Thursday, March 14, 2013

Di satu hari...



Kadang-kadang menyeronokkan bila duduk melepak di satu tempat sorang diri. Oh yaa… sila pastikan tempat itu adalah tempat yang menjadi kawasan orang lalu-lalang. Haha.

Kau akan lihat gelagat manusia yang berbeza. Ada yang terkejar-kejar ke kelas sambil pegang 2 3 biji buku yang tebal di tangan.

Ada yang sedang bercakap di telefon tanpa hiraukan orang yang lalu lalang. Nasib baik dia tak langgar budak perempuan tadi. Kalau tak, kesian kat budak perempuan tu nak bangun nanti. Yeelah, pakai kain terbelah, okey. Kah kah kah.

Ada pulak si boyfriend pegang buku-buku si girlfriend-nya sambil berjalan dan berbual sesama mereka. Ouch… ini sweet. Mohon bakal boyfriend saya juga sebegitu. Tapi tak ada guna juga. Sebab sem ini sem akhir, maka tiada harapan nak cari boyfriend ketika belajar. Itulah… siapa suruh ego sangat dulu. Hmmm.

Ada juga lelaki yang kacak dan handsome tadi. Ehehehe. Tapi mujur, tidak terkena panahan cinta pandang pertama. Wakakakaka.

Oh… dan ada juga yang pandang aku semacam. Erk… mungkin sebab aku asyik senyum seorang diri. Yeeela, siapa yang tidak mahu gelak bila tengok pelbagai ragam manusia di hadapan. Nasib baik aku sedang minum susu coklat dengan senang hati walau hal semalam masih lagi berbekas. Kikiki.

30 minit berbuat sedemikian, akhirnya aku sedar, hidup sebenarnya indah. Kita sahaja yang mengandaikan ia bencana sebab sesuatu perkara yang tidak ditakdirkan berlaku dalam hidup kita. Terima kasih benarkan aku hidup. =)


Nota reenapple: I didn't choose to fall in love. My heart did. Sorry.

13 comments:

  1. owh, ayat yang last tu kte setuju :)

    ReplyDelete
  2. betul ! aku setuju, mmg klw kita buat mcm tu, tgk sekeliling, tgk ragam manusia kat sekitar kite, tgk haiwan2 jalanan, aku pun sedar yg hidup ni just nice~ :)..masa tu, aku akan trik nafas lega dan tersenyum sbb aku diberi peluang utk menyedari yg hidup ni indah sebenarnya :)

    ReplyDelete
  3. perhatikan gelagat orang lain adakala menghiburkan..

    tapi lain pula kisahnya kalau kita yang di perhatikan..

    ReplyDelete
  4. perhatikan gelagat orang lain adakala menghiburkan..

    tapi lain pula kisahnya kalau kita yang di perhatikan..

    ReplyDelete
  5. Syida Rasidah---> Haha. Aku pun. =)

    ##########

    LynnDamya---> Hidup ini unik sebenarnya bukan? =)

    ############

    Skull Writers---> Hahaha. Itu... aku belum sampai tahap digelar stalker lagi. Ekekekek.

    ReplyDelete
  6. Syida Rasidah---> Haha. Aku pun. =)

    ##########

    LynnDamya---> Hidup ini unik sebenarnya bukan? =)

    ############

    Skull Writers---> Hahaha. Itu... aku belum sampai tahap digelar stalker lagi. Ekekekek.

    ReplyDelete
  7. aku paling suka perhati gelagat orang dalam tren. itu lagi macam-macam...

    ReplyDelete
  8. sering tgk gelagak anak didik..

    comel dan buat aku tersenyum sendiri :)

    ReplyDelete
  9. sering tgk gelagak anak didik..

    comel dan buat aku tersenyum sendiri :)

    ReplyDelete
  10. Hi Reenapple, love your callsign.
    My bahasa is out of tune, but boleh la faham 36% of your posting.
    I too love observing people, discreetly of course.
    And where I am, guessing where they from, whether single or waiting for the ferry or missed the ferry...ha ha.

    You have fun and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
  11. Hi Reenapple, love your callsign.
    My bahasa is out of tune, but boleh la faham 36% of your posting.
    I too love observing people, discreetly of course.
    And where I am, guessing where they from, whether single or waiting for the ferry or missed the ferry...ha ha.

    You have fun and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
  12. RapunzeL---> Haha. Aku suka perhatikan orang walau di mana saja aku berada. =)

    ############

    Evagurl Izma---> Haha. Keletah kanak-kanak memang menghiburkan bukan? =)

    ############

    Uncle Lee---> Thanks. =). Observing people is an interesting thing to do. =)

    ReplyDelete
  13. RapunzeL---> Haha. Aku suka perhatikan orang walau di mana saja aku berada. =)

    ############

    Evagurl Izma---> Haha. Keletah kanak-kanak memang menghiburkan bukan? =)

    ############

    Uncle Lee---> Thanks. =). Observing people is an interesting thing to do. =)

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.