Tuesday, July 31, 2012

Sketsa bersama lipas.


Sketsa bersama lipas.
Pada 1 malam, selepas aku mandi dan solat selepas pulang dari kerja dengan badan yang penat, aku melayan hal-hal alam maya dan minat aku. Sedang asyik aku melayan blog dan facebook berserta menulis cerpen, aku dikejutkan dengan bunyi bising dari bilik adik sepupu aku. Bising. Memang bising. Tiba-tiba pintu bilik bukan bilik aku terbuka.

Aku tanya kenapa.  Adik sepupu aku beritahu ada lipas dalam bilik sebelum dia mencari penyapu untuk menghalau keluar lipas-lipas dalam biliknya. Aku ketawa dengar jawapan dia. Dan malam itu bermulalah sesi menghalau lipas. Mula-mula adik sepupu aku cakap ada 3 ekor lipas. Aku dengan kakak dia hanya ketawa mendengar ‘Gedang’ ‘gedang’ (tu bunyi penyapu di hentak.. hehe)

Kemudian aku mendengar adik sepupu aku membebel dengan sekali–sekala dengar dia jerit tak sangat (sebab dia budak lelaki). Aku ketawa pabila dia cakap ada lagi tambahan 3 ekor selepas 3 ekor yang terdahulu yang dia mahu halau dah mati kot? Entah aku tak ambil tahu tentang tu. Sibuk karang cerpen. 

gerun gila dengan kaum kerabat lipas.
Jadi pembuli sudah menjadi kepada 6 ekor lipas. Kemudian aku nampak adik sepupu aku mencapai ridsect dan selepas tu bermulah bunyi  ‘sihhhh’…’sihhhh’ ( tu bunyi Ridsect disembur.. heheh). 

Dan entah macam mana, tetiba sahaja ada seekor lipas yang ketinggalan. Lipas tu berjaya melarikan diri dengan keluar dari bilik.  Dan lipas tu sedang menuju ke arah aku yang asyik dengan Cik Dell. Masa tu aku kaget dah. Aku kan agak fobia dengan lipas sebab hal yang berlaku ketika aku di usia 12 tahun.

Dengan kepantasan lipas yang sedang menuju ke arah aku, terus aku bangun dan berlari dan entah nasib malang apa yang menimpa aku, aku terpijak sesuatu lalu menyebabkan aku rebah. Dan kepala aku terhantuk ke lantai. Auch… itu sahaja yang aku sempat menjerit. Sakit tahu. Dan malam itu aku tidur dengan kepala yang sakit sehingga terbawa ke tempat kerja keesokan harinya.

Agak-agak aku akan hilang ingatan selepas kejadian itu tak? Tapi aku rasa tak. Sebab aku ingat blog ni.. haha. Sekian.

Sila ingatkan aku jikalau aku hilang ingatan.. huuu


15 comments:

  1. peperangan dgn lipas yang tak berkesudahan,,

    dan ko menjadi mangsa korban yang tak berapa korban.. ahaks..

    ReplyDelete
  2. peperangan dgn lipas yang tak berkesudahan,,

    dan ko menjadi mangsa korban yang tak berapa korban.. ahaks..

    ReplyDelete
  3. WAHAHAHA .. MANYAK SENGAL OOO .. INSYA ALLAH KO XLUPE BLOG .. TP KO AKAN LUPE PE YG KO PTUT LUPE .. KIHKIH

    ReplyDelete
  4. hahaha, aku pon xgemar betul dgn lipas..mahkluk tu rse mcm raksasa..ko cube bygkan kalau lipas tu besar dowh, hahaha :p sian, take care okay :D

    happy friendship day (n_n) !

    ReplyDelete
  5. hahaha, aku pon xgemar betul dgn lipas..mahkluk tu rse mcm raksasa..ko cube bygkan kalau lipas tu besar dowh, hahaha :p sian, take care okay :D

    happy friendship day (n_n) !

    ReplyDelete
  6. heheheh..lipas punya pasal ^^

    lau liaps terbang mau lgy ngeri~ hahahah

    ReplyDelete
  7. heheheh..lipas punya pasal ^^

    lau liaps terbang mau lgy ngeri~ hahahah

    ReplyDelete
  8. haniAsyira---> ahaha. nasib baik aku tak terkorban bersama-sama lipas2 itu.. kekeke.


    #####

    dedeq de wishes---> ahaha. Haarap aku akan lupa apa yang patut aku lupa.. erk adakah sebegitu?

    #####

    lynnDamya---> yaaa.. aku pun. Baby lipas.. pun aku gerun.. ekekeke.

    #####

    ReplyDelete
  9. haniAsyira---> ahaha. nasib baik aku tak terkorban bersama-sama lipas2 itu.. kekeke.


    #####

    dedeq de wishes---> ahaha. Haarap aku akan lupa apa yang patut aku lupa.. erk adakah sebegitu?

    #####

    lynnDamya---> yaaa.. aku pun. Baby lipas.. pun aku gerun.. ekekeke.

    #####

    ReplyDelete
  10. senyum Soya---> hahah. Itupun aku ngeri gak weh..

    ####

    Iffah Afeefah--->password??? huu. mintak mintak tak.. heheh

    ReplyDelete
  11. senyum Soya---> hahah. Itupun aku ngeri gak weh..

    ####

    Iffah Afeefah--->password??? huu. mintak mintak tak.. heheh

    ReplyDelete
  12. reenapple, kalau aku lupa password sila ingatkan aku ekekekeek..

    cik lipas ni yg mengerunkan dia pndai terbang.. shinta pon takut gila dgn cik lipas ni..

    ReplyDelete
  13. reenapple, kalau aku lupa password sila ingatkan aku ekekekeek..

    cik lipas ni yg mengerunkan dia pndai terbang.. shinta pon takut gila dgn cik lipas ni..

    ReplyDelete
  14. Nong Andy---> lipas tu musuh ketat aku.. ehehehe.

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.