan kenapa kau takut sangat nak jatuh cinta lagi? Kau juga yang bagitahu aku jatuh cinta tu indah but then kau yang tolak hal macam ni.

Aku tarik nafas sebelum aku pandang dia. “Boleh tak kau jangan tanya soalan ibarat aku ni banduan? Aku tak ada buat salah and I’m not your client after all.”

Mohon jangan jatuh hati pada aku. 
Dia ukirkan senyuman sekali lagi. “I need an answer.

Aku mengeluh. Tidak tahu apa yang aku harus aku jawab. “Let me answer your question with question. Why? Kenapa kau boleh suka kat aku? 5 tahun kita kawan and kenapa tetiba kau bagitahu aku ini?

Sekali lagi dia senyum. Aku balas sahaja senyuman dia. Mahu ketawa pun ada tapi aku tahan sahaja. Mungkin dia sedang serius. Kalau aku main-main masa dia tengah serius, kejap lagi ‘dark side’nya akan terkeluar. Heh.

Aku tak tahu… cuma kebelakangan ni je, aku rasa lain dengan kau. Tetiba je aku rasa selesa dengan kau…

Kau nak cakap selama kita kawan, kau tak rasa selesa dengan aku?” Aku potong ayat dia. Sengaja aku guna nada tegas dengan dia. Buat-buat bengang katakan.

Tak… ia cuma… entah aku tak tahu. Aku keliru.

Aku senyum sahaja. Aku rasa aku faham apa yang dia sedang alami. “Is it this things happen selepas kau dengan Mia berpisah?

Dia pandang aku dengan riak wajah terkejut. Rasanya aku telah meneka dengan betul. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya.

Jadi… apa yang kau rasa pada aku, bukannya rasa cinta, it’s just rasa selesa….”

How you’re sure about that?” Dia menyoal lagi. Aku cuma ukirkan senyuman sahaja.

Sebab aku pernah alami benda tu. Hati kau sedang sunyi sebab itu kadang-kadang layanan baik kawan sendiri pun hati kau salah tafsir.” Dia menganggukkan kepala tanda faham.

Maybe… sebab kau yang selalu teman aku, jadi pendengar setia aku masa Mia tinggalkan aku. Kau ada di sisi masa tu. Bagi semangat kat aku...

Aku senyum sahaja. Aku tahu kisah dia dan Mia, bekas teman wanitanya. “Bunga bukan sekuntum weh,” aku sindir dia. Dia ketawa.

Bunga bukan sekuntum
Dan kumbang bukan seekor. Mohon kau move on. Jangan nak setia sangat dengan crush kau tu. Dia bukannya tahu feelings kau kat dia.” Ayat dia ini tetiba sahaja buat jantung aku macam kena cucuk dengan jarum. Heh. Kemain!

Aku dah lama move on la. Sengal!” Satu tumbukan hinggap di bahunya. Padan muka! Dia ketawa lagi.

Aku harap satu hari nanti ada lelaki yang akan buka pintu hati kau sekali lagi. Dan aku harap lelaki tu nanti adalah jodoh kau.”

Kau harap kau eh?” Aku usik dia lagi. Dia senyum sahaja sambil jungkit bahu.

We don’t know what will happen in the future. Stop thinking about the future for now and just follow the flow, is much better, right?

Aku senyum sahaja sambil menganggukkan kepala. Dan kami kemudian berbual tentang zaman belajar kami dengan gembira.

Habis!


Nota reenapple: Yeah! Akhirnya dapat tulis satu cerpen ******* (perkataan yang tidak boleh disebut). Dah lama tak tulis cerpen. Ekekekekee. Mohon enjoy! ^__^





Tuesday, April 9, 2013

Fikir



Walau apa jua yang kau buat, fikir sebelum bertindak. Fikir sama ada itu akan membawa kebaikan atau keburukan pada kau. Fikir sama ada apa yang bakal kau buat itu bakal melukakan diri kau atau tidak. Fikir sahaja tentang kau. Yang mahu terus hidup adalah kau, bukan mereka, maka buat apa mahu terusan memikir tentang mereka yang langsung tidak hargai kau. Shit happens but life needs to go on!

And always remember this, the only person that can makes you happy is yourself. Don't ever put your happiness on someone else. They don't stay by your side forever unless they are you family. =)

Nota reenapple: Diam, memendam dan menjauhkan diri adalah keputusan yang paling rational pernah aku buat.

Monday, April 8, 2013

Kawan Baru


Ini kawan baru saya. Namanya Mr.Sheep. Nak panjang lagi, Mr. Brown Sheep. Hahaha. Mesti korang pun heran macam mana Sheep ni warna chocolate a.k.a warna favorite aku. Ekekekekek.

Aku tempah dari Kakak Nani Zuliana. Ehehehe. Memula yang aku tengok yang dia promote tu warna hitam dan putih but then aku request warna cenggini. Demand jugak aku masa aku mintak Kakak Nani Zuliana buat warna chocolate. Oh... maafkan saya. Huhu. Tapi hasilnya menarik bukan? Ehehehehe.

Memula aku dapat tu, aku ingatkan kecil, boleh la aku gantung kat beg sandang aku yang warna chocolate tu. Matching gitu. Hiks. Tapi saiznya aku rasa tak layak digantung kat beg aku tu, maka aku buat peneman di  atas katil je la. Sebab saiznya aku rasa sebesar tapak tangan aku. Sila bayangkan tangan aku macam lelaki tapi comel. Erk..

Comel kan dia? Mohon puji Mr.Sheep aku kalau tak aku gigit korang lagi. Ekekeke. Eh...kbye. Tu je nak update. =)

Nota reenapple: Penat! =_=!



Wednesday, April 3, 2013

Wordless Wednesday #14












Nota reenapple: Ini autopublish. Aku tengah get a life somewhere for a while. =)



Tuesday, April 2, 2013

Crush dan setia


Buat apa mahu setia pada crush kalau crush itu kita sendiri tidak tahu sama ada crush itu akan bertahan dalam hati kita atau tidak. After all, it’s just a crush. It’s called a crush because it won’t last.

Aku bercakap based on pengalaman aku sendiri. Aku pernah setia pada seorang crush ini. Crush ke walau dia tak pernah buat aku tersenyum. Rasa yang aku ada hanyalah rasa menyampah, annoying dan sebagainya. Yes, it all negative. But then at the same time, aku rindu dia. Dowh… I don’t know how I got that disaster feeling on him. Jujur, aku dan dia tak pernah berkomunikasi sebagai kawan. Jumpa or meet by coincidence? Lagilah haram even satu fakulti. Kalau jumpa, masing-masing buat buat ego. Heh

  

Aku rasa dari situ, aku macam takut nak fall in love. Sakit tahu rasa cinta itu. Ah.. itu aku la, bukan orang lain. Rasa bodoh juga bila ingat benda ni lagi. Haha. Bagi aku tak salah kalau kau nak keluar dengan lelaki/ perempuan lain yang berminat nak berkenalan dengan kau. Dan tak payah lah nak setia sangat dengan feeling pada crush tu. He/ She are not worth it. 

Diorang bukannya sedar feeling pada kau. Kalau diorang tahu sekalipun, ada diorang cakap nak kenal kau dengan lebih mendalam? Ada diorang cakap apa-apa lepas diorang tahu hal sebenar? Nothing right?  So, just biarkan sahaja. 

Mohon move on. Meet new crush please. Life is full with guys and girls that will be your worth. Ehhh. 

Nota reenapple: Jumaat ni balik rumah. Yeay! *homesick*



Monday, April 1, 2013

Rencah Dunia


 

Hidup nie susah nak duga
Kadang kala kita rasa dekat dengan seseorang tu
Tapi sebenatnya jauh
Walaupun kita dapat genggam tangan dia
Belum tentu hati dia kita dapat selami.
Mungkin kita boleh buat dia ketawa
Tapi kita tidak tahu apa makna nya senyumannya.
Bila dia menangis, kita sangka kita dapat memujuknya
Walhal, kehadiran kita langsung tak disenangi.
Rencah dunia, kita takkan tahu siapa kawan dan lawan sehingga sampai saat kita jatuh tersungkur.
Adakah tangan dihulurkan atau kita ditinggalkan?

Nota reenapple:Aku tak tahu dari mana aku copy sebab ini adalah entry yang lama-lama masa aku memula blog. Ekekeke. But then, it’s have deep meaning. Dan aku senyum bila baca ini sekali lagi. =)