Wednesday, October 31, 2012

Wordless Wednesday #7


Nota reenapple: Aku rasa ini yang dipanggil hukum karma. Setuju?

Monday, October 29, 2012

Soalan cepumas....


Tak dela cepumas sangat. Eh.. =__=
Hari ni masa makan tengahari dengan Mama tetiba je Mama tanya soalan cepumas. Direct woo. Face to face okey. Nasib baik aku dah habiskan nasi dalam pinggan kalau tak maunya aku tercekik. Haha

Mama tanya "(nama aku) dah ada boyfriend?" Terus-terus aku geleng kepala. Nak je aku balas boyfriend ramai tapi aku tahu boyfriend yang dimaksudkan oleh Mama is pakwe. Kah kah kah. Dan dan Mama suruh aku cari sekarang takut Mak aku tolong carikan. Haha. Katanya Mama, better aku cari sendiri dari Mak aku carikan. Aku pun anggukkan kepala setuju. Haha. Tak tersangka Mama aku rupanya sporting jugak. Ekeke.

Tetiba je teringat perbualan dengan Mami lak, Mami pun tanya soalan yang sama. Dan beri nasihat yang sama. Kali ini aku jawab aku dah tak berminat. Haha. Lepas tu Mami membebel, kata masa zaman sekolah, time dia tak kasi kapel, aku nak. Ni bila dia dah bagi greenlight, aku tak nak lak. Haha. Aku rasa dah terbalik gamaknya gini. Haha.

Entahlah. Aku rasa macam cari mr.RIght tu bukan priority aku lagi. Kalau ada, adalah.





Kisah si deman.

Amboi, jual mahal nampak? =__=
 Ini kisah si Putih yang deman. Haha. Aku balik hari tu, Mami cakap dia dah deman. Dah lama kot. Masa aku sambung tidur kat bilik lepas tiba di rumah dalam pukul 8 pagi, aku dengar ada bunyi kat sebelah aku. Ingatkan bunyi apa, aku bukak mata and then tengok-tengok Putih duk tidur sebelah aku. Aku rasa dia sakit tekak kot, sebab tu bunyi 'Meow' dia tak keluar ataupun tu bunyi dia bersin? Adakah? Haha

Lepas kena bawak p jumpa doktor, hari-hari kena bagi makan ubat selsema. Ngeh ngeh. Kesian kat si Putih. Itulah. Bulu dia pun dah tak cantik dan tak bersih. Aku nak mandikan dia, Mami tak kasi sebab si Putih tak sembuh lagi.

Aku tak tahu apesal ekor Putih ni kembang?? Heee
Serius, kalau korang tengok muka Putih dengan mata dia bulat dan besar, sah-sah korang akan kesian kat dia. Heee. Tambah-tambah lagi, bila dia lapar, bunyi meow dia memang selalu tak menjadi. Part ini aku gelak. Haha. Kejam tak aku sebagai tuan dia? Kih kih.

Kazen aku rasa Putih sakit sebab nama dia PUtih kot? Maka kazen aku dengan baik hatinya nak tukar namanya pada BELLA. Oh, tidak tidak. Aku bangkang itu. Haha. Last-last Putih jadi pilihan even kazen aku still panggil si Putih dengan nama Bella. Aku rasa Putih pun dah blur yang mana 1 nama dia. Haha.

Putih suka sangat buat muka sebegini. Heee
Tapi si Putih ni deman deman pun, still nakal lagi. Hari tu, aku tunjukkan adik-adik dia yang masih baby kat dia. Dia siap gigit adik dia. Haih. Ingat tu barang mainan ke apa? Huuu. Tunggu adik kau besar la sikit, baru boleh main hide and seek. Eh??? Hehe.

Oh, okeylah. Itu je la nak cerita pasal si Putih. Huuu. Sejak deman ni, dapat layanan VVIP dari aku. Haha. Aku siap teman dia makan lagi. Eh.. =__=

*Alaaa... kita tak cantik time ni. Tuan kita ni tak cool la.*

*Nak lari lah. Asyik ambik gambar kita je. Huh!*


Saturday, October 27, 2012

Review: Othello & Ex- Boifren



Ngeng!!! Aku beli buku baru lagi. Haha. Oh, aku memang gilakan buku dari gilakan gajet. Keh keh. Buku kepuasan terbaru aku selain aiskrim. Haha. Sebenarnya aku ingat aku order Othello je tapi masa bungkusan sampai kat aku, ada dua, satu lagi EX-Boifren. 

Dah lama sebenarnya aku beli ini tapi baru ni je aku baru boleh citer. Haha. Aku tahu kengkawan aku yang beli buku ni dah lama tulis review. Haha. Sebenarnya, aku baru sahaja habis baca Othello masa aku dalam bus nak balik kampung hari tu. Buku Ex-Boifren tu dah lama aku habiskan sebab bacaan dia ringan tapi Othello kena ambik masa lama sebab aku rasa maybe sebab bahasa dia tinggi kot? Keh keh .


Okeh... first kita pergi pada Ex-Boifren. Overall aku rasa tulisan buku tu selamba  dan aku suka buku tu. hehe. Everything yang ditulis dalam buku tu buat aku rasa aku pernah alami. Aku rasa budak perempuan macam aku memang suka tulisan sebegitu kot? Ngeh ngeh.

Next, Othello... Aku pun suka jugak ini. Especially part pasal Jack tu. Haha. AKu rasa yang itu je yang aku benar-benar faham je apa yang ingin disampaikan penulis. Oh juga cerita KELAHIRAN DAN RENCANA GHAIB... aku juga suka yang ini. Huuu. It's teach me something. Heee. 

Overall, aku suka kedua-dua buku tu. Dah lupa apa yang aku nak tulis pasal buku tu lagi sebab masa aku taip ini, aku pun tengah fokus pada assingment aku. Ehehe. Bubye!!!


Thursday, October 25, 2012

Bulan



Malam ini aku pandang langit lagi.
Walau hati sedang gundah gelana, hancur berkecai
Hanya menunggu masa titisan air mata jatuh sahaja.
Dan Langit ,
Gelap gelita tanpa bintang.
Sehinggalah aku temui sesuatu
Sang bulan sedang tersenyum
Dan aku turut tersenyum.
Hati jadi tenang kembali.
Ciptaan Tuhan begitu menenangkan.


Nota Reenapple: Ini autopublish. Aku mungkin sudah berada di rumah. Home sweet home!!!
Oh, Selamat hari raya Aidiladha juga. =D


Wednesday, October 24, 2012

Mimpi


Dia harap tatkala dia bangun dari tidur keesokan harinya
Semua ini hanyalah mimpi sahaja
Segala kesakitan yang dia alami
Segala penyesalan yang dia tanggung
Segala kebodohan yang dia rasakan
Itu semua hanyalah mimpi sahaja
Oh Tuhan
Sila berikan kekuatan pada dia
Walau dalam mimpi sekalipun
Mohon.
 ~1823~241012~

Nota reenapple:  It's not easy to  stay and act strong all the time. (T.T)



Tuesday, October 23, 2012

Bayangan #2


There's a guy.
Bayangkan kau seorang perempuan dan ada seorang lelaki yang kau kenali. Mungkin tidak mengenali secara rapat tapi kau tahu nama dia dan dia tahu nama kau. Bayangkan sahaja kau dan lelaki itu adalah dua dunia yang berbeza. Mungkin sahaja kau tidak pernah ambil tahu tentang lelaki itu. Dan jikalau kau tahu tentang lelaki itu sekali pun, itu hanyalah disebabkan mereka-mereka di sekeliling kau selalu bercerita tentang lelaki itu. Lelaki itu beginilah, lelaki itu begitulah dan sebagainya sehingga kau sudah mampu mengingat setiap apa yang mereka ceritakan tentang lelaki itu. Entahkan benar atau tidak, kau sendiri tidak tahu.

Sehinggalah pada satu hari, bila kau dan lelaki itu menyertai perkhemahan bersama-sama. Yaa… kau dan dia ditakdirkan berada dalam satu kumpulan yang sama. Kau dan dia? Tentunya tidak begitu banyak komunikasi. Dia dengan gengnya dan kau juga begitu. Masing-masing tidak mempendulikan hal masing-masing. Ah… buat apa kau mahu pendulikan hal dia? Cukup sudah dengan kisah-kisah tentang dia yang kau dengar dari mereka-mereka. Tambahan, dia itu tidak menyelesakan kau. Terlalu.

Dan sehinggalah, ada satu saat itu, saat untuk aktiviti berkayak. Kau terpandangkan dia. Dia dan seorang perempuan. Perempuan yang selalu kau nampak dia selalu bersama. Perempuan yang dia kata itu bukan kekasihnya pada kali pertama kau unkitkan tentang perempuan itu padanya.

Dan saat itu, ada sesuatu yang tidak kena dengan hati kau. Kau tertanya-tanya apakah perasaan ini. Perasaan yang terjadi bila kau terpandangkan dia bersama perempuan itu. Perasaan yang menyakitkan diri kau. Perasaan kecewa mungkin? 
Something wrong with her heart.
Nota reenapple: Maybe it's based on true story.



Saturday, October 20, 2012

Cinta dan Suka.


Hari tu, aku ada pergi satu forum. Tajuk forum tu 7 petala cinta. Actually aku ingat forum tu berkaitan dengan pendekatan pada CintaNYA tapi sangkaan aku agak sedikit tersimpang. Haha. Ia berkisar tentang cinta diantara muda mudi zaman sekarang, dalam erti kata lain, status in relationship a.k.a BERCOUPLE. Hehe. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya aku dapat sesuatu yang baru berkaitan dengan kerohanian aku dan ia still ada kaitan denganNYA. Huu.


Dalam forum tu, aku diingatkan kembali pada sesuatu yang dah lama aku lupa. Cinta dan suka. Yaa... kata penceramah tu, itu adalah 2 perkara yang berbeza. Suka itu berlaku sebab seseorang itu ada apa yang kita mahu. Contohnya, kita suka seseorang sebab dia kacak, dia pandai, dia cantik. Mungkin di sini, aku di fahamkan, berdasarkan fizikal orang yang disukai mungkin. Itu yang dinamakan suka.
Cinta tu angerah terindah dari ALLAH.

Dan cinta... cinta tu berlaku bila kita tak mampu jelaskan mengapa. Even orang yang kita benci suatu ketika dulu, akan jadi orang yang paling kita sukai tanpa sebab yang tidak mampu kita jelaskan. Sebab itu ada pepatah mengatakan, jangan terlampau membenci seseorang, nanti seseorang yang dibenci itu akan menjadi manusia yang paling kita rindu dan sayang mungkin. Heee. Dan dalam cinta itu, ada suka. Penceramah itu kata, suka tak semestinya cinta tapi cinta itu tentunya ada perasaan suka. Itu yang membezakan cinta dan suka.

Penceramah tu kata, pandangan pertama tak boleh wujudkan perasaan cinta lagi. Itu adalah perasaan suka. Dari sini, aku terfikir, memang tak ada love at first sight la? Then, apa yang aku pernah alami satu ketika dulu hanyalah perasaan suka sahaja? Hurm. Penceramah tu kata, itu semua Tuhan yang aturkan. Dan penceramah tu juga kata cinta adalah anugerah ALLAH yang paling besar. So, jangan sesekali berputus asa dengan perasaan cinta. ALLAH itu tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. (Aku terasa gila bila dengar part ini. Hehe)


Oh dan, penceramah juga kata, cinta ni ada dua jenis. Cinta yang berdasarkan fitrah dan cinta yang berdasarkan nafsu. Aku rasa korang faham apa itu cinta yang berdasarkan nafsu. Cinta berdasarkan fitrah pula, is dari apa yang aku faham lah. Ini pemahaman aku sahaja, cinta berdasarkan fitrah ini cinta yang ALLAH terbitkan dalam hati kita untuk mencintai seseorang. Itu kurniaan ALLAH. Yaa... sebab itu ada situasi benci menjadi cinta. Huu.

Banyak sebenar aku dapat dari forum itu. Antaranya kebaikan berkahwin dan keburukan bercouple. Haha. Forum tu mengajar aku banyak perkara melibatkan hal perasaan ini. Dan aku terasa. Yeelah, sebab aku kan dah give up dengan perasaan ini. Huu. Nampaknya aku kena redha sahaja dengan Qada dan Qadar ALLAH. DIA Maha Mengetahui.



Nota reenapple: Aku rasa aku dah kenali siapa yang aku cinta dan siapa yang aku suka suatu ketika dulu. Dan jujur aku tak suka jawapannya. 




Friday, October 19, 2012

Bodoh.


Dia seperti manusia bodoh
Punya perasaan pada kau.
Memerhatikan sahaja kau bersama si dia.
Memerhatikan sahaja kau bergelak ketawa bersama si dia.
Memandang sahaja kau dari jauh.
Tanpa sebarang sapaan.

Dia kesal itu.
Kesal kau yang dia cinta.
Bukan kau yang dia suka.
Mengapa kau yang dia cinta?
Mengapa?



Berjuta kali dia persoalkan itu.
Mengapa dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ini,
Perasaan cinta itu tertuju pada kau.
Mereka kata cinta itu bila kau tidak mampu luahkan mengapa
Dan dia rasa itu cinta.
Cinta pada kau.

Dia punya tiada kemampuan untuk menjelaskan mengapa hati dia pilih kau,
Mengapa hati dia pilih untuk jatuh cinta pada kau?
Kau yang langsung tiada ciri yang dia suka
Mengapa?

Ah... dia benci itu.
Benar, jatuh cinta pada kau,
Buat diri dia kelihatan bodoh.
Ah... kalaulah kau mampu baca ini.


Thursday, October 18, 2012

Khamis yang klasik #5


Rindu si nakal ni. Heee. Mesti nakal lagi. Haha. Oh, kazen aku cerita, PUTIH dapat adik baru. haha. Lepas ni dah tak manjakan dia. Keh keh.



Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday #6


Nota reenapple: Setuju!!!






Tuesday, October 16, 2012

Coba




Hari ini aku pandang langit.
Gelap
Tidak seceria seperti hari-hari lain
Dan aku cuba untuk senyum seperti hari-hari lain
Walau aku tahu kejap lagi awan akan menangis...

Nota reenapple: What doesn't kill you makes you stronger.


Monday, October 15, 2012

Quotes #28




Percayalah. Cinta itu sesuatu yang membodohkan. Kau akan meletakkan diri kau dalam kebodohan pada saat pertama kau sedar diri kau jatuh cinta. Jatuh cinta bukan jatuh suka. Dua situasi yang berbeza.

Saturday, October 13, 2012

Quotes #27




Normallah bila hati dah tiada kat dia, dia buat macam mana sekali pun, kita tak akan lagi suka atau cinta kat dia. Sebab itu selalu ada ex dan juga CRUSH. =___=





Friday, October 12, 2012

KISTOT #13: Rindu



Dia bengang.

Membebel la… nanti saya mengamuk kan. Grrrr


Syahirah me-update status sebegitu di facebooknya. Berasa bengang dengan kejadian yang berlaku beberapa minit tadi. Benda yang kecil pun mahu diperbesarkan. Ah… dia bengang dengan panggilan telefon tadi. 


2 minit kemudian, 1 notification tertera. Seseorang memberi komen pada statusnya.

Garangnya awak..

Syahirah menunjukkan reaksi jengkel. Lantas jari-jarinya menekan butang keyboard, membalas komen itu.

Eh… ada orang online rupanya.

Terlanjur online. Tadi ada orang nak mengamuk. Telefon banyak kali, tak nak angkat. Merajuk la kot..

Syahirah menghembuskan nafasnya. Ada yang memang nak kena api kemarahannya sebentar lagi. Sengaja mahu menambah bara di hati.

Whatever.

Hurm… please pick up my phone call. Please.

Malas.

Fine. Kalau saya bergayut dengan perempuan lain, awak jangan cakap saya curang pulak ya…

Syahirah menarik nafas. Keegoannya tercabar. Ah… sengaja la tu. Dia akhirnya mencapai telefon bimbitnya yang dari tadi berbunyi. Lantas ditekan butang hijau.

Hello?” kedengaran suara seorang lelaki di hujung talian. Syahirah mendiamkan diri.

Syafiq Hakimi! Sengaja je kan nak buat saya marah kan?” Syahirah terus melontarkan kemarahannya. Kedengaran suara orang ketawa di hujung talian. Lagilah dia mahu mengamuk.

Merajuk eh?” Syafiq bersuara.

Ya... dia merajuk.

Syahirah mendiamkan diri sambil mencebik.

Betul tak nak jumpa hujung minggu ni?” Syafiq bersuara lagi.

Tak tahu,” Syahirah membalas.

Awak boleh ke tahan rindu nak jumpa saya? Kalau awak tak…

Saya minta maaf. Hujung minggu ni memang kena pergi kerja,” Syahirah memotong. Dia tahu dia yang bersalah. Sudah berjanji untuk bertemu hujung minggu ni namun dia terpaksa batalkan di saat-saat akhir.

Then kalau macam tu, 2 minggu lagi la. Masa tu je awak dan saya free kan?

Syahirah menganggukkan kepala ibarat Syafiq ada di hadapannya.

Then kalau macam tu, jumpa 2 minggu lagi la awak eh?

Ok,” dengan malas Syahirah bersetuju. Ah… kalaulah dia mampu menolak.

Ok. Saya stop sini dulu lah. Esok pagi ada meeting. Good Night. Take care.”

Dia rindu.
Night.” Syahirah mematikan talian. Dia meletakkan telefon bimbitnya di atas katil sebelum mendakap beruang coklat pemberian Syafiq pada hari jadinya yang ke 26 itu. Mahu saja menjerit. Dia kecewa. Sudah 3 bulan tidak bertemu lelaki itu akibat masing-masing sibuk dengan kerja. Dan rindu pada lelaki yang bernama Syafiq Hakimi itu sudah membuak-buak dalam dadanya.

Syahirah berjalan ke arah laptopnya dengan niat untuk mematikannya sebelum dia sedar ada notifications baru muncul di facebooknya. Seseorang post sesuatu di wallnya

Saya pujuk awak dengan ini dulu. Bila kita jumpa, baru saya bagi yang real eh? Take care. Miss you badly.

Syahirah tersenyum panjang melihat gambar yang baru sahaja Syafiq post di wall Facebooknya. Gambar ice cream coklat kegemarannya. Dia senyum lagi sebelum menekan butang like.


p/s- Aku tak rasa ini kistot. Haha


Nota reenapple:  Huuu. Tak ada feeling langsung masa tulis cerita ini. Siapa yang rasa kisah ini sweet, aku ucapkan tahniah. Haha. Rasanya kena cari balik si inspirasi tu. Heh.




Thursday, October 11, 2012

Quotes #26



Don't go for looks, they can deceive. Don't go for wealth, even that fades away. Go for someone who can makes you smile because it takes only smile to make a dark day seem bright.


Nota reenapple: Ada banyak manusia yang buat aku kembali tersenyum. Kamu yang baca ini, kamu antaranya. Begitu juga dengan kamu yang bagi aku ayat ini. Senyum. :)

Wednesday, October 10, 2012

Wordless Wednesday #5




Tuesday, October 9, 2012

Tawar Hati.


Tiada guna awak cuba gula-gulakan hati saya lagi.
Saya dah tawar hati dengan awak, jadi tiada guna lagi awak nak gula-gulakan hati saya. Terlambat. Awak terlambat untuk jelaskan semuanya. Saya sendiri nampak awak dengan dia. Dengan mata saya sendiri. Awak pegang tangan dia di hadapan saya. Awak kata awak single masa awak ajak saya in relationship dengan awak. Awak tak tahu masa tu hati saya menjerit keriangan. Yeelah, sebab orang yang saya suka, suka saya juga.

Awak tak tahu itu bukan? Yang saya dah lama sukakan awak. Yang saya pernah rasa yang awak sukakan saya juga bila tiap-tiap malam awak hantar mesej pada saya. Saya ingat pada permulaan awak hanya nak berkawan. Memang perangai awak friendly. Dan saya layankan je sehinggalah bila kawan saya kata, yang awak mungkin suka saya sebab hari tu awak mintak gambar saya. Saya bagi je la walau saya musykil dengan awak.

Awak tak tahu itu bukan? Yang saya rasa saya dah mula sukakan awak lebih dari seorang kawan. Awak dah mula curi hati saya walau banyak kali saya bagitahu hati saya yang awak tak akan suka saya. Awak cuma nak kawan sahaja. Itu yang saya bagitahu hati saya. Dan malam itu, apa yang saya andaikan tentang awak. Teori yang awak suka saya, awak buat saya senyum lebar. Malam itu malam yang saya tak dapat lupakan sampai sekarang. Malam yang kita akhirnya in a relationship.

Awak kecewakan saya.
Rupa-rupanya saya tak sedar. Awak sebenarnya hanya nak ‘test market’ sahaja. Awak bukannya ikhlas pun. Saya patut tahu, bila setiap kali dating, awak nak kat tempat yang jauh dari Universiti. Bila saya ajak makan kat kafe, awak selalu menolak. Ah… bodohnya saya. Saya patut tahu dan sedar. Saya rasa bodoh bila analisis kembali hal ini.

Oh… tak payahlah awak nak sweet talk dengan saya lagi. Saya tak akan lagi termakan kata-kata manis awak. You are a sweet talker. Sweet talker yang pandai gila berlakon. Awak buat saya tawar hati dengan cinta. Awak buat saya rasa saya berada dalam kebodohan. Membiarkan diri saya jatuh cinta dengan lelaki seperti awak. Saya mula membenci awak saat ini.

Sekarang, saya dah tawar hati dengan awak. Dan sedang menunggu masa awak ucapkan kata perpisahan. Saya tunggu itu. Hentikan sahaja lakonan awak itu.  Tolong. Ia menjengkelkan.

Saya rasa 'sendiri' itu lagi baik.


Nota reenapple: *Ini tiada kena mengena dengan penulis. Dapat idea dari twitter ditambah dengan feeling masa layan lagu Missing dari Evanescence*




Monday, October 8, 2012

Untitled #8





Sebagai seorang budak perempuan yang tidak comel, tidak cantik, tidak kurus dan tidak pandai membuatkan dia berasakan dirinya serba kekurangan pabila berada di kalangan mereka-mereka yang lebih ‘tinggi’ darinya. Yaaa… dia rasakan dia tidak layak untuk berada di situ, di kalangan mereka-mereka itu. Mungkin jua dia terasa tersisih. Mungkin.

Dan begitu juga pabila dia jatuh cinta dengan lelaki yang dia rasakan dia sebenarnya tidak layak untuk punya perasaan sedemikian. Dia sedar lelaki itu tak akan pernah memilih dirinya yang punya banyak kekurangan. Yaaa… dia bukan seorang perempuan yang cantik. Mana mungkin lelaki itu akan memandang dirinya. Dia sedar itu. Sebab itu, di saat ini, dia cuba mengajar hatinya untuk menjadi hipokrit. Dia cuba untuk berhenti berharap pada seseorang itu. Cuba untuk mengajar hatinya menjadi ‘keras’.

Di saat dia cuba untuk berubah, muncullah kata-kata yang mematahkan semangatnya. Yaaa… dia kisah dengan apa yang mereka-mereka itu katakan tentang dirinya. Bukan dia tidak cuba untuk tidak hiraukan apa sahaja kata-kata pematah semangat itu, tapi dia tidak mampu. Dia punya ketabahan tidaklah seperti mana kau sangka. Dia makin lemah. Itu yang sebenarnya.

Tuhan… tolong kuatkan semangatnya. Tolong beri dia kekuatan. Dia hampir-hampir sahaja mahu rebah. Tolong…





Sunday, October 7, 2012

HE & SHE.



She pernah pendamkan sahaja perasaannya pada seorang lelaki. Lelaki yang dia selalu pandang dari jauh. Berharap akan selalu bertemu dengan lelaki itu setiap kali dia melintasi kawasan itu, kawasan yang selalu dia nampak lelaki itu. Lelaki yang selalu berikan dia rasa sakit setiap kali dia ingat tentang lelaki itu. Lelaki yang menyebabkan dia kini merasakan rasa cinta itu sebenarnya adalah sesuatu yang bodoh. Sesuatu yang membuatkan dia kelihatan bodoh.



Dan he pernah sahaja lepaskan seorang gadis yang dia cintai dengan begitu sahaja. Mungkin kerana begitu menyintai gadis itu, dia mengikut sahaja kehendak gadis itu untuk berpisah walhal di hati, perasaan itu masih lagi menebal pada gadis itu. Dia senyum sahaja tatkala gadis itu meminta kata perpisahan. Terpaksa bersetuju walau di hatinya perit untuk benarkan.

Dan kini… Errr… aku rasa better korang sambung yang ini. Haha. Aku ketandusan idea nak habiskan yang ini. Ekekek… kalau aku rasa sambungan korang menarik, nanti aku publish kat sini. Haha

Nota reenapple: Aku tak tahu kenapa, mood menulis kebelakangan ni kosong. Idea muncul, tapi mood menulis. Ah... rasa sayu lak.. eheheh.




Friday, October 5, 2012

KISTOT #12





Awak… sila pegang tangan saya

Kenapa?

Sebab saya takkan lepaskan awak selagi Tuhan belum kata awak itu bukan untuk saya.”




Nota reenapple: Tak tahu tajuk apa nak letak. Haha. Oh ya... aku sedang melakukan outdoor activities. Jadi ini adalah autopublish. =_=



Wednesday, October 3, 2012

Berhenti Berharap.


Dia luahkan bukan untuk peroleh jawapan. Dia luahkan untuk hilangkan perasaan yang membebankan dirinya itu. Yaa… perasaan itu membebankan dirinya. Jadi, dia luahkan perasaan itu. Dan dia lega bila dia luahkan itu. Perasaan itu tidak lagi membebani dirinya. Dia sudah tenang bila dia luahkan itu.

Dia cuma  mahu hilangkan sahaja perasaan
yang membebani dirinya.
Benar. Ia benar bila dia kata hanya mahu jadi sahabat sahaja dan ia tidak lebih dari itu. Cukup sekadar awak dan dia hanya menjadi sahabat. Itu lagi buat dia selesa. Dan benar, selepas luahan itu, dia mungkin dapat terima awak sebagai sahabatnya.

Dan sekarang semuanya nampak kabur. Awak kadang-kadang akan kecewakan dia. Kadang-kadang awak akan buat dia tersenyum. Ah… dia sedar perasaan itu semakin hari semakin hilang. Mungkin. Mungkin benar apa yang dia baca itu, meluahkan akan menghilangkan. Yaaa… itu tujuan dia berbuat sedemikian. Dia mahu anggap awak sebagai sahabat sahaja. Itu yang dia tanamkan dari dulu lagi. Saat dia sedar, hatinya memainkan suatu yang aneh tatkala awak dekat dengannya.

Dan sekarang dia keliru.
Yaa… mungkin dia terburu-buru luahkan pada awak. Tapi dia ketika itu hanya mahu hilangkan sahaja perasaan itu. Mungkin mereka-mereka akan berkata bahawasanya dia permainkan perasaan awak. Ah… awak dan dia cuma sahabat sahaja bukan? Itu masih belum berubah.

Ah minta maaf. Dia punya tiada niat untuk berbuat sebegini. Berhenti berharap. Berhenti berharap pada awak. Dia rasa sia-sia sahaja berbuat sebegitu. Dia punya banyak perkara yang harus dia fikirkan dari ini. Mungkin bila tiba saat dia bertemu dengan awak sekali lagi, awak sekadar sahabat dia tanpa perasaan aneh itu. Mungkin. Ah… dia minta maaf. Dia berhenti berharap.

Dia berhenti berharap.


Nota reenapple: Semuanya nampak kabur. Aku tak tahu apa yang aku pernah buat suatu ketika dahulu adalah sesuatu yang betul atau tidak. But aku tak menyesal..=)





Kebodohan.



Kebodohan itu masih terasa.
Dia masih rasa kebodohan yang dialaminya.
Sekejap dia muram
Sekejap dia senyum
Sekejap dia kembali muram kemudian senyum
Dan begitulah yang dia lakukan
Putaran yang sama
Mungkin diiringi dengan sedikit keluhan.
Mungkin.
Ah…. Mungkin untuk kali ini dan selamanya
Dia terpaksa memilih untuk menjadi hipokrit.
Mungkin.
Ah… kau penyebab dia terpaksa jadi begitu.


Nota reenapple: Clean the mess that you have created. =.=




Tuesday, October 2, 2012

Tiga orang.





Bila kita berkahwin, kita akan berkahwin dengan 3 orang.

1- Dia yang kita sangka
2- Diri dia yang sebenar
3-Siapa dia selepas berkahwin dengan kita.


(copy & paste from DUNIA SEBELAH ZARA)

  

Monday, October 1, 2012

Kistot #11: Dating.



Awak… awak… awak. Saya nak bagitahu awak sesuatu boleh?” Zahra mengukirkan senyuman pada Zakwan.

Apa yang awak nak bagitahu saya?” Zakwan hairan.

Zahra hanya tersengih menampakkan barisan giginya. Dia malu sebenarnya. Dia menundukkan wajahnya sambil kedua-dua jari telunjuknya berputar sesama mereka.

Err… saya… saya…” Zahra kelu. Kali ini dia gigit kukunya lagi.

Zakwan yang dari tadi memerhatikan Zahra hanya mengukirkan senyuman sahaja.

Saya suka awak.” Zahra memandang Zakwan dengan penuh senyuman sebelum mengigit bibirnya.

Saya tahu itu,” dengan selamba sahaja Zakwan membalas.

Eh? Awak tahu?” Zahra memandang Zakwan dengan hairan. Dia menelan air liur. Dia dapat rasakan suhu badannya menurun.

Zakwan memandang Zahra dengan senyuman. Gadis itu membalas senyuman. Ah… Zahra seperti kanak-kanak comel yang mahukan aiskrim coklat. Sifat sebenar Zahra Alia yang dikenalinya, kebudak-budakan dengan orang yang dia selesa sahaja.

Of course la saya tahu. Kita kan tengah dating sekarang ni. Awak ni ...

Zahra tersengih lagi. Sengaja dia berkata sedemikian. Entah. Dia sendiri tidak tahu. Tapi dia sengaja berkata sedemikian.

Hehe. Saja je nak kacau awak. Awak senyap je dari tadi. Tak tahu nak bual apa dengan awak.” Zahra tersengih lagi. Zakwan hanya mengukirkan senyuman padanya.

Macam budak je awak ni. Tapi tak apa. Asalkan itu buat awak dan saya bahagia, teruskan saja dengan perangai awak ni.” Zahra mengukirkan senyuman mendengar ayat Zakwan ini.

Awak nak makan apa hari ini?” Zakwan bersuara lagi sambil memandang Zahra.

Aiskrim boleh?” Zahra membalas sambil membuat muka comel. (Sila anda bayangkan. Haha)

Hurm… aiskrim? Okey la.” Zakwan bersuara sambil meneruskan langkah mereka.

Terima kasih awak,” ujar Zahra tatkala aiskrim coklat dihulurkan padanya.

Sama-sama,” Zakwan membalas sambil mengukirkan senyuman. Dia harap hubungan ini akan kekal sehingga ke alam perkahwinanya. Dia harap Zahra jodohnya. Dia harap itu.