![]() |
| kisah ini berlaku dalam bus. |
Pada suatu malam, ada seorang perempuan
menaiki bus untuk pulang ke kampung halaman yang dicintainya. Berbulan-bulan
jauh dari kampung halaman, benar-benar buatkan dirinya ‘homesick’. Dia yang
terakhir menaiki bus.
Dia mencari tempat duduknya, akhirnya dia
menjumpai tempat duduknya, seat di bahagian belakang. Tapi, tapi dia menelan
air liur. Penumpang di sebelahnya adalah lelaki. Ah.. mahu atau tidak duduk di
kerusi itu. Akhirnya dia berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat duduk sebelum
melabuhkan punggungnya di situ. Segan pula dengan lelaki di sebelahnya.
Akhirnya bas bergerak. Dia masih mendiamkan
diri. Tiada langsung sapaan mahupun senyuman diantara dia dan lelaki itu. Tatkala
itu dia bermesej dengan kawannya begitu juga dengan lelaki itu. Masing-masing
buat kerja masing-masing. Sehinggalah, apabila bus itu berhenti di satu tempat,
lelaki itu menegurnya, “Awak nak balik mana?”
![]() |
| Ah.. dia duduk di sebelah lelaki. |
Dia menoleh ke arah lelaki itu.
Memandangnya dengan perasaan hairan. Dalam hatinya tertanya-tanya benarkah
lelaki di sebelahnya mengurnya. Lelaki itu bertanya lagi padanya, tentunya
dengan soalan yang sama. Akhirnya dia menjawab soalan lelaki itu. Dan mereka
berbual seketika. Dari situ, dia tahu lelaki itu rupanya sudah bekerja dalam bidang
Chemical Engineering. Pernah belajar di
UTP. Oh, mereka juga berbual juga tentang bidang yang dia sedang belajar
sekarang ini, Perakaunan. Katanya lelaki itu, dia suatu ketika dulu mendapat
tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan ketika menyambung ijazah
tapi dia menolak disebabkan bukan minatnya.
Dan bila keadaan dalam bus itu kembali
gelap gelita, mereka mendiamkan diri. Tidak tahu apa lagi yang harus dibualkan.
Keadaan senyap sunyi kembali diantara dia dan lelaki itu. Yang kedengaran
hanyalah suara-suara gadis-gadis di sebelahnya yang asyik berbual sesama
mereka. Mengutuk siapa entah, dia tidak tahu dan malas nak ambil tahu. Akhirnya
dia keluarkan Mp3 nya, mendengar lagu-lagu kegemarannya sehingga tertidur.
1 jam kemudian, dia tersedar apabila bus
berhenti lagi. Kali ini dia turun. Mahu ke tandas. Dari tadi lagi dia menahan
rasa hendak membuang air kecil. Menyesal tidak turun pada hentian pertama tadi.
Tapi dia naik kembali ke bus, terlupa untuk mengambil pursenya. Rupanya tandas
berbayar 30 sen. Ceh. 30 sen itu seperti disia-sia sahaja. Tandas itu langsung
tidak selesa. Ah… tak apalah asalkan dia tak membuang air kecil dalam bus.
![]() |
| Ia hanya berlaku dalam satu perjalanan bas sahaja. |
Dia kembali ke dalam bus. Dia lihat lelaki
itu sedang bermain dengan i-Pad. Mahu menyoal dan mengintai apa yang dilakukan
oleh lelaki itu tapi dia diamkan sahaja. Tak mahu dikatakan menyibuk. Dia mahu
lagi berbual lagi dengan lelaki di sebelahnya. Tapi tidak tahu, topik apa yang
harus dibualkan. Mahu bertanya nama lelaki itu tapi dia tak mahu gadis-gadis di
sebelahnya mengutuk dirinya. Ah… apa kaitan dengan gadis-gadis di sebelahnya?
Entah, dia pun tak tahu. Ataupun dia risau jika nama lelaki itu adalah nama
yang dia benci. Akhirnya dia mendiamkan diri sambil mengulang lagi lagu-lagu
dalam Mp3 nya.
Dia sedar lelaki di sebelahnya tidur. Dia dapat
dengar bunyi dengkuran di kiri dan kanannya. Ah… ada irama tambahan. Bukan setakat
lagu yang dimainkan dari Mp3 nya. Dia akhirnya kembali tidur untuk seketika.
Selepas itu dia tidak tidur. Bukan disebabkan bunyi dengkuran tetapi matanya
tidak mengantuk oh, dan mungkin disebabkan dia memikirkan pada sesuatu. Yaa…
sesuatu itu menganggu fikirannya.
Beberapa jam kemudian, dia akhirnya tiba di
destinasi yang dituju. Dia bangun sebelum memandang lelaki di sebelahnya. Masih
tidur lagi. Ah… mahu saja dia mengucapkan selamat tinggal ataupun meminta
nombor telefonnya, namun dia batalkan sahaja. Pertemuan dia dan lelaki itu
hanya setakat dalam bus sahaja. Dia kecewa sambil turun dari bus. Oh, tak apalah. Dia tak apa-apa. Dia senyum sahaja bila ingat kembali sketsa ini.
![]() |
| Mungkin dia lepaskan peluang itu. |
p/s---based on true story. Dia itu aku. ehehee. Terjadi masa balik hari tu. Ahahaha. Lelaki tu sedap mata memandang tahu. Huhuhu. Yaaa.. aku tahu aku gedik. Tak sedar diri betul. heh. =.=




16 comments:
ahahaha.. bila cakap homesick aja aku dah agak tuan punya blog punya kisah. tokok tambah atau tidak aku blasah je baca smpai habis.. rupanya memang ya. ah.. gedik tak gedik.. aku langsung xde idea nak up apa2 kat blog huhuhuhu....
Nong Andy---> aahahahaha.. real story. Gedik kan aku.. eheheh. Uhuuu.. aku lak yg bnyak idea nk up entry.. tgok bape entry dalam masa 1 hari aku update.. huhuhu.
Takpe.. kau perlukan weekend kot.. huhuhu
saya dah agak itu awak tau..hehe~
aku la pencinta mu itu.mari dekati aku sekali lagi,pasti aku akan menjaga mu seperti mana aku menyayangi diriku.
haha merapu sekejap..sweetnya dia,,erkk siap buat entry bagai2.nyte
untunglah kau boleh gedik. gediklah sebelum kahwin. kalau dah kahwin mane leh gedik lagi, (boleh gedik ngan suami jelah). haha
hahahahha melepas sudahhhh
aku dah agak da mesti kau lah,x baca sampai hbs dah tahu dah,hehehe,,,
dont wori,kalau ada jodoh,kau pasti jumpa dia balik k , ^_^
Layyinur Harir---> ahahaha.. Daa tau2 ya... ini bukan cerpen.. ehehe.
####
woofer storm---> huuu.. suka sangat merapu ya.. =.=
#terima kasih.. ahahah.
#####
ell---> untung. Ahahhaa. Dah lama tak gedik,. kekek. Even tahu diri ni siapa.. huuuu.
#####
si gile dan kegilaannya.---> itulah.. melepas.. ahahah.
#####
miza kimbum---? oh.. tak baca sampai hbis ya.. heee...
#ah.. tak nak la. Aku suka tgok muka dia je pun.. eheheheh.
ReenApple,
ya Rabbi, kalau aku ada ditempat kau ketika itu, aku akan pastikan aku dapat contact number dia...kau tahu, aku sudah banyak kali terlepas keadaan begitu dan akhirnya aku terlepas dan terlepas..kini aku tidak mahu terlepas lagi dan aku akan lakukan apa saja supaya aku tidak kecewa lagi..cheewahhh...
kan...
lady windsor---ahaaa... entah, aku andaikan dia sudah berpunya.. ehehehe. Tak nak kacau yg orang punya.. Itulah, kita asyik terlepas bukan.. huu. terlepas terlepas sampai satu saat kita rasa harua lakukan sesuatu.. huu.
#moga kau berjaya.. =)
Kau sweet tahu? Dan aku cmburu itu
aku suke sketsa ini
really
hope will be continuedwakama
Iffah AfeefaH---->ahahahaha... terima kasih cakap aku sweet. Saja nk buat kenangan d sini.. huhuhu. aku pun suka ini.. real story maa....
#sayangnya tak de sambungan.. =(
aku tgk aja homesick.. aku dah tahu sapa dah yang... huhuhuhuh
ps: patutnya kau tukar2 fb tahu...
Bidadari syurga---> ahahaha. Itulah, aku pun tak tahu bagaimana nk mulakan langkah pertama.. ahahaa
nak jupe dia lagik..
naik la bas tu jugak..takpun tukar kerjaya pemandu bas, :)
hehhehehe...gurau ek...
cik Zaitul---> ahahah. good idea... huhuhu.
Post a Comment