 |
| Perempuan itu buat dirinya terancam. |
“Err…
hai awak. Boleh saya nak kenal awak?” soalan perempuan itu benar-benar
membuatkan Hana menoleh. Dia pandang Syazril di hadapannya, hanya mengukirkan
senyuman sahaja. Hana mengigit bibirnya.
Syazril
memandang Hana dengan senyuman sebelum mengukirkan senyuman. Dia tahu Hana
mungkin sedang gelisah walau luaran nampak tenang sahaja. Dia tahu Hana. 3
tahun mengenali Farhana Zaliana benar-benar membuatkan dia masak dengan sikap
gadis itu.
“Untuk?”
Syazril bersuara. Dia pandang lagi Hana. Hana hanya mendiamkan diri sahaja
sambil tangannya kembali menyuapkan aiskrim coklat ke dalam mulutnya. Ah…
ketenangan Hana kadang-kadang mengugat keegoannya.
“Saya…
saya selalu nampak awak kat sini. Selalu datang sini dengan kawan awak ni…”
perempuan itu memandang seketika Hana yang mendiamkan diri. Hana menelan air
liur. Dia mahu saja bersuara tapi dia tidak mampu. Ah… dia risau.
“Jadi?”
Syazril menyoal. Matanya mengerling sekilas ke arah Hana. Masih lagi cuba
berlagak tenang.
“Jadi…
boleh saya mintak nombor awak? Untuk kita kenal dengan lebih dekat?” Perempuan
itu bersuara lagi.
Hana
menghembuskan nafas sebelum meletakkan sudu aiskrim di atas meja dengan kasar.
Dia memandang perempuan yang sedang cuba mengurat Syazril. Lama sebelum dia kembali memandang Syazril. Lelaki itu hanya tersenyum.
“Balik
dululah. Jumpa lagi.” Hana mengankat punggung, meninggalkan Syazril
terkontang-kanting di situ. Dia benar-benar cemburu. Terlalu. 5 minit kemudian,
telefon bimbitnya berbunyi setelah dia keluar dari kedai aiskrim itu.
Message:
Pandang belakang.
~Syazril~
Hana
mengikut arahan Syazril. Dia menoleh ke belakang. Syazril sedang tersenyum ke
arahnya. Dia mencebik tatkala Syazril berjalan ke arahnya. Dia memeluk tubuhnya
tanpa menghiraukan pandangan Syazril itu.
“Cemburu
eh?” soal Syazril. Hana mencebik lagi. Malas mahu menjawab pertanyaan bodoh
itu. tentunya dia cemburu.
 |
| Saya tahu awak cemburu. |
“First
time saya tengok awak cemburu. Jangan risau. Saya tak bagi orang lain mengurat
saya kecuali awak. Hati saya tetap pada awak,” Syazril bersuara.
“Ceh!
Dasar sweet talker betul!” Hana bersuara kasar. Syazril ketawa.
“Awak
tahu, kata-kata awak tu buat hati saya terhiris. Saya cuma sweet talk dengan
awak saja tahu,” Syazril bersuara perlahan. Dia terkilan sebenarnya dengan
tuduhan sebagai sweet talker dari Hana.
“So?”
Hana bersuara. Dia berasa jengkel.
“So,
awak cemburu. Dah lama nak tunggu awak cemburu. Selama ni awak asyik berlagak
cool je. At least sekarang, saya tahu awak sayang saya juga bukan?” Syazril
mengukirkan senyuman.
Hana
menjelirkan lidah. Berasa muak dan loya dengan apa yang didengarnya sebentar
tadi.
“Yeela. Yeela! Saya cemburu. Perempuan tu ingat saya kawan awak. Minta nak kenal awak depan
saya. Berlagak macam saya tak wujud. Saya cemburu okey!” Hana mengeluarkan
segala yang ditahannya dari tadi lagi.
 |
| Ya! saya cemburu |
“Itulah
yang saya alami bila ada lelaki mintak nombor awak depan saya hari itu.”
Syazril teringatkan kejadian beberapa hari lepas di mana ada seorang lelaki meminta
nombor Hana di hadapannya. Lalu dia memarahi lelaki itu. Syazril tersenyum
mengingatkan kejadian itu.
Hana
menarik nafas. Dia bengang. What goes around comes around. Dia pandang Syazril
yang kelihatan tenang.
“Perempuan
tu ingat saya kawan awak. Padahal saya…” Hana bersuara. Tidak tahu apa yang
harus diucapkan selepas itu.
“Awak
memang kawan saya pun,” Syazril membalas.
Hana
mengeluh. Dia tahu dia yang keterlaluan tadi. Dia tidak sepatutnya cemburu.
Bencinya bila ingat tentang ini. Dia tiada kelayakan untuk punya rasa cemburu.
“Tapi
perasaan kita lebih dari kawan bukan?” Syazril bersuara lagi.
Hana
mengeluh sekali lagi. Benar. Perasaan mereka lebih dari seorang kawan.
Masing-masing sudah meluahkan apa yang terbuku di hati namun tidak mahu menjadi
seperti kekasih. Berkawan seperti waktu dahulu lagi baik. Itu yang mereka telah
bersetuju.
“Tak
apalah. Pergilah layan perempuan tu. Awak nak bagi nombor awak pada dia pun,
saya tak kisah. Itu hak awak. Besides, awak yang kata, kita kawan bukan? Saya cuba
untuk tak cemburu.” Hana bersuara dengan jengkel. Syazril mengukirkan senyuman.
“Awak
ni… saya suka awak. Buat apa saya nak layan perempuan tu. Saya rasa awak lagi
baik dari perempuan tu. Awak unik dengan cara awak tersendiri. Kita kawan but
perasaan kita lebih dari tu dan kita lagi selesa dengan hubungan sebagai kawan
bukan?”
Hana
mengukirkan senyuman. Dia tahu itu. Dia selesa dengan Syazril sebagai kawannya
bukan sebagai kekasihnya walau perasaanya pada Syazril lebih dari seorang kawan.
“Whateverlah.
Malas nak layan awak punya sweet talk.” Ayat Hana membuatkan Syazril ketawa.
“Nah,
ice cream untuk awak.” Syazril menghulurkan sebekas aiskrim di tangannya pada
Hana.Hana mengukirkan senyuman. Dia kembali menikmati ice cream coklat.
Syazril
mengukirkan senyuman. Tidak sia-sia dia meminta Nazirah berlakon tadi.
Sekurang-kurangnya dia tahu perasaan Farhana Zaliana masih padanya. Masih lagi
untuknya. Risau jika perasaan itu kembali bertukar menjadi perasaan tidak lebih
dari kawan di hati Hana. Syazril mengukirkan senyuman sekali lagi.
 |
| Mereka berdua senyum. |
p/s---> aku tahu aku sebenarnya kena simpan cerpen untuk semetara waktu tapi masih aku nak publish jugak. ahahaha. dah lama tak publish cerpen.. ekeke.