 |
| Asal la aku setuju nak kahwin dengan dia. |
Malam sudah menjelma. Tetamu-tetamu sudah pulang. Setelah berbual dengan ibu dan ayah, aku terus naik ke bilik. Penat dowh dengan acara semua. Tak faham aku, asallah nak kena buat wedding receptionyang besar-besar. Oh fine, aku anak lelaki sulung, sah-sah kena buat big eventbukan? Aku buka pintu bilik, dilihat Diana, isteri yang baru aku kahwini sedang duduk di sofa, menonton televisyen. Ai… relaks je dia ni, tak penat ke? Aku soal dalam hati. Tanpa pendulikan Diana, aku terus meluru ke bilik air. Diana pun pandang aku semacam, so aku pun malas nak tegur dia.
Selesai mandi, keluar dari bilik air, aku mahu melabuhkan diri di katil. Tiba-tiba, “Eh, dah nak tidur?” Kedengaran suara Diana pabila melihat aku menghampiri katil. Aku tersenyum sinis.
“Yeela. Takkan nak main bola pulak.” Aku membalas sambil duduk di hujung katil. Memandang Diana yang sedang berpeluk tubuh sambil memandang aku
.
 |
Dari saat aku bertunang dengan dia, gaduh dah jadi hobi kami. |
“Katil tu biar aku yang tidur di situ. Kau tidur kat sofa.” Diana memberi arahan. Eh… sesuka hati je minah ni.
“Asal pulak? Katil ni aku punya, kau berada dalam bilik aku, segala harta benda dalam bilik ni milik aku dan itu termasuk kau.” Diana mencebik. Aku tersenyum sinis. Puas aku. Kau ingat kau seorang je boleh tunjuk eksyen?
“Ah… aku tak kira. Kau tidur kat sofa. Aku tidur kat katil. Kalau kau tu lelaki, baik kau mengaku kalah.” Diana masih tidak mahu mengalah. Ah… dia ni. Degil nak mampus. Macam manalah Ibu suruh aku kahwini perempuan macam ni, dahlah kasar, bukannya cantik sangat. Apalah yang Ibu nampak kat perempuan ni? Aku pandang Diana dari atas sampai bawah.
“Apa yang kau pandang?” Marah Diana bila dia sedar aku sedang memandangnya.
“Aii… takkan nak pandang isteri sendiri tak boleh?” Aku cuba mengusik Diana. Aku tahu Diana akan melenting.
 |
| Eh, minah ni sesuka hati dia je. |
“Bangang.” Kan dah kata. Diana akan melenting. Aku ingat lagi sepakan yang Diana bagi kat kaki aku masa kitaorang keluar membeli-belah barang hantaran. Dek bengang dengan aku, dia sepak aku. Ada ka patut? Kasar gila minah ni.
“Betullah. Kau yang kata kalau aku lelaki kan? So lelaki mesti pandang perempuan yang semestinya kau. Kau je perempuan je dalam bilik ni.” Aku menjawab dengan selamba. Aku lihat muka Diana tegang. Menahan marah mungkin. Aku gelak dalam hati.
“Kau jangan nak buat aku bengang malam-malam ni. Aku penat tahu.” Diana bersuara. Aku mencebik. Malas nak bergaduh. Oh, hello, aku pun penat jugak la, bukan kau seorang. Aku merungut dalam hati.
“La, kau penat ke? Aku baru nak ajak main satu permainan,” aku mengusik lagi.
“Permainan apa?” Dengan pantas Diana menyoal.
“Permainan atas katil? Mahu?” Aku ketawa. Padan muka kau.
“Kau!” Suara Diana makin tinggi. Aku tunjuk reaksi kosong. Lagilah Diana sakit hati.
 |
| malam 'pertama' aku dengan pergaduhan. |
“Jangan harap aku akan ikut kemahuan kau,” Diana bersuara lagi. Aku mencebik.
“Eleh, kau ingat aku nak sangat ke kat kau? Aku kahwin dengan kau pun sebab terpaksa tahu. Jangan ingat aku nak sentuh kau. Pergh… perasan sangat orang nak sentuh dia. Hidung tak mancung, pipi tersorong. Boleh blah ah,” Aku membalas.
Diana mengamuk. Aku dah lupa apa yang dia kata malam tu sebab aku dah start mengantuk. Yang aku ingat, dalam asyik aku dan Diana berperang mulut, Ibu dan Ayah tiba di bilik kitaorang. Maybe terkejut kot dengar bunyi pertengkaran. Dan begitulah malam pertama aku dan Diana berlalu.
#####
“So, kau dengan Diana macam mana? Dah nak dekat tiga bulan kau kahwin dengan dia? Takkan tak de cerita positif? Asyik aku dengar pasal kau gaduh dengan dia je?” Tanya Fadhli, sahabat baik aku satu hari tu selepas kitaorang main futsal.
 |
| Hari-hari kitaorang berperang. |
Ha’ah… kalau nak diikutkan, dah hampir tiga bulan aku dengan Diana berkahwin. Aku dan Diana macam tu la. Tak pernah langsung bercakap dengan nada yang elok. Ada saja dia buat aku bengang dengannya. Dan aku pun sama. Nasib baik kali ini, kami dah berpindah ke rumah yang Ibu dan Ayah kasi kat aku sempena perkahwinan kitaorang. Selamat. Jadi kat sana, aku dan dia ada bilik masing-masing. Lagila selamat. Sebab sebelum berpindah, aku dengan Diana kena menyamar sebagai pasangan suami isteri yang baik depan Ibu dan Ayah, kena guna panggilan ‘Abang’, ‘Sayang’… erk… geli tekak aku nak panggil apa semua tu. Nasib baik Ibu aku tak syak apa-apa. Ibu kalau syak something, sah-sah akan siasat. Haa… tu sebab ibu aku ni suka sangat tengok drama CSI.
“Entah. Kau nak cerita positif apa?” Aku pandang Fadhli. Fadhli tahu hal sebenar diantara aku dengan Diana. Fadhli tersenyum gatal. Aku dah agak dah. Aku mencebik. Malas nak melayan Fadhli.
#######
Aku turun ke ruang tamu. Aku lihat Diana sedang khusyuk menonton televisyen. Aku lemparkan sehelai baju kemeja ke arahnya. Diana memandang aku dengan pandangan tidak puas hati. Aku ketawa dalam hati. Nampak comel pula bila Diana tunjuk muka garangnya.
 |
| Aku dan dia bukan macam orang lain fikir. |
“Aku nak kau gosok baju aku ni.” Arah aku persis seorang bos di tempat kerja.
“Pehal pulak aku kena gosok baju kau? Gosoklah sendiri. Bukan kau tak pandai. Bangang.” marah Diana.
“Argh… aku tak kira, aku nak kau gosok baju aku juga. Kau tentu tak nak digelar isteri derhaka bukan?” Aku guna hukum agama. Hah, baru puas hati aku.
“Malas aku. Selama ni kau tak pernah pun suruh aku. Eh… gosoklah sendiri.” Diana melemparkan semula baju ke arah aku. Ah… minah ni, memang tak ada toleransi sedikit pun.
“Fine, kau tentu tak nak Mama dan Papa tahu perangai anaknya yang satu ni kan?”Aku ugut menggunakan ibu dan ayah Diana. Aku tahu, Diana memang gerun gila dengan Papanya. Sebab itulah, dia setuju nak kahwin dengan aku.
 |
| Dia sikit pun tak pernah bertoleransi pada aku. |
“Bangang,” Diana menjeling ke arah aku. Dia mengambil baju dari tangan aku sebelum bangun dan beredar ke bilik mengosok. Aku ketawa dalam hati. Padan muka.
15 minit kemudian, Diana datang ke arah aku yang khusyuk menonton televisyen. Diana melemparkan baju yang telah digosoknya ke arah aku. Aku belek-belek baju tersebut. Bagus juga hasil kerja minah ni dan tiba-tiba, aku terlihat ada satu lubang di baju kemeja aku. Aku pandang Diana.
“Oh, kau suruh aku gosok je kan? Kau tak cakap, guna suhu berapa nak gosok baju kau. Dan kau tak cakap, jangan buat lubang kat baju kau kan?” Diana berkata dengan jengkel sebelum naik ke atas. Aku ramas baju dengan perasaan geram dan marah. Cis, dia balas dendam.
#####
“Sayang,” aku merangkul pinggang Diana dari belakang. Diana baru sahaja selesai mengemas di dapur. Diana tersenyum bila aku buat sedemikian. Aku tahu dia suka diperlakukan sebegitu.
Aku pun hairan, bilamasa aku dan Diana dah berbaik. Jika sebelum ni, kitaorang macam anjing dengan kucing. Asyik nak berperang mulut je setiap kali face to face. Entah, aku pun tak ingat sangat bagaimana aku dan dia jadi mesra macam suami isteri yang lain.
Yang aku ingat, Diana datang kepada aku, nangis-nangis hari itu. Dia kata dia cemburu tengok aku dengan perempuan yang selalu dengan aku. Aku cakap la tu rakan sekerja je. Tapi Diana nangis lagi. Aku tak tahu macam mana nak pujuk Diana supaya dia berhenti menangis. Aku cuba la pujuk dia macam yang selalu aku buat kat adik perempuan aku, iaitu dengan menawarkan aiskrim. Tapi Diana, aku pujuk la dengan aiskrim ke, coklat ke, dia tak nak. Dia tak berhenti menangis. Aku dah kaget masa tu.
 |
| Rupa-rupanya dia dah start ada feeling pada aku. |
And then entah macam mana, aku dengar Diana luahkan perasaannya pada aku. lagilah aku terpinga-pinga. Perempuan confess kat aku kot? Bukannya aku tak pernah alami situasi perempuan confess, tapi Diana? Orang yang selalu aku gaduh tetiap hari. Tetiap hari buat benda yang menyakitkan hati masing-masing. Diana cintakan aku? Yaa… aku hairan pada mula-mulanya.
Dan lama-lama kemudian, aku dah dapat terima kenyataan yang Diana cintakan aku. Even aku mungkin buat donno je beberapa hari lepas itu. Cuba berlagak yang aku tak dengar pengakuannya. Eh… aku pun ada perasaan pada Diana juga lepas dia jaga aku masa aku jatuh sakit masa sebulan kami berkahwin. Tapi aku ego nak mengaku. Last-last Diana yang ambil tindakan dahulu.
So, begitulah. Aku dan Diana dah dapat terima diri masing-masing. Eh, maksud aku, kami dah boleh hidup macam pasangan suami isteri yang lain. Even sometimes, kadang-kadang ada juga aku selalu buat Diana bengang dan Diana akan membalas balik. Ah.. gurau manja-manja gitu.
 |
| Last-last,. kitaorang dapat accept each other. |
“I love you.” Aku bisik kat telinga Diana. Diana tersenyum lagi. Aku harap jodoh kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kami.
---THE END---p/s--- tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni, idea untuk cerpen mencurah-curah... hahah =D