part #1- #2- #3-
Aku menunggu Ariff pertama dengan sabar sambil memandang tasik buatan di hadapan aku. Ariff pertama ajak untuk berjumpa di hujung minggu. Aku turutkan sahaja. Aku sudah memberitahu hal perjumpaan ini kepada Ariff kedua. Namun reaksi yang diterima dari Ariff kedua menyakitkan aku. Aku mengharapkan dia cemburu. Mengharapkan dia akan meminta aku unttuk tidak bertemu dengan Ariff pertama itu namun bukan itu yang berlaku. Lain yang aku harap, lain yang berlaku. Sengal juga punya tunang macam ni.
 |
| Pilih yang menenangkan awak. |
Message:
Saya harap awak buat keputusan yang menyenangkan diri awak. Walau apa jua keputusan awak, saya terima dengan hati yang terbuka. Saya gembira bila awak gembira. Good luck. =)
-Ariff 2-
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Membaca kiriman mesej dari Ariff kedua buat hati aku dihimpit rasa bersalah. Ah… mamat ni tahu-tahu saja aku mahu membuat keputusan pada hari ini. Di saat ini. Atau dia sebenarnya cemburu tapi dia berlagak biasa. Ah lelaki. Macam lah aku tak tahu keegoannya. Haha. Aku ketawa dalam hati.
Tidak lama kemudian, Ariff pertama muncul sambil mengukirkan senyuman kepada aku. Aku membalas senyuman itu. Ariff pertama itu mengambil tempat di sebelah aku. Dia menghulurkan aiskrim perisa Cappucino kepada aku. Aku memandangnya dengan penuh tanda tanya. Apa tujuan dia berbuat sedemikian? Ke dia saja nak bodek aku?
“Ambiklah. Aku memang belikan untuk kau. Kau kan suka makan aiskrim.” Ariff pertama itu berkata seolah-olah memahami pandangan aku itu.
“Oh, thanks.”Aku mengambil aiskrim dari tangannya. Aku lihat ada senyuman terukir di wajahnya. Tiba-tiba aku teringatkan Ariff kedua. Ariff kedua yang suka tersenyum setiap kali aku memandanganya. Setiap kali aku memarahinya atau membebel kepadanya.
“Welcome.” Suara Ariff pertama itu menyedarkan aku dari lamunan.
“So, asal tiba-tiba ajak jumpa?” soal aku walaupun aku mungkin mengetahui hal yang sebenar.
“Entah. Dah sebulan lebih. Kau rasa apa tujuan aku mintak kau jumpa aku?” Ariff pertama itu memandang aku.
Aku berhenti dari menikmati aiskrim. Aku memandangnya. Ah… dia mahu aku memberikan jawapan sekarang kah?
 |
| kisah cinta yang lalu diungkit kembali |
“Aku suka kau. Dari pertama kali aku jumpa kau. Tapi aku sedar, kau layan aku dengan dingin. Kau sedar aku pandang kau but then kau berlagak seperti kau tak pernah sedar tentang itu. Sakit tahu. Bila kita face to face, kau pretending kita tak mengenali antara satu sama lain. Lagi aku sakit.” Aku mendengar lagi ayat-ayat itu. Ah… apa yang dialami oleh Ariff pertama itu sama seperti yang aku alami ketika aku berhadapan dengannya.
“Begitu juga aku.” Akhirnya aku mengeluarkan perkara sebenar. Ariff pertama memandang aku dengan rasa terkejut. Mungkin terkejut yang aku punya perasaan yang sama dengannya.
“Hati aku sakit bila pandang kau. Face to face dengan kau. Sebab itu aku ignore kau. Everytime aku nampak kau dengan mana-mana perempuan, bergurau senda, hati aku sakit. Nak-nak lagi bila aku tahu kau dah ada awek. Lagilah sakit. Aku cuba nak berborak dengan kau but then, aku tak tahu apa benda yang aku boleh borak dengan kau. Aku nak tegur kau but then aku tak tahu bagaimana. Kau dengan aku berbeza ketika itu. Dulu aku thought aku menyampah dengan kau sebab nama kau. Aku keep telling diri aku yang aku benci kau. Even yang sebenarnya kau tak buat apa-apa salah pada aku,” aku menyambung.
Aku membiarkan aiskrim ditangan aku menitik. Aku perasan Ariff pertama itu memandang aku dengan rasa terkejut. Mungkin terkejut sebab pengakuan aku yang secara tiba-tiba. Ah… akhirnya aku luahkan juga. Mungkin ia sudah terlambat. Mungkin ia kini tidak lagi membawa apa-apa makna pada aku tapi aku luahkan juga. Terasa bebanan perasaan yang aku simpan bertahun-tahun itu hilang perlahan-lahan.
“Serius, aku memang thought aku menyampah dengan kau at the beginning. Tapi betullah bila ada orang tua-tua kata jangan terlalu menyampah and then akan timbul rasa suka. Aku alami itu dengan kau. But then ia dah terlambat, kau dah ada awek masa itu,” sambung aku lagi. Ariff pertama itu mendengar setiap patah perkataan yang terkeluar dari mulut aku.
 |
| aku kecewa dengan kau. |
“And then, asal kau tak confess je pada aku?” Ariff pertama menyoal.
Aku tersenyum sinis mendengar soalannya. Ah… ingat senang ke seorang perempuan nak buat confession? Nak-nak perempuan selekeh macam aku ni. Sah-sah aku je yang bertepuk sebelah tangan. Apa punya soalan lah mamat ni. Bangang. Aku marah dia dalam hati.
“Sebab aku tahu aku just bertepuk sebelah tangan sahaja. Aku bukannya cantik macam perempuan-perempuan yang selalu bersama kau. Aku tak secantik awek kau. Aku tak mesra dengan lelaki. Dan aku tahu, bila aku confess pada kau pun, sah-sah kau akan tolak bukan?” Aku pandang Ariff pertama itu. Aiskrim di tangan aku masih menitik. Aku biarkannya sahaja.
“But at least you should try,” Ariff pertama itu membalas.
Aku menghembuskan nafas. Tetiba aku rasa macam nak sepak je mamat ni. Memang tak faham perempuan betullah dia ni.
“Kau cakap kau suka aku from the first time kau nampak aku, but then asal kau tak confess dulu? Lelaki supposely take first action.” Aku menyindirnya. Puas hati aku. Niat di hati nak sepak lelaki ni aku batalkan sahaja.
Ariff pertama itu memandang aku dengan rasa terkejut. Mungkin aku telah menyedarkan dia pada sesuatu. Macam ayat yang aku bagi kat dia tu betul-betul buat dia tersentap. Adakah? Aku bila cakap memang tak perasan. Main keluar je.
“Aku lelaki. Aku ada ego.” Ariff pertama itu berkata.
 |
I'm not that type of girl who easily lower their ego just only to confess to a guy. |
“Dan begitu juga. Aku juga punya ego aku. Takkanlah aku nak perendahkan ego aku semata-mata nak take first action nak buat confession kat kau.” Balas aku.
Ariff pertama memandang aku dengan rasa terkejut. Aku tahu dia tersentap dengan ayat aku. Haha. Aku ketawa dalam hati. Merasakan kemenangan itu bakal milik aku.
“Okey. Kau memang perempuan yang lain dari yang aku pernah jumpa. Kau ada ego kau tersendiri. Kau nampak je lembut dari luar but then inside, you are not.” Aku pandang Ariff pertama itu dengan rasa hairan. Ariff kedua itu juga pernah berkata sebegitu pada aku. Adakah aku memang macam tu? Geez… aku sabar je la.
“Kau tak suka orang nama Ariff ?” soal Ariff pertama lagi bila melihatkan aku mendiamkan diri.
“Hah?” Aku pandang dia dengan rasa hairan. Meminta penjelasan lebih lanjut.
“Kau kata kau menyampah dengan aku dulu sebab nama aku. Kau tak suka lelaki nama Ariff ke?”soal Ariff pertama lagi bila melihatkan aku mendiamkan diri.
 |
| Yup.. aku menyampah kau at the beginning. |
Aku menelan air liur. Entah, aku tak tahu bagaimana aku harus mengiyakan. Aku dulu memang tak suka dengan lelaki yang bernama Ariff ni. Aku rasakan orang yang bernama Ariff ni kaki perempuan. Kejam tak aku? Sebab masa kecil dulu, aku pernah tonton satu drama melayu yang mana watak hero tu nama Ariff memang jahat gila. Kaki perempuan. So, dari situ, aku setkan kepala otak aku, lelaki nama Ariff ni kaki perempuan. Kejam bukan aku? Yaa.. aku tahu itu. Disebanabkan drama yang bukan betul pun, aku create negative perspective dengan lelaki nama Ariff ni. Alaa… aku masa tu umur berapa tahun, manalah tahu mana yang betul, mana yang salah.
“Tapi kau kawan dengan orang nama Ariff,” Ariff pertama itu bersuara lagi. Seakan-akan mengetahui jawapan aku kepada soalannya adalah ya.
“Maksud kau Ariff Hazwan?” soal aku.
Ariff pertama itu mengangguk.
“Kawan aku masa sekolah dulu.” Ariff pertama itu bersuara. Aku memandang Ariff pertama itu dengan rasa ragu-ragu. Mahu atau tidak diceritakan hal yang sebenar.
“Oh. Aku tahu tu. But he’s more than a friend actually.” Tiba-tiba mulut aku mengeluarkan hal itu. Aku sedar Ariff pertama memandang aku dengan hairan.
“Dia boyfriend kau?”soal Ariff pertama lagi.
“Dia tunang aku.” Ah… aku keluarkan perkara yang sebenar. Akhirnya.
“Tunang?” Ariff pertama itu menyoal aku dengan rasa terkejut. Kali ini lagi terkejut dari yang sebelum ini. Aku pandangnya dengan senyuman sambil menganggukan kepalanya.
 |
| realitinya, dia tunang aku. |
“Tapi, dia tak cakap apa-apa pun tentang tu masa aku tanya tentang kau?” Aku tahu Ariff pertama itu memilih untuk tidak mempercayai apa yang aku katakan tu. Dia ingat aku permainkan dialah tu. Senget juga mamat ni. Aku mengutuk dia dalam hati.
“Yeela. Kitaorang tengah kenal hati budi masing-masing. Pertunangan yang diaturkan oleh keluarga. Kau faham-faham lah. Mana ada rasa cemburu or apa-apa jela yang berkaitan dengannya,”balas aku selamba.
Ariff pertama itu mengangguk. Aiskrim di tangan aku masih lagi menitik. Entah mengapa, aku tiada mood mahu menikmati lagi aiskrim itu.
“Jadi, kiranya, aku tak ada peluang lagilah?” soal Ariff pertama. Aku lihat ada ada kekecewaan di wajahnya. Terbit rasa simpati pada dirinya.
“Maybelah. Kau tahu, Ariff Hazwan tu sanggup putuskan pertunangan aku dan dia kalau aku niat nak pilih kau. Dia tahu yang aku pernah keep feeling pada kau.” Aku berkata dengan selamba. Entah mengapa mulut aku laju sahaja mengeluar kata-kata sebegitu. Wah… aku dah jadi makin berani bila berhadapan dengan Ariff pertama ni. Jika dulu, aku asyik nak larikan diri bila terserempak dengan dia.
 |
| Siapa yang aku akan pilih sekarang? |
“Jadi sekarang ni, kau akan pilih siapa?” Ariff pertama itu menyoal lagi. Aku memandang Ariff pertama itu. Aku teringatkan tentang Ariff kedua itu. Ah… keputusan yang sukar untuk aku buat. Aku pejamkan mata sambil menarik nafas.“Pilihlah yang menenangkan awak.” Ayat itu berputar-putar di minda aku.
“Kau tahu, aku happy bila kau buat confession tu. Kau luahkan yang kau suka aku dari zaman U lagi. At least aku tahu aku tak bertepuk sebelah tangan. Tapi, keadaan dulu dengan sekarang tak sama. Sama ada untuk kau mahupun untuk aku.” Aku memandang aiskrim yang menitik itu. Tiada rasa simpati pada titisan aiskrim itu.
“Means, kau reject aku?” Soalan Ariff pertama itu buatkan aku terfikir. Aku reject diakah? Itukah yang aku maksudkan dengan kata-kata aku tadi? Aku sendiri tidak tahu apa yang aku katakan tadi.
“I think so.” Aku bangun dari situ dan menghadap dia. Ariff pertama itu memandang aku. Aku dapat lihat ada kekecewaan di wajahnya. Ah… maaf. Aku berkata dalam hati aku.
“Aku faham.” Ariff pertama itu menghembuskan nafas. Aku tersenyum melihat situasi itu.
“Aku blah dulu lah. Thanks for the ice cream.” Aku mengankat aiskrim yang hampir cair di tangan aku dan berlalu pergi meninggalkan Ariff pertama di situ. Selepas merasakan aku telah jauh dari Ariff pertama itu, aku menoleh ke belakang. Ariff pertama itu masih lagi berada di situ. Mungkin sedang menyesal dengan dirinya. Aku tersenyum kelat. Aku sedar di kiri aku ada sebuah tong sampah, lalu aku buangkan aiskrim di tangan aku ke dalam tong sampah. Aku berlalu pergi dengan kelegaan di hati aku. Aku lega. Terlalu.
 |
| Ah.. lega teramat. |
p/s- aku masukkan rasa yang aku pernah rasa suatu dulu. Hahaha.