Saturday, September 1, 2012

Kistot #9: Perasan.


Mungkin dia mahu menyatakan rasa cinta?
Amir menyedari Amirah sedang memandangnya dari tadi. Tiba-tiba sahaja terbit rasa segan dengan pandangan Amirah.

Ah… apa kena dengan dia ini. Dari tadi pandang aku semacam. Aku ada buat salah kah pada dia?” Amir bercakap sendirian. Dia pandang Amirah lagi. Gadis itu itu masih lagi memandangnya. Adakah Amirah sudah jatuh hati padanya? Dia tahu sebagai lelaki yang punya rupa dengan latar belakang keluarga yang terkenal, sudah tentu dia punya ramai peminat.

Baik aku pergi terus dekat dia dan tanya apa yang dia nak kata kat aku. Aku rasa dari tadi dia pandang aku. Entah-entah dia nak confess kat aku? Hahah. Bertuahnya aku,” Amir ketawa sendirian.

Akhirnya Amir berjalan ke arah Amirah. Dia lihat muka gadis itu merah. Jadi betullah apa yang dia andaikan dari tadi. Amirah punya perasaan padanya.

Amir…” Amirah bersuara. Dia malu dengan Amir sebenarnya. Dia mengalihkan matanya ke arah lain. Malu untuk bertentang mata dengan lelaki itu.

Kau ada sesuatu nak beritahu aku bukan?” dengan lantas Amir mengeluarkan soalan. Dia tersenyum dalam hati. Mungkin dia sebenarnya sudah tahu apa yang Amirah mahu beritahunya.

Aku… kau tahukah?” Amirah memandang Amir dengan rasa terkejut. Ah… jadi lelaki ini mahu dia beritahunya.

Apa yang kau nak beritahu aku? Aku tunggu,” Amir mengukirkan senyuman kepada Amirah.

Err… aku…” Amirah cuba menyusun ayat. Dia masih lagi tidak memandang tepat ke arah mata Amir. Malu untuk beritahu hal itu.

Aku rasa baik kau pandang bawah. Jumpa lagi. Bye.” Amirah beredar sejurus berkata sedemikian.

Amir memandang bawah. Ke arah seluarnya. Dia menelan air liur. Rupa-rupanya zip seluarnya terbuka, menampakkan boxer warna hitam yang dipakainya. Terus dia berlari ke tandas. Argh… dia malu. Tidak tahu bagaimana dia mahu berdepan dengan Amirah keesokan hari. Dia malu teramat!

Aaaa... dia malu.

25 comments:

  1. hahahaha kau berjaya buat aku gelak

    bengong a

    aku da terfeeling2 da td tau

    ReplyDelete
  2. hahahaha kau berjaya buat aku gelak

    bengong a

    aku da terfeeling2 da td tau

    ReplyDelete
  3. haha...orang perasan selalu rugi...kesian amir...

    ReplyDelete
  4. Iffah Afeefah---> haha. Aku pun. Gelak je bila baca balik. Akakaka.

    #####

    Iman Nur Aima---> Haha. Padan muka Amir sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. Iffah Afeefah---> haha. Aku pun. Gelak je bila baca balik. Akakaka.

    #####

    Iman Nur Aima---> Haha. Padan muka Amir sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. saya ingtkan amirah letakkan surat dibawah ke ape..haha

    ReplyDelete
  7. Layyinur Harir---> haha. Tekaan salah. =P

    ReplyDelete
  8. haha sengal gila..dah agak mesti ade smthg ni..perasan gila amir haha

    ReplyDelete
  9. terima kasih banyak-banyak. hilang mengantuk aku ahahahaha..

    *aku tengah pujuk mata tidur ni. tak sengaja tadi terminum kopi dlm jam 9 malam. akibatnya dah dekat jam 4am aku masih kat blog kau ahahaha...

    ReplyDelete
  10. terima kasih banyak-banyak. hilang mengantuk aku ahahahaha..

    *aku tengah pujuk mata tidur ni. tak sengaja tadi terminum kopi dlm jam 9 malam. akibatnya dah dekat jam 4am aku masih kat blog kau ahahaha...

    ReplyDelete
  11. Hahaha.

    Aku baru nak tengok happy ending.
    Ternyata funny ending yang muncul.

    ReplyDelete
  12. Hahaha.

    Aku baru nak tengok happy ending.
    Ternyata funny ending yang muncul.

    ReplyDelete
  13. Eera Shera---> hahah. Itrulah. Perasan betul mamat tu. agagaga.


    ######

    Nong Andy---> hahaha. Bukan kah itu sesuatu yg tidak baik jika mengantuk kau hilang? Heee,,, =D

    ######

    Gen2Merah---> haha. Terima kasih. =D

    ######

    Fel---> haha. funny ending yg aku dapat dari satu komik. Agagaga,

    ReplyDelete
  14. Eera Shera---> hahah. Itrulah. Perasan betul mamat tu. agagaga.


    ######

    Nong Andy---> hahaha. Bukan kah itu sesuatu yg tidak baik jika mengantuk kau hilang? Heee,,, =D

    ######

    Gen2Merah---> haha. Terima kasih. =D

    ######

    Fel---> haha. funny ending yg aku dapat dari satu komik. Agagaga,

    ReplyDelete
  15. aku gelak bahahahahaha !!

    aik..ni kelakar lah pulak aku mengomel dalam hati...

    igat dah nak ape lah tadi...:)

    ReplyDelete
  16. aku gelak bahahahahaha !!

    aik..ni kelakar lah pulak aku mengomel dalam hati...

    igat dah nak ape lah tadi...:)

    ReplyDelete
  17. kalau ternampak boxer jer kira ok la lgi...tapi bayangkan kalu si amir tu xpakai apa-apa...yakni boxer kulit jer..mana mau letak muka wooo....!

    ReplyDelete
  18. cik ZaitUl--> haha. terima kasih kerana sudi gelak.

    ####

    leakedknowledge---> itu bahaya punya kau komen. Wakakaka.

    ReplyDelete
  19. cik ZaitUl--> haha. terima kasih kerana sudi gelak.

    ####

    leakedknowledge---> itu bahaya punya kau komen. Wakakaka.

    ReplyDelete
  20. nasib baik die x tanye amir tu pakai boxer kaler ape... haha!

    ReplyDelete
  21. Fahir Ahmad IShak---> Haha, Akku tak terfikir lak idea gitu.. ekeke.

    ReplyDelete
  22. Fahir Ahmad IShak---> Haha, Akku tak terfikir lak idea gitu.. ekeke.

    ReplyDelete
  23. amboi, . . . gatai betei mata si Amirah tu, . . . dia siap pandang lama2 tu, . . . hahaha :P

    kesian si Amir ter perasan.
    epic ninja battle

    ReplyDelete
  24. amboi, . . . gatai betei mata si Amirah tu, . . . dia siap pandang lama2 tu, . . . hahaha :P

    kesian si Amir ter perasan.
    epic ninja battle

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.