Wednesday, August 15, 2012

Cerpen: Cemburu



Perempuan itu buat dirinya terancam.
Err… hai awak. Boleh saya nak kenal awak?” soalan perempuan itu benar-benar membuatkan Hana menoleh. Dia pandang Syazril di hadapannya, hanya mengukirkan senyuman sahaja. Hana mengigit bibirnya.

Syazril memandang Hana dengan senyuman sebelum mengukirkan senyuman. Dia tahu Hana mungkin sedang gelisah walau luaran nampak tenang sahaja. Dia tahu Hana. 3 tahun mengenali Farhana Zaliana benar-benar membuatkan dia masak dengan sikap gadis itu.

Untuk?” Syazril bersuara. Dia pandang lagi Hana. Hana hanya mendiamkan diri sahaja sambil tangannya kembali menyuapkan aiskrim coklat ke dalam mulutnya. Ah… ketenangan Hana kadang-kadang mengugat keegoannya.

Saya… saya selalu nampak awak kat sini. Selalu datang sini dengan kawan awak ni…” perempuan itu memandang seketika Hana yang mendiamkan diri. Hana menelan air liur. Dia mahu saja bersuara tapi dia tidak mampu. Ah… dia risau.

Jadi?” Syazril menyoal. Matanya mengerling sekilas ke arah Hana. Masih lagi cuba berlagak tenang.

Jadi… boleh saya mintak nombor awak? Untuk kita kenal dengan lebih dekat?” Perempuan itu bersuara lagi.

Hana menghembuskan nafas sebelum meletakkan sudu aiskrim di atas meja dengan kasar. Dia memandang perempuan yang sedang cuba mengurat Syazril. Lama sebelum dia  kembali memandang Syazril. Lelaki itu hanya tersenyum.

Balik dululah. Jumpa lagi.” Hana mengankat punggung, meninggalkan Syazril terkontang-kanting di situ. Dia benar-benar cemburu. Terlalu. 5 minit kemudian, telefon bimbitnya berbunyi setelah dia keluar dari kedai aiskrim itu.

Message:
Pandang belakang.
~Syazril~

Hana mengikut arahan Syazril. Dia menoleh ke belakang. Syazril sedang tersenyum ke arahnya. Dia mencebik tatkala Syazril berjalan ke arahnya. Dia memeluk tubuhnya tanpa menghiraukan pandangan Syazril itu.

Cemburu eh?” soal Syazril. Hana mencebik lagi. Malas mahu menjawab pertanyaan bodoh itu. tentunya dia cemburu.

Saya tahu awak cemburu.
First time saya tengok awak cemburu. Jangan risau. Saya tak bagi orang lain mengurat saya kecuali awak. Hati saya tetap pada awak,” Syazril bersuara.

Ceh! Dasar sweet talker betul!” Hana bersuara kasar. Syazril ketawa.

Awak tahu, kata-kata awak tu buat hati saya terhiris. Saya cuma sweet talk dengan awak saja tahu,” Syazril bersuara perlahan. Dia terkilan sebenarnya dengan tuduhan sebagai sweet talker dari Hana.

So?” Hana bersuara. Dia berasa jengkel.

So, awak cemburu. Dah lama nak tunggu awak cemburu. Selama ni awak asyik berlagak cool je. At least sekarang, saya tahu awak sayang saya juga bukan?” Syazril mengukirkan senyuman.

Hana menjelirkan lidah. Berasa muak dan loya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi.

Yeela. Yeela! Saya cemburu. Perempuan tu ingat saya kawan awak. Minta nak kenal awak depan saya. Berlagak macam saya tak wujud. Saya cemburu okey!” Hana mengeluarkan segala yang ditahannya dari tadi lagi.

Ya! saya cemburu
Itulah yang saya alami bila ada lelaki mintak nombor awak depan saya hari itu.” Syazril teringatkan kejadian beberapa hari lepas di mana ada seorang lelaki meminta nombor Hana di hadapannya. Lalu dia memarahi lelaki itu. Syazril tersenyum mengingatkan kejadian itu.

Hana menarik nafas. Dia bengang. What goes around comes around. Dia pandang Syazril yang kelihatan tenang.

Perempuan tu ingat saya kawan awak. Padahal saya…” Hana bersuara. Tidak tahu apa yang harus diucapkan selepas itu.

Awak memang kawan saya pun,” Syazril membalas.

Hana mengeluh. Dia tahu dia yang keterlaluan tadi. Dia tidak sepatutnya cemburu. Bencinya bila ingat tentang ini. Dia tiada kelayakan untuk punya rasa cemburu.

Tapi perasaan kita lebih dari kawan bukan?” Syazril bersuara lagi.

Hana mengeluh sekali lagi. Benar. Perasaan mereka lebih dari seorang kawan. Masing-masing sudah meluahkan apa yang terbuku di hati namun tidak mahu menjadi seperti kekasih. Berkawan seperti waktu dahulu lagi baik. Itu yang mereka telah bersetuju.

Tak apalah. Pergilah layan perempuan tu. Awak nak bagi nombor awak pada dia pun, saya tak kisah. Itu hak awak. Besides, awak yang kata, kita kawan bukan? Saya cuba untuk tak cemburu.” Hana bersuara dengan jengkel. Syazril mengukirkan senyuman.

Awak ni… saya suka awak. Buat apa saya nak layan perempuan tu. Saya rasa awak lagi baik dari perempuan tu. Awak unik dengan cara awak tersendiri. Kita kawan but perasaan kita lebih dari tu dan kita lagi selesa dengan hubungan sebagai kawan bukan?

Hana mengukirkan senyuman. Dia tahu itu. Dia selesa dengan Syazril sebagai kawannya bukan sebagai kekasihnya walau perasaanya pada Syazril lebih dari seorang kawan.

Whateverlah. Malas nak layan awak punya sweet talk.” Ayat Hana membuatkan Syazril ketawa.

Nah, ice cream untuk awak.” Syazril menghulurkan sebekas aiskrim di tangannya pada Hana.Hana mengukirkan senyuman. Dia kembali menikmati ice cream coklat.

Syazril mengukirkan senyuman. Tidak sia-sia dia meminta Nazirah berlakon tadi. Sekurang-kurangnya dia tahu perasaan Farhana Zaliana masih padanya. Masih lagi untuknya. Risau jika perasaan itu kembali bertukar menjadi perasaan tidak lebih dari kawan di hati Hana. Syazril mengukirkan senyuman sekali lagi.

Mereka berdua senyum.

p/s---> aku tahu aku sebenarnya kena simpan cerpen untuk semetara waktu tapi masih aku nak publish jugak. ahahaha. dah lama tak publish cerpen.. ekeke. 






16 comments:

  1. arghhh laki tak gune. dem2
    kalo kantoi memang akula y p ketuk2 kepala die tau

    #kau buat aku tersenyum wlpon ianya cerpen

    ReplyDelete
  2. arghhh laki tak gune. dem2
    kalo kantoi memang akula y p ketuk2 kepala die tau

    #kau buat aku tersenyum wlpon ianya cerpen

    ReplyDelete
  3. ceh, skali dapat kesayangan yg suka berdrama la pulak...

    ReplyDelete
  4. Ini seperti kisah aku. Ah. Teringat memori lampau.

    ReplyDelete
  5. ok2 cerita awk ini..sila lah dtg ke blog sy http://ajax85.blogspot.com..heheheh

    ReplyDelete
  6. ffah Afeefah---> nie apa tetiba emo ni.. ekekeke.

    #senyum? Entah... aku tak faham asal kau tersenyum.. =)

    ##########

    AsruL---> ahahaha. Jap lagi jadi bingung.. =)

    ############

    Fel---> kau pernah lalui eh??? =)

    ###########

    man---> terima kasih. Nanti saya cuba.. =D

    ReplyDelete
  7. ffah Afeefah---> nie apa tetiba emo ni.. ekekeke.

    #senyum? Entah... aku tak faham asal kau tersenyum.. =)

    ##########

    AsruL---> ahahaha. Jap lagi jadi bingung.. =)

    ############

    Fel---> kau pernah lalui eh??? =)

    ###########

    man---> terima kasih. Nanti saya cuba.. =D

    ReplyDelete
  8. Ya. Pernah diuji sebegitu. Kejam sungguh si jejaka.

    ReplyDelete
  9. Fel---> pernah d uji?? Kejam? Mungkin.

    ReplyDelete
  10. aduh...! aku jatuh cinta pada hero...

    zaliana? ekeh ekeh ekeh ekeh.... ok aku perasan sikit...

    *lama tak jenguk kau... dengan nong...* salam syawal tau. aku takut aku tak sempat aja nak say hai kat kau di Fb. lately ni aku terlampau sibuk. tak terkejar...

    ps: aku suka cerpen ni... seksi tahu..! (habislah iffah. ada saingan dah lepas ni. dia paling teror buat cerpen romantis cenggini. skang kau plak)

    ReplyDelete
  11. aduh...! aku jatuh cinta pada hero...

    zaliana? ekeh ekeh ekeh ekeh.... ok aku perasan sikit...

    *lama tak jenguk kau... dengan nong...* salam syawal tau. aku takut aku tak sempat aja nak say hai kat kau di Fb. lately ni aku terlampau sibuk. tak terkejar...

    ps: aku suka cerpen ni... seksi tahu..! (habislah iffah. ada saingan dah lepas ni. dia paling teror buat cerpen romantis cenggini. skang kau plak)

    ReplyDelete
  12. ah.. manisnya! walaupun aku dah boleh agak endingnya. tapi ia tetap terasa manis hehehe...

    ReplyDelete
  13. Bidadari syurga--->ahahha. Terima kasih.. keh keh.

    #########

    Nong Andy---->ehehehe. manis macam ice cream.. =)

    ReplyDelete
  14. Bidadari syurga--->ahahha. Terima kasih.. keh keh.

    #########

    Nong Andy---->ehehehe. manis macam ice cream.. =)

    ReplyDelete
  15. oppss.kalau itu laki aku, mau aku masukkan eskem tu kat lubang hidung die..
    hahhahha!!

    ReplyDelete
  16. oppss.kalau itu laki aku, mau aku masukkan eskem tu kat lubang hidung die..
    hahhahha!!

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.