nuffnang

Wednesday, July 4, 2012

Suratan atau kebetulan?


I used to keep that feeling.
Ah.. pernah tak korang pergi memana, korang terserempak dengan orang yang sama? Oh, ini bukan orang yang korang dah janji nak jumpa but someone entah not really know, but korang selalu nampak dia.

Aku, pernah alami situasi itu. He’s the first person yang aku in love with. My love at first sight I guess, sebab aku rasa aku suka dia pada kali pertama aku nampak dia. Aneh bukan rasa cinta itu? Mungkin masa aku rasa aku jatuh cinta, aku still seorang innocent. Dia yang selalu buat aku tersenyum tanpa pengetahuannya. Yang buat hari aku penuh dengan senyuman even tika itu aku alami sesuatu yang muram. Tapi itu dulu. Sekarang ia tiada makna apa-apa.

Yaa.. mungkin tika itu, aku masih lagi seorang yang baik. Orang cakap, perempuan baik biasanya akan jatuh pada lelaki yang baik dan begitu sebaliknya. Ah… aku bukannya baik sangat sekarang ini untuk katakan sama ada orang itu jahat atau tidak di saat ini. Aku tiada hak untuk tafsirkan sedemikian.
Dia pernah buat aku tersenyum.
Saat aku tahu aku dapat tawaran U yang sama dengan dia, aku andaikan dia jodoh aku. Mungkin saat itu, aku masih punya perasaan pada dia. Ah… malu bila teringatkan tentang ini. Hari pertama aku di U (ah, aku dapat rayuan kemasukan) aku harapkan sangat aku dapat lihat dia. Namun tidak berjaya. Tambahan lagi kos dia dan aku tidak sama begitu juga dengan kolej penginapan. Semuanya tidak sama.

Pernah ada 1 kali itu aku ada bengkel kayak di tasik U aku, and then I saw him. Yes, dengan berpakaian sukan, mungkin dia datang jogging di situ. Aku perhatikan sahaja dia sehingga dia berlalu pergi. But dia tak sedar kewujudan aku. Aku senyum bila ingat ini kembali.

 Dan pernah juga ada satu kali itu, ketika ekspo konvokesyen U aku, aku berada di gerai buku. Membelek-belek buku di situ tatkala kawan-kawan aku ke mana entah. Yaa… aku nampak dia. Hanya beberapa inci sahaja dari aku. but then, dia tak sedar kewujudan aku. sedikit pun tidak pernah. Ah… mahu saja aku menegurnya, namun disebabkan aku ketika itu masih lagi punya perasaan padanya, jadi aku batalkan sahaja dan mencari kawan-kawan aku.

Dan ada satu lagi insiden, di mana aku tersesat ketika membeli-belah bersama-sama kawan-kawan aku. Dalam mata aku sibuk mencari kawan-kawan aku di sebalik orang ramai itu, aku sedar ada seseorang sedang melambai ke arah aku dengan senyuman. Yaaa… dia. Aku senyum sahaja padanya sedangkan hati aku sudah berbunga-bunga melihatnya. Ah… ini cerita dahulu kala tahu.
I used to feel really excited whenever I meet him somewhere.
Aku tak tahu sama ada ini dikatakan suratan atau kebetulan. Setelah berhempas pulas berfikir tentang ini, aku andaikan ia hanyalah kebetulan sahaja. Bukan suratan. Sebab aku kini hanya jadi kawannya sahaja. Yaa… aku gembira dapat menjadi kawannya bukan lagi dia punya secret admire. Ah… benar, menjadi kawan padanya lagi sesuai untuk aku dari aku menyimpan perasaan pada dirinya.

Mengapa kebetulan aku pilih? Entah. Mungkn ketika itu, mata aku selalu mencari kelibatnya walau aku tahu kemungkinan untuk terserempak dengannya adalah tiada. Yaa… aku yang selalu mencarinya bukan ia secara tiba-tiba. Ah… ia lain dengan situasi itu. Situasi yang aku rasa aku terlalu alert dengan kewujudan seseorang itu. Ah… ini kisah dahulukala diingatkan sekali lagi.

Mungkin aku mahu imbau kembali saat aku selalu terserempak dengan dia. Dia yang pernah aku simpan perasaan selama 4 tahun dari matrikulasi lagi. Sebelum aku sedar perasaan itu sudah hilang setahun yang lepas. Saat aku sedar rasa aneh itu telah menuju ke arah seseorang yang aku sendiri tak pernah sangka akan punya rasa aneh. Ah… balasan kah ini? 

Sekadar mengimbau masa lalu.


p/s---maaf diatas kepanjangan entry ini. Sekadar mengimbau saat yang pernah buatkan aku tersenyum sepanjang hari. Dan ya... aku tersenyum bila mengingati ini.

10 comments:

Iffah Afeefah said...

Terima kasih sbb aku pon ske bace entry ni

n sdg tersenyum

reenapple said...

Iffah Afeefah---> sama2, aku jua. =)

Nurlyla said...

i know the feeling.. when we saw him, no one else will exist.. only him .. huhu, n if dia ada.. kita boleh rasa.. smacam ada aura..

the malay male said...

mungkin lagu 'you're beautiful-james blunt' sesuai menjadi latar entry ini :-)

Nong Andy said...

mengenang sesuatu yg buat kau tersenyum.. walaupun suatu masa dulu mungkin saja ia menyakitkan haha..

aku makin kerap berbuat begitu.. apalagi ketika ingin menulis.. seolah-olah menyeru kembali 'rasa' yg dulu itu agar ia 'bernyawa' dalam tulisanku hehehe...

reenapple said...

Nurlyla---> oh, entha.. aku pun tak tahu sgt tntg itu.. yg pasti.. aku jumpa dia bukan scra tiba3.. entah.. no idea. Yg pasti mata aku sentiasa mencari kelibatnya.. dan aku jumpa dia... means aku minta utk dipertemukan dengannya.. =)

######

the malay male---> ah.. aku tak dapat kaitkan lagu itu dgn etry aku ini.. =)

#####

mimie Nong Andy---> oh.. ini yg lain. Yg akan sentiasa buat aku trsenyum tatkala aku ingat tngtgnya.. always make me smile.. huhuhu.

kdg3 megimbau kembali rasa yg pernah kita rasai benar3 buatkan penulisan kita punya jiwa bukan?? huhuhu... ah.. penulisan akku dah tiada jiwa.. huhuhu.

Layyinul Harir said...

heee~senyum2 ye..

dalam hidup ini takda kebetulan,semuanya dah memang ditakdirkan tau..=)

reenapple said...

Layyinur Harir---> oh.. senyum juga. Oh, adakah? Aku baru tahu itu.. =). Takdir untuk buat aku terus tersenyum mungkin di kala aku lemah.. uhuhu. Rindu perasaan itu tahu.

CikZaitul said...

luahan hati yang best..
aku terharu...

reenapple said...

cik ZaituL---> isn;t it? hahaha. Dah lama aku tak ingat dia.. huhu. Sejak yg 1 lagi muncul.. huhu. Tapi ini lain, berbeza yg sa tu lagi, ini akan sentiasa buat aku tersenyum bila aku ingat dia.. huhu.