nuffnang

Friday, July 6, 2012

Peluang.


Orang nak kat kau, kau jual mahal. Orang confess kat kau, kau tolak. Kau cakap diri kau tiada rupa la. Tak layak dengan orang yang sukakan kau. Macam itulah, macam inilah. Macam-macam alasan kau beri tatkala aku suruh kau mencari seseorang. Kau kata SINGLE itu lagi baik untuk diri kau. Entahkan benar atau tidak kata-kata kau. Mungkin hati kau cakap yang sebaliknya. Mungkin. AKu tidak tahu.

Berilah peluang sekali lagi pada diri kau.
Sile beri peluang pada diri kau. Betapa kau kata diri kau tiada rupa,aku yakin ada seseorang di luar sana yang mengatakan kau punya rupa di matanya. Betapa kau katakan diri kau tidak layak untuk dicintai, aku yakin ada seseorang di luar sana yang yakin, dia bertuah mencintai dan dicintai kau. Betapa kau katakan jahatnya diri kau, aku yakin ada seseorang di luar sana yang akan mengatakan kau baik dari sudut hatinya.

Setiap dari kita diciptakan berpasangan. Tuhan itu Maha Adil tahu. Mungkin cuma lambat atau cepat sahaja. Berilah diri kau peluang. Jangan hanya disebabkan kisah-kisah silam membuatkan kau takut untuk menghadapinya sekali lagi. Tak salah untuk jatuh cinta tahu. Berilah peluang itu pada yang sepatutnya. Di saat hati kau merasakan dialah untuk kau. =)

Berilah peluang pada diri kau untuk jatuh cinta


p/s--- for a friend. ^___^





16 comments:

Iman Nur Aima said...

who's that friend? coz its sound kinda like me :P ...

you go 'a friend'!! take a chance!

arrgghhh...reenapple selalu tulis rasa yang dekat dengan aku.

Nong Andy said...

Peluang perlu di buka. jgn tunggu saja.. sebab tuhan tak akan bantu org yg tidak berusaha.. :D

reenapple said...

Iman Nur Aina---> kawan yang selalu jadi silent reader d blog ni.. huhu.

ini boleh jadi untuk kau kalau kau mahu.. Kau juga kawan aku walau kita tak pernah bersua... ^__^

#mungkin aku menulis ap yg lahir dari hati aku.. =).

#####

Nong Andy---> yeah.. that's right.. harus ada usaha tahu.. huhu. =)

pepol said...

sangat setuju dgn entri ni..

Iman Nur Aima said...

terima kasih...amat dihargai :)

leakedknowledge said...

err n3 ni ditujukan kpd siapa ni?? kepada yg single ka? ak single :P

Iffah Afeefah said...

Aku ke? Haha tula aku cube cr peluang itu

reenapple said...

pepol---> huhuhu. terima kasih.. =)

#####

Iman Nur Aima---> sama-sama... =)

#####

leakedknowledge----> mungkin,,, pada yg single.. pada aku juga mungkin. Tapi ini dtujukan pd seorang kawan yg single.. =)

#####

iffah Afeefah---> huhuhu. Yee.. untuk sesiapa yg rasakan dirinya single..hehehe.

cubala cari peluang tu.. =)

the malay male said...

beri peluang selagi ada

Picoz Shupalula. said...

bagi peluang ntuk diri sendiri, why not?

reenapple said...

malay male---> yaaa... betul tu. Beri peluang selagi mampu.. =)

####

Picoz Shupalula---> exactly... try to start a new life dengn bg peluang pd diri sendiri.. =)

zaujah until jannah said...

hehehe yup beri peluang. but jgn terslh amik peluang

ghost writer said...

single lebih baik? ada betulnya juga. tapi kalau berdua itu lebih baik.

reenapple said...

zaujah until Jannah----> ber peluang pada yg sepatutnya...

#####

ghost writer---> aaaa... kau buat aku terinatkan lagu berdua lebih baik.. huhhu

CikZaitul said...

hehehhe..

bila hati terbuka..
jatuh cinta lagi lah...

reenapple said...

cik ZaituL---> hehehe. Yaaa... jatuh cinta bila hati terbuka lagi.. =)