Sunday, July 1, 2012

Sekufu.


Kufu dari sudut bahasa bermaksud sama atau setaraf. Dari sudut istilah pula kufu bermaksud satu aspek yang ketiadaannya akan mencacatkan kedua mempelai. Aspek kufu dalam mazhab syafei ada enam iaitu, Islam, merdeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera dari sebarang kecacatan. Sebahagian fuqahak mutaakhirin al Syafei mengambil kira usia juga termasuk ke dalam aspek kufu. Mereka menghukumkan seorang gadis remaja tidak sekufu dengan seorang lelaki tua.

Kawan aku cakap, nak cari jodoh atau pasangan hidup, haruslah sekufu, means pasangan itu haruslah sama taraf dengan kita. Yang itu aku tak faham sangat bagaimana sekufu dikategorikan. Dari apa yang korang baca di atas, aspek kufu mengikut Mazhab Syafei luas. Dan ia berbagai-bagai.

Mereka cakap sekufu itu sama taraf
At the beginning, bila kawan aku cakap tentang sekufu ini, aku thought ia maybe sesuatu yang dikatakan sama taraf dari segi kekayaan dan keturunan. Yaaa… itu yang aku faham at the beginning. Yang kaya akan kahwin dengan yang kaya, yang sederhana dengan yang sederhana dan sebagainya. Itu sahaja yang aku fikirkan bila mendengar tentang sekufu ini.

But then, bila aku tonton drama kat TV, perkahwinan biasanya yang tidak sama taraf. Yang kaya akan kahwin dengan miskin. Itu yang menjadi persoalan. Kawan aku kata, kufu adalah sama taraf. But then why drama selalu buat cerita sedemikian? And then after that, persoalan aku terjawab bila aku buat research. Aku cuba cari erti sekufu yang sebenar dan ini yang aku jumpa.

Harus diingat sekufu ataupun kufu yang dititikberatkan dalam Islam ialah kufu dari sudut agama. Seorang lelaki ataupun wanita yang kuat beragama eloklah mencari pasangan yang kuat agama juga.

Soal miskin ataupun kaya sudah menjadi isu yang kecil dan ia tidak patut dijadikan penghalang kepada perkahwinan kerana sebuah kebahagiaan perkahwinan itu, bukanlah terletak pada harta benda, tetapi keserasian dan tanggungjawab masing-masing. Dan tujuan sebenar kufu ini disyariatkan dalam perkahwinan adalah untuk menjamin terjalinnya hubungan suami isteri agar terus baik. Apabila tidak kufu, nanti akan timbul perkara yang tidak diingini akan bangkit pada kemudian hari.

Namun begitu harus diingat, kufu ini sesuai diamalkan jika jodoh itu dicari oleh ibu ayah ataupun orang sekeliling. Namun jika jodoh itu sudah suka sama suka, soal sekufu sudah tidak timbul lagi. Yang penting pasangan masing-masing sanggup menerima kelebihan dan kekurangan mereka.

Sesiapa juga yang mencari jodoh dan pasangan masing-masing perlu mengambil kira garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat iaitu, agamanya, budi pekerti, kecantikan, murah mas kahwinnya, subur, gadis keturunan yang baik dan bukan dari keluarga yang terdekat. Andainya ini diamalkan, sebuah perkahwinan yang dibina itu akan menemui jalan bahagia walaupun pada dasarnya mereka tidak sekufu.

Sekufu itu rupa-rupanya berbeza dari
apa yang aku fikirkan
Dan dari inilah aku jumpa. Dari sini aku faham apa erti sekufu. Hurm… aku pun tak tahu asal aku nak cakap tentang pasangan, maybe sebab bila Mami aku suruh cari boyfriend sekarang. Daa… aku dalam hati memang tak nak sebab aku tahu aku tak layak dengan sesiapa pun. Hurm.. maaf, masih ada rasa negative tentang ini. Heheh. Ah… tunggulah bila tiba masanya aku kembali mempercayai cinta itu. Sekarang aku mahu baiki diri aku dulu. Sekian. =)

Renungkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, menyebut "Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda, 'Wanita itu dikahwini kerana empat perkara sebab hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Hendaklah engkau mendapatkan yang kuat agamanya, nescaya selamatlah kedua tanganmu."


Tawakal sahaja.


p/s--- sumber di sini dan di sini


4 comments:

  1. erm jdi pilihla y skufu

    tu y terbaik kan?


    aku rse aku cm ko

    gimme five

    ReplyDelete
  2. erm jdi pilihla y skufu

    tu y terbaik kan?


    aku rse aku cm ko

    gimme five

    ReplyDelete
  3. Iffah Afeefah---> yaa.. kalau itu memberikan kebahagian. Tapi still aku takut dengan perkahwinan.. ehehehe.

    #yeah.. balas gimme five.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Iffah Afeefah---> yaa.. kalau itu memberikan kebahagian. Tapi still aku takut dengan perkahwinan.. ehehehe.

    #yeah.. balas gimme five.. hehehe

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.