Setia. Aku rasa setiap kali manusia-manusia
melafazkan janji setia mereka, tak mungkin mereka akan dapat tunaikan. Mungkin
tidak pada sepenuhnya sebab hidup ni penuh dengan pancaroba. Penuh dugaan.
Mungkin kata-kata setia tu mudah untuk dilafazkan tapi untuk tunaikan bukan
mudah tahu.
Seperti seorang lelaki yang berjanji taat
setia untuk mencintai si wanita yang menjadi isterinya. Tapi, di belakang
wanita itu, lelaki itu punya seorang lagi seorang isteri. Yaaa… lelaki itu
setia. Setia untuk mencintai isterinya tapi bukan hanya seorang isteri sahaja.
Nampak tak permainan di situ?
![]() |
| Hidup ini satu ujian tahu. |
Bila berlaku masalah untuk berpegang pada
kesetiaan itu, sudah tentu lelaki yang dipersalahkan. Mengapa begitu? Perempuan
juga sama tahu. Baik lelaki mahupun perempuan adalah sama. Mereka punya
kebolehan untuk curang pada pasangan. Jangan hanya sekadar menuding jari pada
lelaki saja. Mungkin kau tidak pernah mendengar lelaki yang kecewa akibat
kecurangan teman wanitanya atau isterinya?
Ah… aku bukan pakar untuk berbicara soal
setia dalam percintaa sebab setia yang aku tahu hanyalah pada kawan dan
keluarga sahaja selain setia pada YANG MAHA ESA.
![]() |
| Hidup ini satu ketentuan. |
p/s-à
semoga kamu tenang-tenang sahaja tanpa aku. Ah… dah start rindu kawan-kawan FB…
huhu.



9 comments:
kadang2 ujian mengajar tahap kesetiaan itu...maka hadapi dengan menggunakan akal dan fikiran :)
bw :)
Woit aku da pos. Smpai hati kau hilang dr fb
aku snyi
xde org nk kacau aku memalam. Melayan sengal sweet2 lg comel haha
bitt---> yaaa... ujian itu mengajar kita menjadi tabah.. =D
####
Iffah Afeefah---> uhuuu.. maaf la. Aku ada hal .. sebab tu hilang dari FB untuk sementara waktu.. ehehehe.
#yeeay.. kau dah pos.. huhu
setia dengan diri sendiri dahla..
err..toink2..
si kiut lavender---> betul tu.. ^___^
ia macam berjudi.. kalau menang.. bagus la.. kalau kalah. merana
Nong Andy---> really> first time aku dengar setia ni ibarat berjudi... ada risiko jugak ya..
ko deactive fb kah??
cik Zaitul---> tak adalah. Aku dah on balik.. eheheh
Post a Comment