Thursday, February 28, 2013

Quotes #47



It's true we can't forget the past. Walau berapa juta kali kita asyik suruh diri kita move on, paksa diri kita move on, we actually not really forget the past 100%. Sebab masa silam tu sebahagian diri kita... dan ia akan kekal menjadi sebahagian dari diri kita walau sepahit mana sekalipun masa silam itu.

Nota reenapple: Boleh pergi mampus dengan semua tu. Haih!



Tuesday, February 26, 2013

Kawan Lelaki




Kemain semalam aku borak-borak dengan kawan. Hajatnya aku nak berpura-pura merajuk dengan dia, last-last aku lak yang kena minta maaf sebab usikan aku kat dia benar-benar buat dia sensitive. Makanya hasrat aku nak merajuk dengan dia dibatalkan. Macam sengal pun ada.

Minta maaf, aku ni budak yang nakal. Memang habit aku sakat orang. Huuu. Mana lah aku tahu dia jenis yang cepat terasa. Actually aku jarang jumpa lelaki yang sensitive. Sebab kawan-kawan lelaki aku mostly selalu buat aku tersentap bila aku borak dengan diorang. Mak aih!

Aku pernah kawan dengan lelaki yang mana ada satu tika tu awek dia call marah-marah aku, maki hamun aku. Padahal aku kawan je pun. Sekarang? Kitaorang dah tak kawan dah pun. Haha. Lagi baik. Dia pun tak ada nak minta maaf. Ah… who cares. Pesen lelaki begini memang aku rasa baik dipotong 44 bahagian. Haha.

Aku juga ada seorang kawan lelaki yang sekarang ni, memang everything gossip aku citer kat dia. Haha. Aku rasa dia je kot budak lelaki yang pernah aku makan berdua. Muahahhaha. Biasanya kitaorang ‘dating’ sebab ada gossip terbaru or need to share problem. Oh… yang ini aku harap our friendship long lasting forever. Amin.

Bila ada kawan perempuan aku kata, best sebenarnya kawan dengan budak lelaki dari kawan dengan perempuan, aku rasa aku sangkal pendapat itu. Sebab dedua best berkawan bila masing-masing faham masing-masing. Ehhhh… apa kebenda aku merepek ni? Haha. Mohon buat-buat faham. Haha



Saturday, February 23, 2013

What a year can do


Thursday, February 21, 2013

Menyanyi di bilik air.



Aku ni memang suka dengar lagu tapi aku memang pantang dengar orang menyanyi dalam toilet lebih-lebih lagi masa dalam shower room. Ish… macam tak appropriate pun ada juga. Yaaa… aku tahu suara mereka sedap didengar tapi tapi nyanyi dalam toilet masa mandi, elok ke? Entah.. aku tak tahu hokum mandi dalam toilet tapi aku memang tak suka orang nyanyi dalam toilet.

Sebabnya? Entah. Aku pun tak tahu. Maybe sebab aku ni ada juga sisi penakut. Haha. Tambah-tambah lagi bila yang menyanyi tu diwaktu malam. Haaa… aku pun bukannya kuat semangat juga walau tak pernah alami perkara-perkara sebegitu. Haha.

Wednesday, February 20, 2013

Bayangan #3




Bayangkan kau sedang melangkah ke tandas di malam buta sebab mahu cuci muka dan gosok gigi. Selepas gosok gigi dengan Colgate warna biru, terus kau nak cuci muka pula. Makanya kau pandang cermin depan kau, menyapu pencuci muka dan terus cuci muka. Sah-sah kau tutup mata sebab tak nak buih masuk ke dalam mata.

Lepas kau bilas muka kau dengan air, kau pandang cermin. Cuba teka apa yang ada kat cermin? Cuba teka. Kau tak nampak apa-apa. Kau tak nampak diri kau dalam cermin. Masa tu bulu roma kau dah meremang. Suhu badan kau dah turun mendadak. Kau niat nak lari dari tandas. Tapi kau tak ada keberanian.

Sehinggalah kau dengar pintu tandas terbuka. Kau telan air. Dalam hati, duk baca apa-apa surah, tapi tentunya tunggang langgang bukan? Last-last kau pun berjalan perlahan-lahan keluar dari tandas sambil memandang ke bawah. Kau langsung tak pandang ke depan sehingga kau tiba di bilik.

Tiba-tiba ada orang sapa kau. Kau terus menoleh ke belakang.

Awak tertinggal ini…”ada perempuan berambut panjang menghulurkan ubat gigi, berus gigi dan pencuci muka pada kau.

Kau ambil dan ucapkan terima kasih. Dan sehinggalah kau pandang bawah. Kau telan air liur. Kau pandang muka budak perempuan tu. Budak tu sedang mengukirkan senyuman pada kau dan tiba-tiba saja dunia kau jadi gelap.

Apa sebenarnya kau nampak kat bawah ? 





Wednesday, February 13, 2013

Kistot #17: Malu




“Awak dahlah kacau kita!”

“Hahahaha”

 Dia gelak lagi.

“Nanti kita bagitahu Mak kita. Biar dia pukul awak”

Dia ketawa lagi.

“Saya suka kacau awak sebab bila awak tersipu malu, awak nampak comel”

Aku? Diam saja sambil menahan malu.




Adil



Satu hari dia belajar sesuatu. Setiap apa yang dia lakukan ini ada balasannya. Setiap apa yang dia perolehi ini akan ada sesuatu yang harus dia korbankan. Sama ada dia rela atau tidak,akan ada sesuatu miliknya yang akan dikorbankan. Hidup sentiasa adil. Dia sahaja yang baru sedar itu. 



Friday, February 8, 2013

Di malam itu



Di satu malam, ketika aku sedang melepak dengan kengkawan aku. Masa tu jam menunjukkan pukul 12 tengah malam kot. Kita orang melepak di bangku yang berhadapan dengan bukit seberang sana. Memang akan nampak bukit-bukit tersebut di waktu siang tapi bila malam, sah-sah apapun tak nampak. Oh ya.. kolej penginapan aku berdekatan dengan kawasan bukit.

Sedang asyik berbual-bual, tetiba seorang pak cik pengawal keselamatan muncul. Aku dah lupa nama Pak Cik tu, rasanya Pak Cik Rahim kot. Ah biarkan je la. Haha. Malam itu, Pak cik Rahim buat rondaan . Katanya nak awasi kalau ada orang luar masuk ke kolej penginapan kami. Sebab ada kes lelaki yang bukan pelajar kat sini, masuk ke blok perempuan. Wuuuu. Dasyat tak?

Memula aku ingat pak cik tu sekejap je nak berbual dengan kitaorang. Dari 1 jam berlarutan ke 2 jam. Ngeh ngeh ngeh. Nak halau, memang tak sampai hati. Kebetulan, kitaorang bawak roti dengan Peanut butter ketika makanya kawan aku yang sememangnya bermurah hati, menawarkan Pak Cik Rahim beberapa keeping roti. Pak Cik Rahim menolak tapi kawan aku paksa juga terima roti. Last-last Pak Cik Rahim pun makan roti itu. (macam pelik je gaya penceritaan aku ini)


Eh jap. Aku bukan nak cerita pasal Pak Cik Rahim. Ngeh ngeh ngeh. Kemudian, sambil makan roti, tiba-tiba sahaja terdengar lolongan anjing di bukit sana. Tetiba je Pak Cik Rahim buka cerita, kalau bunyi anjing menyalak lain dari kebiasaannya makanya itu bermaksud anjing itu nampak benda yang kita tak nampak. Bila diamati bunyi anjing tu, sah-sah memang tak sama macam yang aku selalu dengar kat TV. Aku pun apatah lagi diam je. Hahaha. Lama juga anjing tu menyalak. Lepas beberapa ketika, bunyi anjing tu dah kembali macam biasa. Mohon ngerti aku tak tahu nak jelaskan bunyi anjing. Ekekeke.

Bila jam nak cecah pukul 3 macam tu, baru aku dan kawan-kawan aku balik bilik. Itu pun selepas satu jam Pak Cik Rahim beredar. Ekekeke. Berani tak kitaorang? Tapi tu bukan malam terakhir kitaorang lepak sampai malam buta. Keesokan malamnya dan seterusnya, kami buat benda yang sama. Ngeh ngeh ngeh.

Erk.. kbai.


Nota reenapple: Sejak kebelakangan ni, mood nak update blog pun dah hilang. Siapa curi ni?? Kihkihkih

Tuesday, February 5, 2013

Buang


Sudah lama dia buang kamu
Mengapa mahu muncul kembali?
Sudah lama dia buang itu
Segala kenangan yang pernah ada
Segala rasa yang pernah hadir
Segala nafas yang pernah dihembuskan

Dia sudah buang itu
Jadi mengapa  kamu mahumuncul lagi?
Merayu padanya supaya dibenarkan wujud sekali lagi
Wujud dalam hatinya untuk kali kedua.


Dulu,
Kamu minta dia buang kamu,
Dan sekarang kamu minta dia kutip kembali,
Apa jenis manusia kamu ini?
Langsung tiada rasa malu.

Dia sudah buang kamu.
Dan tak akan kembali mengutip
Apa yang dia pernah buang.

Nota reenapple: Forget what hurt you in the past but never forget what it taught you.


Monday, February 4, 2013

Review: The wedding breaker


Awal-awal cuti hari tu, aku pinjam buku novel kazen aku nak hilang bosan. Heran juga macam mana aku boleh tergerak hati nak baca novel. Aku rasa first time aku baca novel selepas bertahun-tahun meninggalkannya. Sesungguhnya aku bukan peminat novel. Ekekeke

Novel ni pasal apa? Pasal seorang gadis nama Arianna dengan lelaki nama Tengku Adam. Aku tak tahu la kalau aku kata novel ni lain dari yang aku baca beberapa tahun lepas sebab dua-dua watak dalam novel ni sama taraf. Selalu kita baca novel cinta, sah-sah ada perbezaan taraf. Seorang kaya, seorang tak kaya. Macam citer Korea lak. Ekekeke.

Overall okey tapi ada certain-certain part tu bila ada sesetengah watak tu just muncul untuk satu insiden je. Aku tertanya-tanya pasal Ramzul a.k.a Botak, Harith dan juga perempuan-perempuan Adam tu. Dan part yang selepas Arianna dan Adam kahwin,part yang dorang tengah honeymoon, aku rasa macam terlampau meleret-leret lak .Huhuhu.

Rasanya tu je yang boleh aku tulis pasal pendapat aku tentang novel ni. Hehehe. Aku rasa aku bagi 3.5 dari 5 bintang. Muehehehe. Erk.. kbai.

Nota reenapple: Sebab aku bukan peminat novel, mungkin aku punya pendapat tak sama dengan yang memang kaki novel genre sebegini. .Hehehe. Maaf. =D



Sunday, February 3, 2013

Hilang Ingatan



Dia harap kau hilang ingatan tentangnya.
Tentang apa yang telah dia lakukan pada kau
Supaya dia mampu memulakan kembali
Dan kali ini sebagai kawan 
 mungkin sebagai kenalan
Dan tentunya tanpa perasaan yang menyakitkan dirinya lagi.
Perasaan pada kau.

Moga kau hilang ingatan tentangnya
Supaya dia tak akan dihimpit rasa bersalah lagi
Rasa menyesal lagi
Rasa kecewa lagi.
Mohon kau hilang ingatan tentangnya
Supaya dia bisa memulakan kembali
Perkenalan itu.
Dan lupakan apa yang telah berlaku.


Saturday, February 2, 2013

Kistot #18: Rama-rama.




Satu balang dipenuhi rama-rama yang berbagai warna diserahkan padanya. Dia hanya memandang si pemberi yang sedang mengukirkan senyuman padanya.

Apa ini?” Dia menyoal sambil matanya masih lagi memerhatikan isi kandungan balang di tangannya. Menarik dan kreatif.

Ini ibarat hati saya.” Si pemberi berkata.

Dia mengukirkan senyuman sambil memandang lelaki di hadapannya. Tertanya-tanya apa tujuan dia diberikan balang yang dipenuhi rama-rama ini.

Dan rama-rama ini?

Dia lihat lelaki itu mengukirkan senyuman.

Apa yang awak rasa bila lihat rama-rama ni?” Lelaki itu menyoalnya.

Gembira. Menarik dan banyak lagi. Kenapa?

Sebab itu yang hati saya rasa setiap kali nampak awak.”

“Jadi?”

“Jadi, saya serahkan hati saya pada awak untuk awak jaga.”

Si pemberi mengukirkan senyuman padanya sebelum memegang tangannya. Dia mengukirkan senyuman. Kali ini dia akan jaga dengan baik-baik. Pasti!

Habis!


Nota reenapple; Menghabiskan draft kistot. Haha. 

Friday, February 1, 2013

Cerpen: Takdir


Di kala senja ini, aku perhatikannya dari jauh. Kelihatan sedih sambil termenung ke arah luar. Aku sentuh bahunya. Dia langsung tidak sedar itu. Tentunya. Ini cuma mimpi sahaja. Aku yang mimpikan dia, bukan dia mimpikan aku. Seolah-olah mimpi ini adalah benar.

Awak…” aku memanggilnya. Dia langsung tidak dengar suara aku. Akhirnya aku berdiri di hadapannya, memandang wajahnya dengan rasa sayu. Rasa rindu. Rasa sayang. Rasa cinta. Semua itu berkepuk di dalam dada aku. Kalaulah dia mampu mendengar aku, tentunya segala perasaan aku ketika ini diluahkan padanya.

Dia langsung tidak sedar kewujudan aku.
Is..” kedengaran seseorang memanggilnya. Aku menoleh, ada seorang wanita sebaya aku sedang berjalan ke arahnya.

Kenapa dengan awak ni? Hari dah senja. Tak elok berada di luar,” wanita itu bersuara.

Kejap lagi saya masuk.” Iskandar ini masih berada di tempatnya.

Awak… kalau awak sedih begini, saya lagi sedih,” aku lihat wanita itu berjalan ke arah Iskandar.

Saya tak apa-apa. Saja nak nikmati matahari terbenam kat sini,” ujar Iskandar sambil menghulurkan tangannya pada wanita. Wanita itu menyambut tangannya. Aku pandang saja situasi ini. Siapa wanita ini? Apa kaitan dengan Iskandar? Kenapa dia pegang tangan Iskandar? Semua itu aku persoalkan.

I will try to love you.” Aku dengar Iskandar ucapkan ayat itu pada wanita itu. Siapa perempuan ini. Siapa? Belum sempat aku meluru ke arah mereka, tubuh aku telah ditarik dari belakang. Aku menjerit nama Iskandar, namun lelaki itu tidak mendengar. Tubuh aku dibawa jauh dari Iskandar terlampau jauh sehingga kelibat Iskandar dan wanita itu hilang dari pandangan aku.


Aku membuka mata. Aku lihat keadaan sekeliling. Di mana aku? Di mana Iskandar dan wanita tadi? Mana? Mana mereka? Ada dua orang wanita berpakaian putih sedang memandang aku dengan riak terkejut. Aku lihat salah seorang dari mereka telah berlari keluar manakala yang seorang lagi memeriksa aku,memanggil nama aku, tapi langsung tidak aku membalas. Beberapa seketika, seorang lelaki yang berpakaian putih tiba. Siapa mereka ini?

********************

Sheila nak makan apa? Biar Mama masak,” soal Mama pada aku. Aku hanya menggelengkan kepala sambil mengukirkan senyuman. Mama membalas senyuman aku sambil mengusap-ngusap kepala aku persis anak kecil sebelum memeluk aku dengan erat.

Aku hanya tersenyum melihat perilaku Mama padaku. Sudah satu bulan aku berada di rumah selepas di bawa pulang dari hospital. Katanya Mama, sudah hampir setahun aku berada dalam koma setelah terlibat dalam kemalangan. Entah. Aku tidak ingat itu. Yang aku ingat hanyalah Iskandar itu.

Mana dia?
Mama, Is mana?” soal aku lagi pada Mama. Aku lihat Mama hanya mampu mengukirkan senyuman tawar sahaja. Dan seperti biasa, Mama tak akan menjawab soalan aku ini. Setiap kali soalan tentang Iskandar keluar dari mulut aku, Mama akan berlagak tidak mendengar. Aku tahu Mama sedang merahsiakan sesuatu dari aku. Aku tahu itu. Segala barang Iskandar yang pernah diberikan pada aku, Mama telah buang. Bahkan nombor telefon Iskandar dalam telefon bimbit aku sudah Mama padamkan. Bila aku tanya kenapa, tiada jawapan yang aku terima.

*********************

Aku sedang berdiri di hadapan rumah keluarga Iskandar. Mahu melangkah masuk namun kaki tidak mahu bergerak sehinggalah pintu pagar terbuka.

Kak Sheila!” Aku lihat Diana, adik Iskandar yang bongsu memandang ke arah aku sebelum berlari dan memeluk aku. Ada titisan air mata jatuh ke pipi gadis itu.

Bila akak sedar? Asal Yana tak tahu? Yana pergi hospital hari tu, nurse cakap akak dah sedar dan dah balik rumah pun.

Aku hanya mengukirkan senyuman. Yana telah banyak berubah. Berubah makin cantik.

Abang Is ada?” soal aku pada Yana.

Along… Errr…” Aku lihat muka Yana berubah. “Dia tak ada. Dia keluar outstation.”

Ada sesuatu yang dirahsiakan
Bila dia balik?”soal aku lagi.

Yana menarik nafas. Aku tahu Yana sedang berbohong.

Tak apalah. Akak balik dululah. Lagipun akak ada kerja nak dibuat ni. Nanti kita jumpa lagi?” Aku lihat Yana menganggukkan kepalanya.

Nanti akak belanja. Kirim salam kat mak ayah,” tambah aku lagi sebelum melangkah ke arah Ford Fiesta milik aku.

Di saat aku memandu keluar dari taman perumahan yang mewah itu, entah bagaimana ada satu bayangan terlintas di minda aku. Bayangan yang aku rasakan apa yang berlaku setahun lepas, sebelum aku mengalami kemalangan itu. Yang pelik, ada Iskandar, ada aku dan juga seorang wanita yang aku langsung tidak aku kenali.

****************************

“I minta maaf. I tahu you terlampau terluka dan I tak mintak you maafkan I. Tapi I perlu bertanggungjawab terhadap apa yang I dah buat. I’m so sorry, Sheila.”

Aku terjaga dari tidur. Sekali lagi aku mimpikan Iskandar itu. Kejadian itu seolah-olah benar-benar berlaku dalam hidup aku. Atau ia sememangnya pernah berlaku?

Keesokan paginya, selepas selesai berjumpa dengan klien di luar, aku singgah di restoran kegemaranku untuk makan tengahari. Sudah lama tidak jejakkan kaki ke situ. Banyak yang telah berubah terutamanya dari segi hiasan dalamannya. Di sinilah aku dan Iskandar selalu bertemu janji. Tapi itu dulu. Sekarang? Entah. Aku sendiri tidak tahu ke mana Iskandar itu menghilang. Tambahan lagi, aku tiada usaha untuk jejaki lelaki itu. Mungkin benar kata Mama, baik dilupakan sahaja Iskandar itu. Tapi sekurang-kurangnya Mama seharusnya memberitahu sebab mengapa harus aku lupakan lelaki itu.

Hai… boleh saya duduk sini?” sapa seorang lelaki tatkala aku selesai menghirup kopi. Aku mendongak, memandang gerangan yang menutur soalan sebegitu. Aku menelan air liur melihat lelaki ini.

Sheila?” sekali lagi Iskandar bersuara. Akhirnya lelaki itu mengambil tempat berhadapan dengan aku tanpa menunggu jawapan.

Dan aku masih terkedu di situ. Wajah ini yang aku rindu selama ini namun aku tidak mampu keluarkan sepatah perkataan sekalipun.

It’s been a long time right?” Iskandar bersuara sekali lagi.

Still remember me?” Aku anggukkan kepala sambil mata aku tidak lekang memandang lelaki di hadapan aku ini. Masih kacak seperti dahulu kecuali, Iskandar sudah mulai menyimpan jambang. Nampak kelihatan matang.

Ah... dia rindu.
I don’t know whether you still remember what had happen a year ago. But still I nak minta maaf dari you. I tak harap you akan maafkan I. I tahu I tak layak terima kemaafan you.” Aku biarkan sahaja Iskandar bersuara walau di hati mahu saja aku tanya mengapa dia mahu memohon maaf. Apa yang berlaku setahun lepas? Akku tertanya-tanya.

Apa yang berlaku setahun yang lepas?” Aku lihat air muka Iskandar berubah. Tentunya ada kejadian yang berlaku di antara aku dan Iskandar sehinggakan lelaki ini tak habis-habis mahu memohon maaf dari aku sama ada dalam mimpi mahupun di alam reality.

You tak ingat?” Aku geleng kepala. Aku lihat Iskandar mengeluh.Aku biarkan sahaja Iskandar yang bersuara, menceritakan hal sebenar. Aku tertanya-tanya apa yang telah berlaku setahun yang lepas? Mengapa aku tak mampu ingat apa yang terjadi.

**********************

Aku mengeluh tatkala melihat langit malam ini. Hanya bulan sahaja yang kelihatan tanpa ditemani bintang. Nampaknya malam ini aku hanya ditemani bulan sahaja. Kemudian aku cuba mengimbau kembali perbualan aku dengan Iskandar petang itu.

Segala-galanya telah terjawab. Mimpi yang aku alami itu semuanya punya makna. Makna kepada apa yang berlaku terhadap aku setahun lepas.

Setahun yang lalu, aku merupakan tunangan kepada Iskandar. Bertunang disebabkan cinta tentunya. Segala-segalanya kelihatan baik, sehinggalah sebulan sebelum tarikh perkahwinan kami, seorang wanita yang aku tidak kenali datang bertemu dengan aku. Menceritakan segala perihal yang telah terjadi diantara dia dan Iskandar. Dan aku masih ingat lagi, wanit itu tidak mahu apa-apa dari aku atau Iskandar sekadar ingin meluahkan masalah yang dipendam.

I’m sorry for doing this for you.
How could you!
Kita putuskan pertunangan kita. I harus bertanggungjawab. She’s carrying my child. I have to be responsible for what I have done.”

Nah! Aku ingat ini. Ayat inilah yang diucapkan oleh Iskandar pada aku di saat aku bertemu dengannya malam itu. Di hari yang sama aku tahu tentang perihal wanita itu dan Iskandar. Aku lupa apa yang aku buat selepas mendengar pengakuan Iskandar ini. Yang aku ingat, aku memandu dengan laju selepas itu sebelum terlibat dengan kemalangan.

I’m sorry.” Ayat itu berkali-kali diucapkan oleh Is pada aku petang tadi. Bila aku dengar hal yang sebenarnya, sesungguhnya Tuhan sahaja yang tahu betapanya remuknya hati aku. Aku lebih rela hilang ingatan tentang apa yang berlaku setahun lepas dari mengingatinya.
Ini takdir kami!
I still love you,” Iskandar ucapkan itu pada aku. Aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Tidak tahu sama ada aku patut balas atau tidak ucapan itu. Sejujurnya, aku masih cintakan dia. Dari apa yang aku faham, kami berdua masih saling mencintai tapi tak mungkin aku akan bersama Iskandar dan tak mungkin Iskandar akan memilih aku. Lelaki itu sudah punya keluarga.

Mungkin sahaja aku terpaksa belajar melupakan Iskandar walau hati sebenarnya tidak mahu. Tak apa. Tak apa. Aku dan Iskandar tidak ditakdirkan untuk satu sama lain. Kami hanya ditakdirkan untuk jatuh cinta sahaja. Itu sahaja takdir kami. Takdir jatuh cinta.

Habis!

Nota reenapple: Akhirnya dah siap. Haha. Ingat senang ke nak tulis cerpen sedih. Huuuu. Mohon maaf jika tak menarik. =)