Monday, December 31, 2012

2012



Whenever new year resolution been asked to me, I’m just keep quiet for a while. Entah… aku pun tak tahu apa azam tahun baru aku. Sebab setiap hari memang aku ada azam baru tapi begitulah seperti melukut di tepi gantang je. Haha. Macam hangat-hangat tahi ayam je azam baru aku. Ekekeke.

Kalau nak diceritakan perjalanan hidup aku sepanjang tahun 2012, aku rasa memang satu entry ni tak mencukupi. Lebih-lebih lagi aku dah ceritakan semuanya kat sini. Sila refer entry 2012 ya. Ehehehe. Ada yang aku tulis bila aku terluka, sedih, happy dan so on. Sebab tu blog ni namanya PIECES OF LIFE. Ehehehe.

Tapi tapi tapi… masa aku baca balik entry 2012 aku ni, memang aku rasa kisah pasal Mr. One-sided-Loved yang banyak. Yaa… maybe sebab aku terlampau terluka dengannya, and since no one to tell, so aku tulis kat sini. Maybe untuk hilangkan rasa sakit itu?Ah… who cares anyway. Aku rasa masa aku tulis ni, aku dah tak ingat dah dia sangat. Dah tak terfikir mahupun punya rasa rindu pada dia and that's  a relieve. Even he’s the first person that I loved not like. Dan aku pun tak tahu whether aku akan tulis lagi pasal dia atau tidak. Ah… gila bila ingat balik. Maaf diatas ini selama ini. Haha.



Oh and then, aku rasa lepas ni aku akan berhati-hati nak memilih kawan lelaki. Haha. Sebab sebab sebab kawan baru lelaki yang aku kenal tahun ni semuanya macam celaka je. Heh. Maka oleh itu, aku berniat tidak mahu menambah bilangan kawan lelaki. Cukup sahaja yang aku ada. Dan yang penting aku tahu mana yang aku boleh dipercayai dan a truly friend.

Aku rasa memori happy dengan memori tak seberapa nak happy sama banyak. Kihkih. But yes… somehow, aku senyum sahaja bila ingat memori yang tak seberapa nak happy. Mungkin sebab ia punya ‘nilai’. Betullah kata orang, satu hari nanti kita akan senyum dengan segala kenangan pahit sebab itu pengalaman dan pengajaran.

Oh.. di sini sahaja entry terakhir aku di tahun 2012. Moga-moga kamu berbahagia dan gembira selalu. Peace.


Nota reenapple: Tetiba je aku rasa entry kali ini skema semacam. Ada sape setuju??? Agagagaga





Tuesday, December 25, 2012

Perempuan #1


Perempuan memang susah nak move on, tapi kalau sekali dia dah move, kau kena langgar pun dia buat bodoh. Jangan main main dengan perempuan.

Nota reenapple: Penat baca buku. Haha. Curik masa buat entry. Oh.. aku memang exam esok. Ekeke.
Oh ini copy dari twitter.


Thursday, December 20, 2012

Untitled #9



Dear my Mr. One-Sided-Love, happy birthday though I can't wish you directly. I didn't have that strength after what I have done to you. I’m sorry. Be happy and good luck in whatever you gonna do soon. And good luck with her too.Wish you all the best in your life.

Nota reenapple: Ini autopublish. Penulis sedang sibuk. Haha

Tuesday, December 18, 2012

Dia. Sweet Talker & Rasa Sakit:Bab 5



Damia tersenyum tatkala melangkah masuk ke restoran. Dia mengenali seseorang di situ. Seorang lelaki yang khusyuk berbual dengan seorang perempuan. Damia tersenyum sinis. Lantas dia berjalan menghampiri pasangan itu.

HI!” sapa Damia sambil mengambil tempat di sebelah lelaki itu.

Nazril memandang Damia dengan perasaan terkejut. DIa memandang gadis di hadapannya. Risau jika gadis itu tersalah faham namun gadis itu hanya mengukirkan senyuman.

Did I interrupt?” Damia bersuara lagi. Dia memandang gadis di hadapannya. Cantik. Citarasa Nazril dan mungkin mangsa Nazril yang seterusnya.

Tak adalah. Kami sedang bincang hal kerja je. Dah habis dah pun,” balas gadis itu sambil mengemas helaian kertas yang berselerak di hadapannya. “Cik ni?”soal gadis itu pada Damia.

Oh, saya Hana, tunang Nazril.” Ayat Damia benar-benar membuatkan Nazril lantas menjeling gadis di sebelahnya. Memandai je minah ni!

Tunang? Wow. Tak tahu pula Nazril ada tunang. Dia cakap dia single lagi.” Damia sedar gadis itu memandang Nazril.

She’s got wrong person. Didn’t you, Hana?” Nazril bersuara sambil mengecilkan matanya kepada Damia. Damia tersenyum sinis.

Nazril Hafizi! You always like this. Suka sangat buat lawak bukan?” Damia memegang tangan Nazril. Nazril menelan air liurnya lagi.

Gadis itu hanya tersenyum gelagat pasangan tunang itu.

Dia cakap dia dah ada gadis yang dia cinta tapi gadis tu tak layan dia. Ingatkan dia sengaja bergurau. Rupanya betul. You’re the luckiest girl. Dia hot stuff tau,” ujar gadis itu kepada Damia. Damia hanya tersenyum.

Nazril menarik nafas. Ah.. kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia memarahi Damia Farhana kerana mereka-reka cerita yang bukan-bukan.

I undur diri dulu la. Tak nak ganggu korang berdua,” gadis itu bangun.

Eh, saya kacau ke? Kalau tak, saya boleh beredar. Tak janji nak jumpa pun Nazril saja je nampak dia kat luar tadi,” Damia memainkan lakonannya.

Eh, tak lah. Janji dengan husband I lepas ni. Jumpa lagi Nazril. Nice to meet you , Hana.”Gadis itu beredar.

Damia segera melarikan tangannya dari Nazril. Jelak sebenarnya berlakon sedemikian. Tapi disebabkan dendam terhadap lelaki ini, dia terpaksa.

Padan  muka kau.

Apa yang kau nak sebenarnya?” soal Nazril kasar. Damia hanya tersenyum sinis memandang Nazril.
Saja. Nak balas dendam,” dengan selamba Damia mengucapkan ayat itu.

Nazril tersenyum sinis. Sudah mengagak gadis di sebelahnya mahu membalas dendam diatas gambar-gambar fitnah yang dia berikan kepada abang gadis itu.

How’s it kena marah dengan Daniel? Asal pipi kau cam lebam ni?” ujar Nazril apabila dia menyedari pipi kiri gadis itu sedikit lebam. Dia mahu menyentuh pipi gadis itu tapi sempat ditepis oleh Damia. Nazril ketawa.

Kau jangan nak mengada boleh tak!” ujar Damia berang. Nazril ketawa lagi.

Why? Kita kan tunang? Normallah aku nak ambil berat pada kau kan?

Damia menunujukkan reaksi jengkel. Menyampah!

Please lah! Siapa tu? Mangsa terbaru kau? Kau ni memang tak tahu malu kan? Bini orang pun kau nak tibai. Cukuplah dengan gadis-gadis kat kelab malam yang kau tibai ni bini orang pulak. Oh, tak sangka aku taste kau teramat rendah,” Damia sengaja menaikkan kemarahan Nazril.

Why? Kau jealous? Ke kau nak jadi mangsa aku yang seterusnya? Aku belum ‘rasa’ kau lagi bukan?

Damia bengang lalu dipijaknya kaki Nazril di bawah meja. Nazril mengaduh kesakitan. Damia tersenyum kemenangan.

Daa… but unfortunately aku bukan taste kau. Kau nak ke?” Damia membalas.

Nazril memandang Damia. Biar benar perempuan ni? Ah… dia bukannya serius pun. Saja mahu membangkitkan kemarahan gadis itu.

Tapi, perempuan tu kata, kau dah ada gadis yang kau cinta? I wonder who is it. Pergh… malang gila perempuan tu sebab dicintai oleh kau. Nasib dia tak layan kau,” Damia menambah lagi.

Nazril mengetapkan giginya. Bengang dengan ayat Damia. Mahu saja dia menampar pipi gadis itu namun ditahannya. Tak mahu memalukan dirinya di tempat awam.

Damia tersenyum kemenangan melihat Nazril menahan kemarahannya.

Well, at least gadis tu bertuah sebab aku cinta dia bukan?

Damia menelan air liur. Cemburu mendengar ayat Nazril. Ah… bertuahnya gadis itu. Hati Damia membisik.

Lainlah kau…”ujar Nazril lagi. Nazril sengaja tidak menghabiskan ayatnya.

Hey! Kalau bukan kau, aku takkan…” Damia merenung wajah Nazril. Hatinya penuh kebencian tatkala memandang wajah lelaki itu. Ah… dia benci!

Why? Jangan bagitahu aku yang rancangan aku hampir berjaya. Kau dah jatuh cinta pada Hairi?” Nazril ketawa. Damia menarik nafas. Bengang dengan permainan Nazril!
Ah.. rancangan aku hampir berjaya.
Hurm… almost kalau aku tak tahu yang semua ini just only a set up! Thanks to you!” ujar Damia dengan nada jengkel.

Nazril mengukirkan senyuman. Sudah tentu Damia akan jatuh hati pada Hairi. Mana-mana gadis akan jatuh hati dengan Sweet Talker bernama Hairi itu. Dengan paraas rupa yang menarik, dengan kebolehan Hairi menawan hati gadis hanya dengan beberapa ayat sahaja, sudah tentu itu akan mampu mencairkan hati mana-mana gadis.

So, jangalah jual mahal,” Nazril bersuara.

Gila. Kau ingat aku tak tahu semua ni? Rahsia tu tak akan pernah jatuh pada tangan korang selagi masa tu belum tiba,” ujar Damia sambil bangun dan melangkah keluar dari restoran itu.

Nazril menarik nafas. Sedang menafsirkan ayat yang didengarnya tadi. Masa? Masa apa? Nazril tertanya-tanya sambil matanya masih lagi memandang gadis berambut pendek itu keluar dari balik dinding kaca restoran itu.

Nota reenapple: Ini sebahagian dari cerita yang aku tulis. Dah lama tak publish cerpen kat sini. Haha. Walau ini bukan cerpen tapi Mohon enjoy. =)



Hurt.




Tengah asyik on FB, tetiba ternampak sesuatu yang sepatutnya aku tak patut nampak. And it's hurting me. I'm getting hurt again. By the same person again. Sakit tahu perasaan itu.  (T.T)

Monday, December 17, 2012

Quotes #41




The things that break you are things that make you strong.

Nota reenapple: sumber Twitter.

Saturday, December 15, 2012

Tidur bergelap.




HUuuuu. Kamu baca di atas itu? Nampaknya aku kena belajar untuk tidur dalam keadaan gelap. Haha. Aku sebenarnya memang penakut bila berada dalam gelap. Lebih-lebih lagi bila duk sengsorang dalam bilik. Heee… Yaaa… aku akui aku agak penakut bila tang tu. Hahaha.

Entah mengapa memang aku akan terfikir perkara-perkara yang bukan-bukan bila duk dalam gelap especially bila waktu tidur. Haha. Mulalah aku fikir itu dan ini. Even aku tak adalah penakut sangat bila duk dalam gelap tapi memang aku akui aku memang penakut bila duk dalam gelap. Errr… apa benda aku tulis ni. Aku harap korang faham. Haha.

Aku rasa aku belajar tidur dalam gelap masa kat KMPh.. haha. Agak drastic bila umur nak masuk 18 tahun baru kau nak belajar tidur dalam gelap. Haha. Lepas tu bila melangkah ke zaman U, sah-sah aku tidur dengan on lampu meja. Haha. Nasib baik dapat roommate yang memahami. Haha.

Sekarang? Even aku dah boleh tidur dalam gelap. Errr.. not really sebab kadang-kadang je aku tidur dengan semua lampu tertutup. Kalau tidru dalam gelap, aku make sure segala bantal dan teddy bear aku berada di sebelah aku sepnjang tidur.. ngeh ngeh. Haha. Tapi rasanya mulai saat ini memang kena belajar tidur dalam gelap. Huuu.

Lastly.... Mohon bila aku kahwin suatu hari nanti, Encik suami akan selalu berada di sebelah aku masa tidur. Ehhh.. =__=

Nota reenapple: gambar di atas ihsan dari kawan aku yang tagged aku di facebook. =))


Friday, December 14, 2012

Bangga



Dia bangga dengan hatinya. Walau berjuta kali dihimpit rasa kecewa, sama ada kecewa disebabkan persahabatan, kecewa disebabkan rasa aneh atau segala rasa kecewa yang mampu menjatuhkan dirinya, hatinya tetap berfungsi seperti selalu. Mungkin lagi kuat dari sebelum ini. Walau mungkin hatinya itu mungkin tidak lagi akan sama seperti sebelum ini. Dipenuhi parut-parut yang tidak kelihatan.

Nota reenapple: I might heart-broken right now but then I think I’m getting stronger than before. Thanks for that pain. =) 

Wednesday, December 12, 2012

Celaka.



Telefon di tangannya dibaling ke katil. Dia langsung tidak pendulikan itu. Hatinya benar-benar bengang dengan panggilan yang diterimanya sebentar tadi. Menyakitkan hati betul!

Perlahan-lahan dia bergerak ke arah katil, melabuhkan punggungnya di situ. Otaknya cuba mengingati panggilan yang diterimanya sebentar tadi. Panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Ah… memang bedebah dan celaka pemanggil itu. Sesenang hati mengeluarkan makian padanya. Ah bodoh!

Kali ini otaknya cuba memikirkan apa yang dikatakan oleh wanita itu. Yaaa… pemanggil itu adalah wanita. Menelefonnya di tengah-tengah malam dan mengeluarkan kata-kata makian, menuduhnya menghubungi suaminya. Hey! Dia mana punya kawan lelaki yang sudah berkahwin. Gila benar pemanggil itu! Mana mungkin dia hubungi lelaki yang sudah berkahwin sedangkan dalam telefonnya Cuma ada kawan-kawannya. Dan mereka semuanya sebayanya, masih bergelar pelajar. Ah… menyakitkan betul. Belum sempat dia berkata sepatah kata, terus kata maki hamun dilontarkan padanya. Celaka betul!

Ah… celaka lelaki yang kata dia rindu. Celaka betul lelaki sebegitu. Mereka cerita yang bukan-bukan. Bodoh! Mana pernah dia rindu mana-mana lelaki kecuali lelaki itu. Lelaki itu yang langsung tidak tahu kewujudannya. Lelaki itu yang dia langsung tidak ambil apa-apa tindakan untuk memulakan persahabatan. Lelaki itu yang dia perhatikan sahaja dari jauh. Ah… masakan kekasih lelaki itu yang menelefonnya? Ah… fikirannya sudah tidak keruan. Sudah berfikir yang bukan-bukan.

Memang celaka gila! Pemanggil itu dan lelaki yang dikatakan suaminya. Bedebah! Lantaklah sama ada pemanggil itu salah nombor atau tidak, sekurang-kurangnya dia benar-benar bengang! Bodoh! Menghamburkan kata makian tanpa asal usul periksa. Argh… celaka!

Perlahan-lahan dia beristigfar dalam hati. Marah memang marah tapi tidak seharusnya dia membiarkan rasa amarah mengerumuni dirinya. Ah… celaka betul pemanggil itu. Celaka! Celaka! Dia mengamuk sekali lagi dalam hati sebelum menarik nafas panjang.

Nota reenapple: Daa fobia nak kawan dengan lelaki. Cukup sahaja dengan bilangan kawan lelaki yang sedia ada. Malas nak tambah. Celaka gila spesies lelaki sebegini. Dah berpunya kata sahaja dah berpunya. Bukannya aku ada hati pun. Bangang!

Tuesday, December 11, 2012

Pantun Merapu.



Cicak itu ada ekor,
Ekornya mudah putus,
Kalau nak pergi pasar,
Jangan pakai selipar hampir putus.

Ali makan kerang,
Abu minum jus,
Saya pakai kasut sekarang,
Macam mana selipar nak putus.

Dua tiga kucing berlari,
Anak kucing turut sama berlari,
Kalau awak nak lari,
Jangan lupa bawa diri sekali.

Anak itik jalan terkedek-kedek
Anak katak melompat-lompat,
Saya masak ubi keledek,
Awak masak kuih lepat.

Nota reenapple: Haha. Tak de kerja. Saja aku nak hilangkan stress. Haha


Monday, December 10, 2012

Quotes #40


Dalam dunia ni, mana ada cinta pandang pertama.Semua tu tipu je. Bila ada orang kata dia jatuh cinta pandang pertama pada kau. That's a lie. Mungkin itu cuma perasaan suka sahaja because it takes time to realize that you actually fall in love.

nota reenapple: Maaf. Tak sempat nak balas jejak. =)


Friday, December 7, 2012

Quotes #39



Everyone has some good and bad in them. But it's the side we choose that makes us who we are.


Wednesday, December 5, 2012

Tekanan


Saat-saat begini, semua orang dalam keadaan tertekan. Apa yang dirancang, diharap berjalan lancar, tidak berjalan dengan begitu sempurna. Haih.. benar... ini semua adalah dugaan. Aku pun sedang alami ini. Dengan bebanan assingment, masalah itu, masalah ini, cukup sempurna untuk bikin aku stress.

Orang kata tak elok stress. Nanti bahayakan kesihatan. Tapi ada pula yang pandang stress ni dari sudut positif. Stress ajar kita untuk makin kuat. Err.. mungkin? Entah...biasalah kot pelajar dalam keadaan stress. hee. Tapi jangan la sampai men-down-kan diri dan alang-alang tu, turut menjangkiti orang lain. Heee. Asyik monyok je, sampaikan kawan sendiri terasa. Heee.

Aku pernah down gegila. Pernah rasa nak give up but then I change my mind. Aku ada banyak lagi perkara yang nak dicapai. I still have dream to achieve. It's like not worth to get upset for entire our life on a something that already been your past. Setiap orang aku rasa ada tuah memasing. Mungkin sedikit hampa bila apa yang diidamkan tidak diperolehi dalam masa yang diharapkan. Entah...mungkin satu hari nanti semuanya terjawab. Everything happens for reasons right?



DUNIA IMAGINASI




Mana ada orang faham apa yang dia alami. Bila dicerita, katanya mereka, dia mungkin sedang berada dalam dunia imaginasinya. Sebab itu dia yang berfikir bukan-bukan. Bila dicerita, katanya mereka, “Alah… benda kecil je tu. Kau je yang selalu fikir.” Dia berkecil hati tahu.

Dia mana punya dunia imaginasi. Langsung tidak pernah ada. Mana mungkin dia berada dalam dunia imaginasi sedangkan apa yang dia alami itu adalah reality. Dia bukannya berkata bohong. Dia berkata apa yang dia rasakan. Dan apa yang dia rasakan itu adalah apa yang dia alami dari dunia realitinya. Dia masih dalam keadaan sedar bila dia alami itu. Bukan dari dunia imaginasinya. Hey… dia masih lagi mampu bezakan dunia imaginasa dan dunia reality.

Dan jikalau dia punya dunia imaginasi, tentunya dia tak akan ceritakan itu pada mereka. Cukup saja ceritakan pada mereka-mereka yang wujud dalam dunia imaginasinya. Apa yang dia alami itu bukan imaginasinya. Apa yang dia rasa itu bukan imaginasinya.

Mungkin benar bila dia kata reality menyakitkan. Yaa… reality  itu menyakitkan dirinya. Kebenaran tentang itu menyakitkan dirinya. Terlalu. Entah bila dia mampu lupakan kebenaran itu.

Nota reenapple: Pesen manusia yang pentingkan diri sendiri ni kadang-kadang memang menyakitkan hati. Asyik fikir dia je. Langsung tiada kata maaf. Heh.



Tuesday, December 4, 2012

Quotes #38



Mencari cinta sejati ibarat menanti pelangi selepas hujan. Tak semestinya pelangi akan muncul setiap kali selepas hujan. Adakah??

Nota reenapple: Pesen lelaki yang bajet hot ni kadang-kadang buat aku naik menyampah. Heh.

Sunday, December 2, 2012

Pertama Kali







Buat pertama kalinya
Dia senyum
Tatkala kau menerjah minda 
Dia senyum sampai ke telinga
Walau hal yang sebenar,
Kau tak pernah buat dia tersenyum
Yang ada hanyalah rasa bencana.
Dan juga kebodohan
Dia senyum bila ingat kau
Untuk pertama kalinya.

Nota reenapple: Tiada kaitan yang hidup mahupun yang mati.





Saturday, December 1, 2012

Dah jumpa!!!!

*Bajet macam kasut aku macam ni. muahaha*

Yeah… akhirnya kasut sebelah yang hilang tu dah dijumpai. Siapa yang jumpa? Tentunya bukan prince Charming macam dalam cerita Cinderella. Agagagaga. Hal yang sebenarnya, aku lah yang jumpa kasut sebelah tu. Kat mana aku jumpa? Errr… ini agak malu nak ceritakan. Keh keh keh.

Aku jumpa kasut tu dalam longkang. Errr.. tak longkang sangat tapi memang hampir dengan longkang. Kah kah kah. Bayangkan aku yang baru balik dalam kelas, dengan baju kurung yang warna coklat dan suddenly, aku ternampak satu kasut sebelah dekat longkang di padang. Ajaib bukan?Haha

Disebabkan ‘pintu masuk’ padang tu agak jauh dari tempat aku berdiri, maka aku mengambil jalan pintas, iaitu dengan menuruni ‘tanah tinggi’ ( tak tanah tinggi sangat). Bayangkan aku berbaju kurung dan bersandal, bukan berbaju seluar dan berkasut, menuruni tanah yang tinggi itu. Ha’ah.. memang ada orang lalu lalang masa tu, but then aku ignore je. Haha. Sebab azam aku tika tu memang nak ambil kasut itu. Huuuu.

Dan bila dah dapat kasut tu, memang la tak sama masa memula aku beli. Warna dah agak pudar dan kotor. Oh yaaa… ia memerlukan aku basuh sekali lagi kasut . Huuuu. Tapi tak apa sekurang-kurangnyaa aku jumpa lagi kasut tu bukan?

Oh, moral of the story is, sila menunggu dengan sabar. Itu yang aku dapat dari kejadian kali ini. Eheheheh. Ada kaitan ke? =)

Nota reenapple: tetiba aku rasa aku yang kena jumpa Prince Charming aku satu masa nanti, bukan Prince Charming yang jumpa aku. Eh…ada ke begitu? KEh keh keh. =P