Saturday, August 11, 2012

KISTOT#7: Aiskrim.




Nah… ini untuk awak.” Dia memandang aku dengan senyuman sambil tangan kanannya menghulurkan aiskrim perisa coklat kegemaran aku. Aku pandangnya dengan hairan. Apa tujuannya berbuat sedemikian?

Kenapa dengan kau?” Aku menyoalnya namun dia mendiamkan diri sahaja dengan senyuman masih terlekat di bibirnya. Aku bertambah hairan. Dia kemudian mengambil tempat di sebelah aku. tentunya tanganya masih menghulurkan aiskrim pada aku. Aku akhirnya mengambil aiskrim itu walau berjuta persoalan bermain di minda aku saat ini.

Aku...” Dia mula bersuara. Aku pandangnya sambil menikmati aiskrim. Menanti dia menyudahkan ayatnya. Aku lihat dia mengeluh. Menarik nafas sebelum dia kembali memandang aku.

Aku suka kau.” Aku hentikan seketika menikmati aiskrim. Aku memandangnya dengan rasa terkejut. Ah… aku salah dengar kah?

Aku… aku…” Dia kembali bersuara. “Aku rasa aku suka kau. Dari saat aku gelabah bila kau depan aku. Bila aku nampak kau, aku harap kau akan sedar kehadiran aku dan ukirkan senyuman pada aku. Bila kau tak ada di sisi aku, aku rasa aku rindu pada kau.

Dia luahkan hal yang sebenar.
Aku menelan air liur. Aku mengambil keputusan mendiamkan diri sahaja sambil terus menikmati aiskrim di tangan aku sehingga habis. Dia juga mendiamkan diri. Kami berdua mendiamkan diri seolah-olah ada dinding besar yang menghalang aku dan dia walhal kami duduk sebelah menyebelah.

Maaf. Aku mungkin terburu-buru.” Dia bersuara memecahkan kesunyian di antara kami. Aku memandangnya. Lama aku pandang anak mata berwarna hitam itu. mungkin mencari keikhlasan. Aku ukirkan senyuman sahaja.

Maaf. Kau boleh lupakan sahaja apa yang aku kata tadi.” Dia akhirnya bangun meninggalkan aku. Aku terkejut.

Awak…” Aku memanggilnya. Dia menoleh. Aku ukirkan senyuman sekali lagi pada dia. Dia memandang aku dengan rasa hairan.

Saya suka awak macam saya suka aiskrim.” Aku ucapkan kata-kata itu padanya. Tentunya dengan penuh senyuman. Dia pandang aku. Lama sebelum dia mengukirkan senyuman pada aku.

Dia kembali mengambil tempat di sebelah aku. Aku ukirkan senyuman padanya. Rasanya dia faham apa yang aku ucapkan sebentar tadi. Aku suka dia seperti aku suka aiskrim, selalu membuatkan aku tersenyum di saat aku kemurungan. Cinta aku pada dia mungkin seperti cinta aku pada aiskrim. Mungkin. =)

Aku suka kau seperti aku suka ice cream. =D

p/s--- asal aku rasa aku harap aku akan alami kisah sebegini. Hahahah. Berangan gila aku ni. =P




17 comments:

  1. bestnya berangan.. aku nak join berangan juga boleh ekekeke..

    sweet kisah ni...

    ReplyDelete
  2. bestnya berangan.. aku nak join berangan juga boleh ekekeke..

    sweet kisah ni...

    ReplyDelete
  3. Nong Andy---> ekekeke. Kan kan ka... huhu. Jom.. jap aku p cari ice cream.. nanti kita berangan bersama2.. hehhe

    ReplyDelete
  4. ah kau buat aku nk publish kistot sweet lak

    ReplyDelete
  5. oi.. budak selsema. nak cari ice cream lagi????

    ReplyDelete
  6. Iffah Afeefah---> ahahaha.. tulis lah. Aku tunggu yg kau puylak... ehehe. Dan juga Mimie punya.. =D

    ######

    Nong Andy---> ahahaha,. Aku dah bantai ice cream tadi.. ekekeke. Delicious.. =)

    ReplyDelete
  7. Iffah Afeefah---> ahahaha.. tulis lah. Aku tunggu yg kau puylak... ehehe. Dan juga Mimie punya.. =D

    ######

    Nong Andy---> ahahaha,. Aku dah bantai ice cream tadi.. ekekeke. Delicious.. =)

    ReplyDelete
  8. Manis, aku terus berangan :)

    ReplyDelete
  9. omeyy angat nama kistot dy aiskrimmmmm~~~ (n_n) hehe

    ReplyDelete
  10. berangan makan ais krim di tengah hari di bulan posa...hehe

    ReplyDelete
  11. KAY---> terima kasih.. =)

    ############

    lynndamya---> ahaha. terima kasih cakap comel.. ekekeke.

    ######

    Lelalki semalam---> amboi.. mujur kau taip ini di waktu malam.. eheheh

    ReplyDelete
  12. KAY---> terima kasih.. =)

    ############

    lynndamya---> ahaha. terima kasih cakap comel.. ekekeke.

    ######

    Lelalki semalam---> amboi.. mujur kau taip ini di waktu malam.. eheheh

    ReplyDelete
  13. wahhh..saya suka awak macam saya suka aiskrim..melting aku bila baca..hahaha

    ReplyDelete
  14. sweet kisah ni..harap realiti ..


    berangan ni buat aku ke lauuuttt .. :)

    ReplyDelete
  15. sweet kisah ni..harap realiti ..


    berangan ni buat aku ke lauuuttt .. :)

    ReplyDelete
  16. Encik H---> ahahah. Aku pun melting bila tulis ini.. ekekek.

    #########

    Cik ZaitUl---> kuat gila kan aku berangan.. hanya berbekalkan ice cream sebagai idea.. menjadi satu kisah berangan.. ekekek

    ReplyDelete
  17. Encik H---> ahahah. Aku pun melting bila tulis ini.. ekekek.

    #########

    Cik ZaitUl---> kuat gila kan aku berangan.. hanya berbekalkan ice cream sebagai idea.. menjadi satu kisah berangan.. ekekek

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.