 |
| Dia terpandangkan gadis itu |
Azizi Amirul menyedari kelibat Aina
Zulaikha tatkala dia tiba di kelas. Tiada Irfan mahupun Zarina di sebelah gadis
itu. Azizi terlupa, kelas Management Accounting hanya Aina sahaja tanpa
ditemani sahabat-sahabat baiknya. Akhirnya Azizi mengambil tempat bersebelahan
gadis itu sebelum mengukirkan senyuman pada Aina.
Aina Zulaikha memandang Azizi Amirul dengan
rasa terkejut. Dia bangun namun Azizi memegang erat lengannya. Aina memandang
Azizi sambil menelan air liur.
“Baik kau duduk kalau kau tak mahu aku
timbulkan masalah pada kau,” bisik Azizi tegas pada Aina.
Aina hanya mampu menelan air liur. Dia meronta
namun Azizi masih tidak mahu lepaskannya. Akhirnya dia akur. Dia duduk di
sebelah Azizi sepanjang kelas Management Accounting berjalan. Menahan rasa
menyampah dan segan tatkala berada di sebelah lelaki itu. Azizi hanya
sekali-sekala menoleh ke arahnya tatkala pensyarah sedang mengajar di hadapan.
Kelas tamat selepas 2 jam. Aina bangun
dahulu setelah pensyarah keluar tanpa memandang Azizi yang leka berbual dengan
budak perempuan di sebelahnya. Cis, dasar sweet talker betul. Rungut Aina dalam
hati.
“Aina..” Azizi memanggil Aina yang sedang
berdiri.
Aina menoleh. Dia lihat Azizi sedang
meletakkan sehelai kertas yang telah dilipat ke atas meja sebelum menolak
lipatan kertas itu ke arahnya. Aina hanya memandang kosong sahaja lipatan
kertas itu sebelum memandang Azizi. Azizi hanya mengukirkan senyuman sinis
sebelum bangun dan meninggalkan Aina dengan persoalan.
Aina mencapai lipatan kertas itu sebelum
membukanya.
‘Jumpa aku di tempat
kali pertama kau dan aku bertegur sapa esok lepas kau habis kelas.’
Aina menarik nafas. Tempat kali pertama dia
bersua dengan Azizi Amirul? Di manakah? Aina tidak pasti. Acap kali dia bertemu
dengan Azizi Amirul ketika di semester pertama. Ah… Aina keliru. Tempat yang
mana satu? Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Satu SMS diterimanya. Aina
membacanya.
Mesej :
Kalau
kau tak ingat, Library. Library tempat kau tegur aku untuk kali pertama.
~Mamat
Psiko~
“Argh… ini kerja
gila! Mamat ni sengaja cari nahas dengan aku. Malas aku nak pergi jumpa kau,”
ujar Aina bengang sambil mengoyak kertas tersebut. Dia kemudian membuang cebisan
kertas itu ke dalam tong sampah di luar kelas. Aina mengeluh. Dia masih risau
dengan diarinya yang hilang itu. risau jika ada seseorang yang membaca diarinya
memberitahu Azizi tentang perasaanya pada lelaki itu.
#####
Aina Zulaikha
menarik nafas. Kelas terakhirnya pada hari ini batal. Dia mengerling jam
tangannya. Masih ada 2 jam lagi untuk bertemu Azizi. Mahu atau tidak dia
menuruti kehendak musuhnya itu? Atau haruskah dia beritahu Irfan dan Zarina
tentang permintaan Azizi itu. Ah… dia menyesal tidak memberitahu tentang hal
itu pada mereka berdua. Aina akhirnya berjalan menuju ke kafe di mana dia
berjanji untuk bertemu dengan Irfan di situ.
Di kafe, Aina
berbual dengan Irfan tanpa menyedari 2 jam 30 minit telah berlalu. Aina
tersedar tatkala Irfan beredar. Aina menarik nafas sekali lagi. Dia teringatkan
arahan Azizi yang mahu berjumpa dengannya. Perlukah dia bertemu dengan lelaki
itu?
Akhirnya Aina
menghayunkan kakinya menuju ke arah library yang tidak jauh dari kafe. Dia
masuk ke dalam library. Dia mengharapkan Azizi hanya mempermainkannya. Aina
berjalan perlahan sambil menarik nafas. Dia pandang ke tingkat bawah, mencari
kelibat Azizi. Mengharapkan kelibat lelaki itu tiada di situ. Aina hampa.
Kelibat Azizi Amirul ada di situ. Azizi Amirul sedang menyiapkan sesuatu sambil
menunggunya. Mungkin. Aina tidak tahu. Tiba-tiba, telefon Aina berbunyi. Ada
SMS dari Azizi.
Mesej :
Mana kau? Aku dah setengah jam tunggu kau kat sini? Kau nak datang
atau tak?
~Mamat Psiko~
Aina mengukirkan
senyuman sinis. Dia berniat tidak mahu membalas SMS dari lelaki itu. 5 minit
kemudian, telefon Aina berbunyi lagi. SMS dari Azizi lagi.
Mesej:
Aku tunggu kau sampai kau datang. Sampai library ni tutup.
~Mamat Psiko~
Aina menarik
nafas sekali lagi. Benarkah Azizi mahu menunggunya? Dia tersenyum sinis. Dia
tahu Azizi tidak akan mengikut apa yang dikatakannya. Akhirnya Aina melangkah
keluar dari library. Merasakan berjumpa dengan Azizi Amirul tiada gunanya. Dia
benci lelaki itu bukan suka lelaki itu. Itu yang Aina tanamkan dalam mindanya.
Cuba menghapuskan rasa cinta yang dia rasakan telah mengantikan rasa benci
terhadap Azizi Amirul.
######
 |
| Dia bengang! |
Azizi Amirul
menarik nafas tatkala tiba di kelas keesokan harinya. Dia ternampak Aina
Zulaikha. Ah… dia bengang dengan hal semalam. Sehingga waktu library ditutup,
kelibat Aina Zulaikha tidak muncul. Banyak kali dia menelefon gadis itu namun
tidak berjawab. Dia tahu Aina sengaja berbuat sedemikian.
“Aina Zulaikha…”
sapa Azizi tatkala mengambil tempat di sebelah gadis itu. Aina menoleh. Irfan dan
Zarina turut menoleh ke arah Azizi yang berada di sebelah Aina.
“Baik kau berambus sebelum aku halau kau!”
Aina berkata kasar sambil merenung tajam Azizi.
Azizi hanya tersenyum sinis. Dia teringatkan
diari Aina yang dibacanya semalam. Tidak menyangka gadis kasar ini sebenarnya
lemah lembut juga.
“Kau might boleh halau aku dari duduk
sebelah kau, but kau tak boleh nak halau aku dari hati kau bukan?” Azizi
berbisik kepada Aina.
Aina tergaman. Azizi tahukah perasaan yang
disimpan pada lelaki itu? Aina memandang Azizi yang kini berpindah tempat ke
sebelah seorang gadis di hadapan mereka. Aina menelan air liur. Dia takut.
Selesai kelas Public Sector Accounting,
Azizi berjalan ke arah Aina yang berada di luar kelas.
“Aina Zulaikha…” Azizi memanggil.
Aina menoleh. Azizi sedang menghulurkan
sebuah buku kecil yang berwarna coklat padanya. Azizi mengukirkan senyuman
padanya sebelum berlalu pergi. Aina tergaman. Buku diarinya selama ini berada
di tangan Azizi sendiri. Sudah tentu Azizi tahu tentang perasaan cinta pada
lelaki itu. Air mata Aina jatuh tanpa dia sedar.
 |
| Ah.. buku itu selama ini di tangan lelaki itu. |
#####
Aina memandang kosong facebook Azizi Amirul
sebelum memandang telefonnya. Dia sudah memadamkan nombor Azizi dari
telefonnya. Itu yang terbaik. Untuk lupakan lelaki itu. Aina memandang facebook
Azizi sekali lagi Lelaki itu meletakkan gambarnya bersama kekasihnya sebagai
profile picture. Hati Aina sakit. Cemburu dan sebagainya. Aina menelan air liur
sebelum tangannya mengerakkan cursor ke arah butang ‘MESSAGE’ di sebelah kanan
facebook lelaki itu, lalu jari-jemarinya menekan laju butang keyboard laptop
Dell miliknya.
 |
| Aku minta maaf atas semua yang berlaku. |
Salam, aku tak tahu asal aku hantar ini pada
kau. But somehow aku feel teramat guilty pada kau. And I wanna say sorry. For
everything that happens. Aku bet kau tentunya dah baca buku milik aku. Dan aku
minta maaf teramat. Yes, aku suka kau sebab itu aku benci kau. Sebab itu aku
layan kau dingin. Sebab itu aku pretending yang aku tak nampak kau depan aku. I’m
sorry for everything.
Aku tahu kau tentunya dah baca semua yang aku
tulis dalam buku itu. Aku minta maaf. Untuk semua kata-kata yang pernah aku
lemparkan di belakang kau. Aku tak tahu sejak bila aku sedar rasa benci dan
menyampah dengan nama kau sebenarnya dah bertukar kepada perasaan cinta pada
kau. Kau yang bukan taste aku. Kau yang selalu aku dengar kisah negative tentang
kau. Kau tahu, aku sedar perasaan benci tu dah bertukar menjadi perasaan cinta
pada kau bila aku sedar aku terluka dengan kisah cinta kau dan Miera. Argh… aku
rasa disaster sebut perkataan ‘cinta’ tu.
Maaf, sebab aku terpaksa benci kau untuk saat
ini dan selamanya. You keep appearing in my mind and sometimes in my dreams. Dan
ia buat aku rasa annoying. Everything related to you, I feel annoying. Even dengar
orang yang punya nama seperti kau, dah buat hari aku rasa disaster. Maaf.
Aku minta maaf untuk semua dan terima kasih
di atas pertolongan kecil yang pernah kau berikan. I’m sorry. I wish you all
the best in your life.
Butang ‘SEND” ditekan. Aina menarik nafas.
Akhirnya dia lega. Azizi Amirul tak akan lagi muncul dalam hidupnya mungkin.
Aina mengharapkan itu. Selepas 30 minit, ada 1 message di facebook di terima Aina. Dari Azizi.
Jumpa aku di tempat kali pertama kau dan aku bertegur sapa esok
pada jam 10 pagi.
Pendek dan ringkas sahaja balasan mesej dari Azizi.
Aina menarik nafas. Ah… nampaknya kali ini dia terpaksa memaksa dirinya untuk
bertemu Azizi Amirul.
#####
 |
| Dia berdebar |
Aina menghembuskan nafas untuk keberapa kali
sambil tangannya menyiapkan tugasan di library. 5 minit lagi jam di tangannya
akan menunjukkan pukul 10 pagi. Aina mengharapkan Azizi tidak akan muncul.
Mengharapkan apa yang dibalas Azizi semalam hanyalah mimpi. Mimpi sepertimana
dia pernah bermimpi meluahkan perasaan pada Azizi.
“Aina Zulaikha…” Aina menoleh. Azizi sedang
memandangnya tanpa reaksi sebelum mengambil tempat di sebelahnya. Aina menarik
nafas. Hatinya berdebar dengan Azizi di sebelahnya.
“Kau datang… ingatkan tak datang macam hari
tu,” ujar Azizi sambil meletakkan buku-buku di tangannya ke atas meja. Aina
mendiamkan diri. Tidak tahu sama ada mahu menjawab atau tidak. Aina berdebar. Terlalu.
“Kau minta aku datang jumpa kau ni sebab…”
Aina tidak tahu ayat seterusnya yang harus dia katakan.
“Aku rasa kau tahu apa sebabnya. Dari apa yang
aku baca dalam buku diari kau, dengan mesej kat Facebook yang kau bagi semalam,
aku rasa kau faham. Kau bukannya bodoh. Bukan?” Azizi bersuara sambil matanya
memandang Aina Zulaikha yang kelihatan tertekan dengannya. Azizi tersenyum.
“Kau!
Agak-agak la nak cakap aku bodoh. Kalau kau minta aku jumpa kau just only nak
balas dendam dengan buat aku marah, baik kau berambus je.” Aina melenting.
Azizi hanya mengukirkan senyuman sinis sahaja.
Aina menghembuskan nafasnya. Ah… Azizi selalu
sahaja menaikkan kemarahannya. Aina berkira-kira mahu bangun namun Azizi telah
bertindak terlebih dahulu dengan memegang lengannya. Aina terpaksa akur.
“Kau suka aku…” Azizi mula bersuara perlahan.
“But kau tak suka aku…” potong Aina.
“You right!” Azizi membalas. Aina menarik
nafas. Sudah mengagak. Itu jawapannya.
“Aku faham. Aku tak minta kau untuk suka aku
balik. Satu kesalahan aku punya strange feeling on you. Aku should avoid dari
kau. Dari kisah-kisah tentang kau. Dari semua yang related dengan kau.”Aina
menundukkan wajahnya. Memandang meja yang dipenuhi dengan buku-bukunya.
“Dan satu lagi… kau tak patut membenci aku
terlalu.” Aina menelan air liur mendengar ayat Azizi yang ini.
“Aku minta maaf. Kalau kau nak benci aku like
before, go on. Aku rasa itu lagi baik. Kita membenci antara satu sama lain. That’s
would be better.” Aina menahan sebak di dada.
Azizi menarik nafas. Terkesima dengan cadangan
gadis di sebelahnya. Membenci gadis itu? Ah… dia risau jika dia yang akan jatuh
cinta pula dengan Aina Zulaikha. Entah… mana mungkin dia akan jatuh cinta pada
gadis biasa seperti Aina. Jika dibandingkan Aina dengan Miera, lagi baik Miera.
Miera bukan pendiam seperti Aina. Aina bukan pandai berhias seperti Miera.
Miera pandai mengadaptasikan dirinya berbanding Aina.
“So?” Azizi bersuara.
“So?” Aina memandang Azizi. Dia menarik nafas.
“So… let’s pretending we didn’t know each other. Kau buat hal kau dan aku buat
hal aku. Besides, kita di semester akhir bukan? So, aku rasa tak mungkin kita
akan jumpa again.”
Azizi menarik nafas. Terkesima dengan ayat
yang keluar dari mulut Aina Zulaikha. Tidak menyangka gadis itu tergamak
berkata sedemikian. Ah… terluka sangatkah Aina padanya?
“Why? Asal perlu sampai macam tu sekali?”
Azizi menyoal.
“Supaya hati aku tak akan lagi sakit. Supaya
aku tak akan terluka lagi dengan kau. Aku minta maaf sebab terpaksa benci kau. Minta
kau benci aku but aku rasa itu yang terbaik. So that aku akan dapat lupakan kau.
Besides, kau tak suka aku kan? What for aku keep hoping on someone yang tak
akan pernah suka aku,” Aina menahan sebak di dada.
Azizi menelan air liur. Dia sedar Aina sedang
mengemas buku-bukunya. Azizi hanya memerhatikan sahaja Aina bangun dan
meninggalkannya sendirian di situ. Azizi menarik nafas. Mungkin dia terpaksa
mengikut cadangan Aina Zulaikha. Azizi Amirul menarik nafas sekal lagi. Entah mengapa,
Aina menyedarkan dia pada sesuatu. Sesuatu yang sudah lama dia biarkan. Dia keluarkan cebisan kertas yang dikoyaknya dari buku diari Aina Zulaikha.
Aku cinta kau, Azizi Amirul. Aku benci kau Azizi Amirul. Benci aku
pada kau, itulah cinta aku pada kau
Azizi melipat
helaian kertas itu sebelum dimasukkan ke dalam diarinya. Nampaknya dia harus belajar untuk bencikan Aina Zulaikha
sekali lagi. Dia terpaksa membenci Aina sebagaimana gadis itu mahu. Dia tidak
mahu lagi gadis itu terluka dengannya. Aina menyedarkan dia pada rasa cinta
sebenar. Cinta Aina Zulaikha pada Azizi Amirul.
---THE END---
p/s--- Ahahaha.. aku gembira bila dapat siapkan ini. Hahaha. Another ending of cerpang: BENCI ITU CINTA. Selamat membaca. =)
(Ada sesuatu yang aku tulis di sini yang dah lama nak ucap pada seseorang but i can't since i hate him too much)