Friday, November 30, 2012

6 thing about me.

Ini sebenarnya kena  tag dengan kawan aku, Cik Bee Ha. Dia join segemen kat blog KINa. But then aku tak join la segmen tu. Just tulis je the 6 things bout me. Agagaga.

First thing about me...






~ Err...aku ni peminat ice cream. Especially ice cream coklat. Agagaga. Nothing can makes me happy selain ice cream. Aku rasa ice cream kot peneman aku di saat aku sedih dan gembira haha.

Perkara ke-2

Aku suka menulis. Menulis cerpen mostly. Tapi sekarang dah lama tak menulis cerpen sebab kesuntukan masa dan kekangan idea. Haha. Banyak juga cerpen separa siap. Haha. oh ada juga novel yang aku tulis. 1 dah siap dan 1 lagi dalam proses. haha.

Perkara ke 3

Amat gilakan warna coklat. Aku tak boleh nampak something yang warna coklat, whether it shoes, bags or clothes, memang automatik, aku akan beli. Ngeh ngeh. Dan amat tidak mengemari warna pink. Any colours that would be better but not pink. AKu rasa aku trauma kot dengan warna pink. Agagaga

Perkara ke-4


Hidup aku perlu muzik. Hidup aku bukan kehidupan kalau satu hari tu aku tak dengar lagu. That's why wherever I go, aku akan make sure, MP3 aku dah ada dalam beg. Ehehe.

Perkara ke-5

Oh, aku juga addicted pada buku. Haha. I still remeber when I went to library and I see alot of books that catch my interest. Rasa macam nak pinjam je semua buku yang aku tertarik tu. haha. Oh bila cakap pasal buku, it's exclude novel cinta kot? Aku tak tahu apesal aku tak suka baca novel cinta sedangkan aku boleh tulis cerpen genre sebegitu. Memang pelik. Heee.

Perkara ke-6
Amat takut dan seram pada lipas dan juga kumbang. Haha. Dedua ekor binatang ni ada history sendiri bagi aku. And yeah... bad history. Haha.

Aku rasa tu je yang aku boleh citer. haha. Nak tulis ni pom buat aku fikir panjang. Ekekeke. Baiklah. Sekian. =D



Wednesday, November 28, 2012

Wordless Wednesday #10

 











Sakit Hati





Pesen manusia yang pendiam ini kadang-kadang menyakitkan hati. Ditanya berpatah-patah perkataan dibalas dengan satu patah sahaja. Siapa yang bikin tidak sakit hati? Mahu marah memang tak sampai hati, maka dibiarkan sahaja. Dipendam sahaja sehingga tahap kesabaran telah sampai kemuncaknya. Yaa… di saat ini mahu marah dengan mulut sendiri memang tak sampai hati. Masih ada rasa bertimbang rasa.

Penat gila nak bertolak ansur dengan orang tak pernah buat benda yang sama. Bukan mahu minta penghormatan yang tinggi tapi kadang-kadang bukankah harus juga ada pertimbangan rasa? Kalau satu pihak sahaja yang selalu bertolak ansur sahaja, kucing yang comel pun akan jadi ganas juga. Heee…

Kau kata kau pendiam, tapi kau boleh sahaja bergurau senda dengan kawan-kawan dia. Dan bila dengan dia, kau boleh pandang sebelah mata. Berlagak seolah-olah dia tak wujud. Hey.. dia juga punya privasi sendiri. Kalalu dia boleh hormat privasi kau, kenapa kau tak mampu untuk berbuat benda yang sama. BIla dia Tanya kau soalan yang panjang lebar, kau boleh balas dengan satu perkataan sahaja. Ah.. dia rasa dia pula yang terhegeh nak bermesra dengan kau.

Ah… dia kah yang bersalah? Dia kah yang terlalu berfikir?



Maybe just too much thinking.


Nota reenapple:Need to get out from this place.

p/s--- oh, yg sebelum ni kena delete sebab masalah apa entah yg jadi kat blog aku. So yang komen tu, tak dapat diselamatkan komen anda. 



Monday, November 26, 2012

Quotes #37


Kalau suka, luahkan sahaja, memang malu kalau kena reject, tapi sekurang-kurangnya kau tahu apa yang orang tu rasa. Dan tak perlu lagi berharap. Heh.

Nota reenapple: Belum ada keberanian. Hewhew. =__=


Sunday, November 25, 2012

Quotes #36




Sometimes removing some bad people out of your life makes room for better people.

Nota reenapple: Maaf. Agak sibuk kebelakangan ni. Ini autopublish.



Thursday, November 22, 2012

Quotes #35


Never give up on what you really want to do. The person with big dreams is more powerful than one with all the facts.

Nota reenapple: Baik. Takkan mengaku kalah. Cuba kuat selagi mampu. Cuba untuk capai cita-cita. =)



Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday #9





Tuesday, November 20, 2012

Quotes #34


 Hidup ini unik bukan? Jadi mengapa kau mahu biarkan diri kau dalam kesedihan? Be happy and take every step without no regret.

 Nota reenapple: Maybe it's not about the happy ending. Maybe it's all about the story. 



Monday, November 19, 2012

Degil


Dia pejam mata.
Dia nampak kau.
Dia lalu situ,
Dia teringatkan kau
Dia baca kisah itu.
Dia terbayangkan kau.


Dia mengeluh.
Kerja gila sebenarnya.
Masih punya perasaan pada kau.
Tertanya-tanya sampai bila ia mahu hilang.



Kebodohan yang paling besar dia pernah lakukan.
Punya perasaan pada kau
Walau permulaanya dia tidak mengerti
Mengapa harus dia rasa kecewa melihat kau bersama si dia
Dan dia rasa bodoh.

Hati ini degil.
Terlampau degil.
Atau dia yang sebenarnya degil?


Thursday, November 15, 2012

Untuk Mak Cik... =__=


Mak cik saya suka anak mak cik. Tapi anak mak cik dah ada girlfriend. Jadi saya tak boleh buat apa-apa. Maka saya hanya suka anak mak cik dari jauh je la. Nak tegur dan kawan dengan anak mak cik memang tak mampu sebab saya tahu dia tak akan layan saya. Saya bukan punya rupa paras yang cantik untuk kawan dengan anak mak cik itu.

Saya minta maaf sebab suka anak mak cik secara senyap-senyap. Saya tak niat pun. Sungguh. Saya rasa kalau Tuhan beri saya peluang sekali lagi, saya harap bukan anak mak cik yang saya jatuh hati itu. Saya rasa bersalah la pula sebab ada perasaan pada anak mak cik ni. Sungguh saya tak minta untuk jatuh hati dengan anak mak cik. Kalau nak diikutkan, anak mak cik dengan saya memang dua dunia yang berbeza. Dan dia langsung tak ada ciri-ciri yang saya pernah nak suatu ketika dahulu dalam prince charming saya. Tak tahu mengapa hati saya ni sesenang je pergi pilih anak mak cik. Saya minta maaf.

Saya pun tak tahu kenapa saya bagitahu ini pada mak cik. Mungkin nak hilangkan rasa bersalah saya sebab ada perasaan pada anak mak cik. Mungkin nak hilangkan perasaan yang saya ada pada anak mak cik ini. Saya minta maaf sebab sesuka hati je ada perasaan pada anak mak cik ini. Saya minta maaf.


Nota reenapple: Kerja gila. Ekekeke. Dah lama tak tulis benda gila sebegini. Ekekeke. Ni semua kebosanan melanda. Agagagaga


Kistot #14: Sweet.


Hani mengeluh sambil meletakkan buku yang dibacanya ke pahanya. Dia menyesal membeli buku tersebut. Langsung tidak memberinya kepuasan. Hisyam yang dari tadi memerhatikan gelagat isterinya, terus mengambil tempat di sebelah isterinya.

Awak kenapa? Dari tadi mengeluh.”

Hani mencebik sebelum menunjukkan muka seposen pada suaminya. Dia memandang buku yang dibelinya semalam. Dia mengeluh.

Ni buku ni. Tak sweet langsung. Ending dia tak menarik langsung, hero dan heroin bukannya live happily ever after. Rasa macam nak marah je si penulis ni. Haih!” Hani melenting. Hisyam hanya mengukirkan senyuman sahaja.

La… biasalah tu. Asyik dengan happy ending, sah-sah nak sesuatu kelainan. Hidup bukannya sentiasa ada happy ending sangat.

Hani mencebik mendengar ayat suaminya. Tak sporting betul!

Hisyam mengukirkan senyuman sekali lagi apabila melihat reaksi Hani itu. Lantas dia mengambil tempat di sebelah isterinya.

Meh buku awak tu.

Hani memandang suaminya dengan rasa hairan. Buat apa mahu diminta bukunya itu? Bukannya Hisyam gemar buku sedemikian.

Puan Hani Khairina?” Hisyam bersuara lagi.

Hani menarik nafas sebelum menghulurkan buku kepada suaminya. Hisyam mengambil buku di tangannya sebelum berlalu ke dapur. Kehairanan Hani makin bertambah.

Beberapa minit kemudian, Hisyam kembali ke sisi isterinya sambil tersenyum lebar. Lagilah Hani hairan. Buku di tangan Hisyam dihulur kembali kepada Hani.

Awak buat apa dengan buku saya?” soal Hani.

Bukalah buku awak tu. Saya confirm lepas ni buku awak sweet sekarang.

Hani memandang suaminya. Tidak memahami apa yang diberitahu.

Bukalah. Buku awak dah jadi sweet dah sekarang,” Hisyam bersuara sekali lagi.

Hani membuka bukunya seperti diminta. Ada sesuatu jatuh di pahanya. Dia hairan. Dipandangnya benda yang jatuh di pahanya.

Kan dah kata buku awak dah jadi sweet,” Hisyam bersuara sekali lagi sambil menahan diri dari ketawa.

Hani mencubit paha Hisyam. Bengang dan rasa kelakar pun ada juga. Ada ke patut Hisyam meletakkan gula dalam bukunya.

Awak ni!” Hani melenting. Hisyam masih ketawa.

Yeela… awak nak sweet kan? So, saya ubah buku tu jadi sweet,” Hisyam bersuara selepas berhenti ketawa. Hani mengukirkan senyuman.

“Mengada!” Satu cubitan singgah lagi di pipi Hisyam. Mereka kemudian bergelak ketawa bersama-sama.

Habis!


Nota reenapple: Ini hadiah hari jadi untuk Cik Zaitul. Ehehee. Dia request kisah sweet sebagai hadiah hari lahir. Even agak terlambat, but akhirnya aku dapat siapkan. Ekekeke. Tak tahu sama ada ini dianggap sweet atau tidak. Muehehe.



Wednesday, November 14, 2012

Quotes #33



You know you’re in love when you don’t wanna go to sleep at night because your life is better than a dream.

Nota reenapple: But I'm not in love. =__=
 & Salam Maal Hijrah. ^__^





Wordless Wenesday #8


Nota reenapple: Tak faham ayat dalam gambar ni. Ada sape paham? =__=


Tuesday, November 13, 2012

Aku nak kawan je la.



Semalam aku ada terima satu SMS

Kau ada contact dengan awek aku ke? Kau cakap apa dengan dia?

And then aku dalam hati. Urgh.. kejadah apa ni? Aku pun balas:

Awek kau ? Siapa?

Aku dalam hati... siapa awek dia pun aku tak kenal. Tetiba je tanya soalan sebegitu pada aku.

Ramlah la (bukan nama sebenar. Muehehe)

Aku dalam hati. Oh.. budak yang selalu dia berbalas komen kat facebook. Ceh.. hari tu kemain kata tak ada awek. Bila aku sebut nama ramlah tu, dia cakap bukan awek dia. Aku bukannya bodoh la. Huuu. Aku dah dapat detect la. Andaian aku sometimes tak pernah mengecewakan tahu. Heee. Lebih-lebih lagi bila aku dah ada sedikit evidence. Agaggaa.

Oh kemudian aku reply:

Buat apa aku mesej dia, aku bukannya kenal dia pun. Kenapa?

Then kawan aku balas:

Tak ada apa-apalah. Takut kau contact dia je.

Aku dalam hati. Eh... awek dia dahlah aku tak kenal. Lepas tu mana ada nombor pun. Pe kejadah nak mesej awek dia. Heee... Ngeng betul mamat sorang ni. Last-last aku reply.

Kau pehal? Hari tu kemain cakap tak ada awek. Ni tetiba ada awek. Semacam je kau ni. Aku cakap awal-awal ya, kalau apa-apa berlaku, aku tak ada kaitan. Aku tak kenal pun awek kau. Dia pun tak kenal aku.

Haha. Sengal tak aku balas cam tu? Aku nak marah time tu.  Yeela... tetiba hantar mesej cam tu kat aku. Bajet aku citer yang bukan-bukan kay awek dia. Huuu. Lepas tu dia reply:

Tak ada apa-apalah.

Lepas tu aku dah tak balas. Dan otak aku pun fikir. Oh, aku ingat pernah sekali dia ajak pergi ekspo konvo dengan dia. Aku tolak sebab aku sibuk. Lepas tu dia cakap aku sengaja bagi alasan cam tu sebab risau pakwe aku marah. Heh. Aku mana ada pakwe. Bila aku cakap aku tak ada pakwe. Dia marah. Dia kata aku tipu dia. Heh. Sengal betul. Lepas tu aku tak balas mesej dia yang last.

Annoying betul.
Lepas tu aku ingat dia ada wish mesej goodnite sayang kat aku. Tapi aku tak reply sebab aku memang dah tido masa tu. Haha.

Lepas tu ada skali dia mesej ‘Hai awak’ kat aku. Aku tak balas at the beginning sebab aku rasa cam annoying gila dia mesej gitu dengan aku. Haha. Tapi malam tu aku balas juga sebab kesian sebab dah banyak kali aku tak reply mesej dia. Annoying okeh. Aku bagitahu, aku baru topup. Haha. Kemudian, aku dah lupa apa yang dia reply tapi masa tu dia tetiba je guna ‘Awak’ ‘Saya’ dengan aku. Aku cam heran. Mana ‘aku’ ‘kau’ sebelum ni. Aku pun tanya apesal dia mesej aku cenggitu. Dia pun cakap tak ada apa-apa lah. And then kemudian dia tanya aku rindu dia ke tak sebab dia rindu aku. Heh? Aku pun balas cakap buat apa aku nak rindu dia. Haha. Jahat gila aku kan. And then dia pun kata sedih sebab aku tak rindu dia. Aku pun tanya dia kenapa and dia pun balas kata dia tak ada apa-apa. Dan dia bye masa tu juga. Heee

Bila difikirkan kembali. Cam sengal je. Huuu. Aku pun tak tahu. Memula aku ingat dia ada interest on me but then aku sedar aku perasan sorang diri je. Haha. Lepas tu aku dah tak care. Tak suka betul lelaki macam ni. Haha. Ingat aku ‘baik’ sangat ke nak report kat awek dia. Eh.. aku bukannya jenis yg suka sangat jaga tepi kain orang. Heee. Aku ada banyak benda yang nak kena jaga la. Terutamanya hati aku dan diri aku. Haha.

Eh... aku rasa aku dah banyak mengarut ni. Tapi serius, aku sekarang niat nak kawan je dengan lelaki. Tak payah la nak fikir bebukan. Tak payah nak menggatal apa bagai. Haih. Hati aku kat orang lain la. Heee... Sekian.

Aku jatuh cinta dengan orang lain la. Heeee.


Nota reenapple: Susah betul nak kawan dengan kawan  berlainan jantina. Heee. Sebab tu ada oranng kata tak mungkin lelaki dan perempuan akan dapat jadi kawan je. Heee. 


Monday, November 12, 2012

Kasut sebelah




Aiyakk... aku rasa macam nak mengamuk je. Haih. Aku baru balik dari beli barang, alang-alang ingat nak pergi ambil kasut yang aku basuh pagi tadi. Dan tiba-tiba je ada sebelah je kasut tu. Waaa... aku ingat ke jatuh since bilik aku kat tingkat dua. Maka aku dengan gagahnya pergilah ke bawah, tengok kot kot kasut aku ada kat situ. Aku ingatkan kasut jatuh dek angin yang kuat sebab hujan tadi. Tapi bila aku kat bawah, aku tak jumpa pun pasangan pada kasut bahagian kiri tu.

Last-last rumate aku gtao, tadi ada kera, aku pun dalam hati... waaa... kurang asam betul kera tu. Curik kasut aku. Dahlah tu kasut raya aku. Means kasut baru la jugak. Waa.... apesal aku rasa malang je nasib aku hari ini. Haha. 


Sunday, November 11, 2012

Cerpen: Perasaan #END


Bahagian: #1 & #2


Adam mengukirkan senyuman. Hairan dan gembira dengan persetujuan gadis ini yang mahu makan tengahari bersamanya.

Boleh aku minta sesuatu?” Aleeya bersuara setelah mereka selesai menjamu selera. Tidak selesa dengan pandangan Adam terhadapnya.

Apa dia?

Aleeya menarik nafas. Dia berkira-kira mahu berdiri tapi akhirnya mahu dibiarkan sahaja. Tidak mahu rasa malu dalam dirinya bertambah.

Boleh kita mula semula?

Adam memandang Aleeya dengan rasa hairan. Apa yang dimaksudkan oleh gadis di hadapannya ini?

Maksud kau?

Boleh kita mula kembali persahabatan kita?

Adam makin bertambah hairan. Dipandanganya Aleeya dengan rasa ingin tahu. Tujuan sebenar soalan sebegitu dilontarkan padanya.

Kau rasa sebelum ni kita bukan kawan ke?

Aleeya menarik nafas sebelum menggelengkan kepala. Tindakan Aleeya itu benar-benar mengejutkan Adam. Dipandangnya Aleeya, mahu meminta penjelasan lanjut.

Tak! Aku tak rasa kita ni kawan. We just know each other but we’re not friends. At one time, kau dan aku boleh smile to each other but other time, we ignore each other, pretending that we didn’t know each other.”

Adam memandang Aleeya dihadapannya sambil mindanya  memutarkan kembali situasi mereka berlagak tidak mengenali antara satu sama lain. Bukan sekali. Banyak kali. Bukan dia tidak mahu menyapa gadis itu setiap kali mereka terserempak di fakulti, tapi masalahnya berpunca dari Aleeya. Gadis itu seolah-olah mahu melarikan diri darinya. Pernah dia ingat bagaimana Aleeya hanya menundukkan sahaja wajahnya apabila melintasi di hadapannya. Adam hairan itu.
You hurt me tooo..
Sebab kau treat aku sebegitu, that’s why aku...” Adam tidak menghabiskan ayatnya. Sengaja dibiarkan ayatnya itu tergantung. Mahu mencari perihal sebenar dirinya dilayan sebegitu suatu ketika dulu oleh gadis di hadapannya ini.

Aleeya menelan air liur. Dia tahu dia yang bersalah. Bukan dia pinta mahu melayan Adam sebegitu. Ah... dia sendiri tidak tahu mengapa dia mahu mengelak dari Adam setiap kali menyedari lelaki ini dari jauh.

Aku minta maaf. Aku tak patut layan kau macam tu dulu.. Aku...” Aleeya menarik nafas sedalammnya sebelum kembali memandang lelaki di hadapannya ini. “... boleh kita cuba jadi kawan?

Why?

Aleeya mengeluh. Ah... apa jawapan yang harus diberikannya pada lelaki di hadapannya ini?

Sebab aku rasa perasaan aneh yang aku pernah ada untuk kau dulu, hanyalah perasaan ingin berkawan sahaja. Walau sampai sekarang, aku masih tak boleh nak lupakan kau. Even aku cuba untuk lupakan kau dengan jatuh hati pada lelaki lain, but then it’s not working. Aku still ingat kau. Perasaan aneh pada kau still wujud.”

Adam menelan air liur mendengar apa yang baru didengarnya sebentar tadi. Dia bermimpikah?

Perasaan aneh? Maksud kau perasaan cinta?

Aleeya menelan air liur. Dipandangnya Adam.

Aku tak tahu. Whether it’s like or love. Orang kata, bila kau tak ada sebab mengapa kau suka seseorang itu, that’s the thing called love.” Aleeya menundukkan wajahnya. Terbit rasa malu meluahkan tentang perasaannya ini. Perasaan aneh yang dia sendiri tidak dapat kenalpasti sama ada ini cinta atau suka.

Adam mengukirkan senyuman. Akhirnya dia mengetahui hal yang sebenar. Hal mengapa dia dilayan sedemikian.

Now he thinks, he know the truth
Then you love me isn’t it?

Aleeya menelan air liur. Perlukah dia mengiyakan?

Aku rasa itu hanyalah perasaan ingin berkawan sahaja,”Aleeya membalas.

Really?

Aleeya mengangguk. Adam mengukirkan senyuman sekali lagi.

Then bagitahu aku, asal kau nak kawan dengan aku?

Aleeya menarik nafas.

Sebab aku nak hapuskan perasaan aneh tu.

Perasaan aneh yang sebenarnya cinta bukan?

No, it’s not!

Then what is it?

Aleeya mengeluh. Tiada guna sebenarnya asyik mempertahankan dirinya. Ya... dia akui perasaan aneh itu sebenarnya cinta walau berjuta kali dia cuba menipu dirinya. Mengatakan pada dirinya itu hanyalah perasaan suka sahaja.

Aleeya?” Adam bersuara sekali lagi apabila melihat Aleeya mendiamkan dirinya. Adam menarik nafas. Perlukah dia beritahu hal yang sebenar pada gadis di hadapannya ini? Dia akhirnya bangun apabila tiada reaksi yang diterimanya dari Aleeya Syakila ini.

Aleeya mengeluh sekali lagi apabila melihat Adam berdiri. Ah... tentu Adam bengang dengan aku. Tentu dia mahu beredar. Ah... biarkan sahaja. Itu lagi baik. Aleeya membuat andaian. Namun, tekaannya salah apabila dia sedar Adam sedang menghulurkan tangan padanya. Lelaki itu sedang mengukirkan senyuman padanya. Dia hairan.


Kalau kau mahu jadi kawan aku, then let’s do this. We be friend,”Adam bersuara dengan tangannya masih dihulurkan pada gadis di hadapannya ini.

And I hope after this, we become more than just friend,” Adam menambah lagi.

Maksud kau?” Aleeya tidak memahami ayat terakhir yang didengarnya itu.

Sebab aku pun pernah ada perasaan aneh pada kau. I thought it was love once, but then how it could be sedangkan aku dah ada someone masa tu. Someone yang aku pilih untuk have relationship with since kau asyik ignore aku dulu.

Aleeya menelan air liur. Ah... dia salah dengarkah? Dipandangnya Adam. Lelaki itu masih memandangnya dengan senyuman.

Should we become friends for the beginning?” Adam bersuara sekali lagi.

Aleeya menarik nafas. Ada satu perasan aneh sedang berlegar. Perasaan yang menyenangkan dirinya. Dipandangnya Adam seketika. Lama. Sebelum dia mengukirkan senyuman dan berdiri.

Adam mengukirkan senyuman sekali lagi apabila melihat Aleeya turut berdiri memandangnya. Senyumannya makin lebar apabila tangannya dijabat erat dan lembut oleh Aleeya. Gadis itu mengukirkan senyuman padanya.

Dan selepas itu bermulalah persahabatan diantara Adam Haikal dan Aleeya Syakila. Mungkin sahaja persahabatan itu akan bertukar menjadi lebih dari itu. Mungkin. Berdoa sahaja mereka berdua adalah jodoh pada satu sama lain. Mungkin.
Mungkin sahaja satu hari nanti....


THE END!

Nota reenapple: susah gila nak fikir jalan cerita. Haha. Aku tak tahu sama ada ini menarik atau tidak. Tapi bagi aku tak. Haha. Tapi aku lega mampu habiskan cerpen ini walau aku rasa ini tak menarik. Ah maaf.









Friday, November 9, 2012

Quotes #32


Walau celakanya kehidupan itu, ia masih kehidupan. Hargai sahaja kecelakaan itu sementara menanti kesenangan. You can't have a rainbow without a little rain right?

nota reenapple: dapat idea masa blogwalking. Haha


Thursday, November 8, 2012

Dilamun cinta.



Kadang-kadang orang yang dilamun cinta ni unik. Walau itu hanya one-sided-love but still sesuatu yang err... I don’t know how to explain it. Hanya dengan saying HI dah bikin hati tersenyum riang, dan tetiba je ada fireworks atas kepala. Bayangkan scene cam dalam drama You’re beautiful. Ngeh ngeh.

Tambah-tambah lagi bila kita punya one-sided-love tu jenis yang peramah. Haha. Sah-sah rasa tak tidur malam. Haha. Semalam ‘somebody’ mesej aku cakap dia punya one-love-sided balas dia punya poke kat FB. Aku baca mesej ‘somebody’ ni, aku dah boleh bayangkan, bunga ros segar sedang tumbuh di hatinya. Haha. Itu belum lagi apabila dia terima SMS dari dia punya one-sided-love tu. Ataupun, he’s replying her tweets. Benda simple ni memang dah bikin dia gembira. Haha. I’m happy for her. Kih kih.
Sebab itu ada orang kata cinta itu indah. Haha
Oh, and then, bila kita hantar mesej wish goodnight kat kita punya one-sided-love, lepas tu tiada balasan, rasa macam ‘AAAAAAA.... malunya!” Hehe. Oh, ini pengalaman “somebody’. Haha.

Aku? Dah lama tak fall in love. Haha. But still aku remember those feeling. Macam sengal pun ada bila tetiba aku tersuka kat budak matrik aku dulu dan juga yang jadi kawan aku sekarang ni. Haha. But then dianaliskan, ia sebenarnya hanyalah rasa suka dan bukan rasa cinta. Huuu. Macam sengal dan bodoh je aku rasa bila diimbau kembali. Haha.


Sila pergi jejauh.

Nota reenapple: Sedang mencari masa siapkan cerpen. Haha.




Khamis yang klasik #7


Ini vampire yang comel. Agagaga. 

Nota reenapple: Agak sibuk kebelakangan ni. Heee... 


Tuesday, November 6, 2012

Quotes #31



If someone wants to be part of your life, they will make an effort to stay in it so don't bother reserving a space in your heart for someone who doesn't make an effort to stay.

Nota reenapple: Menanti minggu ni habis. Haha


Sunday, November 4, 2012

Quotes #30





Life must goes on.
Probably not the way we wanted it to be, but it always the way it's supposed to be.

Nota reenapple: Sedang kembalikan semangat dan belajar menerima kekurangan diri. ^___^