Monday, July 9, 2012

Sempurna.



Dia bukanlah seorang yang sempurna jika dibandingkan dengan sesiapa. Dia punya banyak kekurangan diri berbanding mereka-mereka yang sentiasa menyebabkan dirinya lemah. Hilang semangat tatkala kata-kata yang menguris hatinya dilontarkan. Dia senyum sahaja walaupun hatinya sudah kecewa yang teramat.
Dia bukannya sempurna.
Dia bukanlah sempurna. Tiada keSempurnaan apabila dia jatuh cinta. Benar, cinta itu bukan suatu memori yang mampu dia labelkan sebagai sesuatu yang indah. Walaupun mereka-mereka di luar sana sentiasa mengatakan padanya cinta itu sebenarnya indah. Ah… mungkin dia belum lagi ketemu cinta yang mampu buatkan dirinya kelihatan indah. Mungkin belum tiba lagi saat itu. Saat, dia rasakan cinta itu sebenarnya indah.

Dia bukanlah sempurna. Walaupun dia kadang-kadang mengharapkan dirinya sempurna. Mengharapkan hidupnya sempurna dengan angan-angan dan impiannya. Mungkin impiannya itu tidak akan pernah tercapai. Sebenarnya sudah terlambat mungkin. Kehidupan yang sempurna yang dia mahukan dari dulu lagi tidak mungkin akan tercapai. Dia senyum sahaja. Mungkin masa depan mampu mengubahnya?
Dia juga mengharapkan kesempurnaan dlam hidup
Dia bukanlah sempurna. Mungkin mereka-mereka mengatakan hidupnya tidak sempurna. Tapi, baginya hidupnya sudah cukup sempurna walaupun tidak sesempurna mereka yang lain. Dia menghargai apa sahaja yang ada dalam kehidupannya sekarang ini. Bersyukur sahaja apa yang ada. Mungkin itu yang terbaik.

Dia bukanlah sempurna. Tidak pernah akan jadi sempurna seperti mereka-mereka harapkan. Mungkin ada dia sengaja berbuat sedemikian. Menjadi tidak sempurna. Tidak sempurna di mata mereka. Tidak sempurna di matanya. Mungkin menjadi tidak sempurna itu membahagiakan dirinya. Mungkin. Dia senyum sahaja tahu.

Dia memilih untuk menjadi tidak sempurna.

p/s---> Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan masing-masing.

11 comments:

  1. Manusia mana pernah sempurna..
    Aku pun pilih tak sempurna..
    Dan jangan mengimpikan aku akan jadi sempurna..

    ye dak??

    ReplyDelete
  2. Manusia mana pernah sempurna..
    Aku pun pilih tak sempurna..
    Dan jangan mengimpikan aku akan jadi sempurna..

    ye dak??

    ReplyDelete
  3. Tp kqlqu lqgu liyana jasmay tu cakap sempurna

    kau sempurna bagiku, xkurg sesuatu

    ReplyDelete
  4. Tp kqlqu lqgu liyana jasmay tu cakap sempurna

    kau sempurna bagiku, xkurg sesuatu

    ReplyDelete
  5. cik zaitu---> betul tu.. =D

    #####

    Iffah Afeefah---> ehehehe.. aku baru dengar lagu tu..not bad juga.. huu

    ReplyDelete
  6. cik zaitu---> betul tu.. =D

    #####

    Iffah Afeefah---> ehehehe.. aku baru dengar lagu tu..not bad juga.. huu

    ReplyDelete
  7. "sempurna bagiku" kerana ku terima kau seadanya. ku terima kelebihanmu dan jua kekuranganmu. makan kau sempurna bagiku huhuhuhu..

    *Tiada yg sempurna, kesempurnaan itu hanya terletak dalam penilaian dan mata kita--> manusia semata. sehebat mana pun org itu..kehidupannya. tapi manusia tetap mencari cacat cela utk menjadikannya tidak sempurna.. begitulah lumrahnya. seburuk mana pun nasib kita tapi kalau kita reda dan menerima apa adanya.. sebenarnya itulah hidup yg 'sempurna' a.. pendapat peribadi saja :D

    ReplyDelete
  8. "sempurna bagiku" kerana ku terima kau seadanya. ku terima kelebihanmu dan jua kekuranganmu. makan kau sempurna bagiku huhuhuhu..

    *Tiada yg sempurna, kesempurnaan itu hanya terletak dalam penilaian dan mata kita--> manusia semata. sehebat mana pun org itu..kehidupannya. tapi manusia tetap mencari cacat cela utk menjadikannya tidak sempurna.. begitulah lumrahnya. seburuk mana pun nasib kita tapi kalau kita reda dan menerima apa adanya.. sebenarnya itulah hidup yg 'sempurna' a.. pendapat peribadi saja :D

    ReplyDelete
  9. Nong ANdy---> yeah.. I agree with you!!! Sempurna di kaca mata masing -masing.. -D

    ReplyDelete
  10. aku booking link ni dulu... aku tak sempat nak bw korang... ada urusan sedikit yang membutuhkan aku berkomitment di luar maya

    ReplyDelete
  11. Bidadari Syurga---> baik.. aku tunggu kedatangan kau.

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.