Monday, February 27, 2012

DUnia iTu buLat



Dunia ini 'bulat'
Perasan tak ‘dunia’ ni ‘bulat’ sebenarnya. Oh… aku bukan maksudkan yang bumi itu berbentuk sfera. Yang itu memang sah-sah bukan, kalau mengikut pakar sains. Eh… aku bukannya nak cakap pasal sains. Sains subjek yang paling lemah untuk aku. Haha.

Ia macam kau cuba avoid seseorang. Cuba sedaya upaya untuk mengelak dari mengambil tahu tentang diri seseorang but then kau tahu pasal dia tanpa kau perlu ambil tahu. Yaa… aku selalu mengalami situasi sebegitu. Geez… =.=
sometimes, perlu ada pendirian bukan?
And then, macam kau dah berpisah beberapa tahun dengan kawan sekolah and then dah lama tak jumpa. But then nak dijadikan al-kisahnya, kau kembali bertemu dengan dirinya. Mungkin rupa fizikal dah lain tapi still boleh kenal antara satu sama lain. Kalau aku, aku fail bab-bab ni. Aku jenis yang payah nak ingat nama orang. Tapi kalau muka, sah-sah aku ingat. Haha.

Dan ia juga seperti kau cuba melupakan seseorang. Kau paksa diri kau untuk melupakan seseorang. Unfortunately, you can't. Kau still ingatkan seseorang itu even benda itu dah berlalu beberapa tahun. Susah juga mahu melupakan sesuatu yang Tuhan memang tak kasi kau lupakannya. Mungkin.

maybe, they're supposed to be there.
Dan ia juga macam kau mahukan sesuatu benda tu but then kau tak dapat sebab orang lain dah beli. Dan believe it, benda itu just ada 1 je masa kau pergi survey hari tu. But then entah macam mana, tetiba je kau dapat benda tu. Free. Awesome isn’t it? Sebab itu orang cakap everything happens for a reason. Mungkin Allah dah tetapkan yang kau akan dapat. Dan mungkin juga ada certain situation yang kau takkan dapat walau seusaha mana kau cuba dapatkan. Segalanya sudah ditetapkan.

Sedih bukan bila apa yang kita nak, kita takkan dapat. Yaa… aku tahu. Aku pernah alami..huuuu… sedey. Aku tak mintak benda susah pun. Just mintak kembar lelaki je. Eh… tu masa aku kecik-kecik la. Sekarang tak la. Hahaha.

keep hoping? Perlukah?
So, begitulah walau macam mana sekalipun kau keep hoping pada sesuatu, kalau ALLAH dah tetapkan yang benda yang kau keep hoping tu bukan milik kau. Memang tak ada gunanya bukan. Walau seluruh alam cuba memihak pada diri kau, but then ALLAH dah tetapkan begini dan begitu pada kisah hidup kau, jadi tak mungkin kau akan dapat. Mungkin ALLAH tetapkan kisah hidup kau yang lebih baik dari yang kau keep hoping bukan? Siapa tahu. Mungkin.

p/s- Tapi benda yang kita hilang itu, 
kenapa tak dapat jumpa balik? Ada jawapan tak? 
Kawan aku cakap ALLAH dah tetapkan jodoh 
dengan benda itu hanya setakat itu je. 
Hurm… tak apalah.

Sunday, February 26, 2012

Lelaki itu #4


kisah #1 @ kisah #2 @ kisah #3

Dia kecewa lagi dengan muka buku.
Seorang gadis bertubuh gempal , sebenarnya tidaklah gempal sangat, dia mungkin berisi sedikit sedang memandang komputer ribanya. Dia sedang membelek facebooknya. Sesekali dia akan tersenyum sambil membalas komen bersama kawannya di laman social itu. Dia kemudian menekan mouse. Klik sana, klik sini dan tiba-tiba dia terjumpa facebook lelaki itu.

Hatinya sedang memainkan satu lagu kecewa yang tiada bunyi. Yang tidak punya irama. Hatinya kembali kecewa lagi. Benar-benar kecewa. Ah… lelaki itu meletakkan gambarnya bersama kekasihnya sebagai profile picture. Mereka kelihatan manis bersama. Ah… tahukah betapa hatinya kecewa. Sekali lagi hatinya kecewa. Bilamasa ia mahu pulih, hatinya kembali kecewa. Ah… perit.
Mungkin harus stop hoping terhadap
lelaki itu.
Dia kemudian mengalihkan cursor ke arah butang ‘ADD FRIEND’. Berkira-kira mahu ‘add’ lelaki itu ke dalam facebooknya. Lama dia merenung facebook lelaki itu yang telah diprivatekan. Berfikir sama ada harus atau tidak ‘add’ lelaki itu. Ah… dia risau jika dia membuat pilihan yang salah. Yaa… dia risau jika hatinya akan kecewa lagi. Sudah tentu facebook lelaki itu dipenuhi dengan gambar-gambar aweknya. Dipenuhi dengan wall post dan komen-komen aweknya. Ah… dia harus berfikir dengan sedalam-dalamnya.

Tangannya masih lagi memegang mouse. Otaknya masih lagi ligat memikir sama ada mahu atau tidak dia ‘add’ lelaki itu. Perlukah? Haruskah lelaki itu ada di dalam facebooknya? Dia tahu kesan yang bakal berlaku. Dia mungkin akan sentiasa ‘stalk’ facebook lelaki itu. Dan kemudian, dia akan kembali kecewa. Hatinya mungkin kembali kecewa lagi. Dan mungkin dia secara tanpa kawalan, akan meluahkan perasaanya kepada lelaki itu. Agak bodoh pemikirannya itu.
I wish I could forget you.
Ah… dia tahu dia Cuma bertepuk sebelah tangan sahaja. Dia tahu itu. Tak mungkin lelaki itu punya perasaan yang sama dengannya.  Dia sedar siapa dirinya. Ah… mengapa lelaki itu yang hatinya inginkan? Mengapa harus lelaki itu yang dia harus simpan perasaan?

Akhirnya, selepas 30 minit merenung kosong facebook lelaki itu, dia akhirnya mengalihkan cursornya ke arah tanda pangkah di bahagian atas kanan. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk tidak meng’add’ facebook lelaki itu. Dia mahu melindungi hatinya dari kecewa lagi. Mungkin satu hari perasaan pada lelaki itu akan hilang dengan sendirinya. Dia berharap.
Satu hari perasaan itu akan hilang.
Dia berjanji pada dirinya.

Wednesday, February 22, 2012

Lelaki itu #3

Dia terserempak lagi dengan lelaki itu.
Seorang gadis bertubuh gempal , sebenarnya tidaklah gempal sangat menyertai sebuah program yang dianjurkan universitinya. Dia, bersama kawan lelakinya dan juga kawannya yang lain. Dia merasakan dia harus menyertai sesuatu aktiviti untuk menghilangkan rasa kecewanya terhadap lelaki itu. Dia harus bersemangat kembali. Dia harus mengukirkan rasa gembira di hatinya.

Namun, entah bagaimana, dia turut menyedari kehadiran lelaki itu di program itu. Ah… hatinya tiba-tiba menjadi sakit. Sakit melihat lelaki itu. Lelaki itu bersama kekasihnya dan kawannya. Dia menenangkan hatinya. Cuba berlagak tiada apa-apa yang berlaku. Cuba tidak untuk memerhatikan lelaki itu. Tapi mana mungkin dia boleh lakukan semua itu. Hatinya meronta-ronta meminta untuk memandang wajah lelaki itu.

Ah,,, dia berhadapan dengan hatinya yang kecewa
lagi setiap kali terserempak dengan lelaki itu.
Lelaki itu menyedari kehadirannya di situ. Lelaki itu menyapanya. Dia tersenyum. Hatinya gementar. Lelaki itu kemudian menyedari kehadiran kawan lelakinya di sebelahnya. Lantas, lelaki itu menjauhkan diri. Tidak mahu menganggu sedangkan hatinya kecewa. Terlalu. Namun bila difikirkannya, dia masih punya kekasih. Buat apa mahu meletakkan hatinya dalam keadaan kecewa.

Dan entah bagaimana, dia dan lelaki itu ditakdirkan sebagai satu pasukan. Membuatkan dirinya terpisah dengan sahabat-sahabatnya. Dan lelaki itu terpisah dengan kekasihnya. Dan mereka bersama-sama bekerjasama memastikan yang terbaik untuk pasukan mereka. Dan akhirnya pasukan mereka bergelar naib juara. Walaupun tidak bergelar juara, ada rasa gembira dan puas hati di hati dia dan mungkin hati lelaki itu. Entah mengapa hari itu dia merasakan hari yang paling gembira dalam hidupnya even mungkin kadang-kadang terbit rasa segan dan malu bila terpaksa berinteraksi dengan lelaki itu.


Dia harus membelakang rasa kecewa itu.
Dan tiba saat untuk pulang. Dia bersama sahabat-sahabatnya telah bersedia untuk bergerak pulang ke kolej penginapan masing-masing bila dia terpandangkan sesuatu yang masih lagi membuatkan hatinya kecewa. Dia melihat kekasih lelaki itu sedang mengesat peluh di dahi lelaki itu. Dia menghembuskan nafasnya. Cuba berlagak tenang walaupun di hatinya hanya Tuhan yang tahu. Dia akhirnya berjalan ke tempat menunggu bas bersama kawan lelakinya.

Dan tiba-tiba lelaki itu cuba berlari ke arahnya. Mahu menyerahkan hadiah yang dimenangi oleh mereka sebentar tadi. Namun niat lelaki itu terbantut pabila melihat dia dan kawan lelakinya sedang bergelak ketawa. Lelaki itu mengenggam tangan erat-erat. Hati lelaki itu berasa cemburu. Dan akhirnya lelaki itu membatalkan niatnya. Mungkin menyerahkan hadiah itu bila masa lelaki itu dan dirinya terserempak lagi.

lelaki itu cemburu.

Friday, February 17, 2012

Simpan Perasaan


Cik Ika,” panggil Suzie di kaunter menyambut tetamu. Setahu dia, Ika cuti hari ini dan esok. Ika tersenyum kepada Suzie, menyembunyIkan rasa marah di hati. “Bukan ke, Cik Ika cuti hari ni?” soal Suzie.

 “Ada hal sikit,” jawab Ika. Dia berjalan masuk ke pejabat tanpa menghiraukan Suzie dan staff-staff lain yang terkejut dengan kehadirannya. Dia terus berjalan sehingga tiba di hadapan bilik pejabat Haikal.

Ika,” panggil Kak Sal. “Bukan ke Ika cuti hari ni?” soal Kak Sal kehairanan. Ika hanya tersenyum.

Ada hal sedikit,” Ika memberi jawapan yang sama diberi kepada Suzie sebentar tadi. Haikal ada?” soal Ika.

Encik Haikal ada tapi…” belum sempat Kak Sal menghabiskan ayatnya, Ika telah mencelah,Good,” Ika berkata dengan sinis sambil memulas tombol pintu bilik pejabat Haikal.

 “… dia tak mahu diganggu,” Kak Sal menghabiskan ayatnya sambil memandang kelibat Ika memasuki bilik bosnya.
Kemarahan yang tidak
dapat dibendung lagi

Ika masuk ke bilik Haikal dengan perasaan marah, bengang dan kecewa di dalam hatinya. Haikal yang asyik membaca fail di tangannya terkejut dengan kehadiran Ika secara tiba-tiba. “Bukan ke kau cuti?” soal Haikal dengan tersenyum. Ika mendiamkan diri. Mengambil nafas untuk memulakan rasa marahnya.

Kau tahu hal itu kan?” tanya Ika dengan nada tegas. Haikal menghembuskan nafasnya. Ika sudah tahu tentang pertunangan mereka yang akan diadakan pada Ahad ini.

Tiba-tiba, pintu bilik Haikal terbuka, Kak Sal masuk dengan rasa takut. “Minta maaf Encik Haikal, saya tak sempat nak memberitahu Ika yang Encik Haikal tak mahu diganggu,” kata Kak Sal teragak-agak. Dia tahu bosnya bukan jenis yang mudah marah tapi dia rasa bersalah kerana tidak dapat melaksanakan permintaan bosnya yang tidak mahu diganggu. Haikal mengankat tangan kanannya menandakan dia tak apa-apa dan meminta setiausahanya beredar. Kak Sal mengangguk sambil menutup pintu.

Kalau kau nak cakap hal personal, bukan sekarang,” tegas Haikal. Dia tak mahu bercakap hal peribadi di pejabat.

So, kau memang expect yang aku akan datang jumpa kau dan tanya tentang hal peribadi?” Ika mengawal nada suaranya. Tak mahu menjerit.

Kau nak duduk?” pelawa Haikal kepada Ika. Dilihatnya wajah Ika tegang. Mungkin menahan rasa marah.

 “Tak nak,” balas Ika dingin. “Kau tahu hal itu kan?”ulang Ika lagi. Tangannya digenggam sekuat mungkin, menahan rasa marah, bengang di hati.
Ah... apa salah aku sehingga
diperlakukan sebegini

Kalau aku cakap ya?” Haikal berkata dengan tenang. Ika menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia sudah mengagak Haikal tahu hal pertunangan itu.

 “So, itu semua idea kau lah?” tanya Ika lagi. Haikal berdiri dan berjalan ke arah Ika. Ika mengundurkan diri ke belakang bila melihat Haikal cuba berjalan ke arahnya.

Mama aku,” balas Haikal pendek. Dia tidak tahu dari mana dia perlu mulakan penjelasannya.

Dan kau just accept Mama kau punya idea?” soal Ika lagi. Tiba-tiba Ika rasa suhu badannya sejuk. Bukan kerana aircond yang terpasang di bilik pejabat Haikal tetapi sebab dia sedang menahan rasa marah di hati.

Aku tak ada pilihan,” balas Haikal lagi.              

Tak ada pilihan?” Ika tersenyum sinis mendengar jawapan Haikal. “Kau ada pilihan untuk tolaknya kan? Tapi kau terima. Why? Kau tahu aku tak suka kau. Sampai mati pun aku takkan suka kau,” tambah Ika lagi dengan rasa benci terhadap Haikal yang mendalam. Di saat itu, Haikal lah lelaki yang paling dia benci.
Ah... benci teramat

Tapi aku suka kau!” Haikal meninggIkan suaranya. Ika terkejut.

Aku terima sebab aku suka kau. Kau tahu tu kan?” ada nada tegas dalam suara Haikal. Ika pandang Haikal dengan renungan yang tajam.

Tapi aku tak suka kau. Sampai mati pun aku takkan suka kau. Aku nak kau batalkan pertunangan itu. Tak mungkin aku nak habiskan hidup aku dengan kau yang tak pernah aku suka walau sedikit sekalipun,” Ika meluahkan rasa amarahnya.

Aku takkan batalkan pertunangan itu,” Haikal berkata dengan tenang sambil memandang Ika. Ika pandang Haikal dengan senyuman sinis. Haikal mengucap di dalam hatinya. Ika seperti orang tidak sedar diri.

Asal? Sebab kau suka aku? Sebab kau nak lunturkan keegoan dalam diri aku?” soal Ika lagi. Haikal memandang Ika. Begitu lama dia memandang Ika. Mereka memandang satu sama lain.

Yes, sebab tu. Sebab aku suka kau sebab aku nak lunturkan keegoan kau. Kau suka aku sejak zaman U lagi kan? Kau ego nak mengaku perasaan suka tu,” kata Haikal dengan tegas. Ika hanya mampu tersenyum. Ah… Haikal sudah gila agaknya. MengandaIkan dia turut punya perasaan yang sama dengan Haikal.

Gila. Aku tak pernah suka kau. Tak pernah,” Ika meninggIkan suaranya.

Really? And then asal hati kau perlu sakit setiap kali nampak aku dengan perempuan masa kat U? Asal hati kau perlu sakit bila aku dingin dengan kau? Kau tanya tak hati kau?” Haikal berkata dengan keras.

Ika terdiam. Yaa… memang betul. Hati dia akan sakit setiap kali ternampak Haikal dengan perempuan di U. Hati dia akan sakit setiap kali Haikal bersIkap dingin dengannya. Tapi dia ignorekan perasaan itu. Dia pujuk hatinya supaya bertahan. Dia pujuk hatinya jangan biarkan dirinya menangis sebab layanan dingin Haikal padanya ketIka di U.

Whatever. Aku nak kau batalkan pertunangan itu walau macam mana sekalipun,” Ika berkata tanpa mempendulIkan soalan-soalan Haikal.

Aku takkan,” Haikal tidak mahu mengalah.

Fine, kalau tak, aku akan…” Ika terdiam. Dia tidak tahu apa yang akan dilakukannya pada hari pertunangannya.

Kalau tak, apa? Kau nak lari masa majlis pertunangan tu? Kau sanggup ke mencontengkan arang di muka Umi dan Abah kau? Kau sanggup ke nak hancurkan perasaan Mama aku yang dah lama pasang impian nak kau menjadi menantunya?” Haikal bertubi-tubi menanya soalan kepada Ika. Ika terdiam.
Takkan sesekali menerima takdir aku dengan dia

Kalau kau jenis yang jaga nama baik keluarga, kau akan hadiri majlis pertunangan itu walau macam mana sekalipun,” Haikal menambah lagi. Dia tahu kelemahan Ika. Haikal memandang Ika. Menunggu jawapan dari Ika.

Damn it!” Ika bersuara dengan rasa marah. Ah… Haikal tahu kelemahannya. Dia menghembuskan nafasnya sebelum mengambil keputusan untuk keluar dari bilik pejabat Haikal. Tak ada gunanya membincangkan perkara ini dengan Haikal.

DUMM,” Ika menutup pintu pejabat Haikal dengan kuat. Staff-staff yang lalu-lalang di situ termasuk Kak Sal terkejut dengan tindakan Ika. Ada air yang bergenang di matanya. Dia berlari keluar tanpa memandang staff-staff yang memandangnya dengan rasa hairan.

Kenapa Ika tu?” tanya seorang pekerja kepada Kak Sal. Kak Sal mengankat bahu sambil tersenyum. Dia sibuk berbual dengan pekerja tersebut sebelum Ika keluar dari pejabat bosnya dengan marah. Kak sal terus memasuki bilik bosnya. Dia lihat Haikal sedang duduk di sofa dalam keadaan pasrah. Haikal memandang Kak Sal sambil menghembuskan nafas.

Encik Haikal tak apa-apa ke?” soal Kak Sal. Haikal hanya mengangguk. “Kenapa dengan Ika? Dia menangis tadi,” kata Kak Sal ragu-ragu.

Ah,... aku kecewa
Dia menangis?” soal Haikal lemah. Kak Sal hanya mengangguk. Mahu ditanya lebih tapi bosnya meminta untuk pulang awal. Kak Sal hanya menuruti arahan dari Haikal sambil menyusun fail yang bertaburan di atas meja. Dia tahu ada sesuatu yang berlaku diantara bosnya dengan Ika tapi dia tidak tahu kerana tirai bilik pejabat Haikal dilabuhkan, jadi dia tidak dapat melihat apa yang terjadi di dalam bilik pejabat bosnya.

Dan Haikal, walau macam mana sekalipun, dia tak akan batalkan pertunangan itu walaupun itu akan melukakan hati Ika.

p/s- ini cerita lain yang aku tengah karang.. Niat memang tak nak publish kat sini pun.. Nak jadikan kenangan. Hahaha... bak kata Kawan aku, dia nak tulis novel untuk bagi bakal suami dia baca. Hahah. So aku letakkan satu part yang aku tulis. disebabkan aku tak ada benda nak diupdatte\... selamat membaca ya. =)

*ha'ah... tajuk dia pun aku tak pasti.. so aku main letak je.. =)

Wednesday, February 15, 2012

Lelaki itu #2

kisah#1


Seorang gadis bertubuh gempal , sebenarnya tidaklah gempal sangat baru sahaja mendengar gossip tentang lelaki itu dari kawannya. Entah mengapa, hatinya kecewa. Merasakan tiada gunanya dia masih menyimpan perasaan pada lelaki itu. Bukannya lelaki itu sedar perasaan yang dia ada terhadap lelaki itu. Dan mungkin hanya dia sahaja yang bertepuk sebelah tangan. Yaa… dia tahu, dia Cuma bertepuk sebelah tangan sahaja.
Dia kecewa.

Kawannya menceritakan tentang di mana kawannya melihat lelaki itu sedang bergurau senda dengan seorang perempuan. Perempuan yang dia pasti bukan awek lelaki tersebut. Bergurau senda sambil menepuk-nepuk bahu, bergelak ketawa dengan gembira tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Mungkin dia berasa cemburu. Ah… tiada gunanya menyimpan perasaan pada orang yang tidak sudi.

Hari berlalu hari, waktu berlalu dengan begitu sahaja. Dia cuba menyembunyikan rasa kecewa itu, rasa kecewa terhadap lelaki itu yang dia pasti, telah menggunung. Yang tersemat di dalam dadanya untuk seberapa ketika yang dia rasakan terlalu lama. Ketika dia mula-mula mengenali lelaki itu lagi. Ah… kadang-kadang mahu saja dia luahkan pada lelaki itu, tapi dirasakan lagi baik dia biarkan sahaja. Mungkin perasaan itu akan hilang dengan sendirinya. Mungkin.

Dia cuba untuk kuat.

Dia sedang menanti seseorang di meja makan. Di ruang makan. Dan bagaimana entah, dia terlihatkan lelaki itu. Berdiri menghadapnya. Lelaki itu duduk tanpa dipelawa. Dia memandang kosong lelaki itu. Lelaki itu memandangnya sambil mengukirkan senyuman. Dia membalas senyuman. Suasana sepi menyelubungi mereka berdua.

Lelaki itu kemudian mengeluarkan sebuah buku dari begnya. Dia memerhatikan gelagat lelaki itu. Lelaki itu kemudian menyerahkan buku tersebut kepadanya. Dia memandang lelaki itu. Meminta diberi penjelasan yang lebih lanjut. Oh… rupa-rupanya dia tertinggal buku di dalam kelas. Lelaki itu tolong simpankan untuk sementara waktu. Dia mengambil buku itu dan meletakkan ke sebelah kanannya.

Dan kemudian, kawan lelakinya tiba. Kawan lelakinya terkejut melihat kehadiran lelaki itu. Lelaki itu hanya mengukirkan senyuman kepada kawan lelakinya. Kawan lelakinya membalas senyuman sambil mengambil tempat di sebelah lelaki itu. Kawannya memandangnya seolah-olah meminta penjelasan. Dia hanya mengukirkan senyuman kepada kawan lelakinya.

Hatinya kosong ketika memandang lelaki itu.

Akhirnya lelaki itu bangun, memberi alasan kelasnya akan bermula sebentar lagi. Dia hanya mengangguk sambil mengucapkan terima kasih. Dia memerhatikan lelaki itu beredar. Hatinya berasa kosong melihat lelaki itu. Dia akhirnya memulakan perbualan dengan kawan lelakinya.

Namun, tanpa dia sedari, lelaki itu memerhatikannya kembali. Memerhatikan dirinya bergelak ketawa bersama kawan lelakinya. Terbit rasa cemburu di hati lelaki itu. Ah… dia sudah mempunyai teman lelaki. Lelaki itu berkata di dalam hatinya. Akhirnya lelaki itu beredar dengan rasa kecewa.

Ah... hati lelaki itu kecewa.

p/s-  lelaki itu belum break up dengan gF dia.. =P

Saturday, February 11, 2012

sambungan Cerpen: Dan sebenarnya...



aku sambung cerpen Iffah Afeefah. nak tahu sila klik di sini..



Semuanya serba tak kena. Mood aku memang hilang. Dua minggu berlalu. Aku masih memikirkan hal yang rumit dalam hidup aku. Tak sangka kerana mulut badan binasa. Aku mengetuk kepala sendiri. ‘Siapa suruh mulut cabul sangat’ Monolog aku sendiri.

Aina…” Suara itu memanggil aku. Aku terkejut. Suara seakan dikenali. ‘Jangan kata dia!’ Aku perlahan-lahan menoleh. Dan…


 *******
Aku lihat dia, Haikal yang pernah aku kenali suatu ketika dulu. Haikal yang aku selalu bergaduh dalam kelas ketika pensyarah sedang mengajar. Haikal yang pernah aku simpan perasaan suatu ketika dahulu. Err… mungkin. Aku tidak tahu. Yang aku tahu, hati aku sakit bila melihat Haikal bersama-sama perempuan yang ada perasaan padanya. Yaa… Haikal punya rupa yang agak menarik jika mahu dibandingkan dengan Zahiril. Eh… apa kena aku ni.

Haikal.” Aku memandang Haikal. Dia tersenyum memandang aku. Aku balas senyumannya. Dia kemudian melabuhkan dirinya di sebelah aku. Ah… kacau lah mamat ni. Aku nak duduk tenangkan fikiran sendiri pun tak boleh.

Lama tak jumpa kau. Kau buat apa sekarang?” soal Haikal sambil tersenyum. Ah… senyumannya mencairkan hati aku.

Aku tengah duduk bawah pokok la sekarang ni.” Aku membalas dengan selamba. Menyembunyikan rasa gementar di hati aku. Aku lihat Haikal masih mengukirkan senyuman. Aih… mamat ni asyik senyum je dari tadi.

Kau memang tak pernah berubah. Maksud aku kau kerja apa? Kat mana?” soal Haikal lagi. Aku hanya tersengih seperti kerang busuk.

Aku kerja kat satu company kat Wangsa Maju. Sebagai accountant assistant.” Balas aku. Jantung aku kembali berdegup kencang. Dalam hati, aku berdoa supaya Haikal cepat-cepat beredar. “Kau?” soal aku pada Haikal.

Aku kerja dengan ayah aku.”Haikal menjawab. Aku hanya menganggukan kepala. Aku tahu Haikal anak kepada seorang yang berpangkat Datuk. Aku dengar dari kawan-kawan aku yang tergilakannya.

Kau datang jogging ke?” soal aku lagi kepada Haikal sambil melihat pakaian sukan yang disarung di badannya. Haikal hanya mengangguk. “Kau?” soal Haikal kepada aku.

Aku sedang memikirkan jawapan yang terbaik untuk diberitahu. Takkan mahu menjawab aku datang jogging juga sedangkan aku hanya berbaju blouse dan jeans sahaja. “Saja aku datang lepak sini.” Aku jawab jujur. Haikal hanya tersenyum. Ish… mamat ni tak sudah-sudah nak senyum.

Ke kau tunggu orang?” soal Haikal lagi. Aku hanya senyum tawar padanya. Jantung aku dah makin kencang berdegup.

Ish, mana ada. Aku seorang je.” Aku memandang ke arah lain. Makin aku pandang Haikal, makin aku gementar.

Yeela. Mana tahu kau tengah tunggu pakwe kau ke, tunang kau ke, husband kau ke. Eh… kalau kau dah kahwin, aku marah tau kalau kau tak jemput aku.” Haikal berkata sambil tersengih.

Ish… mana ada. Aku single lagi la. Mana ada orang yang nak kat aku ni. Aku bukannya cantik pun.” Aku berkata dengan selamba. Haikal hanya tersenyum.

Betul? Then baguslah. Aku ada peluang.” Kata-kata Haikal sebentar tadi buatkan aku tergaman. Ah… biar betul mamat ni. Saja nak usik aku lah tu. Aku cuba untuk tidak mengambil serius dengan kata-kata Haikal.

Aina…” tiba-tiba ada satu suara lelaki memanggil aku. Aku pandang ke hadapan. Aku terkejut. Zahiril sedang berjalan ke arah aku dengan wajah yang serius. Zahiril berpakaian sukan juga. seperti Haikal.

Siapa ni?” soal Zahiril setelah dia berhenti di hadapan aku. Aku pandang Haikal, kemudian aku pandang Zahiril pula. Mereka saling berpandangan. Aku menelan air liur.

Ini, Haikal kawan masa belajar kat UKM dulu.” Aku perkenalkan Haikal kepada Zahiril. Haikal menghulurkan tangannya tapi tidak disambut oleh Zahiril. Aku lihat Haikal hanya tersenyum. Ah… cool gila mamat ni. Orang buat donno dengan dia pun, masih boleh tersenyum. Zahiril masih memandang Haikal.

Dan kau?” soal Haikal sambil memandang Zahiril.

Bakal tunang Aina.” Aku tergaman dengan jawapan yang keluar dari mulut Zahiril. Mahu saja aku marah Zahiril.

Kau dah jumpa parents dia ke?” soal Haikal.

Dah.” Zahiril menjawab pendek.

So, parents dia setuju tak?” soal Haikal lagi. Aku memandang Haikal. Aku tertanya-tanya kenapa mamat ni banyak soalan sangat.

“Parents dia kata, kalau Aina setuju means, diorang setuju jugak la.” Zahiril memandang aku. aku mengalihkan wajah ke arah lain.

Means parents Aina belum terima kau lagi la,” balas Haikal. aku memandang Zahiril. Ada rasa kebengangan di wajahnya. Tapi aku tidak hiraukannya.

Kau siapa nak sibuk hal aku dengan Aina?” Zahiril sudah meninggikan suaranya. Aku menelan air liur. Risau jika berlaku apa-apa.

Well, aku pun, bakal tunang Aina juga. Parents aku dengan dia dah setuju nak jodohkan aku dengan dia kalau Aina ni belum berpunya.” Aku memandang Haikal. Meminta penjelasan lanjut. Zahiril pandang aku. Aku takut.

Betul ke Aina?” soal Zahiril. “Ini ke calon suami awak yang awak dah jumpa?” Zahiril menyoal lagi. Aku menelan air liur. Tidak tahu apa yang harus aku katakan. Takkan mahu mengiyakan sedangkan aku tak tahu asal usul cerita yang dikeluarkan oleh Haikal tadi.

Betul. Parents saya dengan parents dia dah setuju.” Aku mereka cerita. Haikal pandang aku. Ah… lepas ni aku ceritalah hal sebenar pada dia.

Dan awak setuju?” soal Zahiril lagi. Aku terus menganggukan kepala.

Kenapa? Saya yang masuk pinang awak dahulu. Dan macam mana awak boleh terima dia macam itu saja?” Aku rasa simpati dengan Zahiril. Bukan niat aku nak tolak pinangannya, aku dah berbincang dengan Mama dan Abah, diorang bersetuju dengan apa jua keputusan aku terhadap Zahiril.

Well, actually. Aku yang masuk pinang dia dulu. 3 bulan yang lepas. Parents kitaorang kawan masa sekolah dulu.” Haikal mencelah. Aku pandang Haikal dengan wajah kehairanan. Pandai gila mamat ni reka cerita. Siapa parents dia pun, aku tak tahu. Tambahan lagi, aku tak pernah nampak muka dia kat pintu rumah aku.

Zahiril memandang aku. Aku tidak menghiraukan pandangan Zahiril. Tiba-tiba aku rasa simpati terhadapnya. “Aku ucapkan tahniah pada kau.” Zahiril menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Haikal. Haikal menyambutnya dengan mesra. Aku perhatikan situasi itu dengan rasa hairan. Nak tergelak pun ada juga.

Nanti nak kahwin, jangan lupa jemput saya.” Zahiril berkata sebelum beredar. Aku hanya memandang kelibat Zahiril. Ada rasa simpati terhadapnya. Haikal memandang aku dengan senyuman.

Geez… pandai gila kau reka cerita. Anyway, thanks la. Aku memang nak tolak pinangan dia. Tapi tak tahu macam mana. Aku dengan dia buat satu perjanjian dimana, kalau aku tak jumpa calon suami aku dalam masa 2 bulan… err… actually tinggal 2 minggu lagi, aku kena terima pinangan dia.” Aku menjawab panjang lebar tanpa menghiraukan senyuman di wajah Haikal.

Wow… so kau  memang pergunakan aku la tadi?” soal Haikal. Aku hanya mengangguk.

Dah kau cakap kau pun bakal tunang aku. Tetiba je. So aku dapat idea tu. Haha.”

Tapi aku tak reka cerita. Aku memang bakal tunang kau. Parents kau dan parents aku dah setuju nak jodohkan kita dua.” Haikal berkata. Aku terdiam. Biar betul mamat ni. Ke saja nak prank aku ni.

Yeela sangat. Aku takkan percaya dengan tipu muslihat kau.”

Betullah. Takkan parents kau tak pernah cakap pasal nak jodohkan kau dengan anak kawan diorang?” Soalan Haikal membuatkan aku teringatkan perbualan dengan Mama aku beberapa hari yang lepas.

Kalau Aina tak nak terima pinangan Zahiril tu, Mama ada calon lain untuk Aina. Anak kawan Abah kamu. Alif namanya. Kamu ingat kot dia.” Aku teringatkan kata-kata Mama. Aku bersetuju jelah. Sebab seingat aku, Aliff tu pernah jadi kawan aku masa sekolah rendah dulu. Baik dan sopan-santun.

Takkan kau yang budak Aliff tu?” soal aku kepada Haikal. Haikal mengangguk.

Aliff Haikal. Nama penuh aku.

Aku mengangakan mulut aku. Terkejut dengan ayat Haikal. Aku menelan air liur. Tidak tahu apa yang harus aku katakan. “Kau tipu je kan?

Tak. Aku tak tipu. Cuba kau tanya Mama kau.” Haikal tersenyum ke arah aku. Aku menelan air liur. Ah… biar betul mamat ini. Saja mahu bergurau dengan aku.

Okeylah. Kita jumpa lagi. Kau tanyalah Mama kau betul-betul. Aku tak tipu kau. Kau pun dah setuju kan?” Haikal berdiri sambil tersenyum memandang aku. Aku mengerutkan dahi.

Jumpa lagi, Aina.” Haikal beredar. Dan aku masih di situ. Memikirkan kebenaran mengenai kata-kata Haikal. Aku harus menelefon Mama pada malam ini untuk mengetahui kesahihan cerita itu.

p/s- itu je yang aku boleh terfikir.. huhu

Friday, February 10, 2012

Dunia hari ini


hoping


Yaa.. daa makin kejam. Serius. Bila tengok berita pompuan kena bunuh, kena pijak, kena rogol dan so on la… bayi dibuang merata-rata macam benda tu sampah…  gay dan lesbian yang bertaburan menunjukkan dengan bangganya hubungan diorang yang songsang… siap letak kat blog lagi. Terbitnya kes-kes yang macam mempersendakan agama, pemimpin Negara (aku kinda dislike politik) dan sebagainya…
 

Yup… membaca-baca berita sebegini, kadang-kadang buat aku tersentap… tersentap dengan kekejaman zaman sekarang… betulla… semakin maju dunia, semakin mundur akhlak dan etika.

Kadang-kadang bila baca berita tentang nasib rakyat kat Negara lain, yang porak peranda, yang asyik berperang… di mana kaum pompuan kat sana dihina, dicerca dan sebagainyala… serius buat aku bersyukur hidup kat Malaysia yang boleh aku katakan aman damai.. eh aman damai ke? Bila parti politik asyik buat tuduhan sesame sendiri.. eh biarla… aku bukannya nak bercakap pasal politik sekarang.. plus pengetahuan aku terhadap politik adalah zero.. ZERO okey.. even takdela Zero sangat sebab ada sesikit aku ambik tahu… haha.
keep being happy..=)

Jadi, bersyukurla korang yang hidup kat Malaysia. Err… aku bukannya ada jiwa patriotic sangat but aku bersyukurla hidup di Malaysia. Argh… lantak la dengan gejala social tu.. asalkan kamu-kamu semua tahu dan pandai menjaga diri. Yang penting keimanan tetap menebal dalam diri kamu. Yaa… sila jaga hati dan serta akal.  Peace semua…
p/s- aku sedeh.. =)

there's always reason for that

Sunday, February 5, 2012

Sahabat baik


sahabat baik.
Kenapa kau tak boleh terima aku?” soal Taufiq sambil berjalan di sebelah di sebelah Diana. Dipandangnya Diana dengan perasaan kecewa. Terlalu kecewa bila Diana menolak cintanya. Perkenalan yang berlaku ketika di minggu orientasi  4 tahun yang lepas membuatkan mereka menjadi sahabat baik. Mereka bertiga. Diana, Taufiq dan Nadia.

Sebab kau sahabat baik aku. Aku tak boleh terima kau,” Diana memandang Taufiq dengan perasaan bersalah. Dia masih berpegang kepada prinsipnya. Tidak akan jatuh cinta pada sahabat sendiri.

Dan kau jadikan itu sebagai alasan? Aku tak boleh terima Diana. Alasan kau memang tak masuk akal,” marah Taufiq. Dari saat dia meluahkan perasaanya pada Diana, alasan itu sahaja yang digunakannya. Sebab dia sahabat baik Diana. Taufiq tahu, Diana tidak akan sama sekali bercinta dengan sahabat baiknya.

Yaah. Aku harap kau faham. Sebab kau sahabat baik aku. Aku tak nak persahabatan kita musnah sebab ini. Please… ada orang yang lagi sesuai untuk kau dari aku,” Diana memandang Taufik. Dia bersalah sebab mengecawakan Taufiq. Tapi dia punya sebab untuk itu. Sebab yang Taufiq tidak boleh tahu.

Fine!” Taufiq beredar dengan perasaan marah. Kali ini dia sudah give up dengan Diana. Diana memandang Taufiq berlalu pergi. Air matanya mula bergenang namun cepat-cepat disapunya. Tidak mahu orang ramai di kafe memandang dirinya.

Semenjak itu, Taufiq sudah tidak bertegur sapa dengannya. Even dalam kelas, Taufiq lebih rela duduk jauh darinya. Dan bila dia menyertai Nadia dan Taufiq yang sedang rancak berbual, Taufiq akan terus beredar. Apatah lagi melihat muka Diana dari jauh. Benci agaknya. Ah… Diana cuba bertahan untuk beberapa bulan lagi. Selepas itu dia akan tamatkan pengajiannya, meninggalkan Taufiq. Bukan niatnya untuk memutuskan persahabatan yang terjalin, tapi kalau itu yang Taufiq mahu, dia menuruti.

kekalkan persahabatan itu.

Kau dengan Taufiq kenapa?”soal Nadia pada suatu petang. Dia perasan Taufiq lebih banyak menghabiskan masa dengannya walaupun mereka tidak sama kos. “Asal pula?” soal Diana. Memikirkan sama ada patut atau tidak memberitahu Nadia perkara sebenar. Dia risau jika itu akan melukakan hati Nadia.

Yelah Taufiq tu, setiap kali aku sebut nama kau, dia mengamuk. Dia suruh aku jangan cakap pasal kau. Kau gaduh dengan dia eh?” soal Nadia. Nadia masih tidak mengetahui hal yang sebenar. Perihal tentang perasaan Taufiq pada dirinya. Satu sifat tentang Taufiq yang Diana kagumi, Taufiq seorang yang boleh simpan rahsia.

Err… kau assume jelah. Yang aku tak dapat nak siapkan part aku yang assingment kitaorang on time,” bohong Diana. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk merahsiakan perkara sebenar dari Diana.

Lah, itu je ke? Agak-agak la Taufiq tu nak mengamuk sampai macam tu sekali. Lagipun kau siapkan juga kan? Bukannya kau tak siapkan,” Nadia menggelengkan kepalanya. Dia tahu sifat Taufiq yang mahu sesuatu tepat pada masanya.

Yeela.. aku hantar lambat je. Aku ada banyak lagi assingment yang nak dibuat,” Diana berkata lagi. Berasa serba salah membohongi Nadia.

ah.. maaf.
Nasib baik, aku tak sama kos dengan korang. Assingment berlambak. Tengok kos aku, 2 3 subjek je ada assingment group,” kata Nadia sambil tersenyum. Diana hanya tersenyum. “Tak apa, biar aku tolong damaikan korang berdua. Tak bestlah korang berdua gaduh. Susah nak lepak sama-sama,” tambah Nadia lagi.

Dan seperti dijanjikan Nadia, dia mengaturkan satu pertemuan pada petang itu. Pada mulanya Taufiq mengamuk bila melihat Diana ada bersama. Namun, selepas dipujuk oleh Nadia, Taufiq akhirnya akur. Dan mereka akhirnya berjaya menyelesaikan perselisihan faham yang terjadi. Namun Nadia masih tidak mengetahui hal yang sebenar. Taufiq tidak mahu hal sebegitu diketahui selain dari dia dan Diana.

Beberapa tahun telah berlalu, 

Ana,” panggil Taufiq ketika berjanji untuk berjumpa dengan Diana selepas waktu kerja. Lamunan Diana terhenti. Dipandangnya Taufiq dengan senyuman. Menutup rasa kecewa di hatinya.

Terima kasih,”Taufiq berkata sambil memandang Diana.

Untuk apa?”soal Diana kehairanan.

ah... sweet. =)
Kalau kau tak tolak cinta aku masa kita di semester akhir di U, aku takkan jumpa kebahagian aku sekarang,” Taufiq tersenyum. Diana tersenyum. Tidak tahu apa yang harus dikatakannya. Hatinya kecewa mengetahui Taufiq dan Nadia bakal berkahwin esok. Yaa…Diana menolak cinta Taufiq kerana Nadia. Dia tahu Nadia punya perasaan pada Taufiq. Dia tak mahu persahabatan mereka putus sebab sifat penting diri yang ada padanya.

happy married

Kau akan datang kan masa majlis akad nikah esok kan?”soal Taufiq apabila Diana mendiamkan diri. Diana mengangguk.

Of course la aku datang. Bagi semangat kat kau yang berdarah gemuruh,”usik Diana. Taufiq ketawa. Dia tersenyum memandang Diana tanpa mengetahui hati Diana sudah terhiris semenjak mengetahui hubungannya bersama Nadia.

Sebab aku sahabat baik kau, aku buat begitu,’ Diana berkata di dalam hatinya.

I will be fine..

p/s-yeah… akhirnya cerpen pertama daa siap.. heheh. 
Idea aku dapat dari cerita Pelangi Kasih.. heheh..