Wednesday, August 15, 2012

Ketentuan dia dan awak.



dia harapkan awak.

Dia harap awak jodoh dia. Dia harap Tuhan ciptakan awak untuk dia. Dia harap cinta dia pada awak akan kekal walau awak sedikit pun tidak tahu hal yang sebenarnya. Hal yang dia masih mengharapkan awak. Mungkin dia keterlaluan. Mungkin.

Dia berubah kerana Tuhannya walau dia masih lagi mengharapkan awak. Mengharapkan Tuhan akan memilih awak untuk dia. Memilih awak untuk dia habiskan usia emasnya bersama awak. Mungkin dia terlalu mengharap. Tapi dia tidak keterlaluan sebab dia berharap pada Tuhannya. Sebab padaNYA sahaja dia mampu meminta.

Dia mahu jatuh cinta pada awak sebab Tuhan hadirkan perasaan itu pada dia. Perasaan yang menunding ke arah awak. Ah… dia sendiri tidak tahu. Sama ada ini takdir atau hanya mainan duniawi sahaja. Dia keliru. Sebab itu dia memilih untuk menjaga cinta pada Tuhannya lebih dari cintanya pada awak.

Dia lepas sementara perasaan pada awak.
Mungkin saban hari dia berdoa pada Tuhannya, jikalau ditakdirkan awak untuk dia, dia mahu Tuhan hilangkan perasaan pada awak untuk sementara waktu supaya dia mampu menjaga cintanya pada Tuhannya. Cinta pada Illahi itu yang paling penting untuknya di saat ini.

Mungkin jikalau ditadirkan awak bukan untuk dia, mungkin dia tidak akan kecewa. Dia terima apa sahaja yang Penciptanya berikan padanya walau hatinya mengharapkan awak. Mungkin dia sedar, awak bukan untuk dia. Tuhan akan gantikan seseorang yang lebih baik dari apa yang dia harapkan suatu ketika dulu. Kisah awak dan dia setakat itu sahaja. Perasaan yang Tuhan hadirkan dalam diri dia untuk awak hanyalah sementara sahaja. Mungkin saat itu dia akan tersenyum sahaja. Dia cuma merancang, Tuhan yang menentukan.

Dia akan redha. 

#Andai benar dia jodoh kita , walau jauh mana pun dia pergi , pasti dia akan datang semula bila tiba masanya nanti .. jangan risau , Allah dah rancangkan yang terbaik buat kita#


p/s--- I learn something. =)


15 comments:

  1. baguslah bila letakkan cinta manusia kerana Allah

    kelak,pabila sesuatu terjadi kita takkan terlalu kecewa..

    ReplyDelete
  2. baguslah bila letakkan cinta manusia kerana Allah

    kelak,pabila sesuatu terjadi kita takkan terlalu kecewa..

    ReplyDelete
  3. Meminta pada Tuhan adalah yang terbaik...semoga tercapai hajat..

    ReplyDelete
  4. adakalanya ianya mmg bukan hakmilik kita...

    ReplyDelete
  5. jika benar dia jodohmu, semuanya akan dipermudah dengan izin-Nya

    ReplyDelete
  6. aku tak berharap lagi

    cukup dan tunggu saja jodohku

    aci tak?

    ReplyDelete
  7. aku tak berharap lagi

    cukup dan tunggu saja jodohku

    aci tak?

    ReplyDelete
  8. Allah itu sebaik-baik perancang.=)

    ReplyDelete
  9. si kiut lavender---> tentunya.. ahaha. Letakkan Allah di tempat pertama dalam segala hal.

    ###########

    Lady Windsor---> benar. DIA maha mengetahui yang terbaik.. =)

    ########

    lelaki semalam---> benar. Tapi sekurangnya kita mencuba bukan?

    ######


    the malay male---> tentunya. DIA maha mengetahui apa yg terbaik utk kita.. =)

    ######3
    Angah---> yeah... belajar untuk mencintai DIA bagi melupakan sementara waktu.

    ########

    Iffah Afeefah---> aci je. Aku pun nk buat gitu jugak.. =)

    ##########

    Penjajah Minda----> tentunya!!! DIA yg maha mengetahui. =)

    ReplyDelete
  10. si kiut lavender---> tentunya.. ahaha. Letakkan Allah di tempat pertama dalam segala hal.

    ###########

    Lady Windsor---> benar. DIA maha mengetahui yang terbaik.. =)

    ########

    lelaki semalam---> benar. Tapi sekurangnya kita mencuba bukan?

    ######


    the malay male---> tentunya. DIA maha mengetahui apa yg terbaik utk kita.. =)

    ######3
    Angah---> yeah... belajar untuk mencintai DIA bagi melupakan sementara waktu.

    ########

    Iffah Afeefah---> aci je. Aku pun nk buat gitu jugak.. =)

    ##########

    Penjajah Minda----> tentunya!!! DIA yg maha mengetahui. =)

    ReplyDelete
  11. ya.. benar belaka. kalau dah jodoh.. akan bertemu juga. kalau bukan jodoh.. biar bercinta 10 tahun lamanya.. tapi tak sampai ke mana...

    ReplyDelete
  12. ya.. benar belaka. kalau dah jodoh.. akan bertemu juga. kalau bukan jodoh.. biar bercinta 10 tahun lamanya.. tapi tak sampai ke mana...

    ReplyDelete
  13. NONG ANDy---> ah.. aku terlepas komen kau yang ini. Ehehehe. tentunya.. jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan.. =D

    ReplyDelete
  14. aku pun belajar menerima takdir.. :(

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.