Tuesday, January 31, 2012

Lelaki itu.


she staring at him.. =)

Seorang gadis bertubuh gempal , sebenarnya tidaklah gempal sangat, dia mungkin berisi sedikit sedang memandang seorang lelaki tidak jauh dari pandangannya. Yaa… dia perhatikan lelaki itu dari jauh. Memerhatikan lelaki itu sedang makan bersama seorang perempuan. Tidak mungkin itu kekasihnya, sebab dia tahu kekasih lelaki itu, adalah rakan sekelasnya. Dia pernah lihat facebook rakan sekelasnya yang dipenuhi dengan gambar-gambar mereka berdua. Hatinya sakit mungkin. Mungkin.

Dia menanti kawan baiknya di suatu sudut di ruang makan itu sambil membelek nota di tangannya. Petang itu ada kuiz. Kuiz Management Ethic. Kelas sama dengan lelaki itu. Ah… kebetulan kah? Kadang-kadang dia selalu curi-curi pandang lelaki itu dalam kelas. Namun lelaki itu tidak pernah menegurnya. Selalu bersua di fakulti. Namun tiada sapaan mahupun senyuman. Yaa… mereka saling mengenali antara satu sama lain. Dia tahu nama lelaki itu dan lelaki itu tahu namanya. Dia tersenyum mengingatkan perkenalannya dengan lelaki itu beberapa tahun lepas.
she hide her feeling..=)

Dia tahu dia tidak layak dengan lelaki itu. Dia tidak punya rupa yang cantik berbanding perempuan-perempuan yang selalu bersama lelaki itu. Dia tidak punya fizikal yang menarik berbanding perempuan-perempuan yang selalu bersama lelaki itu. Dia tahu itu.

Dan kawan lelakinya tiba, duduk berhadapan dengannya sebelum kawannya menyedari kewujudan lelaki itu di satu sudut di ruang makan. Kawannya tersenyum lalu membuka satu kisah tentang lelaki itu di hadapannya. Kisah di mana kawannya terserempak dengan lelaki itu sedang makan dengan seorang perempuan lain di kolej penginapannya. Dia tersenyum mendengar cerita kawannya itu. Dia tahu lelaki itu sentiasa dikelilingi oleh perempuan-perempuan. Jarang dia lihat lelaki itu bersama kawan lelaki kalaupun hanya seorang sahaja, kawan baik lelaki itu mungkin. Dia membuat andaian.
kadang-kadang ignore itu lagi baik.
Dan tiba waktu petang, kelas Management Ethic, dia masuk ke kelas, memilih tempat yang selalu dia duduk. Dia berseorangan tanpa ditemani kawan-kawan rapatnya yang sama kos. Tidak sama kelas. Dia terlanjur mendaftarkan diri ke group lain. Dan lelaki itu masuk. Dia perhatikan pergerakan lelaki itu. Dan tiba-tiba lelaki itu mengambil tempat di sebelahnya. Dia kaget. Jantungnya berdegup dengan laju. Lelaki itu tersenyum kepadanya. Dia membalas senyuman lelaki itu.

Dan kuiz dimulakan. Dia memandang lelaki itu yang khusyuk menjawab soalan kuiz. Dia pandang pula kertas soalannya. Ada 1 soalan lagi yang belum dijawabnya. Dia tidak tahu jawapan kepada soalan itu. Masa hanya tinggal 5 minit lagi.Dan tiba-tiba lelaki itu mendekatkan kertas jawapannya di sebelahnya. Dia memandang lelaki itu. Lelaki itu mengangguk memberi isyarat supaya meniru jawapannya. Dia hanya menurut. Dan masa menjawab kuiz telah tamat. Lelaki itu mengambil kertasnya untuk diserahkan kepada pensyarah.

Dia mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu. Lelaki itu hanya tersenyum kepadanya. Dia gementar. Lelaki itu bangun setelah pensyarah keluar. Dia juga. Berjalan dari belakang lelaki itu untuk ke pintu.
mungkin harus biarkan dari terus meyakitkan..
Di luar kelas, dia lihat kekasih lelaki itu sedang menanti lelaki itu. Perempuan itu tersenyum ke arah lelaki itu. Hatinya kecewa. Sakit melihat situasi itu. Akhirnya dia beredar. Namun, tanpa dia sedari, lelaki itu turut memerhatikannya dari belakang. Melihat dia berjalan ke arah bas yang sedang menunggu. Rasa bersalah muncul di hati lelaki itu.

p/s-tak tahu nak letak tajuk apa… 
dan tiada kaitan dengan penulis..=)

3 tahun~kisah 14~

kisah sebelum ini di sini
Setibanya Ain di parking tempat kerjanya, dia lihat seorang perempuan sedang bersandar di keretanya sambil memeluk tubuh. Hari itu Ain pulang lewat. Lewat 1 jam dari biasa. Dan kawasan parking lenggang. Mungkin sudah ramai yang pulang kerja. Gelagat perempuan itu yang asyik memandang jam di pergelangan tangannya buatkan ia tidak menyedari ketibaan Ain.

Sarah,” Ain bersuara setelah yakin siapa perempuan yang sedang menantinya. Sarah berdiri tegak. Dia memandang Ain. Menarik nafas sedalam-dalamnya. Menahan rasa kebengangan di dada diatas kelewatan Ain. Ah… bukan salah Ain pun. Dia yang membuat keputusan mahu berjumpa dengan Ain sekali lagi. Mahu meluahkan rasa marah yang disimpan di hati. Semuanya disebabkan Ain. Sudah 2 bulan lebih, Hazwan tidak menghubunginya. Ditelefonnya Hazwan tapi tidak berjawab. Dihantar SMS tapi tiada balasan. Yaa… Sarah tahu Hazwan mungkin sudah tahu tentang penipuannya.


you still have choices

Apa yang kau buat kat sini?” Ain bertanya setelah Sarah hanya mendiamkan diri. Ain rasa dia tahu tujuan Sarah berjumpa dengannya sekali lagi. Mungkin mahu membicarakan tentang apa yang ditulis di blognya. Yaa… Ain tahu mungkin tindakannya telah mendatangkan masalah kepada Sarah tapi itu blognya bukan bukan blog Sarah dan dia hanya menggunakan haknya sebagai pemilik blog tersebut.

Datang jumpa kau,” Sarah berkata dengan angkuh. Ain tersenyum sinis. “Kau datang jumpa aku? Untuk apa?” Ain menyoal tujuan Sarah walaupun dia mungkin sudah tahu tujuan Sarah. “Hairan aku, bukan ke kau yang cakap tak nak jumpa aku lagi?” Ain memulangkan balik kata-kata Sarah pada hari itu.

Sarah menarik nafas sedalam-dalamnya. Bengang dengan ayat Ain. Yaa… dia tahu dia pernah berkata sedemikian ketika dia memutuskan persahabatan dengan Ain. “Boleh tak kau jangan nak tambah bara kat hati aku ni?” Sarah berkata dengan nada marah. Ain pandang Sarah dengan reaksi kosong. Malas mahu melayan Sarah. “Ok, fine,” Ain membalas pendek.

Aku nak tanya, asal kau tulis macam tu?” Sarah bertanya dengan rasa marah sedang melingkari di hatinya. Ain hanya pandang Sarah dengan reaksi kosong lagi. “Tulis apa?” Ain buat-buat tidak mengerti. Sarah semakin bengang. Ah… Ain nak berlagak tidak tahu dengannya.

Oh, tolonglah. Berhenti berlakon. Kau tahu apa yang aku maksudkan. Blog kau!” Sarah semakin meninggikan suaranya. “Kenapa dengan blog aku?” Ain bertanya lagi. Masih lagi berlagak tidak mengetahui apa-apa yang dimaksudkan oleh Sarah.


please listen to me.
Boleh tak kau jangan nak permainkan aku?” Sarah sudah makin tidak sabar dengan sikap Ain yang berlagak bodoh. “Fine, if that what you ask, Cik Sarah Huda,” Ain akhirnya mengikut rentak Sarah. Malas mahu memanjangkan perbualan tersebut.

Asal kau tulis macam tu? Kau tahu kau dah rumitkan keadaan!” Sarah berkata. Segala-galanya harus diluahkan. Rasa amarah pada Ain yang disimpan sejak entri yang ditulis di blognya pada hari itu. “Tulis yang macam mana? Aku ada banyak benda yang aku tulis di blog. Aku tak tahu yang mana dah buatkan kau berada dalam situasi rumit,” Ain berkata malas. Dia pandang muka Sarah yang hampir tegang.

Yang kau cakap kau dah bertunang,” Sarah menjawab pendek. Ain tersenyum sinis. “So, betullah. Apa yang buat kau rumitnya?” Ain berkata dengan nada tenang. Sarah terdiam. Ah… jadi betullah Ain dah bertunang? Jadi Ain bukan dengan Hazwan. Hatinya kembali tenang seketika. Selama ini dia sangkakan Ain telah merampas Hazwan darinya memandangkan Hazwan tiada reaksi bila dia menghubungi Hazwan.

Dengan siapa?” Sarah bertanya. “Itu bukan urusan kau,” kata Ain dengan malas. Sarah tersentap. “So, apa sebenarnya yang kau nak cakap?” kata Ain sambil berjalan ke pintu keretanya. Dia penat. Mahu balik dan tidur awal malam itu. Adam sudah menghubunginya pada hari ini, mengatakan dia akan outstation keesokan harinya.

just stay strong
Aku… aku…” Sarah cuba menyusun ayat untuk meluahkan rasa di hatinya. “Kau tahu Hazwan tak hubungi aku langsung selepas kau tulis entri macam tu,” akhirnya Sarah menceritakan hal sebenar. Ain hanya pandang Sarah. Dia pun sudah lama tidak bersua dengan Hazwan. Yang last dia tahu tentang Hazwan dari Kamal ialah Hazwan ada urusan kerja di luar daerah.

Apa kaitan dengan aku? Aku pun dah lama tak jumpa Hazwan,” Ain berkata benar. Sarah terdiam lagi. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakannya. Mahu mempercayai atau tidak dengan ayat yang keluar dari mulut Ain.

Kau tipu kan?” Sarah memilih untuk tidak mempercayai kata-kata Ain. “Suka hati kau la nak percaya ke tak. Aku cakap betul pun kau cakap tipu. Aku cakap tipu lagilah kau tak percaya,” Ain berkata malas sambil membuka pintu keretanya. Tiba-tiba Sarah menariknya. Ain terkejut dengan tindakan Sarah. Sarah sudah gila. Desis hati Ain.
stay calm


Kau gila ke apa?” Ain berkata dengan nada tinggi selepas terkejut dengan tindakan Sarah yang menarik lenganya secara tiba-tiba. “Macam mana kau boleh relax lepas apa yang kau dah buat pada aku?” Sarah bersuara tinggi. Boleh dibayangkan satu kawasan parking itu bergema dengan suaranya. Ain menarik nafas sedalam-dalamnya. Ah… apa lagi yang Sarah mahu. Sarah yang memutuskan persahabatan mereka bukan Ain. Ain Cuma melakukan haknya sebagai pemilik blog. Mungkin Ain pentingkan diri sendiri. Tapi itu blog Ain bukan blog Sarah dan Ain tidak pernah meminta Sarah menyamar sebagai Miss Dark.

Apa yang kau nak sebenarnya? Kalau Hazwan tak contact kau, aku tak ada kaitan dengan apa yang terjadi antara kau dengan dia,” Ain berkata dengan nada tegas. Sarah tersenyum sinis. “Kau cakap kau tak ada kaitan dengan apa yang berlaku?” Sarah makin meninggikan suaranya. “Sebab entri kau yang hari tu, dia ignore panggilan dari aku. Dia senyap. Kau tahu tak!

Mungkin dia sibuk,” Ain cuba menenangkan hati Sarah. “Sibuk?” Sarah berkata. Keadaannya sudah seperti orang yang tidak waras. “Kau tak tahu ke yang Hazwan kena bekerja luar daerah untuk sementara waktu?” Ain cuba memberitahu Sarah apa yang dia tahu tentang Hazwan. Sarah terdiam. Dia teringatkan yang Hazwan pernah memberitahunya tentang dia terpaksa bekerja di luar daerah untuk sementara waktu. Sarah pandang Ain yang sedang memeluk tubuh.

Whatever la. Tapi kalau Hazwan tinggalkan aku, sampai mati pun aku takkan maafkan kau,” Sarah mengeluarkan ugutan. Tidak mahu mengaku dia yang bersalah pada permulaanya.

Ain hanya tersenyum sinis. Dia tidak dapat menahan sabar lagi. “Kau nak salahkan aku kalau Hazwan tinggalkan kau?” Ain menyoal dengan rasa menyampah. Sarah hanya mengangguk sambil berkata, “Yup. Ni semua salah kau. Kalau kau bagi aku blog tu, semua ni takkan terjadi,” Sarah berkata dengan nada yang angkuh.

Ohooo… so ni salah aku la from the beginning? Kalau aku tak create blog tu, so tak adalah kisah kau jadi macam ni?” Ain cuba lagi menahan rasa marahnya dari terkeluar. “Ah… pandai juga kau berfikir. Betul. Kalau kau tak create blog tu,Hazwan takkan treat aku macam ni,”Sarah menjawab kata Ain.

Ain tersenyum sinis. “Tapi tak ada sesiapa pun yang mintak kau menyamar,” Ain tidak mahu mengalah. Sarah tersentap. Dia panas hati dengan kata-kata Ain. “Kalau kau tak menyamar, benda ni takkan terjadi. Kau yang beria-ia nak menyamar. Aku tak cakap apa-apa pun pada Hazwan. Dan lagi pun, tu blog aku, bukan blog kau. So, aku ada hak atas apa yang aku nak tulis dalam blog tu,”Ain berkata dengan nada sinis. Malas lagi mahu bersabar dengan Sarah. Selama ini dia hanya mendiamkan diri bila tahu Sarah menuduhnya. Mendiamkan diri bila Sarah menyamar menjadi dirinya semata-mata mahu meraih cinta Hazwan.

ain tidak bersalah

Sarah mengigit bibirnya. Geram dengan ayat Ain yang menempelak dirinya. “Kau memang takkan mengaku salah kan?” Sarah berkata lagi. Tidak mahu mengalah. Cuba memikirkan cara untuk membidas balik kata-kata Ain terhadap dirinya.

Tak, aku takkan mengaku salah. Sebab tu bukan salah aku,”Ain berkeras. Masih dengan keputusannya. “Kau nak cakap ni salah aku?” Sarah bersuara tinggi. Hatinya dah makin panas dengan kata-kata Ain.

Yup,” Ain menjawab pendek. “Sebab kalau kau tak menyamar, semua ni takkan terjadi. Tak ada sesiapa yang mintak kau menyamar pun,” Ain menambah lagi. Mengulang balik apa yang dikatakan kepada Sarah.

Sarah sudah hilang sabar. Tangannya dinaikkan mahu menampar Ain tapi dihalang oleh satu tangan lelaki. Sarah terkejut. Dia memandang lelaki yang cuba menghalang tindakannya. Dia tidak pernah melihat lelaki itu.
Ain memandang Adam yang sedang menghalang Sarah dari menamparnya. Dia hairan bagaimana Adam sekali lagi tahu dia berada di situ. Ain hanya mendiamkan diri sambil silih berganti memandang Adam dan Sarah.

Kau Sarah kan?” Adam bersuara sambil memandang Sarah dengan tajam. Sarah kembali merenung Adam dengan pandangan tajam. Sarah diam. Malas menjawab pertanyaan lelaki itu. Sarah pandang lelaki itu yang berada di sebelah Ain dari atas sampai bawah. Cuba untuk melepaskan pergelangan tangannya dari genggaman lelaki itu. Lelaki yang sedang memandangnya dengan perasaan marah.

Kau Sarah yang menyamar sebagai Miss Dark tu kan?” Adam kembali menyoal lagi perempuan itu. Nasib baik dia mengikut gerak hati mahu berjumpa Ain sebelum outstation keesokan harinya. Ingat mahu membuat kejutan kepada Ain tetapi pengawal keselamatan berkata Ain baru turun ke tempat parking jadi dia mencari Ain di tempat parking dan dia mendapati Ain sedang bertengkar dengan seorang perempuan. Dia hanya mendengar pertengkaran itu berlaku di sebalik tiang, di sebalik belakang Ain. Mungkin dia tidak faham dengan jelas apa yang digaduhkan oleh perempuan itu, tapi yang pasti ia tentang blog Ain. Ingat mahu biarkan sahaja pertengkaran itu sehingga perempuan itu beredar namun bila dilihat tangan perempuan itu diangkat, dia cepat bertindak. Tak mahu sesiapa pun lukakan Ain.

Adam hanya mahu lindungi Ain.
Ain memandang Adam. Bagaimana Adam tahu tentang Miss Dark. Bagaimana Adam tahu Miss Dark itu bukan Sarah. Dalam hatinya berdebar. Tak mungkin rahsia dia yang itu Adam tahu.Tak mungkin. Hati Ain berbisik.

Kau siapa?” Sarah bersuara sambil berusaha untuk melepaskan lengannya dari genggaman lelaki itu. Adam tersenyum sinis dengan soalan perempuan itu. Dia melepaskan lengan Sarah. “Kau memang tak tahu malu kan? Dahlah menyamar and then nak tuduh pula,” Adam tidak menjawab soalan Adam. Sarah menarik nafas. Bengang dengan kehadiran lelaki itu dan kemudian mahu memarahinya pula.

Kalau kau tak de kaitan, jangan masuk campur,” Sarah berkata angkuh. Matanya memandang Adam dengan keras. Kemudian dipandangnya Ain yang hanya mendiamkan diri. “Sebab ada kaitan la aku masuk campur,” Adam berkata dengan marah. Sarah tersenyum sinis. Dia pandang lagi lelaki itu dari atas sampai bawah. Boleh tahan rupanya walaupun sedang marah.

Jauhkan diri kau dari Ain,” Adam menyambung lagi. Sarah tersentap. Bagaimana lelaki tersebut kenal Ain? “Bukan hal kau la,” Sarah berkata sinis. “Apa yang berkaitan dengan Ain, berkaitan dengan aku. Kalau kau nak menyamar Miss Dark pun, teruskan tapi jauhkan diri kau dari dia,” Adam berkata dengan nada keras.

Gila,” Sarah berkata. Adam tersenyum sinis memandang Sarah di hadapannya. “Kau menyamar sebagai Miss Dark yang kita berdua tahu itu adalah Ain, aku diamkan je sebab Ain tak cakap apa-apa. Tapi bila dah sampai tahap ni penipuan kau, aku dah tak boleh nak bertolak ansur even Ain masih lagi boleh nak bertolak ansur dengan kau,” Adam berkata sambil memandang Ain di sebelahnya. Diam dan kaku.


Ah... rahsia sudah terbongkar
 Ain menarik nafas sedalam-dalamnya. Cuba bertahan. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi. Adam tahu rahsia dia yang itu. Rahsia yang dia cuba rahsiakan dari kenalanya. Rahsia yang dia akan bongkarkan kepada Adam bila tiba waktunya.

Kau…” Sarah tidak tahu apa yang harus dikatakannya. Nampaknya lelaki di hadapannya tahu secara jelas apa yang dia buat. “So, sama ada kau blah sekarang atau aku panggilkan security guard,” Adam memberi pilihan kepada Sarah. Sarah mendengus sebelum mengambil keputusan beredar.

Adam memandang Ain. Dia tahu Ain terkejut dengan apa yang dia tahu tentang Miss Dark. “Adam…” Adam cuba menyusun kata untuk menceritakan hal sebenar.

biarkan ia seketika.
Kita…” ada gugup dalam suara Ain. “Kita… sambung lepas Adam balik,” Ain berkata sebelum berjalan ke keretanya, menghidupkan enjin dan beredar dari situ tanpa mempendulikan Adam. Adam hanya memerhatikan kereta milik Ain meninggalkan kawasan parking itu.

gigi bongsu


Ah… gigi aku sakit tetiba. Entah… gigi bongsu pun belum tumbuh lagi. Umur dah menginjak 20 something. Tapi belum alami lagi. Kawan aku cakap.. bila gigi bongsu tumbuh, memang teramat sakit.. sakit gila-gila sampai kau rasa kepala nak pecah.
gigi bongsu, sila buat baik ya..=)

Cakap pasal ketumbuhan gigi bongsu, teringat bila ex-roomate aku nangis 2 tahun lepas sebab gigi bongsu dia tumbuh… dia nangis gegila ah. Memula aku ingat dia gaduh dengan boyfriend dia, rupa-rupanya dia punya gigi bongsu nak tumbuh. Oh… sakit siot.

Baru aku tahu… aku ingatkan rasa sakit tu macam kena gigit pacat.. hehhe. Rupa-rupanya agak bahaya bila gigi bongsu tumbuh. Eh… aku kan anak bongsu, so harap gigi bongsu yang akan tumbuh nanti buat baik lah. Kita kan sama-sama bongsu, kata aku pada gigi bongsu.. huhuh.

Tapi aku tahu gigi aku sakit bukan sebab gigi bongsu nak tumbuh… ni sebab aku balun 1 bekas ice cream Walls Very Rocky Road semalam.. heheh. Kan dah cakap aku ni kaki makan aiskrim.. hahah. Sebab tu setiap cerita aku, aku letak watak heroin dia suka makan ice cream.. huhuhu.

sedap kan?

Oh… okeylah. Mahu beredar. Aku ada siapkan cerita lain pula. Tapi rasanya tak publish kot. Nak buat kenangan… huhu. Yang 3tahun pun tak habis lagi. Tak tahu macam mana nak create lagi jalan ceritanya.. heheh.

Sunday, January 29, 2012

3 tahun~kisah 13~part 2~

sambungan dari sini
here comes the love

 Dan kenapa Adam ambil keputusan ni? Pertunangan? Jodoh bukan di tangan kita. You know that, right?” Ain mengeluarkan soalan seterusnya. Adam tersenyum. “Ain pernah dengar Istikharah?” Adam bertanya. Ain mengangguk. “Adam buat cara tu. Setiap 1 kali seminggu Adam buat solat tu. Actually starting masa kita kenal secara rasmi. Ain tahu Adam. Adam tahu nama penuh Ain,”Adam memberi jawapan. Tetiba rasa kagum terbit di hati Ain terhadap Adam.

Sem 5?”Ain menyoal lagi. Adam mengangguk. “Yup. Sem 5. Adam minta petunjuk dari ALLAH. Setiap kali Adam selesai solat Istikharah, Adam akan mimpi tentang Ain. Sebab itu Adam luahkan perasaan Adam pada Ain masa kita di sem last. 3 tahun Adam minta pada Ain. Ain buat perkara yang sama tak?” Adam bertanya Ain sama ada di turut membuat Solat Istikharah sepanjang 3 tahun itu.
always love you forever

Ain terdiam. Takkan mahu mengiyakannya. Dia malu. “Err… entahla. Setiap kali Ain solat tu, Adam akan muncul dalam mimpi Ain tapi Ain rasa mungkin tu hanya mainan tidur semata-mata,”Ain berkata benar. “Kenapa pula?” Adam bertanya. “Yeela… kalau kita mimpikan seseorang itu bermakna kita rindukan orang itu,” Ain berkata. Adam tersenyum. “So, Ain rindu Adam la 3 tahun tu?” Adam bertanya. Ain hanya mendiamkan diri. “Tak apa. Adam anggap diam itu jawapannya ya.Adam pun rindukan Ain juga,” Adam berkata dengan senyuman. Ain malu.

Tapi pertunangan?” Ain kembali menyuarakan soalan yang sama. “Adam dah fikir masak-masak. Umi Adam pun dah setuju. Family Ain pun dah bersetuju,” Adam berkata dengan senyuman. “Wah… Adam memang betul-betul jumpa dengan family Ain?” Ain bertanya.

Yup. Semua. Include your aunts. Betullah bila Ain cakap, kalau Ain nak kahwin nanti, boyfriend Ain kena jumpa dengan mak cik-mak cik Ain. Kena disoal siasat. Kaget juga bila masa Adam datang rumah Ain tu, Mak Ain call Mak Ngah Ain, Mak Lang Ain dan call Mak Su Ain. Semua datang,” Adam menceritakan peristiwa dia datang ke rumah Ain. “Kita orang ada strong relationship. Apa-apa mesti bincang dulu,”Ain berkata dengan senyuman.
to me you are perfect

Kaget tau bila kena soal macam-macam,”Adam menyambung lagi. “Tapi Adam lulus kan? Mereka terima Adam kan? Siap puji-puji lagi,” Ain berkata sambil mengingatkan ketika dia pulang ke kampung hari itu. Berbagai-bagai pujian yang terkeluar dari mulut mak cik-mak ciknya. Adam hanya tersenyum. “Yup. Even ada la jugak kak Adam tolong back-up kan untuk Adam.”

Nanti Adam bawa Ain jumpa dengan family Adam. Umi Adam dah lama nak jumpa Ain,” Adam menyuarakan hasratnya. Ain mengangguk dengan tersenyum. “So Umi Adam tahu la tentang Ain?”Ain bertanya. Adam mengangguk. “Yup, Adam cerita tentang Ain pada Umi sebelum Adam bertolak ke oversea 3 tahun lepas,”Adam berkata. “Dia setuju. Suka pada Ain,” Adam menyambung lagi. “Err… jangan cakap yang dia tahu semua tentang Ain?” Ain bertanya. Adam hanya mengangguk dengan tersenyum. “Malunya,”Ain menyuarakan perasaanya ketika itu.

Nak malu apa? Tak ada apa-apa lah. Umi Adam okey je. Tiap-tiap minggu dia call Adam tanya macam mana Ain, perangai Ain dan so on la,” Adam berkata lagi sambil memandang muka Ain yang hampir merah sebab malu. “Geez, anak mak betul,” Ain berkata. Cuba menutup rasa malu dalam dirinya. Adam tersenyum. “Dah, Ain anak manja,” Adam berkata. Ain pandang Adam.

Mana ada,” Ain membangkang ayat Adam. “Betulla. Ain hanya akan tunjuk manja Ain dengan orang yang rapat je. Mula-mula Adam ingat Ain ni independent. Memanglah sebab Ain asyik mengaku Ain ni anak sulung,” Adam berkata. “Dah memang anak sulung,” Ain menyampuk. “Dan juga anak bongsu,”Adam berkata dengan tersenyum.
you are my sunshine

 “Dahlah, jom makan. Lapar,” Ain bersuara setelah makanan yang dipesan tiba. Adam tersenyum mendengar ayat Ain. “Jap,” Adam berkata sambil mengambil pinggan Ain ke sebelahnya. Ain hanya memerhatikan tingkah laku Adam. “Nah,” Adam meletakkan kembali pinggan Ain di hadapannya.

Kenapa?” Ain menyoal. “Ain kan alah dengan seafood. So yang seafood tu bagi dekat Adam,” Adam menjawab soalan Ain. “Habis, Ain nak makan lauk apa kalau Adam ambil semua udang dalam Char Kuey Teow ni?” Ain berkata dengan bengang. “Laa… kan Adam bagi telur goreng Adam kat Ain?” kata Adam sambil menunjukkan 2 biji telur goreng dalam pinggan Ain. “Fine,” Ain mengalah. Tak mahu bertelingkah. Perutnya harus diisi. Adam hanya tersenyum melihat gelagat Ain.

Soalan seterusnya?” Adam bertanya ketika melihat Ain menyuapkan sesudu makanan ke dalam mulutnya. Ain tersedak. Dia menghirup minumannya. Adam tersenyum. Ain menelan makanannya sebelum berkata, “Err… entah. Dah tak ingat,” Ain menjawab dengan selamba sebelum menyuap lagi sesudu makanan ke dalam.
my happiness

Tak apa. Masih banyak lagi masa untuk bertanya. Mungkin 6 bulan lebih dari cukup,” Adam berkata dengan senyuman ke arah Ain. Ain pandang Adam. “Kenapa 6 bulan?” Ain bertanya. “Kan biasa orang bertunang 6 bulan.” Adam berkata. Masih tersenyum ke arah Ain. “Asal? Nak perawalkan? Adam okey je,” Adam bergurau.

Ain meletakkan sudunya sebelum berkata, “Yaish… gedik,” Ain berkata dengan nada jengkel. Adam tersenyum. “Gatal la. Gedik untuk perempuan. Gatal untuk lelaki. Tak pernah berubah,” Adam berkata sebelum ketawa. Ain hanya memandang Adam. Dan perjumpaan pada kali itu betul-betul mendamaikan perasaan Ain. Mungkin Adam yang terbaik untuknya.

3 tahun~kisah 13~part 1~

kisah sebelum ini di sini


Telefon Adam berbunyi. Melihat nama yang terpapar di skrin, Adam tersenyum lantas dijawabnya. “Assalamualaikum,” suara di hujung talian memberi salam. “Waalaikumusalam,”Adam menjawab. “Biar Adam yang call,” Adam berkata lagi. Lantas panggilan ditamatkan sebelum Adam menghubungi si pemanggil.
cute
Hello,” Ain bersuara. Adam tidak pernah berubah. Tidak pernah sesekali membiarkan dirinya yang menelefon. Dan jika dia menelefon, Adam pasti menyuruh dia menamatkan panggilan supaya Adam yang menelefonnya. Entah, dia tidak pernah mempersoalkannya. Mungkin itu cara Adam.

Ada apa Ain?” Adam bertanya di hujung talian. Ain menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum berkata, “Ain minta maaf.” Adam tersenyum mendengat ayat Ain. “Untuk apa?” Adam bertanya. Adam tahu sebab Ain meminta maaf. Adam tahu tujuan Ain minta maaf untuk apa yang berlaku 3 minggu yang  lepas. “Untuk apa yang Ain buat hari tu. Ain tahu Ain tak patut buat macam tu. It’s just Ain…” Ain tidak sempat menghabiskan ayatnya. “ Need time for that. Am I right?” Adam menyambung ayat Ain. Ain menarik nafas sebelum mengiyakannya.



It’s okey. Adam tak kisah pun. Mungkin salah Adam juga sebab tak bincangkan hal ni dengan Ain,” Adam berkata dengan tenang. Ain terdiam. Dia tidak tahu apa lagi yang harus difikirkan mengenai pertunangan itu. Marah pun ada. Gembira pun ada. Dia tidak tahu apa perasaannya tika itu. Tika Adam mengakui dirinya sebagai tunangnya.

Ain minta maaf,” Ain meminta maaf lagi. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakannya lagi. “It’s okey. Adam faham. Kita nak bincang di sini or kita nak jumpa?” Adam memberi cadangan. “Entah,” Ain menjawab pendek. “Kita jumpa la, Adam busy sekarang, tak boleh berbual lama-lama. Kita jumpa after office hours, di tempat yang biasa eh?” Adam membuat cadangan. “Oh, okey,”Ain bersetuju.

***************

Adam Fahmi memandang Ain Umairah yang baru tiba dengan penuh senyuman. “Sorry lambat. Ada urgent meeting tadi,” Ain menjelaskan kelewatannya. Adam hanya tersenyum menunjukkan dia tidak kisah. Ain memandang Adam. Dia mendiamkan diri sementara otaknya ligat berfikir bagaimana harus dimulakan perbualan di antara mereka berdua.

dan perasaan cinta itu mula berputik..=)
So?” Adam bersuara sambil tersenyum kepada Ain. “Apa yang Ain nak bincangkan? Or apa yang Ain nak tanya?” Adam bersuara lagi. Ain hanya tersenyum memandang Adam. Ah… Adam tahu-tahu saja dia punya banyak persoalan yang bermain di fikirannya. “Tahu-tahu saja ada soalan yang Ain nak tanya?”Ain berkata dengan senyuman. Mungkin dia sudah dapat terima hakikatnya yang Adam itu adalah tunangnya.

Sebab Ain yang call Adam. Saying Sorry. Then Ain must be have something to talk about,”Adam pandang Ain dengan tersenyum. Ain tunduk. Dia tidak tahu dimana harus dia mulakan topic perbualan itu. Dia punya banyak soalan yang harus ditanyakan kepada Adam. Tentang apa yang berlaku 3 tahun yang lepas. Kenapa. Mengapa. Dia harus menanyakan kesemua-kesemua soalan yang disimpan dalam hati selama 3 tahun itu.

Tak tahu macam mana nak mulakan?” Adam berkata lagi melihatkan Ain masih tunduk diam membisu. Ain pandang Adam sambil tersenyum. Ah… Adam tahu-tahu je yang dia tidak tahu bagaimana nak mulakan tujuan perjumpaan mereka itu. “Ain tak tahu macam mana nak mulakan,” Ain bersuara dengan nada perlahan. Entah mengapa, tiba-tiba dia rasa malu berhadapan dengan Adam. Dia dapat rasakan mukanya panas.


sweet conversation

Adam tersenyum memandang Ain. “Then mulakan dengan soalan yang Ain nak tanya. I’m willing to answer all the questions,” Adam berkata dengan tenang. Dan tentunya dengan senyuman yang masih terukir. Entah mengapa tiba-tiba jantung Ain berdegup dengan pantas bila melihat Adam tersenyum memandangnya. Apakah perasaan ini? Ain menghembuskan nafasnya.

Ain?”Adam kembali bertanya. “Makan dulu boleh tak? Ain lapar,” Ain berkata setelah merasakan perutnya berbunyi meminta diisi makanan. Ah… bukan itu yang Ain ingin katakan. Adam tergelak kecil dengan perlakuan Ain. “Laa… tak makan lagi ke?”Adam bertanya sambil mengankat tangan memanggil pelayan. Ain menggelengkan kepala.

Pelayan tiba dengan menu. “Ain nak makan apa?”Adam bertanya. “Mmmmm…char kuey teow special la,”Ain berkata sambil membelek menu di hadapannya. “Buatkan 2 eh,”Adam berkata kepada pelayan. “Minum kak?” Pelayan itu bertanya. “Neslo Ais,” Adam berkata lagi sambil memandang Ain. Ain pandang Adam. “Ada pape lagi?” pelayan itu bertanya. Ain menggelengkan kepalanya.

saya jaga awak.
 “Neslo Ais huh?” Ain bersuara setelah pelayan itu beredar. Adam tersenyum. “Your favourite right?” Ain terdiam. Ah… Adam tahu apa yang dia suka. “Macam mana tahu?” Ain bertanya. Adam tersenyum sambil berkata, “Setiap kali kita makan together, Ain akan order Neslo Ais. Tak pun Milo atau Horlicks Ais. Am I right?” Adam berkata sambil pandang Ain dengan senyuman. Ain hanya tersenyum. “Right. Tapi tak ada hadiah untuk tu,”Ain berkata pendek. Adam hanya tersenyum.

Tak apa. Adam dah dapat hadiahnya. Hope hadiah itu kekal sampai ke akhir hayat,”Adam berkata. Ain pandang Adam. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Adam. “So, apa yang Ain nak tanya?” Adam kembali menyoal Ain. “Dari tadi lagi Adam rasa Ain nak tanya….” Belum sempat Adam menghabiskan ayatnya Ain telah menyampuk, “Kenapa Ain?” Akhirnya soalan itu telah keluar dari mulutnya. Soalan pertama yang dijanjikan pada diri Ain yang akan ditanya pada Adam bila mereka kembali bertemu selepas 3 tahun itu.

Adam tersenyum. “Kenapa Ain?” Adam mengulang kembali soalan Ain. Ain mengangguk. “Mungkin apa yang Adam bagitau Ain 3 tahun lepas tak clear sangat kan?”Adam berkata sambil pandang Ain. “Errr… mungkinlah. Or maybe Ain dalam ingat tak ingat macam tu,”Ain menjawab soalan Adam. Adam tersenyum.

Kenapa Ain? Entah… first time Adam nampak Ain, hati dah berkenan. Mungkin masa tu Ain selekeh, tak pandai bergaya, berjalan pun tak pandang orang. Bila pandang, tak de senyuman langsung,”Adam berkata dengan senyuman. Dia mengimbau kembali kali pertama dia melihat Ain. Ada sesuatu tentang Ain yang harus dia ketahui.

Haish… ni nak kutuk ke bagi jawapan?” Ain memarahi Adam. “Betullah. Muka Ain masa tu memang innocent gila,” Adam berkata. Ain memeluk tubuhnya. Geram dengan jawapan Adam. "Entah lah. Pernah dengar love at first sight?” Adam menyambung.

Ain mengangguk. “Pernah. Ain pernah alami,” Ain berkata dengan senyuman. “Tahu,”Adam berkata pendek. “Eh?” Ain hairan dengan kata Adam. “Nama dia Rizal kan?” Adam berkata lagi. Ain terkejut. Adam tahu dengan siapa dia pernah simpan perasaan. “Errr… macam mana Adam tahu?” Ain menyoal.

Macam mana?” Adam berkata sambil memegang dagunya. “Well.. kalau Ain tiba-tiba senyum bila nampak seseorang dari jauh. Pandang pun dengan senyuman yang paling paling ikhlas pernah Ain pernah buat, macam mana boleh Adam tak sedar,” Adam menjawab soalan Ain. Yaa… Adam selalu hairan bagaimana Ain boleh tersenyum secara tiba-tiba. Ain akan berhenti melakukan kerjanya dan pandang sesuatu dan kemudian sebuah senyuman akan terukir di bibirnya. Yaa… Adam perhati gelagat Ain dari dulu lagi.

Obvious sangat ke?” Ain bertanya. Dalam hatinya, perasaan malu sudah setinggi gunung. Hairan bagaimana Adam mengetahui dia pernah simpan perasaan terhadap Rizal. “Well.. tak de la sangat. Tapi mungkin sebab Adam selalu perhatikan Ain. Dari sem 1 sehinggalah kita kenal,”Adam memberi penjelasan.
remembeer, I Love you

Geez… stalker,” Ain berkata. Adam tersenyum. “I have feeling for you right? Of course la everything pasal Ain, Adam nak tahu. Ain pun pernah buat benda yang sama kan?” Kata Adam dengan selamba. Ain terdiam. Yaa… dia selalu stalk FB Rizal. Selalu ambil tahu tentang Rizal. “Tapi macam mana Adam tahu Rizal yang Ain pernah simpan perasaan?” Ain menyoal Adam lagi. Hairan dengan pengetahuan Adam tentang itu.

Kan dah cakap Adam perhatikan Ain. So dalam ramai-ramai orang yang Ain boleh tetiba senyum tanpa sebab, Adam selalu perasan Rizal mesti ada. Sama ada 1 meter dari Ain atau 1 kilometer, Ain akan tersenyum nampak dia walaupun dia tak pernah perasan kehadiran Ain,” Adam memberi jawapan. “Oh, then?” Ain menyoal lagi. Cuba menguji Adam.

Then, nak dijadikan al-kisahnya, Adam dan Rizal join 1 program yang sama masa kat U. So dari situ Adam kenal dia. Tahu tentang dia. Dia satu matrikulasi dengan Ain dulu kan? So, Adam guess Ain mesti dah simpan perasaan dia sejak matrikulasi lagi kan?” Adam berkata sambil tersenyum kepada Ain. Ain hanya tersenyum. Rahsia dia yang itu Adam juga tahu.

“Hurmm… banyak juga Adam tahu,” Ain berkata. Adam tersenyum. “Tapi feeling tu dah hilang masa sem 4,”Ain berkata lagi. “Adam tahu. Tapi still Ain akan tersenyum bila nampak dia dari jauh,” Adam berkata. Ain hanya tersenyum. “Mesti Adam sakit kan? Bila tahu perempuan yang Adam suka ada perasaan pada orang lain,” Ain bersuara.

Agak la. Harap sangat Adam sebab Ain tersenyum masa tu. Tapi masa tu kita tak kenal lagi kan?” Adam berkata benar. Yaa… hatinya sakit bila tahu Ain punya perasaan pada Rizal suatu ketika dahulu. “Oh, maaf,” Ain meminta maaf. “Tak ada apa-apa yang nak dimaafkan. Bukan salah Ain pun bila Ain simpan perasaan pada Rizal,” Adam berkata dengan senyuman.

Tapi kan, Ain hairan macam mana Adam tahu yang Rizal tu adalah Ain punya love at first sight?” Ain menyuarakan kehairanannya. Adam kaget. Dia tidak tahu bagaimana dia harus menjawab soalan itu. Takkan dia harus beritahu Ain, dia baca dari blog Ain. Dari sebuah entri di blog Ain yang berkisarkan tentang Ain punya love at first sight, yang kemudian dia andaikan lelaki itu adalah Rizal. Mesti Ain akan mengamuk habis.
he has my heart for now and forever

Mesti Ana yang bagitau kan?” Ain bersuara lagi setelah melihat Adam mendiamkan diri. “Errr…” Adam tidak tahu bagaimana harus dijawabnya. Dia tidak mahu melibatkan Ana. “Tak apa. Ain okey je. Ain tak marah Ana pun,” Ain berkata dengan senyuman. Adam lega mendengar ayat Ain. Ah… satu hari nanti Ain akan dedahkan tentang Miss Dark juga suatu hari nanti. Adam berkata dalam hati.

Baguslah. So macam mana dengan Rizal,” Adam berkata. Ain tersenyum sambil berkata, “Last yang Ain tahu tentang dia, dia dah kahwin 2 bulan yang lepas.” Adam tersenyum. “Baguslah. Risau juga kalau Adam terpaksa bertanding dengan Rizal nak dapatkan Ain,” Adam berkata. “Sengal,” Ain berkata dengan senyuman. Adam hanya tergelak kecil

 “So apa lagi yang Ain nak tanya?” Adam menyoal lagi. Ain terdiam. Dia tidak tahu apa lagi yang harus ditanya. Pada permulaanya dia punya banyak soalan yang ingin dilontarkan. Dia hanya tersenyum sambil memikirkan soalan-soalan yang harus ditanya lagi. Adam hanya pandang Ain. Menunggu dengan sabar soalan yang seterusnya yang akan keluar dari mulut Ain.

Friday, January 27, 2012

Dunia sendiri.



Hidup tak pernah mudah

Kadang-kadang aku lebih suka berada di dalam dunia sendiri. Dunia yang diciptakan oleh aku. Dunia yang terhasil daripada imaginasi aku. Mungkin menyedihkan dan agak kepelikan, tapi itulah yang sebenarnya.

Mungkin aku lebih suka bersendiri dari terpaksa memandang muka-muka manusia? Mungkin disebabkan aku sentiasa ‘ditinggalkan’ bersendirian menyebabkan aku lebih selesa untuk bersendiri. Even mungkin ada satu ketika, aku perlukan mereka-mereka dalam hidup aku, dalam dunia aku. Mungkin.

 Kadang-kadang mahu lari je dari sini dan singgah ke tempat lain kemudian balik lagi ke sini. Ah… betul. Setiap kali memikirkannya, aku rasa mahu nangis. Mahu menumpahkan air mata yang aku hadamkan dalam hati aku.

Kadangkala ayat tu pedih. Kadangkala ayat itulah yang bagi aku semangat untuk teruskan hidup. Kadangkala ayat itulah penyebab kepada tangisan aku. Tapi ayat itu benar. Yaa… ayat yang dilontarkan kepada aku yang buatkan menyematnya di dalam dada aku sehingga kini.

Ya… semoga aku tabah menghadapi hari-hari mendatang. Aku mahu menjadi seperti ‘dia’.. kuat dan cool. Bagi aku, aku hidup kerana ‘dia’. Dan ‘dia’ hidup bersama aku, menemani aku sepanjang perjalanan yang aku tidak tahu entahkan tiba atau tidak ke destinasi yang dituju.

kita semua pernah mengalami rasa sakit itu.

Harapan aku.. akan tiba destinasi yang dituju walaupun ia mungkin terpaksa membenarkan aku jatuh berulang-kali sebelum bangun semula dan meneruskan perjalanan dengan menyembunyikan rasa sakit itu.

Thursday, January 26, 2012

3 tahun~kisah 12~

Ain,” satu suara menyapa Ain ketika dia menunggu Adam di satu restoran. Ain menoleh ke kiri melihat gerangan siapakah yang memanggilnya. Dan Fikri sedang tersenyum kepada Ain sebelum mengambil tempat berhadapan dengan Ain. Dia duduk tanpa dipelawa oleh Ain. Ain memeluk tubuhnya. Ain jelak dengan lelaki itu. Tak berputus asa kah dia. “Kau! Apa yang kau buat kat sini?” Ain menyoal dengan nada keras. “Laa.. sini kan restoran. Aku kat belakang tu je. Dengan kawan-kawan aku,” Fikri menjelaskan kehadirannya.

Yang tu aku tahu lah. Tapi masalahnya apa yang kau buat kat sini. Kau kan cawangan lain?” Ain mempersoalkan lagi. “Ish kau ni, takkan tak tahu kot yang syarikat ada buat satu seminar untuk pekerja-pekerja. Aku kan pekerja yang berkaliber,”Fikri membanggakan dirinya. Ain tersenyum sinis.Ah… Ain baru teringat ada satu seminar khas untuk pekerja yang baru di syarikat tempat dia bekerja. Dan ia melibatkan semua anak syarikat. “Menjengkelkan kau ni,” Ain berkata lagi. Fikri hanya tersenyum.

Tak baik kau sombong dengan rakan sekerja. Walaupun kita tak bekerja satu bumbung tapi still syarikat yang sama kan?” Fikri berkata lagi. “Mana ada aku sombong. Kan aku dah cakap aku tak nak tengok muka kau lagi?” Ain berkata lagi dengan nada keras. Ah… lambatnya Adam. Adam memaklumkan kepada Ain dia mungkin terlambat sedikit ke perjumpaan mereka berdua petang itu. “Well, kalau dah jodoh tak ke mana juga kan? Fikri berkata lagi. Berusaha menarik perhatian Ain. Ain menyampah mendengar ayat itu. “Banyak la sangat. Boleh blah ah,” Ain berkata.

Kau tak hampir-hampir kena pecat ke?” Ain bertanya dengan sinis. Dia terpandang nama Fikri ada dalam senarai pekerja yang hampir dibuang ketika satu perbincangan diantara dia dengan Pengurus Sumber Manusia pada hari itu. Fikri terdiam. Bagaimana Ain tahu, dia telah diberi amaran kali pertama sebab tidak melakukan kerja yang diminta. Nasib baik dia punya kawan yang punya kedudukan di tempat dia kerja, boleh la dia menolong Fikri dari dibuang kerja. Dan disebabkan itu dia perlu menghadiri seminar di ibu pejabat.

just shut up.
Asal kau diam? Betullah tu,” Ain kembali berkata dengan tersenyum sinis. Dia tahu perangai Fikri yang selalu ambil mudah setiap perkara. Lihatlah perkara terakhir dia tahu tentang Fikri ialah Fikri dibuang U kerana gagal 2 semester berturut-turut. Simpati pun ada ketika mengetahui tentang itu tapi ketika itu Fikri sudah tidak bermakna apa-apa bagi Ain. Fikri terdiam. Berasa tercabar dengan Ain. Ah… Ain sudah berubah. Tidak ada lagi Ain yang akan jaga hatinya bila bercakap. Walau sekasar mana sekalipun Ain, dia akan jaga percakapannya bila berbual dengan Fikri. Tapi itu dulu.

Kau tak pernah berubah kan?” Ain menyoal lagi. “Berubah? Maksud kau?” Fikri memandang Ain yang masih memeluk tubuhnya. Minuman yang dipesan Ain telah tiba. Ain memandang Fikri dengan perasaan jengkel. “Aku berubah la ni. Berubah untuk dapatkan kau kembali,”Fikri mengayat Ain. “Tolonglah. Aku bukannya bodoh nak percaya kata-kata kau. Kau pernah menyamar jadi anak orang kaya nak mengayat perempuan kan?”Ain cuba menaikkan kemarahan Fikri dengan harapan Fikri akan beredar dari situ.. Fikri terkedu. Ah… bagaimana Ain tahu tentang itu. Fikri menarik nafas dalam-dalam. Ain hanya memandangnya dengan raut wajah yang sinis.

keep calm.
Patut la kau single sampai ke hari ni,” Fikri membidas balik ayat Ain. “So?” Ain berkata pendek. “Dengan sikap kau yang macam kasar. Bercakap pun, macam cilikan mulut orang,” Fikri berkata kasar. “Oh, aku apply pada kau je. Dan untuk pengetahuan kau. Aku dah tak single dah. Aku dah bertunang,” Ain memberitahu hal sebenar. Kalau diikutkan hati, tak mahu dia mengakui dirinya sudah bergelar tunangan orang. Fikri terdiam. Ah biar betul Ain ni. Atau hanya mahu mengelakkan dirinya dari terus mengacau Ain. “Kau biar betul? Ke kau kelentong aku tak nak aku kacau kau lagi?” Fikri menyoal sambil tersenyum. Mahu menganggap Ain hanya bergurau. Taktik Ain untuk mengelak dari dirinya. Ain cuma diam sambil memandang Fikri dengan wajah yang kosong. Senyuman Fikri pudar. Tahulah dia, Ain serius dengan apa yang dikatakannya.

Siapa?  Lelaki hari itu?” soal Fikri sambil mengingatkan lelaki biadap yang menarik Ain pada hari itu. “Tak. Dengan lelaki lain,” Ain berkata sambil memejamkan matanya. Dia harap dia dapat mengiyakan soalan Fikri tapi sebenarnya bukan itu yang berlaku. “Oh,” Fikri hanya mampu menyebut perkataan itu. “Ramai juga lelaki kau ni, ingatkan tak ada orang yang nak kat kau lepas aku,”Fikri memulangkan paku keras. Ain tersentap.

ah..kalaulah boleh mengiyakan.
Kau boleh berambus tak? Aku tengah tunggu kawan. So better kau blah,” Ain menghalau Fikri. Fikri tersenyum. “ Asal? Kau takut tunang kau nampak aku? Itu pun kalau kau betul-betul bertunang la,” Fikri berkata dengan nada sinis. Ain panas hati.

Ain,” satu suara memanggil Ain. Ain mendongakkan kepala. Adam sedang berdiri sambil memandang Fikri. Fikri pandang Adam. Mereka sambil memandang antara satu sama lain. Ain hanya mendiamkan diri. Maaf ganggu, tapi aku rasa kau duduk di tempat yang aku sepatutnya duduk,” Adam berkata kepada Fikri. “Tak ada nama kau pun,” Fikri menjawab pendek. Ain mengigit bibirnya. Risau jika 2 lelaki ini bergaduh. Pasangan kekasih di hadapan mereka sudah melihat ke arah sini.

Memanglah tak ada. Tapi Ain dah setkan untuk aku. So kau boleh blah,” Adam berkata lagi. Fikri mengepalkan tangannya. Bengang disuruh beredar oleh Adam. “Kau siapa? Kau bukannya tunang dia pun. Kau tak ada hak nak suruh aku blah,” Fikri berkata tanpa memandang Adam. Dan Ain masih terdiam di situ. Tidak tahu apa yang harus dibuat jika 2 lelaki itu benar-benar bergaduh di situ.


it is a fate.
Sebab aku tunang dialah aku berani kata macam tu kat kau,”Adam berkata lagi. Ain terkejut mendengar ayat Adam. Ah… Adam ni. Agak-agak la mahu berkata pun. Ain memarahi Adam dalam hatinya. Fikri merenung tajam Adam. Ah… lelaki ini memandai-mandai mengaku dia tunang Ain. Dia pandang Ain yang masih diam.

Kalau kau nak menyamar tunang dia pun, agak-agak la,”Fikri berkata dengan semyuman sinis. Adam menarik nafas. “Aku tak menyamar. Memang betul aku tunang dia. Kau tahu dia dah bertunang kan?” Adam berkata lagi. Fikri terdiam. Dia tak mahu beredar. Ain hanya tunduk. “Kalau kau tak nak timbulkan masalah, so better kau blah,”Adam berkata dengan tenang. Dia pandang Ain yang masih kaku. Akhirnya Fikri mengaku kalah. Dia bangun dan beredar dari tempat itu. Ain menarik nafas lega. Adam mengambil tempat Fikri tadi.

Okey?” Adam bertanya sambil memandang Ain. Ain memberi anggukan diiringi senyuman. “Thanks,” Ain mengucapkan terima kasih kepada Adam yang selesai memesan minuman. “It’s okey,” Adam berkata. Suasana sunyi menyelubungi mereka berdua. Ain tidak tahu apa yang harus dikatakan. Adam pandang Ain. Ain tunduk sambil bermain dengan straw dalam gelas, memusing-musingkannya. “Ain tahu tujuan kita jumpa kan?” Adam memulakan perbualan. Ain mengangguk. Di dalam hatinya, harus diberitahu Adam tentang kisah pertunangannya.

happiness?
Adam nak bercakap pasal 3 tahun itu,” Adam berkata lagi setelah melihat Ain mendiamkan diri. “Apa yang kita nak bincang? Ain rasa tak ada apa yang boleh diceritakan apa yang berlaku dalam 3 tahun tu. Tak ada apa-apa. Ain cuma berkerja, jalani kehidupan macam biasa lah,”Ain bercakap tanpa menyedari dia sedang gunakan panggilan nama dengan Adam. Adam tersenyum dengan ayat Ain. “Kenapa Adam senyum?” Ain menyoal Adam tanpa belum menyedari panggilan yang digunakan. “Ain realize tak apa yang Ain guna untuk bercakap dengan Adam?” Adam memandang Ain sambil tersenyum. Ain hairan. Dia salah cakap kah? “Ain salah cakap kah? Apa yang Ain cakap sampaikan Adam…” Ain tidak sempat menghabiskan ayatnya. Dia kemudian sedar ayat yang digunakannya. Dia menggunakan panggilan nama dengan Adam. Tiada ‘aku’ dan ‘kau’ yang digunakan.

It’s okey. Keep it. Jangan ubah,” Adam berkata melihat Ain yang tiba-tiba diam. “Err… sorry,” Ain meminta maaf. “There’s nothing to be sorry about. Dah lama Adam tunggu panggilan macam  tu. So harap lepas ni tak de ‘aku’ ‘kau’ lagi,”Adam berkata sambil memandang Ain yang tunduk memandang meja di hadapannya. “Urmmm… okey,” Ain bersetuju mengikut cara Adam. Adam tersenyum.

Kamal cakap Ain banyak kali reject orang dalam masa 3 tahun tu?” Adam memulakan topic perbualan. Ain hanya mendiamkan diri. Memikir ayat yang sesuai untuk pertahankan dirinya dan mungkin untuk menceritakan kisah pertunangannya. “Tak ada apa-apa lah. Just hati tak berkenan. Buat apa dipaksa. So reject je lah,”Ain menjawab dengan selamba. Adam hanya tersenyum. “Bukan sebab ada hati pada Adam? Bukan sebab Ain tunggu janji Adam?” Adam menyoal Ain.

telling the truth.
Ain terkedu mendengar soalan-soalan Adam. Mahu saja dia mengiyakan. “Well… Ain.., belum sempat AIn menghabiskan ayatnya, Adam menyampuk. “Just answer yes or no.” Ain menggangguk. Adam kembali tersenyum. “So betullah Ain tunggu janji Adam. I’m happy to hear that,” Adam berkata dengan penuh senyuman. Muka Ain panas. Ah… malunya dia mengakui perkara sebegitu pada Adam. “Dan Adam nak tunaikan apa yang Adam pernah janji pada Ain…” Adam berkata lagi.

Jap. Before you say something more, biar Ain bagitahu something dulu,”Ain menyampuk. Dia mahu memberitahu Adam tentang pertunangannya itu. Tak mahu Adam menaruh harapan lagi. Mahu meminta maaf sebab tidak dapat berpegang pada janji. Minta Adam lupakannya. Biar mereka menjadi kawan seperti dahulu walau Ain tahu dia mungkin tidak dapat terima hakikat itu.

Apa yang Ain nak cakap?” Adam menyoal setelah melihat Ain beria-ria mahu memberitahu sesuatu padanya. Ain menarik nafas sedalam-dalamnya. Mahu atau tidak dia harus beritahu perkara sebenar. “Ain dah bertunang,” Ain berkata sambil memejamkan matanya. “What?” Adam menyoal dengan rasa terkejut. “Bertunang? Maksud Ain?”Adam menyoal lagi. “Mak Ain tunangkan Ain dengan seseorang. Nak tak nak Ain terpaksa terima,” Ain berkata lagi.

i'm telling the truth
Adam menarik nafas. “Jadi tujuan Ain balik kampung sebab hal itu lah? Nak bertunang?” Adam bertanya lagi. “Tak. Ain balik kampung memang dalam perancangan. Just bertunang itu tak. Mak Ain setuju terima pinangan tanpa bincangkan dengan Ain. Ain dah pujuk family untuk tarik balik tapi diorang cakap jangan. Kenal dulu. Ain minta maaf,” Ain berkata sambil memandang Adam. Adam masih kelihatan tenang. Ain tidak tahu apa yang Adam fikirkan tapi dia kelihatan tenang.

Jangan. Jangan putuskan pertunangan itu,”Adam berkata sejurus Ain menghabiskan ayat terakhirnya. “Hah?” Ain berasa hairan dengan permintaan Adam. “Tapi kenapa?” Ain menyoal. “Biarkan. Jangan ambil apa-apa tindakan,” Adam merayu Ain. “Mungkin ada kebaikan yang berlaku,” Adam berkata lagi. “Siapa dia?” Adam menyoal lagi. “Ain tak tahu siapa. Mak cakap dia kawan Ain masa U. Fahmi. Ain rasa Fahmi yang Ain tak suka tu,”Ain memberi jawapan. Tika itu , emosi Ain sudah tidak tenang lagi.Dan Adam masih tersenyum. Ah… tahukah Ain sedang kecewa.

Serius, Ain tak suka Fahmi tu. Adam ada nombor dia tak? Ain nak putuskan pertunangan tu. Ain tak sanggup nak habiskan sisa hidup dengan orang yang Ain tak suka. Ain nak…” belum sempat Ain habiskan ayat tiba-tiba Adam bersuara dengan tenang, “Ain Umairah.” Ain terdiam dengan panggilan itu. Dia tahu dia sedikit beremosi.


stop worrying.
Cool down okey,” Adam memberi cadangan. Ain menarik nafas sedalam-dalamnya. Adam memandang Ain. “Kalau Adam beritahu yang Adam tunang Ain? Would you believe that? Adam bertanya. Ain memandang Adam dengan penuh rasa hairan. “Adam ni kenapa? Did you know, it’s not a good time to make a joke right now,”Ain berkata. “Adam tahu. Dan Adam tak tipu,” Adam tersenyum. Ain tersenyum sinis sebelum berkata, “Geez… tipu. Tak baik tipu. Saja nak back up Fahmi tu kan? Tak payah. Nanti Ain akan tahu juga nombor Fahmi tu.” Adam tersenyum. Ain Umairah yang dikenalinya masih belum berubah. Sukar mempercayai sesuatu selagi belum disertakan dengan bukti-bukti yang kukuh. Persis seorang penyiasat.

Siapa nama tunang Ain?”Adam menyoal Ain tanpa menjawab soalan Ain. “Fahmi. Mak Ain cakap Fahmi je. Tak tahu nama penuh dia. Mungkin Fahmi yang 1 u dengan kita dulu,” Ain membuat kesimpulan. Adam tersenyum. Dia menarik nafas sebelum berkata lagi, “Dan apa nama penuh Adam?” Ain memandang Adam dengan penuh kehairanan. Apa kaitan nama Adam pula?

Kenapa? Apa kaitannya?” Ain menyoal. “Just answer the question,”Adam memberi perintah. Kecewa diperintah sebegitu, Ain menjawab soalan Adam, “Muhammad Adam Fahmi bin…” Sebelum sempat Ain menghabiskan jawapannya, dia memandang Adam yang sedang tersenyum. “Fahmi…” Ain berkata sambil pandang Adam. “Don’t tell me that…,”Ain berkata lagi.


I keep the promise.
Adam menganggukan kepalanya sambil memandang Ain diiringi dengan senyuman. Ain menarik nafas sedalam-dalamnya. Tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi. Tidak tahu apa lagi alasan yang boleh difikirkannya. Adam masih pandang Ain. Memandang Ain yang mungkin tidak percaya dengan apa yang difikirkannya. “Yup. Fahmi tu Adam,” Adam berkata pendek.

Tapi kenapa?” Ain menyoal. Dia seolah-olah tidak percaya dengan jawapan yang diterimanya. “Maaf, Adam buat keputusan tanpa beritahu Ain. Adam rasa ni yang terbaik. Adam tunaikan janji Adam pada Ain. So Adam harap Ain takkan minta pertunangan ni diputuskan,”Adam berkata dengan penuh ketenangan. Ain terdiam. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakannya. Rasa marah. Rasa gembira. Ah… Ain tidak tahu berapa jenis perasaan yang ada dalam hatinya sekarang.

Ain? Adam memanggil Ain setelah melihatkan Ain tidak bersuara. Ain menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum bangun dan beredar. Dia tidak tahu apa yang dia harus lakukannya. Yang dia tahu, dia perlu beredar dari situ. Dia perlu bersendirian.

i need to be alone.
Dan Adam, hanya memandang Ain beredar. Dia tahu Ain perlukan masa untuk berfikir. Dia tahu Ain, lambat laun akan terima kenyataanya. Dia memanggil pelayan sebelum membayar harga minuman dia dan Ain.

p/s- boleh tak aku nak cakap ini The End dia??? 
Err.. pandangan korang??
~tipu~ je.. heheh