nuffnang

Saturday, June 30, 2012

Quotes #4

8 comments:



Kadang-kadang bila kita mimpikan seseorang yang pernah memberikan kita rasa sakit mahupun sebaliknya, ia mungkin disebabkan kita terlalu fikirkan tentangnya ataupun, kita rindu untuk melihat wajahnya. 


Pick whichever comfort you.

p/s--- aku pernah alami mimpi-mimpi sebegitu.

Thursday, June 28, 2012

Sweet Revenge

16 comments:



The sweetest and the best revenge that you can show to someone is how you find your own happiness with your own life. Showing that you are still a better person even though someone walk out from your life. 

I think this is a really really hard thing to do since moving on or moving forward is a very quite long process. But somehow I think, keeping this as a goal, is a very great motivation. 

Have a lovely day everyone! 


p/s--- forgiveness is the sweet revenge also. (^_^)



Wednesday, June 27, 2012

Hurt

9 comments:



No one can see how hurt I really am.

How they hurt me with their picture of happiness.

How they smile and have fun and left me alone here.

I'm hurt. Really really hurt.

How they have fun together without my knowledge.

How they ignore my sorry.

They let me alone and being pathetic for a while before they come again.

And now they pretending like nothing happened before.

Like everything came back to normal again.

I'm getting more hurt than before.

Really really hurt. (T.T)



Tuesday, June 26, 2012

Surat

7 comments:
Dia menulis dengan hatinya yang kosong.
Dia memandang kosong helaian kertas itu. Terasa kosong di saat pen di tangannya menulis apa yang lahir dari hatinya. Kata-kata yang telah lama dia mahu ucapkan pada seseorang. Dia tulis sahaja apa yang terlintas di fikirannya. Selesai menulis, dia masukkan ke dalam sampul surat. Menulis alamat seseorang itu di atas sampul itu. Dia poskan. Dia lega. Bebanan yang dia tanggung telah hilang. Dia lega. Terlalu.

Satu hari menginjak kepada beberapa hari. Ah… sudah tentu si penerima telah menerima surat itu. Dia tersenyum tawar. Tidak mengharapkan surat itu akan dibalas. Yaa… dia telah menyatakan dengan jelas, dia tidak meminta surat itu dibalas. Dia tidak mengharapkan balasan. Sedikit pun tidak walau ada sedikit dirinya mahu tahu reaksi penerima itu. Tapi dia tahu, surat itu tentunya tidak memberi apa-apa kesan pada si penerima. Dia tahu itu. Mungkin.

Sedikitpun dia tidak mengharapkan balasan.
Ah… kadang-kadang terfikir juga dia reaksi si penerima itu. Bencikah dengan surat itu? Atau kosong seperti dirinya tika dia menulis surat itu? Mungkin tiada apa-apa kesan pada penerima. Tujuan surat itu bukan utuk mengharapkan balasan pada apa yang dinyatakan dalam surat itu. Hanya sekadar meluahkan kata-kata yang dia harus luahkan pada si penerima.

Sebulan telah berlalu. Ah… nampaknya surat itu tidak mungkin akan dibalas. Dia senyum lagi. Ah… biarkan sahaja. Di saat dia menghantar surat itu kepada si penerima, di saat itulah dia membuat keputusan, dia harus lepaskan segala rasa yang dia ada pada si penerima.

Surat itu untuk menghilangkan bebanan yang ditanggungnya
Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Tiada penyesalan terbit di hatinya. Tiada kata-kata bodoh yang dilemparkan pada dirinya. Dia lega kini. Bebanan perasaan itu telah hilang. Dan dia sekarang mampu meneruskan hidup dengan gembira. Dengan penuh ketenangan. Dia senyum lagi.

p/s--- there are some things better to be left unsaid 





Confessions.

8 comments:

This is a confession
Confessions. Kawan aku kata, kalau seorang perempuan itu berniat mahu meluahkan rasa yang dia ada pada seseorang lelaki, perempuan itu harus bersedia dari segi mental dan fizikal. Actually, mental is more important. Bersedia untuk ditolak cintanya ataupun bersedia untuk cintanya diterima. But sometimes, bila perempuan make confessions, mostly akan di-reject tahu. Dan believe me, it’s somekind of embarrassing your love is been reject.

Lelaki dan perempuan tak sama tahu. Lelaki mudah melupakan. But perempuan tak. Lelaki, bila seorang perempuan tolak cintanya, he still can find another girl to fall in love with. But perempuan, I think it takes hundreds years maybe to forget a guy that really really had touched her heart. Err… maybe.

Kawan aku kata, nak buat confession kena bersedia. Bersedia untuk di reject. Kena fikirkan the effect of both side, good and bad. Dari segi rejection and acceptance. Don’t confess spontaneously. Or else you will regret. Urgh… bahaya juga untuk perempuan confess. Maybe sebab itu kawan aku kata, tunggu sahaja lelaki itu ambil tindakan if lelaki itu benar-benar punya perasaan yang sama dengan perempuan itu. Oh, barulah aku faham why girl tidak digalakkan untuk membuat confession pada lelaki yang disukai.


Kita selalu fall with someone yg kita tahu kita tak mungkin
akan dapat bukan?
But somehow, mengikut pendapat aku, kadang-kadang  perempuan juga perlu ambil first move. Better confess untuk dia tahu perkara sebenar. Jika lelaki yang dia sukai itu tiada perasaan yang sama dengannya, then she can move on with her life. Tak perlu menaruh harapan lagi. Tak perlu dia perasan seorang diri yang lelaki itu turut punya feeling yang sama dengannya. Tak perlu lagi dia menaruh perasaan pada lelaki yang langsung tidak punya perasaan yang sama dengannya bukan? It’s useless.

Itu dari pendapat aku la. Aku juga tak galakkan juga perempuan confess sebab aku pernah alami situasi seperti, dan nasib baik ia bukan cinta, ia cuma kagum sahaja. Hahaha. Lagi baik simpan sahaja perasaan itu sehingga ALLAH biarkan sahaja perasaan itu hilang dengan sendiri. Aku pernah alami situasi ini. Ataupun pendam sahaja walaupun ia menyakitkan. Pendam dan dalam masa yang sama kau berharap perasaan itu akan hilang secepat mungkin. 

Should move on with her life




p/s--- I'm just a girl with the crush on you. =)

Monday, June 25, 2012

Childhood memory

10 comments:
Me and my cousin.
Tengah godek-godek barang-barang lama sambil mengemas bilik and then aku jumpa gambar ni dalam album aku. Huuu.. tak banyak sangat gambar masa kecil.. hahaha.  Kazen aku lagi lawa + comel dari aku dari dulu sampai sekarang... huhuu (oh, aku perasan comel je... haha). Ce teka mana satu aku.. hehehe





p/s----> skang  tak misteri sangat kan.. huhuh


Sunday, June 24, 2012

Quotes #3

7 comments:

For being my ex, you aren't a mistake, you're just a lesson. It's not that you're bad but that I deserve better than that. You teach me to be stronger than ever.





Quotes #2

8 comments:

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Kadang-kadang mengikut kata hati bukan satu pilihan yang terbaik. Jika merasakan kata hati itu adalah yang terbaik, fikirlah sebaiknya sama ada kata hati itu disusuli dengan logika akal mahupun tidak.




p/s-- ini post ke 300. Sekian. =)

Saturday, June 23, 2012

Ingin

8 comments:

Dia mahu kamu.
Dia ingin kamu. Dia mahukan kamu. Kamu yang dia inginkan. Ah… kamu memang tidak mengerti keinginannya bukan? Di saat kamu muncul di hadapan dia, keinginannya mula terasa. Kamu yang dia mahukan. Ah… mengertikah kamu?

Di saat rasa aneh itu muncul dalam dirinya. Di saat rasa aneh itu mula menunding ke arah kamu. Di saat dia sedar betapa kuatnya jantungnya berdegup di saat kamu muncul, di saat itulah sayap cinta muncul dari dirinya. Dirinya yang satu lagi muncul. Dirinya yang jatuh cinta pada kamu. Itu dirinya yang satu lagi.

Hatinya berdegup untuk kamu sahaja tahu.
Ah… tapi kamu tidak mengerti. Kamu yang dia inginkan. Dia mahu kamu. Keinginan dia adalah kamu. Tapi, mana bisa kamu mengerti semua itu. Sama ada dia yang bodoh atau kamu yang bodoh. Kebodohan kamu yang tidak menyedari keinginannya terhadap kamu atau kebodohannya jatuh cinta pada orang seperti kamu?

Ah… nampaknya dia terpaksa biarkan keinginannya terhadap kamu. Ah… nampaknya dia terpaksa lepaskan keinginannya terhadap kamu. Sia-sia sahaja segala usaha untuk buat kamu sedar bahawasanya kamu yang dia inginkan. Sia-sia sahaja jantungnya berdegup kencang tatkala kamu muncul. Sia-sia sahaja semua itu. Keinginannya itu tiada apa-apa kebaikan padanya.

Semua sia-sia sahaja


Aku dan Ice cReaM

13 comments:


Ice cream satu kepuasan bagi aku.
Aku rasa bila aku happy, sedih ke, stress or whatsoever la mood yang aku ada, sah-sah aku akan cari ice cream chocolate favorite aku… haha. Aku rasa untuk masa sekarang, ice cream sahaja yang mampu buat mood aku yang down kepada ceria mungkin.

Orang lain mungkin cari kekasih, mungkin cari kawan baik, mungkin akan buat itu buat ini bila diorang ada masalah but aku, akan cari aiskrim. Aiskrim itu membahagiakan aku tahu. Huhuh. Ia buat aku tersenyum dengan sendiri. One of my problems' solutions actually. huhu.

Aku still ingat lagi kawan aku kata, mata aku bersinar dan senyuman akan terukir bila nampak ice cream, hehe. Dan kawan aku tahu bilamasa aku mesej dia ajak makan ice cream, tahulah dia, mood aku not really okey or maybe that’s because I’m craving for ice cream. Tapi aku rasa in whatever moods, happy or sad, aku still pick ice cream. Even nak dibandingkan dengan KFC, PIZZA HUT or McD, still aku akan pick ice cream.
Chocolate itu feveret aku.. heeheh
Aku rasa aku yang cair dengan ice cream, bukan ice cream yang cair dengan aku. Hahaha. Aku ingat lagi bila aku pergi satu sudut khas untuk frozen foods and then I saw ice cream, a lot. And... owh... aku jadi rambang mata. Tak tahu which 1 should aku pilih. Kalau ikut nafsu, nak je aku beli setiap satu jenis ice cream yang ada kat situ. hehehe.

Ada kawan aku kata, makan ice cream merosakkan gigi. Hurm… aku tak kisah pun yang itu. Asalkan aku masih boleh nikmati aiskrim, that will be fine. Hehehe. Besides, it’s not like everyday aku bantai ice cream, just only certain-certain days sahaja dan itu pun tak selalu. Dan gigi aku masih dalam keadaan baik buat masa sekarang.Huhu.

Ada juga orang kata, still eating ice cream at the age of 20 and something is really childish. But what I cares? Sometimes, keep carrying our childhood things at the age of maturity, it’s not wrong. It’s doesn’t mean that you are not mature but it’s a part of our life right? Happy parts of our life, Our childhood memories . =)

Erk.. ice cream ini nampak comel.. hhee


p/s--- I'm coming home... heee 




Friday, June 22, 2012

Thanks for the 3 years..

12 comments:

Mereka adalah 'sugar' dan 'spice' dalam kehidupan U aku..=)
Ah… sedih rupanya kena tinggal. Waa… serius, even aku tak rapat sangat dengan mereka sekarang, but still, friendship yang terjalin for 3 years, still aku akan remember sampai aku mati. Asal aku touching bila aku tulis ini.. huuu.

Rasa cam nak gelak je, nangis, sengal and so on bila teringatkan diorang. Even aku tahu, aku selalu buat mereka terluka dengan perlakuan aku, serius, diorang kadang-kadang boleh buat hari aku happy tahu. Dan jujur, aku berterima kasih pada mereka sebab diorang yang ajar aku untuk mematangkan diri. Diorang tegur aku di saat aku lupa diri, bla bla bla and so on.

Dari mereka, aku belajar erti kawan sebenar tahu.

Oh, I think, I’m gonna miss them a lot. Totally. Even aku skarang dah tak rapat sangat dengan mereka, but still, aku tak boleh lupa jasa-jasa diorang yang banyak tolong aku saat aku dalam kesusahan. Jadi pendengar kepada cerita boring aku. Huhhuhu.

I think I'm gonna miss them next semester. (T.T)
Hurm… kos diorang 3 tahun dan aku 4 tahun… huuu. I wish I could turn back time and pick kos yang 3 tahun saja. Huuu… Tak tersangka aku Accounting tu 4 tahun at the beginning, but this is what I choose right? So, just be patient.

Dear kamu-kamu… thanks for everything and sorry for everything. Aku might bukan seorang kawan yang baik bagi korang, maybe bukan ‘adik’ yang baik sebab kelemahan aku dalam berkomunikasi,aku tahu aku sometimes selfish but aku appreciate everything yang korang pernah buat pada aku. Korang ajar aku untuk kenal erti hidup. Huu… thanks for everything.

Wish them the best in their life.

p/s---tetiba terjumpa sesuatu yang buat aku teringatkan mamat kerek tu masa aku asyik berkemas tadi. Haih!!! =.=


Thursday, June 21, 2012

Perempuan dan tumit tinggi.

14 comments:

Tidak boleh dipisahkan bukan?

Perempuan dan tumit tinggi memang tak boleh dipisahkan eh? Aku tertanya-tanya. Err…  aku? Entah, aku tak pernah pakai kasut jenis cam tu. Aku lagi prefer sandal or kasut sneakers. Haha.

Kalau pakai tumit tinggi baru nampak keperempuanan eh? Aku ingat lagi Mak cik aku suruh aku belajar memakai kasut tumit tinggi. Dia cakap senang nanti aku nak kerja nanti.. err… masa kerja memang kena pakai kasut tumit tinggi ke?? Uhuk.. tak boleh ke pakai sneakers ke? Sandal?? Err…

Welll… aku akui bahawasanya kasut perempuan itu memang menawan.. huuu. Tapi aku nak cuba pakai.. owh.. tak apalah. Bagilah RM 1 juta sekalipun, aku still akan menolak. Tumit tinggi dan aku ibarat aku dengan… aku dengan tomato… hahha. Apa kaitan?? Aku tak tahu. Tapi still aku raasa aku dengan tumit tinggi tak ngam tahu!
Serius, ia memang menawan but....

Mengapakah? Err… ini maybe sebab aku tak boleh nak balance-kan diri aku. Yaaa… aku ingat lagi masa aku kelas seni mempertahankan diri dulu, terkapai-kapai aku nak berdiri dengan sebelah kaki. Huuuuu…. Yaa… aku tahu aku rendah but entah… aku tak ada minat nak mencuba tumit tinggi ni. Hahah.

Lagipuun, bila aku tengok kaum aku pakai benda alah ini, aku rasa cam kesian lak…huuu. Jangan tanya aku mengapa aku kasihan melihat mereka yang memakai kasut tumit tinggi ini. Huuu.. itu first impression aku terhadap perempuan yang pakai kasut tumit tinggi ni… huuu.

Plus.. orang cakap, tumit tinggi akan buat kaki sakit. Erk…betulkah??? Hhuuu…. Entah… tunggu saat aku rasa aku nak jadi perempuan tulen, baru aku cuba.. heheh. Kita kena belajar mencuba sesutau yang baru juga bukan?
Hitam +putih.., aku suka ini. Hahah

Wednesday, June 20, 2012

Biarkan.

9 comments:

Biarkan mereka.
Ah.. biarkan mereka dengan cara mereka. Jika itu yang membahagiakan mereka. Biarkan sahaja. Bukankah kau sepatutnya turut tumpang bahagia di atas kebahagian mereka? Bukankah kau sepatutnya turut tersenyum dengan kebahagian mereka? Benar, kadangkala ia menjengkelkan. Kadangkala ia membuatkan kau menggelengkan kepala. Tapi itu cara mereka. Kau punya tiada hak untuk mempertikaikan cara mereka.

Benar, cara kau dan cara mereka berbeza. Biarkan sahaja cara mereka asalkan cara mereka tidak menganggu kau. Biarkan sahaja mereka asalkan cara mereka tidak melukakan kau. Kau terluka kah? Tidak bukan? Jadi, mengapa mahu mempertikaikan cara mereka? Biarkan sahaja mereka dengan cara mereka. Cara mereka membahagiakan mereka dan mungkin kau juga turut bahagia dengan kebahagian mereka?

Cara kau dan cara mereka berbeza
Mungkin kau pernah mendengar kisah-kisah yang tidak enak tentang mereka, tapi itu punya tiada kaitan dengan kau bukan? Jadi buat apa kau mahu menilai mereka berdasarkan apa yang orang lain ceritakan pada kau? Kau tiada hak untuk menilai mereka dengan persepsi buruk orang lain. Biarkan sahaja mereka dengan cara mereka dan kau dengan cara kau. Mungkin itu yang lebih baik.

Ah… biarkan sahaja mereka. Cara mereka membahagiakan mereka. Begitu juga dengan cara kau bukan? Cara kau membahagiakan diri kau. Setiap dari kita punya cara yang mampu membuat diri kita tersenyum dengan tersendiri. Cara kita dan cara mereka berbeza.



Kau juga punya cara yang membahagiakan kau bukan?


p/s- aku sedar, susah rupanya mahu menjangkakan perangai manusia. Sekejap mereka tinggalkan kita keseorangan seolah kita sebenarnya tidak wujud dan sekejap mereka hadir kembali dalam hidup kita seolah-olah mereka tidak pernah tinggalkan kita. Dan yang terluka? Kita bukan? Penat tahu berlagak tiada apa-apa yang berlaku.






Sky

11 comments:

Awan itu cantik tahu.
Hobi aku satu ketika dulu, aku suka perhati langit. Perhatikan bentuk awan-awan yang unik dan menarik. Yup… it always look beautiful for me, till now and then. Bagi aku itu satu keindahan yang kau sendiri tak dapat cipta tahu. Tuhan saja yang punya kebolehan itu.

Masa perhimpunan sekolah, bila aku bosan dengar cikgu duk sibuk bagi ceramah kat hadapan, aku kat belakang, pandang je langit. Yup, bentuk awan waktu pagi benar-benar cantik tahu. Kadang-kadang aku dapat rasakan bumi sedang berputar bila melihat awan sedang bergerak. Seperti menonton video tentang pergerakan awan tahu.

Aku pernah create satu imaginasi tentang awan ini. Pernah ingat tentang cerita kartun Hercules??? Hehehe. Itulah imaginasi aku. Aku rasa aku ingat yang itu. Zaman kanak-kanak aku cuma ada kucing, baju yang macam puteri and of course it's a pink colour, and sort of it. Aku tak ingat sangat. 


Aku cipta sesuatu dari awan itu.
Dan waktu malam-malam kat rumah, aku akan lepak kat beranda kat tingkat atas (situ tempat tersorok aku) dan nikmati pemandangan bintang dan awan. Might sounds weird bukan? Tapi itu aku lah dulu. Aku ingat lagi masa aku kecil, aku buat hajat pada bintang yang paling bersinar yang aku dapat tengok. Ini sebab oengaruh cerita cina apa entah masa tu. Buatkan aku terpercaya sama. Tapi mujur, sekarang ni aku dah tahu yang mana betul dan salah. Hanya pada DIA sahaja kita boleh berhajat bukan?

Tapi itu dulu. Dah lama aku tak buat hobi yang ini. It’s happen since aku masuk U ni. Aku sedar saat aku melangkah masuk ke U ni, aku dah banyak berubah. I miss the old me, maybe. Entah… kawan aku kata dia suka diri aku yang baru ini but aku still suka diri aku yang lama. Mungkin bodoh dan malu bila mengingati kisah-kisah silam but itu yang menyebabkan aku berubah even ada sometimes aku still dengan aku punya old habit. Hurmm… maybe aku perlukan perubahan. Maybe. Oh… sekian.


Monday, June 18, 2012

Penat

12 comments:


Dia penat.
Rupa-rupanya cinta tu penat tahu. Terlalu. Hati dia sudah penat dengan cinta. Terlalu. Dia mahu berehat dari perasaan cinta. Dia mahu hilangkan perasaan cinta dari dirinya untuk seketika. Penat dan menyakitkan. Penat dan mengecewakan. Penat dan melukakan. Penat dan membodohkan. Penat dan memeritkan.

Penat rupanya cinta itu. Dia baru tahu. Dia baru sedar. Ah… bodohnya dia bila diingati kembali saat saat dia jatuh cinta. Terlalu bodoh dan dia menyesal. Menyesal sebab benarkan hatinya hadirkan rasa aneh itu. Dia menyesal. Dia patut halang itu di saat dia masih punya kudrat dan kini sia-sia sahaja. Rasa aneh itu menjadi sesuatu yang paling ‘dark’ di lubuk hatinya.


Pandangannya salah
Dia menarik nafas. Menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia pejamkan matanya seketika. Lama sebelum matanya kembali dibuka. Ah… dia tidak patut menyalahkan rasa itu. Rasa cinta yang pernah hadir dalam hatinya itu. Bukan salah rasa itu. Bukan. Dan bukan juga salah dirinya. Tiada salah sesiapa pun. Ia sudah ditentukan. Jatuh cinta itu satu ketentuan.

Yaa… cinta itu tidak bersalah. Yang bersalah adalah dirinya. Bagaimana dirinya menzahirkan rasa cinta itu. Bagaimana dirinya tafsirkan cinta itu. Bukan salah cinta itu. Ianya salah dirinya. Pandangannya terhadap cinta.

Dia yang bersalah menzahirkan cinta itu sebagai sesuatu yang memenatkan. Menzahirkan cinta itu sebagai sesuatu yang bodoh. Benarlah cinta itu indah. Cinta hadir sebab DIA mahu ia hadir dalam diri kita dan semua dariNYA adalah indah semua. Tiada yang menyakitkan. Tiada yang melukakan. Dia harus faham itu. perlahan-lahan dia menarik nafas dan mengukirkan senyuman. Cuba untuk mempercayai kembali, cinta sebenarnya indah!

Cinta itu indah tahu.
p/s--- aku tulis ni untuk kembalikan kepercayaan aku tentang cinta but unfortunately, it's useless. I'm still heartbroken now. Nak hadam kisah cinta pun dah tak mampu. Maaf. 


Sunday, June 17, 2012

Cerpen: Pohon Merah

12 comments:
Pohon merah yang besar.
Nenek aku satu ketika dulu selalu menceritakan tentang pohon besar yang berada di tengah-tengah padang di bukit tidak jauh dari rumah kami. Sekali tengok, dari kejauhan la, serius, memang nampak cantik. Kau akan rasa itulah satu-satunya alam flora tercantik yang pernah kau pernah lihat di alam dunia ini. Bila bulan mengambang, cahaya  bulan akan menyuluh pohon itu seolah-olah pohon itu adalah tumpuan di atas pentas. Menakjubkan bukan?


Nenek juga pernah menceritakan, di sekeliling pohon-pohon itu, ada putaran bunga ros berwarna putih. Yaa… ditambah dengan daunnya yang berwarna merah dan dihiasi dengan bunga yang berwarna putih, membuatkan aku tidak pernah walau satu hari terlepas menikmati pemandangan itu dari jendela bilik aku.

Aku sedikit pun tidak pernah bertanya Nenek kenapa daunnya berwarna merah bukan berwarna hijau kerana bagi aku, pohon itu terlalu cantik bagi aku. Mungkin sebab itulah aku langsung tidak mengambil tahu tentang mitos pohon besar itu. Aku asyik memerhatikan daun-daunya yang berguguran tatkala musim luruh tiba, kelihatan cantik apabila daun-daun itu jatuh berguguran diatas bunga ros putih. Ah… benar-benar buat aku jatuh hati pada pokok itu. Aku selalu menikmati pemandangan ini dari jendela di bilik aku.


Ada pohon besar yg selalu menjadi pemerhatian aku
Tapi, itu dulu. Itu dulu sebelum Nenek tidak lagi benarkan aku menikmati pemandangan itu dari jendela bilik. Jendela itu sudah pun dikunci dan tidak akan lagi dibuka mungkin. Ini semua berlaku selepas aku memaklumkan pada Nenek yang aku terlihat ada seorang perempuan yang cantik seperti bidadari sedang duduk di atas dahan pohon itu di suatu malam itu. Dari situ Nenek tidak lagi membenarkan aku melihat pohon itu mahupun mendekati pohon itu lagi. Nenek melarang aku dengan sekerasnya jangan lagi bercakap tentang pohon itu.

Dia sudah kembali. Mahu mengambil kembali apa yang patut menjadi hak miliknya….” Itu je jawapan yang terkeluar dari mulut Nenek tatkala aku tanyakan siapa perempuan yang seperti bidadari itu.

Kau akan tahu juga satu hari nanti, semua ini adalah dusta belaka..” tambah Nenek lagi. Aku yang ketika itu berusia 7 tahun, tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh Nenek. Aku tertanya-tanya dusta apa yang Nenek maksudkan. Aku bingung. Namun aku diamkan sahaja kerana aku tahu, satu hari nanti segala-galanya akan terjawab.


Nenek tidak jelaskan hal yang sebenar
#########

Disaat aku berusia 15 tahun, ketika Nenek tiada di rumah, aku dengan beraninya pergi ke pohon itu sendirian. Waktu pagi dipilih, seusai matahari terbit dari timur, aku berjalan ke pohon besar itu ditemani Serafina, tupai putih kesayanganku.

Dan aku terpegun tatkala melihat sendiri kecantikan pohon besar itu. Masih langsung tidak berubah dari saat mata aku terpaku padanya 15 tahun yang lalu. Ros putih masih menjadi hiasan di sekelilingnya, daun merah masih tumbuh dengan lebat. Aku terpegun. Aku biarkan Serafina memanjat pohon besar itu dengan bersugguh-sungguh. Aku tersenyum melihat keletah Serafina.

Sudah lama aku menanti kamu…” kedengaran suara seorang gadis. Lantas aku mendongak ke atas. Ah… bidadari itu. Dia benar-benar kelihatan cantik. Dengan mata berwarna biru laut, rambut panjang berwarna keemasan, kecantikannya benar-benar buatkan aku terpegun.
Dia datang menyapaku
Aku? Kau menanti aku?” soal aku sambil tangan aku diletakkan di dada.

Ya! Aku menanti kamu. Dari saat aku turun ke sini, kamu yang aku nantikan,” ujar bidadari itu sambil melompat turun. Halus dan lembut lompatannya seolah-olah aku rasakan dia sebenarnya sedang terbang ke arah aku.

“Kau siapa?” soalku.

Aku? Panggil sahaja aku Arianna,” jawab Bidadari itu.

Bidadari itu mendekatkan wajahnya ke arah wajah aku. Memerhati diri aku dengan penuh senyuman terukir di bibirnya. Aku hairan.

Kau seperti ibumu, wajah kau saling tak tumpah sepertinya, tapi matamu, matamu… seperti ayahmu seperti mataku,” Bidadari itu meletakkan tangannya ke pipi aku. Aku lihat ada linangan air mata di wajahnya.

Aku memandang lagi Bidadari itu. Tidak memahami apa yang dikatakannya. Bagaimana dia mengenali ayah dan ibu ku?  Ayah dan ibu ku yang mati akibat membunuh diri. Itu yang aku dengar dari penduduk kampung ceritakan pada aku.

Hulurkan tanganmu.” Aku menuruti sahaja permintaan bidadari itu. Dia memegang tanganku dengan senyuman sebelum melepaskannya. Aku pandang tanganku, ada sekuntum bunga ros putih yang menawan diatas tapak tanganku. Aku memandang bidadari itu, masih lagi mengukirkan senyumannya.

Dia serahkan ros putih kepadaku
Helena!” kedengaran suara Nenek. Aku berpaling, Nenek sedang menarik nafas sedalam-dalam sebelum melangkah ke arahku.

Lilian… sudah lama tidak bersua. Kau nampaknya masih sihat dan bertenaga. Menjaga puteri kesayanganku dengan sempurna.”Bidadari itu melangkah ke arah Nenek.

Aku ingat Tuanku tak akan pernah lagi jejakkan lagi kaki ke sini,” Nenek bersuara. Bidadari itu mengukirkan senyuman.

Sudah tentu aku akan jejakkan lagi kaki aku ke sini walaupun pohon ini sudah dicemari dengan darah manusia. Lihatlah mengapa daun itu bertukar menjadi merah. Kau tahu itu bukan?

Mereka mencemarkan kesucian pohon itu
Salah aku tidak menghalang kejadian itu. Aku menyesal.” Aku lihat Nenek melutut di hadapan Bidadari itu. Mengalirkan air mata. Aku tidak faham mengapa Nenek mahu berbuat sedemikian.

Ada sesuatu yang kita tidak mampu halang Lilian… bukan salah kau. Mereka yang tidak sedar diri. Berdolak dalih di atas sesuatu yang bukan milik mereka dan lihatlah, pohon ini menjadi mangsa. Sudah tercemar dengan darah kotor mereka.

“Aku…” Nenek bersuara lagi. Aku hanya memerhatikan sahaja pertemuan dua insan itu.

Bukan salah kau, Lilian. Jangan pernah minta maaf di atas sesuatu yang bukan kesalahan kau. Sekurang-kurangnya ros putih itu masih terpelihara bukan? Ros putih yang abangku tanam di saat kelahiran puteri sulungnya bukan?” Aku sedar bidadari itu memandang ke arahku, mengukirkan senyuman.

“Kau mahu…” Nenek tidak dapat menghabiskan ayatnya, air matanya jatuh lagi.

Aku mahu mengambil kembali hak yang sepatutnya aku ambil. Dari dulu lagi.” Bidadari itu memandang ke arah ku. Sekali lagi mengukirkan senyuman kepadaku!

Dia mahu mengambil kembali haknya.
Aku tak akan menghalang… Aku gembira dapat tunaikan tangungjawab ini sebaik mungkin,” Nenek membalas. Bidadari itu berjalan ke arah nenek. Menolong Nenek bangun.

Yaa… kau jalankan tanggungjawab kau dengan baik. Sepatutnya kau yang abangku pilih dari dulu lagi sebagai “Guardian” tapi dia buta disebabkan rasa simpati terhadap pasangan suami isteri itu bukan?” Bidadari itu menepuk-nepuk perlahan tangan Nenek sebelum berjalan ke arah ku.

Siapa nama penuh kau?” Bidadari itu menyoalku.

Nenek memandangku, aku memandang Nenek. Aku teringat ayat Nenek, mengatakan nama aku panjang. Dia mahu aku ingat setiap patah perkataan yang ada pada nama aku. Nenek menganggukkan  kepalanya.

Helena Annabella Gwenyth Vians,” balas ku. Bidadari itu tersenyum.

Anabella Vians! Itu nama kamu yang sebenarnya,” ujar Bidadari itu sambil mengukirkan senyuman.

Aku undurkan diri dahulu. Aku akan mengambilnya di saat kuasanya sudah mula muncul. Jumpa lagi, Anabella, Lilian,” dengan satu putaran, Bidadari itu menghilangkan diri. Aku pandang nenek. Meminta penjelasan lanjut. Nenek mengukirkan senyuman pada aku. Perlahan-lahan berjalan ke arah ku sebelum memimpin ku pulang bersama-samanya.

Akhirnya rahsia Pohon itu terbongkar.
Setibanya di rumah, Nenek menceritakan segala-galanya padaku. Siapa aku, asal usul aku dan tidak lupa pohon merah di bukit itu. Rupanya dahulu, daun-daun pohon merah itu bukan berwarna merah. Ia berwarna biru laut seperti warna mataku. Ia bertukar menjadi warna merah setelah ibu dan ayah angkatku yang dilantik sebagai ‘Guardian’ aku membunuh diri di situ dengan mengantungkan diri mereka hanya disebabkan tidak mahu Bidadari itu yang merupakan ibu saudaraku, mengambil kembali diri aku. Mereka merasakan, dengan membunuh diri di situ, membiarkan darah mereka menitis di pohon itu, mampu mengelakkan dari Bidadari itu dari menjejakkan lagi ke alam ini. Itu satu-satunya pintu yang menghubungkan ke alam sini. Fahamlah aku dengan ayat Nenek, semua ini hanyalah dusta belaka bagi diriku.

Dan masih tinggal 2 tahun saja lagi untuk kuasa aku muncul. Kuasa yang diwarisi oleh Ayah dan Ibu kandungku, Raja Anawill dan Permaisuri Rowena.

Satu hari nanti kuasa aku akan tiba


p/s--- serius rindu Harry Potter. Wuuu. Err… nama? Aku tak tahu sangat nama tuk cerita cam ni. Biasanya Bidadari Syurga yang expert untuk ini. Kekeke. Terima kasih sudi baca. Aku mimpi pohon merah yang besar kat tengah padang semalam. Sebab tu dapat idea nak tulis cerita ini even aku cakap nak cuti untuk bulan ni kan?? Heheh. Sekian.

Friday, June 15, 2012

Quotes #1

10 comments:


Mencintai dari jauh. Percayalah mencintai tidak harusnya memiliki. Melepaskan dia pergi, bukan bermakna kau 'LOSER' but itu menunjukkan kau kuat dan tabah melepaskan sesuatu yang kau yakin tak akan pernah menjadi hak milik kau. Berdoalah si dia gembira dengan cinta hatinya walaupun itu bukan diri kau. =)

Prince Charming

12 comments:


ini Lee MinHo
Aku rasa aku terpaksa akui yang ini…. Hahah. Kadang-kadang watak hero dalam drama korea memang jadi prince charming setiap perempuan tahu. Bila aku kata watak, means watak cerita tu bukan pelakon itu. hehehe.

Ohsemmm…. Ini sebab aku terpengaruh drama korea yang aku bantai semalam… heheh. Perfect gila diorang create watak hero tu. AKu rasa sebab tu kot, ramai girls fall in love dengan artis korea.. huhu. Tapi aku tak, aku still setia dengan Chace Crawford… kekeke.

Aku rasa, cirri-ciri future prince charming aku ada dalam watak hero drama Korea. Errr… boleh tak nak kata macam tu?? Heheh. Yeah, I know yang sebenarnya mana ada watak sebegitu di dunia reality. Susah tahu nak jumpa pasanngan yang menepati citarasa tahu. Tapi aku ada dengar sometimes, yang berbeza itulah yang melengkapi antara satu sama lain. Mungkin betul. Mungkin tidak.

Entah… jangan tanya aku lelaki idaman aku? Aku tak boleh beri jawapannya sebab aku tak tahu dan ia tak pernah terfikir dalam fikiran aku. Nak cari Mr.Right is not priority anymore. Aku ada banyak benda nak kejar selain cinta sejati tu. Entahkan wujud atau tidak cinta sejati? Jangan tanya aku. Ia leceh. Hahah. Sekian.

Aku still suka dia ni. haha

Thursday, June 14, 2012

MataNg

13 comments:

It's not about age at all.

Matang… bila orang bercakap pasal kematangan sah-sah ia akan melibatkan soal usia. Dari yang orang selalu sogok pada aku tentang matang ni is siapa yang older than kau, dialah yang paling matang. Oooo.. itu yang aku faham dan apply sebab selalu disogokkan dengan statement cam tu.

Ooooo… aku bukannya matang. Aku tak pernah jadi matang aku rasa. Entah, diorang yang kata. Aku ingat lagi, diorang kata aku tak matang sebab umur aku muda dari diorang. Then, sometimes rasa diorang layan aku macam orang bodoh tahu. See, age is everything to guide your life. Daa…

Tapi aku memang tak matang sebab selalu buat benda bodoh. Selalu buat benda yang melukakan diri aku sendiri. Aku boleh fikir berapa kali aku buat benda baik sahaja. Huuuuu… jahat kan aku???

Kadang-kadang aku rasa lagi baik sebenarnya berlagak bodoh
dari berlagak pandai.

Masa tu aku memang thought, mana-mana people yang older than me, diorang dikira matang. Yes, at the beginning, aku memang fikir macam tu. But then bila lama-lama aku kat U ni, I realize, kematangan tidak diukur based on age. Ia diukur berdasarkan tahap pemikiran, cara anda berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Mungkin ada beberapa lagi terms yang aku tertinggal,but kematangan tidak diukur siapa yang lahir dulu tahu.

Matang… entah, aku pun tak tahu sebenarnya bagaimana dikira matang. But dari yang aku dapat ambil from my experience, matang is not about age. Kau tak boleh cakap seseorang itu matang hanya disebabkan dia lagi tua dari kau. Mungkin kau lagi matang dari dia. Entah… aku pun tak tahu. Sekian.

Cuba untuk bertindak matang lepas ini. =D


p/s- orang cakap aku anak manja. Wuuuu… am I???? 



Lelaki itu #10

8 comments:


kisah #1kisah #2kisah #3@ kisah #4@ kisah #5kisah #6kisah #7kisah #8 @ kisah #9
Dia terluka sekali lagi.
Seorang gadis bertubuh gempal , sebenarnya tidaklah gempal sangat, dia mungkin berisi sedikit baru sahaja selesai menjawab kertas terakhirnya untuk semester kali ini. Dia berjalan keluar dari dewan peperiksaan dengan mengukirkan senyuman palsu. Tidak tahu reaksi apa yang harus ditunjukkannya. Gembira atau kecewa? Entah. Jangan tanya tentang ujian tadi. Dia tidak tahu.

Di saat dia melangkah keluar dari dewan peperiksaan, dia ternampak lelaki itu. Berbual gembira dengan rakan-rakannya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Hatinya gementar. Dia tidak mahu lelaki itu melihat dirinya. Tapi, lelaki itu menyedari kewujudannya. Lelaki itu memerhatikan dirinya. Yaa… mereka berpandangan seketika sebelum lelaki itu mengalihkan pandangannya dengan reaksi sinis. Dia menelan air liur. Terlalu menyakitkan perbuatan lelaki itu.

Dia mahu saja menangis di saat itu, tapi dia tahan sahaja. Menanti sehingga dirinya tiba di bilik. Di saat itulah dia menangis semahu-mahunya. Dia menangis sampai dia mahu. Ah… perbuatan lelaki itu benar-benar melukakannya. Terlalu. Dia teringat kembali perbuatannya terhadap lelaki itu. Hukum karma kah ini?
Perbuatan lelaki itu melukakannya.
Dia terluka. Again. Terluka sebab tindakan lelaki itu. Dia terluka. Terlalu. Ah… perit tahu. Bukan niat dia mahu melayani lelaki itu sedemikian. Dia terpaksa tahu. Ah… bodohnya dia. Bodoh sebab menyimpan perasaan pada lelaki itu. Dia bodoh sebab melayani lelaki itu sedemikian. Kalaulah dia bisa putar balik masa, dia mahu memilih untuk tidak mengenali lelaki itu. Lelaki itu melukakannya. Terlalu. Dari saat dia mengenali lelaki itu lagi.

Yaa… lelaki itu kini membencinya. Membencinya sebagaimana dia membenci lelaki itu. Tuhan telah memakbulkan doanya. Dia cuba senyum. Senyuman dalam tangisan, itu sahaja yang dia mampu lakukan sekarang ini. Dia patut gembira sebab doanya supaya lelaki itu membencinya ditunaikan. Bukankah itu yang dia mahu? Tapi kenapa dia menangis? Dia memujuk dirinya. Perit sebenarnya. Terlalu perit.

Dia mengalirkan lagi air mata. Mungkin ini masa yang sesuai untuk lupakan lelaki itu. Lupakan lelaki itu. Dia harus memaksa hati dan otaknya tidak lagi mengingati tentang lelaki itu. Ah… dia benar-benar menyesal. Terlalu.

Dia harus lupakan lelaki itu. 



p/s--- aku nak tamatkan kisah ini. Boleh aku kata ini the end? Sekian. Terima kasih. =)