Sunday, September 30, 2012

DUa Sisi



Dia punya dua sisi tatkala dia berhadapan kau
Satu sisinya yang cintakan kau
Satu lagi yang bencikan kau
Mungkin dia bencikan lagi sisinya yang cintakan kau
Itu suatu bencana
Bencana yang paling mencabar dia pernah hadapi

Bila kau tiada di hadapan matanya
Dia rindukan kau. Mungkin
Itu sisinya yang cintakan kau
Bila kau di depannya
Dia jengkel. Terlalu
Mungkin benci juga
Itu sisinya yang bencikan kau


Minit pertama dia terserempak kau
Dia jengkel
Hatinya mengeluarkan sumpah seranah
Ah… bala ini terserempak dengan kau
Itu adalah minit pertama

Pada minit kedua
Dia pandang kau sekali lagi
Dia perhatikan kau
Secara sembunyi
Kali ini lama
Mungkin dia harapkan
Kau akan balas pandangan dia
Dia yang kali ini memandang kau dengan rasa sayu
Mungkin saat itu
Sisi dia yang cintakan kau muncul
Mungkin.

Ah… ini bencana!
Patut sahaja dia buang sisi cintakan kau itu
Ini bencana
Mengapa harus rasa benci itu bertukar kepada cinta?

Nota reenapple: Pernah dengar orang tua kata, jangan terlampau membenci nanti akan jadi suka?

Saturday, September 29, 2012

29 September...



Usia dah bertambah 1 tahun. Tapi aku rasa masih dalam keadaan muda. Haha. Eh... perasan betul aku ni. Huhu. 

Thanks pada sesiapa yang wish kat aku. Haha. Dan juga pada kawan aku yang bagi hadiah. Huhu. Excited giler dapat hadiah birthday. Haha. 

Aku harap sejajar dengan penambahan usia aku, aku harap aku akan matang. Tak mau dah kelam kabut. Haha. And then, hope life aku akan dipermudahkanNYA. 

I wanna be happy go lucky person. Tak mau dah sedih-sedih sebab hal yang disaster. Hehe.

Oh, ada kawan aku wish supaya aku dipercepatkan bertemu jodoh. Haha. Macam sengal jerk wish tu. But aku aminkan je la. Haha.

Nota reenapple: Hari ni still jadi birthday girl yang belum pernah makan kek birthday-nya.



Thursday, September 27, 2012

Bayangan #1



Bayangkan kau sedang tidur dengan nyenyak. Ditemani 2 patung beruang yang comel. Yaa… comel ya. Bukan berwajah seperti patung zombie yang sedang menunggu masa untuk dibunuh. Oh, tidak lupa juga, sila bayangkan waktu itu adalah malam dan hujan. Dan bila cakap pasal hujan tentunya berkaitan dengan suhu yang mendamaikan di bawah selimut. Bayangkan juga kau sedang berada bawah selimut tebal. Ah.. nikmat!


Itu masa berharga kau bersama katil
Dan bagaimana entah, bunyi ketukan di pintu bilik kau. Bukan sekali. Berkali-kali. Dan ibarat si pengetuk itu mahu robohkan pintu bilik. Ah sial! Siapa yang berani kacau kau tidur ini? Kau mengomen sambil berjalan dengan malas ke arah pintu. Kau buka pintu, namun tiada siapa di pintu. Ah.. sialan ini. Sengaja mahu mengacau masa kau bersama katil. Kau membebel lagi.

Kau tutup pintu sebelum berjalan lagi ke katil. Mahu menyambung aktiviti tergantung tadi. Dan, sekali lagi pintu diketuk lagi. Kau berjalan lagi ke arah pintu dan buka pintu itu. Kali ini, nasib baik. Si pengetuk muncul di muka pintu. Kau bayangkan si pengetuk itu dalam keadaan basah kuyup. Dengan rambut yang basah kuyup, baju putih yang basah. Sila bayangkan sedemikian.

Kau tanya tetamu yang tidak diundang itu apa yang dia mahu lewat malam begini. Si pengetuk hanya mendiamkan diri sambil menundukkan wajahnya. Kau hairan. Tap… Tap… Tap… Tap. Bunyi titisan air dari bajunya basah kedengaran. Blok kau malam itu terlampau sunyi. Tiada langsung penghuni. Kau makin hairan dengan yang itu.

Ah... siapa pengetuk misteri itu?
Sekali lagi kau bertanya pada tetamu itu. namun hampa. Yang kau peroleh hanya diam sahaja. Ah… bangang ini! Sudah la dia ganggu masa berharga kau bersama katil. Dan dan dan dia diamkan sahaja bila menyoal. Bedebah betul!

Sekali lagi kau berniat mahu melontarkan soalan sama. Mungkin ini adalah kali terakhir. Mungkin. Kalau dia tak mahu jawab, kau berazam mahu sahaja menghalau. Bedebah betul manusia sebegini. Namun, belum sempat kau bersuara, tetamu tidak diundang memandang kau. Menunjukkan matanya yang berwarna merah sebelum mengukirkan senyuman yang mengerikan.

Hehehehehehehehe… itu bunyi yang kau dengar sebelum kau pengsan. Mahu lebih lagi? Bayangkan sendiri la.

Bayangkan si pengetuk misteri itu adalah seperti ini.

Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday #4


SINGLE.



Dia rasa status single itu yang sesuai untuknya. Mungkin kelihatan pathetic tapi dia rasa dia kuat berbanding dengan status in relationship yang mungkin satu hari akan jahanamkan hatinya lagi. Mungkin di saat ini dia suka pada seseorang, atau mungkin ada seseorang menyukainya tanpa dia sedar, tapi benar, dia rasa bersahabat itu lagi sesuai untuknya.

Mungkin dia lagi selesa bersahabat dari menjadi lebih dari sahabat. Mungkin kedengaran aneh bila ada satu tikanya, dia juga mahu mengalami lagi situasi itu. Tapi dia tahu itu hanyalah kehendak sahaja bukan keperluan. Dia tidak perlu untuk menyayangi sesiapa lagi. Cukup sahaja menyayangi sahabat-sahabatnya dan juga keluarga yang sentiasa di sampingnya. Itu sudah cukup.



Tuesday, September 25, 2012

Homesick.


Add caption
Ah… apesal aku teramat homesick nih? Kalau dulu, boleh je aku survive sehingga cuti mid sem. Ini, baru minggu pertama dah rasa nak balik rumah. What’s wrong with me? Why why why? Mana kekuatan aku selama ini? Sejak bila aku jadi anak manja ni? Heee.

Dan sekarang dah masuk minggu ketiga di U. Betul, aku rasa macam aku dah berbulan-bulan aku habiskan masa kat U ni. Padahal sebulan pun tak lepas. 3 hari di U, dah buat aku rasa nak balik rumah. Why I miss home so much?

Hurm… ni mesti sebab aku cuti 3 bulan hari itu. Heee. Ataupun sebab aku tinggalkan bantal peluk kesayangan di rumah. Haha. Macam tak masuk akal pula. Aku still ada cik Bear dan Cik Brown serta Cik Dolphy menemani tidurku. Haha.

Homesick. Homesick. Homesick. Apesal aku rasa homesick teramat ni. Nak balik rumah but Mak tak kasi. Huk huk huk. Saya sedih gini. Argh… sila bersabar untuk satu bulan lagi. Huuu. Tak tahu bila aku dah pandai homesick. Heee. Makan ice cream pun dah tak menjadi. =(


Nota reenapple: Aku rasa aku sedang alami rasa frust. Tapi entahla. Moga-moga ini hanya ganguan perasaan sahaja. Disaster tahu. =(



Sunday, September 23, 2012

Quotes #25



Kadang-kadang terpaksa menjadi hipokrit di atas kebodohan sendiri. Mungkin itu yang terbaik dari menyesal bukan?



Friday, September 21, 2012

Mesej


Rasa macam nak merajuk dengan awak tapi sia-sia je.
Awak bukannya tahu pun. =.=
Daa tak mau dah mesej dengan awak. Awak buat saya macam orang bodoh tunggu balasan mesej awak. Heee… baik. Saya fikir dengan rasionalnya. Saya tak ada hak nak marah awak. Itu hak awak nak balas mesej saya atau tak. Heee. Rasa macam nak BOM je awak. Hewhew. =.=

Rasa macam orang bodoh je ada perasaan aneh pada awak. Damn… boleh saya menyesal? Tapi awak buat saya tersenyum bila saya ingat awak. Awak buat saya berdebar bila awak dekat dengan saya ataupun bilamasa saya nampak awak dari jauh. Heee… Ah… asal awak yang saya suka? Why why why? Nasib baik awak orang yang saya suka, kalau tak dah lama saya ‘bunuh’ awak. Hewhew =.=

Rasa macam bengang je bila ingat awak membebel pada saya bilamasa saya tak balas mesej awak hari itu. Awak sampai ingat saya benci awak, padahal tak. Ah… bukan salah saya pun, awak yang balas lambat. Saya sudah lelapkan mata ketika itu. Bila saya bagitahu hal sebenar, awak tak nak percaya. Eh… nasib baik awak bukan depan saya masa tu, kalau tak, dah lama saya sepak kaki awak. Hewhew.

Tapi awak buat saya tersenyum. =.=
Cis… rasa macam nak gelak je bila fikir balik hal ni. Ah… sebab awak, saya bodohkan diri saya sekali lagi. Bodohkan diri saya untuk punya perasaan aneh pada awak. Ah… mengapa awak? Why why why? Why, dalam banyak-banyak manusia dalam dunia ni, mengapa perasaan aneh itu menuding ke arah awak? I should keep telling myself that we actually friends only. Ah.. gila begini.

Benar, saya tidak harap apa-apa pada awak. Jadi kawan itu sudah mencukupi. Saya lagi suka awak sebagai kawan saya. Tapi ini kerja gila. Punya perasaan aneh pada sahabat sendiri. Aaaa… rasa macam nak je baling telefon saya bila mesej dari awak muncul di skrin telefon saya petang tadi. Awak kata awak nampak saya kat kuliah tadi.  Akal saya kata, jangan balas mesej awak, tapi hati saya degil. Laju je tangan saya turutkan kata hati saya. Nasib baik, saya dalam kelas ketika itu, jadi saya tak balas mesej awak yang terakhir. Ah… gila gini.

Ah… Daaa tak mau dah mesej dengan awak. Heee. Jangan marah kalau saya buat macam awak buat. Tak balas mesej awak. Semoga azam saya ini tercapai. Moga-moga. Ah… hati, sila jangan degil.

Ah... hati, sila jangan degil lagi.


Thursday, September 20, 2012

Kuat.


Kuat.
Dia cuba kuat tanpa hiraukan cebisan bayangan kau
Cuba untuk hapuskan memori bencana yang tiba-tiba sahaja menjengah mindanya
Dia cuba tahu.
Cuba untuk tidak benarkan bayangan kau mendekatinya.
Ah… bencana ini. (baca disaster)
Dia ingatkan dia sudah mampu hidup dengan tenang
Tenang tanpa kewujudan kau lagi
Tanpa mendengar kisah tentang kau lagi.
Ah…. Kalaulah kawan dia tidak ceritakan tentang itu pada dia
Sudah tentu kau tak akan muncul dalam mimpi dia semalam.

Ini bencana.
Ah… bencana ini.
Kau itu suatu bencana baginya.
Dia jengkel dengan kau.
Terlalu.
Sampai bila dia harus jengkel pada kau?
Sampai bila dia harus tersentap bilamasa nama kau dibangkitkan?
Ah… kau itu bencana baginya.
Ah… jengkel ini bila ingat ini
Ingat tentang kau.
Kau itu suatu yang tidak berkaitan dalam hidupnya
Buat apa mahu dikacau hidupnya lagi?
Buat apa bayangan kau mahu ganggu emosi dia lagi?
Jengkel. Jengkel dengan kau.

Ahh... persetan semua itu.
Ah… persetankan semua tentang kau.
Tiada guna bayangan kau terjah mindanya
Lagi baik dia fikirkan ‘dia’ yang buat dia tersenyum
‘Dia’ yang beri rasa ‘manis’
Dari kau yang tanpa amaran menerjah mindanya
Itu buat dia jengkel kembali
Rasa jengkel itu kembali
Maaf. Dia tidak berniat sebegitu
Ah…sesiapa.
Tolong jangan unkit tentang kau lagi
Dia jengkel tahu.
Dia sedang kuat.
Jangan lagi buat dia jengkel.
Tolong.


Wednesday, September 19, 2012

Wordless Wednesday #3


You make me smile whenever you cross my mind. 







p/s--- hari ni asyik rasa sweet je. Ehehehe. =)





Review: Bisik.


Aku beli BISIK hari tu. Ini sebab aku cemburu dengan Nong Andy yang dah ada buku tu. So, disebabkan aku keluar hari tu dan terjumpa kedai POPULAR, jadi koleksi buku aku dah bertambah. Haha.

Seriously, aku suka buku tu. Ia bukan novel cinta, aku rasa tak ada langsung part cinta. Haha. Errr… mungkin ada kot sedikit. Part yang paling aku suka is part yang masa dia potong mayat Suraya tu. Huuu… aku teruja baca yang itu. Dari satu bab ke satu bab, korang akan rasa macam nak tahu cerita yang selanjutnya. Aku siap main teka-teka lagi siapa sebenarnya Nazzman tu. Haha.

Tapi satu je la yang aku tak puas hati. Ending dia. Huuu… aku memang tak puas hati. Aku tertanya-tanya sampai saat ini, apa yang terjadi dengan Mikael. Andaian aku, Mikael tak jadi bunuh diri. Lepas tu aku tertanya-tanya lak apa yang terjadi Nazzman tu. Huuu. Siapa Nazzman tu? Haha. Aku boleh kata, Mikael dan Nazzman tu orang sama cuma Nazzman tu lagi psiko dari Mikael. Huuu.

Best gila buku ni. Puas hati la baca ni. Korang nak baca buku tu?? Try la. Aku suggest pada sesiapa yang tak minat baca novel cinta cam aku. Haha.



Tuesday, September 18, 2012

Quotes #24



Hidup terlalu singkat untuk punya rasa menyesal diatas masa silam. Jadikan masa silam itu suatu pengajaran. Yang berlalu biarkan ia berlalu. Masa silam tak akan pernah kembali dan tak akan pernah berubah. Jadikan hari ini hari yang paling baik pernah berlaku dalam hidup kau.



Monday, September 17, 2012

Kistot #10: Sengal.



Awak… awak… awak…” Amira berpaling, memandang Amir yang sedang berjalan ke arahnya.

Ah… apa yang dia mahu ini.’ Amira berbisik dalam hati. Sejujurnya dia jengkel dengan lelaki itu. terlalu.

Amir mengukirkan senyuman tanpa berkata apa-apa. Ada sesuatu yang dia mahu beritahu gadis di hadapannya ini.

Kau nak apa?” soal Amira kasar.

Err… aku sebenarnya nak bagitahu sesuatu. Kau jangan marah eh,” Amir membalas.

Kau nak bagitahu apa?” soal Amira lagi.

Aku harap kau percaya dengan apa yang aku beritahu kau.” Amir menunjukkan wajah serius. Amira menelan air liur.

Ah… apa yang dia mahu beritahu ini? Bunyinya seperti sesuatu yang penting. Mahu meluahkan rasa cinta pada aku kah? Situasi ini macam dalam cerpen yang aku pernah baca kat blog.’ Amira berbicara dalam hati. Dia lihat Amir masih mengukirkan senyuman. Ah… kerja gila gini.

Heee…. Aku sebenarnya, sebenarnya sebenarnya…” Amir memandang Amira dengan senyuman. Gadis itu menunjukkan reaksi jengkel. Dia tahan sahaja untuk tidak ketawa dihadapan gadis itu.

Kau nak apa?” Amira tidak mampu  bersabar lagi. Ah… jengkel betul mamat ini!

Aku… aku nak kentut,” ujar Amir selamba sambil tersengih. Dendamnya yang hari itu sudah terbalas. Dia ketawa dalam hati.

Amira mengetapkan giginya. Dia berang dengan apa yang didengarnya. Dan selepas itu, aku rasa korang tahu apa yang berlaku. Cuba bayangkan muka Amir keesokan harinya lebam. Haha.


Friday, September 14, 2012

Marah



Bukan sekali kau buat dia bengang.
Banyak kali. Berjuta mungkin.
Dari saat dia kenal kau.
Kau gelar dia dengan gelaran yang menyakitkan hati
Dia diam sahaja
Bila kau selalu berkata sesuatu yang menjengkelkan dia
Dia tahan sahaja


Sekarang
Dia tidak mampu bersabar
Argh… jangan buat dia marah
Nanti dia keluarkan gigi taringnya
Sedut darah kau sampai habis.
Jangan buat dia marah.
Nanti kau menyesal.




Wednesday, September 12, 2012

Quotes #23




Kadang-kadang hubungan itu seperti kaca...Bila sudah pecah, sukar dibaiki, dan kalau dapat dibaiki sekalipun, ianya tak akan pernah sama seperti dahulu.

p/s---credit to a friend. ^____^


Tuesday, September 11, 2012

Cerpen:Saya suka awak.



Saya suka awak.

Butang send itu ditekan. Huda menanti balasan mesej di inbox Facebooknya. Beberapa minit bertukar menjadi satu jam. Dia gelisah. Otaknya memutarkan pelbagai jawapan negative. Satu jam dia tidak keruan. Jantungnya berdegup kencang. Ah… dia ternanti-nanti jawapan dari Ammar.

Dia tidak keruan. 
Tiba-tiba kedengaran bunyi ringtone telefonnya. Ada satu mesej masuk. Dari Ammar. Ah… lelaki itu tentunya sudah membaca message yang dihantarnya pada facebook lelaki itu. Huda menarik nafas sedalam mungkin. Dia berdebar.

Kau suka aku? Maksud kau? Kau suka yang bagaimana?

Huda mengeluh tatkala membaca SMS itu. Ah… ini kerja gila. Patutkah dibalas mesej itu? Huda tertanya-tanya.

Ha’ah… aku suka kau. Kau tak percaya eh?

Huda membalas sebegitu. Sekali lagi dia menghembuskan nafas. Ini sememangnya suatu kerja gila. Kerja gila yang paling pernah dia buat.

Agak kurang. Ke kau salah send yang kat facebook tu?

Sekali lagi Huda menarik nafas. Sekali lagi dia memarahi dirinya dalam hati. Kerja gila malam ini. Telefon di tangannya dipegang erat, memikirkan apa yang harus dibalasnya lagi.

Tak apalah. Sorry ganggu memalam. K. Nite.

Telefon di tangannya di lempar ke atas katil. Dia kembali memakukan dirinya di hadapan laptopnya. Kembali menjadi stalker tak bertauliah pada facebook milik Ammar Qushairi itu. telefonnya berbunyi lagi. Dia mencapai telefonnya.

Huda Adrina, boleh kau jelaskan mesej yang kau bagi kat aku tadi? Dan please, jangan nak melenting. Aku cuma nak penjelasan tentang mesej yang kau bagi kat facebook aku.

Huda menarik nafas. Hatinya tidak keruan. Dia menarik nafas. Akhirnya dia kembali melemparkan telefonnya ke katil. Berniat tidak mahu membalas SMS dari Ammar itu. Selang 30 minit, telefonnya berbunyi sekali lagi. Kali ini lama. Tahulah Huda, itu panggilan dari Ammar. Ah… mahukah dijawab panggilan itu? Akhirnya Huda biarkan sahaja telefonnya berbunyi. Dia risau jika dijawab panggilan itu, dia akan membodohkan dirinya.

Hello?” Akhirnya Huda menjawab panggilan itu. Itupun selepas beberapa kali telefonnya berbunyi.

Cuba kau cerita hal yang sebenar?” Ammar bersuara.

Huda mengeluh. Tiba-tiba sahaja dia rasa mahu memarahi Ammar. Takkanlah Ammar ini tidak memahami apa yang ditulisnya? Bukankah sudah terang lagi bersuluh.

Hal yang sebenar? Maksud kau?

Tentang mesej kau kat facebook?

Anggap je aku gurau je dengan kau.” Huda menjawab dengan malas. Malas untuk panjangkan perbualan ini. Ammar tak akan percaya apa yang diberitahunya.
Dia berkata benar.
Gurau? Ke kau nak cover line, Huda?” Kedengaran suara Ammar di hujung talian.

Aku gurau je la. Seriously.” Huda bersuara .

Tapi aku rasa kau tak gurau.

Aku gurau je lah. Don’t take it seriously.”

I don’t think you are. Then kalau macam tu, aku pun suka kau juga.

Huda menelan air liur mendengar ayat yang didengarnya sebentar tadi. Ammar berkata benarkah? Atau itu hanya satu gurauan sahaja? Bukannya dia tidak mengenali sikap Ammar Qushairi yang suka bergurau.

Sorry. Aku penat. Aku nak tidur. Nite. Bye.” Butang merah ditekan. Huda menarik nafas. Ah… malam ini dia benar-benar gila. Dimatikan telefonnya. Itu lagi baik. Mungkin.

@@@@@@

Huda…” Huda menoleh. Ammar sedang tersenyum ke arahnya sebelum mengambil tempat di sebelahnya. Huda menelan air liur. Tiba-tiba sahaja terbit rasa segan dengan Ammar Qushairi ini.

So, apa cerita semalam?” Ammar bersuara. Dia pandang Huda. Muka gadis itu bertukar warna.

Cerita apa? Kan aku dah kata aku gurau je la. Saja aku nak kacau kau memalam. Aku bosan gila semalam. Sebab itu aku kacau facebook kau,” Huda berbohong.

Ammar mengukirkan senyuman. Dia tahu gadis di sebelahnya berbohong. Bukan semalam dia mengenali Huda Adrina.

Really?

Huda menelan air liur. Entah mengapa, mahu sahaja dia menyepak Ammar Qushairi ini. Tak habis-habis mahu menguji kesabarannya.

It’s up to you whether to believe it or not.” Huda bangun sejurus berkata sedemikian. Ah… dia kecewa. Dia benar-benar mengharapkan Ammar akan mempercayai apa yang dikatakannya semalam.
Dia harap awak percaya.
Ammar mengukirkan senyuman sebelum tangannya laju mencapai lengan Huda. Huda tergaman. Dia memandang Ammar yang sedang tersenyum ke arahnya. Ah… apa hal pulak ni?

Aku percaya apa yang kau cuba nak bagitahu aku semalam dan aku minta kau juga percaya apa yang aku bagitahu kau semalam. Jawapan pada apa yang kau bagitahu aku,” Ammar bersuara sambil matanya memandang tepat ke arah anak mata berwarna coklat milik Huda.

Huda memandang Ammar dengan rasa terkejut. Dia bermimpikah? Ah… ini tentunya mimpi. Dia cubit pipinya. Sakit. Ini bukan mimpi.

I’m telling the truth.” Sekali lagi Ammar bersuara.

Huda mengukirkan senyuman apabila melihat Ammar mengukirkan senyuman kepadanya. Tahulah dia, Ammar Qushairi berkata benar. Dia senyum lagi apabila Ammar memegang tangannya. Hari itu, menjadi hari yang tidak mungkin akan dilupakan oleh Huda. Usahanya tidak sia-sia. Dia senyum lagi.

Dia senyum.






Saturday, September 8, 2012

Childhood Memory #2



Hahaha... aku jumpa lagi zaman masa kecil. Me and my cousin. Haha. Baru aku perasan, aku ni dari zaman baby sampai sekarang bukanlah seorang yang fotogenik. Ekekeke. Sebab tu aku tak suka sangat bergambar sampai sekarang. Bergambar pun bila orang  ajak. Ekeke.

p/s--- tetiba aku rasa gambar ni comel. Haha.


Kolot.


Aku rasa aku kolot.

Sometimes aku rasa aku ni agak kolot orangnya. Mungkin ya. Haha. Cam sengal lak. Yeela… bila orang cakap pasal DSLR, pasal BB atau apa-apa la gajet yang latest, asal aku rasa tak berminat nak punya satu pun hal-hal sedemikian? Ekekeke.

And then bila masuk bab-bab berpakaian, itu lagi menampakkan kekolotan aku. Semua duk pakai fesyen zaman sekarang, dengan shawl melilit leher dan sebagainya. But aku? Still dengan old style. Tudung aku just tudung bawal je. Aku tak pernah cuba shawl. Haha. Tak berminat. Macam boring je kan aku ni? And plus, aku tak suka bershopping. Haha. Aku shopping bila aku nak kena beli barang-barang keperluan. Itu je masa aku pergi bershopping. Kalau aku beli part of dari apa yang aku list, itu dianggap suatu bonus. Muahahaha. Oh, shopping ice cream tu satu keperluan. Haha.

Yeah.. aku tahu aku ni old fashion. Tak up to date and bla-bla. Haha. Bila tengok kawan-kawan sebaya aku dah pandai bermake-up, aku? Haram jadah tak tahu. Aku tahu lip balm dan BB cream je. Hahaha. Dan itu belum lagi masuk bab heels. Aku lak yang main tengok je kawan aku beli. Aku? Lambat lagi. Adoii.. aku rasa aku ni kolot. Masih berpegang dengan kekolotan aku. Haha.

Ah… entah bila nak ubah diri dari jadi seorang anak itik yang hodoh kepada swan yang cantik. Haha. Macam berangan sengal lak aku ni. Haha. Oh.. itu je nak cakap pasal kekolotan aku. Tehehee. Jumpa lagi.

Nak jadi cantik? Aku rasa aku berangan je. Haha.

p/s----Malam ni aku naik bus p U. =)


Wednesday, September 5, 2012

Wordless Wednesday #2





Monday, September 3, 2012

Rindu



Rindu.
Dia rindu saat itu.
Saat dia dan mereka bergelak ketawa, berkongsi cerita, bergurau sakan.
Dia rindu saat-saat itu.
Dia ukirkan senyuman tatkala mereka melintasi di mindanya
Lebih-lebih lagi kau.
Mungkin dia rindu kau.
Mungkin.
Rindu itu satu bahagia tahu.
Rindu pada kau.
Mungkin.


Dia rindu
Ah… ini kerja gila.
Buat apa mahu merindu orang yang tidak merinduinya.
Kerja gila mungkin. 
Mungkin lagi bodoh.
Ah sudah! Jangan membodohkan diri lagi.
Dia berkata pada dirinya.
Nanti lama kelamaan rindu itu akan ‘membunuh’ dirinya.
Ah… hapuskan perasaan ini.
Persahabatan itu janji terbaik.
Mungkin.
Sekurang-kurangnya dia cuba hilangkan perasaan aneh itu.
Dia cuba.
Dengan sedaya upaya.
Doakan dia.




Saturday, September 1, 2012

Lega



Dia lepaskan nafasnya perlahan-lahan.
Kali ini dia mengeluh panjang.
Dia gigit bibirnya.
Mindanya memutarkan hal semalam.
Sekali lagi dia menarik nafas.
Dia mengeluh lagi.
Kemudian dia senyum.
Ah… kerja gila gini.
Tapi dia senyum sahaja.
Sekurang-kurangnya dia lega.
Terlalu.

Mungkin kali ini dia lepaskan ia untuk sementara waktu.


Sekurang-kurangnya...
Bebanan perasaan sebegitu sudah lepas dari hidupnya
Meskipun, hanya persahabatan sahaja yang dia minta.
Walau apa yang dia rasa lebih dari itu.
Sekurang-kurangnya dia tak menyesal.
Mungkin sahaja perasaannya itu hanyalah sementara
Tapi dia lega.
Mereka masih berkawan.
Kekalkan persahabatan itu lagi penting.
Walau rasa aneh itu sudah diketahui.
Dia senyum lagi.
Dia lega.
Terlalu.



Kistot #9: Perasan.


Mungkin dia mahu menyatakan rasa cinta?
Amir menyedari Amirah sedang memandangnya dari tadi. Tiba-tiba sahaja terbit rasa segan dengan pandangan Amirah.

Ah… apa kena dengan dia ini. Dari tadi pandang aku semacam. Aku ada buat salah kah pada dia?” Amir bercakap sendirian. Dia pandang Amirah lagi. Gadis itu itu masih lagi memandangnya. Adakah Amirah sudah jatuh hati padanya? Dia tahu sebagai lelaki yang punya rupa dengan latar belakang keluarga yang terkenal, sudah tentu dia punya ramai peminat.

Baik aku pergi terus dekat dia dan tanya apa yang dia nak kata kat aku. Aku rasa dari tadi dia pandang aku. Entah-entah dia nak confess kat aku? Hahah. Bertuahnya aku,” Amir ketawa sendirian.

Akhirnya Amir berjalan ke arah Amirah. Dia lihat muka gadis itu merah. Jadi betullah apa yang dia andaikan dari tadi. Amirah punya perasaan padanya.

Amir…” Amirah bersuara. Dia malu dengan Amir sebenarnya. Dia mengalihkan matanya ke arah lain. Malu untuk bertentang mata dengan lelaki itu.

Kau ada sesuatu nak beritahu aku bukan?” dengan lantas Amir mengeluarkan soalan. Dia tersenyum dalam hati. Mungkin dia sebenarnya sudah tahu apa yang Amirah mahu beritahunya.

Aku… kau tahukah?” Amirah memandang Amir dengan rasa terkejut. Ah… jadi lelaki ini mahu dia beritahunya.

Apa yang kau nak beritahu aku? Aku tunggu,” Amir mengukirkan senyuman kepada Amirah.

Err… aku…” Amirah cuba menyusun ayat. Dia masih lagi tidak memandang tepat ke arah mata Amir. Malu untuk beritahu hal itu.

Aku rasa baik kau pandang bawah. Jumpa lagi. Bye.” Amirah beredar sejurus berkata sedemikian.

Amir memandang bawah. Ke arah seluarnya. Dia menelan air liur. Rupa-rupanya zip seluarnya terbuka, menampakkan boxer warna hitam yang dipakainya. Terus dia berlari ke tandas. Argh… dia malu. Tidak tahu bagaimana dia mahu berdepan dengan Amirah keesokan hari. Dia malu teramat!

Aaaa... dia malu.