Saturday, March 23, 2013

Dia


Betullah, dia itu siapa mahu difikirkan lagi. Dia itu siapa mahu diingati lagi. Dia itu siapa kau mahu terluka dengan sikapnya. Dan ah… bukan dia sahaja kawan kau. Dan bukan sahaja dia yang kau ada. Untuk dia yang seperti itu, buat apa kau mahu lukakan hati kau dengan sikapnya itu?

Bagitahu aku, apa penting sangatkah dia dalam hidup kau sehingga kau abaikan mereka di sekeliling kau? Penting sangatkah dia dalam hidup kau sehingga kau mahu mengalirkan air mata sebab dia? Terlampau sayangkah kau pada dia sehingga kau terluka dengan sikap dia? Dia. Kenapa dia? Dalam banyak-banyak manusia mengapa dia? Tak ada manusia lainkah yang kau mahu pilih untuk bersedih?


Dia. Kau sayang dia? Yaaa… aku tahu. Tapi dengan dia yang langsung tidak tahu rasa sedih kau, dengan dia yang langsung tidak tahu, sikapnya itu sekali lagi merobek hati kau, perlulah kau tangisi sikapnya itu?

Yaaa… aku tahu dia tidak bersalah. Dan kau juga. Tak ada siapa yang bersalah dalam hal ini. Cuma, ingat sahaja ini, manusia berubah dan itu termasuk dia. Kau tak boleh harap dia akan kekal menjadi seperti dia yang kau kenali satu tika dahulu. Dia juga punya kehidupannya sepertimana kau punya kehidupan kau.

Jadi? Mohon jangan bersedih sebab dia. Sedangkan dia sendiri tidak tahu hal sebenar. Hal yang dia telah melukakan kau untuk sekali lagi. Yaaa… aku tahu kau tak mahu salahkan dia sebab kita berdua tahu itu bukan salah dia. Dan itu juga bukan salah kau. Itu hak dia. Hak dia untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Aku pinta kau teruskan hidup reality kau dengan gembira. Mohon. 

Nota reenapple: Hidup ibarat secawan kopi tanpa gula. Permulaannya pahit, tapi bila ditambah gula, manis. Jadi, kau mahu hidup kau penuh dengan rasa pahit? Get a life please. Sincerely, THE OTHER ME.


17 comments:

  1. kopi yang pahit tu bila bersama gula akan buat ketagih :)

    Dia itu sudah di takdirkan melangkah masuk untuk membuat kacau dalam kamar hati..

    ReplyDelete
  2. Cik Tia---> Seorang kawan. =)

    ########

    Nong Andy---> Haha. Mungkin. Tapi dia ini perempuan. Erk.. takkanlah aku...

    ReplyDelete
  3. Cik Tia---> Seorang kawan. =)

    ########

    Nong Andy---> Haha. Mungkin. Tapi dia ini perempuan. Erk.. takkanlah aku...

    ReplyDelete
  4. oit? perempuan?

    adus....

    dia memang di takdirkan membuat kacau bilau dlm episod semasa hidup ko gamaknya hehehe

    ReplyDelete
  5. oit? perempuan?

    adus....

    dia memang di takdirkan membuat kacau bilau dlm episod semasa hidup ko gamaknya hehehe

    ReplyDelete
  6. aku kenal kawan ko tuh..
    dan sememangye ko dan die xbersalah :)

    ReplyDelete
  7. aku kenal kawan ko tuh..
    dan sememangye ko dan die xbersalah :)

    ReplyDelete
  8. Nong Andy---> Atau aku yang terlampu fikir sahaja. =)


    #########

    Anon----> Do we know each other? =)

    ReplyDelete
  9. Nong Andy---> Atau aku yang terlampu fikir sahaja. =)


    #########

    Anon----> Do we know each other? =)

    ReplyDelete
  10. aku rasa kan...

    sekali belum orang tu tahu cerita sebenar...

    kite tak boleh salah kan die kan?

    ReplyDelete
  11. aku rasa kan...

    sekali belum orang tu tahu cerita sebenar...

    kite tak boleh salah kan die kan?

    ReplyDelete
  12. =) mungkin dia tak pernah sedar betapa pentingnya dia pade *kau*

    adakala melepaskan lebih baik dari menggenggam terlalu kemas hingga berderai..

    due2 akan kerugian beb

    ReplyDelete
  13. =) mungkin dia tak pernah sedar betapa pentingnya dia pade *kau*

    adakala melepaskan lebih baik dari menggenggam terlalu kemas hingga berderai..

    due2 akan kerugian beb

    ReplyDelete
  14. Hohoho part paling best dlm entry ni ialah the last words of 'The other me'..
    kau sedang dirasuk oleh sesuatu nih...hihi maaf, aku selalu komen yg bukan2 kan..erk (-_-') kesian kau~~

    ReplyDelete
  15. Hohoho part paling best dlm entry ni ialah the last words of 'The other me'..
    kau sedang dirasuk oleh sesuatu nih...hihi maaf, aku selalu komen yg bukan2 kan..erk (-_-') kesian kau~~

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.