Thursday, August 30, 2012

Kistot #8: Crush.


Dia ada crush pada seseorang.
Hai Maya.” Maya mengukirkan senyuman tatkala Airil Hakimi menyapanya. Lelaki itu mengambil tempat di sebelahnya. Maya berasa segan.

Kau buat apa?” Airil menyoal gadis di sebelahnya.

Sedang siapkan tutorial,” jawab Maya pendek. Dia segan lagi.

Airil menganggukkan kepalanya. Dia perhatikan sahaja Maya di sebelahnya dari atas sampai bawah.

Kau pandang apa?” Maya menyoal.

Airil tersentak. Maya sudah sedar dia sedang memandangnya.

Aku… tak ada apa-apa.” Airil menarik nafas. Maya kelihatan biasa sahaja bila dengannya. Dia hairan.

Oh.” Maya kembali memakukan matanya ke arah helaian kertas di hadapannya. Rasa segan terhadap Airil masih lagi ‘bernyawa’. Ah… dia malu sebenarnya.

Airil memerhatikan sekali lagi gerak geri Maya. Perlukah dia bincangkan apa yang dia andaikan terhadap gadis ini?

Aku blah dulu. Ada kelas. Jumpa lagi,” Maya bersuara sambil mengemas buku-buku di hadapannya. Dia lansung tidak menghiraukan pandangan Airil terhadapnya.

##############

Maya… kau okey ke?” soal Syakila ketika melihat Maya beredar keluar dari perpustakaan. Dia tahu sahabatnya itu baru sahaja berdepan dengan Airil.

Okey je. Asal kau tanya? Pelik je kau ni,” Maya bersuara sambil memandang sahabatnya dengan penuh kehairanan.

Yeela, sebab kau kan pernah ada feeling kat Airil. Aku risau kalau kau tetiba buat sesuatu yang aneh masa kau berdepan dengan dia.

Maya mengukirkan senyuman. Benar, dia pernah ada perasaan pada Airil. Tapi itu dulu. Sekarang perasaan pada Airil Hakimi itu sudah hilang.

Weh… itu dulu lah. Memanglah dia pernah jadi crush aku. Tapi tu dulu. Aku dah tak suka dia. Pakwe aku, Fazrul nak letak kat mana?

Syakila mengangguk. Ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh sahabatnya ini. Dia lihat Maya sedang berjalan ke arah Fazrul yang baru tiba. Dia tersenyum. Maya sudah jumpa kebahagiannya. Tidak lagi mengharapkan Airil Hakimi. Benarlah apa yang dikatakan oleh Maya, buat apa mengharapkan pada yang tidak sudi. Hidup harus diteruskan walau macam mana sekalipun.

Dia ketemu kebahagiaannya.

12 comments:

  1. knp aku rase xsweet ni

    mungkin sbb aku harap crush itu menjadi ending

    ermm

    tapi hidup bukan selalunye spt kite harapkan kan?

    #aku sengal jugak mlm ni

    ReplyDelete
  2. knp aku rase xsweet ni

    mungkin sbb aku harap crush itu menjadi ending

    ermm

    tapi hidup bukan selalunye spt kite harapkan kan?

    #aku sengal jugak mlm ni

    ReplyDelete
  3. Iffah Afeefah--> kali ini aku try nak tulis tentang realiti hidup sebab apa yg kita nak tak semestinya kita dapat.. hahah.

    aku tau.. ini tak sweet. Hahah. Mood sweet aku hilang dek kesengalan aku.. muahahha.

    #jom sengal sama-sama malam ini. Ngeh ngeh.

    ReplyDelete
  4. Iffah Afeefah--> kali ini aku try nak tulis tentang realiti hidup sebab apa yg kita nak tak semestinya kita dapat.. hahah.

    aku tau.. ini tak sweet. Hahah. Mood sweet aku hilang dek kesengalan aku.. muahahha.

    #jom sengal sama-sama malam ini. Ngeh ngeh.

    ReplyDelete
  5. aku rasa bila aku jumpa balik org yg aku pernah crush.. agaknya apa perasaan aku eh? mesti rasa lucu kan..kan..kan...

    *kistot ini realiti tv.. eh salah realiti kehidupan. rasa itu dtg dan pergi. tapi ia pernah dtg dan singgah dlm hati. tentu kesan masih di ingati walau rasa itu sudah x wujud lagi :D

    ReplyDelete
  6. aku rasa bila aku jumpa balik org yg aku pernah crush.. agaknya apa perasaan aku eh? mesti rasa lucu kan..kan..kan...

    *kistot ini realiti tv.. eh salah realiti kehidupan. rasa itu dtg dan pergi. tapi ia pernah dtg dan singgah dlm hati. tentu kesan masih di ingati walau rasa itu sudah x wujud lagi :D

    ReplyDelete
  7. crush itu biasa... walaupun dh ada kesayangan hahhaha

    ReplyDelete
  8. Nong Andy---> hahaha. Kalau kau tnya aku since aku dah selalu jumpa crush, aku akan kata, kau akan rasa benda tu sesuatu yg melucukan. Bagaimana kau boleh jatuh hati pada dia suatu ketika dulu.. ngeh ngeh. =D

    realiti kehidupan? Mungkin.. Sebab aku belajar, apa yg kita nak, kita takkan dapat. Tuhan dah sediakan sesuatu yg lebih baik dari apa yg kita pernah nak suatu etika dulu.. =)

    ########

    aSRUL---> ahahah.. sememangnya. Satu kebiasaan sahaja punya crush.. ekeke.

    ReplyDelete
  9. Nong Andy---> hahaha. Kalau kau tnya aku since aku dah selalu jumpa crush, aku akan kata, kau akan rasa benda tu sesuatu yg melucukan. Bagaimana kau boleh jatuh hati pada dia suatu ketika dulu.. ngeh ngeh. =D

    realiti kehidupan? Mungkin.. Sebab aku belajar, apa yg kita nak, kita takkan dapat. Tuhan dah sediakan sesuatu yg lebih baik dari apa yg kita pernah nak suatu etika dulu.. =)

    ########

    aSRUL---> ahahah.. sememangnya. Satu kebiasaan sahaja punya crush.. ekeke.

    ReplyDelete
  10. aik...? kenapa aku rasa aku suka cara kau olah cerita ni? agak melampau... *padan muka* airil tu... macam bagus... terbaik! aku rasa mujur hero baru muncul.

    ReplyDelete
  11. Bidadari syurga---> hahah, Kau suka? Iffah tak suka. Hahaha.

    sengaja aku buat cenggitu.. ekekek.

    ReplyDelete
  12. Bidadari syurga---> hahah, Kau suka? Iffah tak suka. Hahaha.

    sengaja aku buat cenggitu.. ekekek.

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.