Thursday, July 26, 2012

Lupa


Dia lupa kau.

Dia lupa siapa sebenarnya kau yang pernah hadir dalam hidupnya. Kau yang tetiba muncul lagi dalam hidupnya. Kau yang sewenangnya mengaku kau itu pernah muncul dalam hidupnya. Dia senyum sahaja mendengar kata-kata kau ini.

Dia lupa siapa sebenarnya kau yang pernah memberikan dia kisah silam yang pahit. Dia senyum lagi bila dia kembali mengingati kisah silam itu. Pahit. Teramat namun dia masih lagi mampu senyum saat kau jatuhkan dia tanpa menghulurkan tangan kau untuk beri dia peluang bangkit semula.

Kau pernah guriskan hati dia.

Dia lupa bagaimana kau guriskan hati dia. Dia lupa bagaimana kau lukakan perasaan dan jiwanya. Dia lupa tentang kau yang pernah mengecewakan dirinya. Dia senyum sahaja bila kau datang lagi dan mengunkit kembali kejadian-kejadian kau guriskan hatinya. Kau bodoh bukan?

Buat apa kau mahu datang lagi dalam hidupnya. Berlagak sekali lagi kau dan dia sebenarnya rapat walhal itu adalah kisah dahulu. Kau tinggalkan dia dengan kata-kata yang dia tak akan pernah lupa. Dan sekarang kau datang lagi dan berlagak tiada apa yang pernah berlaku. Kau punya kesedaran diri itu kosong bukan? Bodohnya diri kau.

Dia lupa kau namun dia tidak lupa sesuatu tentang kau. Kau penyebab dia kini bangkit dengan satu azam baru. Azam yang sepatutnya dia ucapkan kata-kata penghargaan pada kau. Diatas kata-kata kau yang menguris hati dia. Yaa… dia berterima kasih pada kau. Tanpa kau, dia tak akan menjadi sekuat sebegini. Terima kasih. 
Dia harap kau lupa dia.


10 comments:

  1. kdang2 ingatan buat kita dakit..
    semoga dia kuat..

    ReplyDelete
  2. kdang2 ingatan buat kita dakit..
    semoga dia kuat..

    ReplyDelete
  3. sy suka gaya penulis empunya blog ni kerana berkonsepkan visual... :D

    dtg follow... trimas sebab sudi melawat blog sy :D

    ReplyDelete
  4. sy suka gaya penulis empunya blog ni kerana berkonsepkan visual... :D

    dtg follow... trimas sebab sudi melawat blog sy :D

    ReplyDelete
  5. Kalau lupe alnkah baiknye
    Sbb lg ingt lg luke hatinye

    ReplyDelete
  6. Kalau lupe alnkah baiknye
    Sbb lg ingt lg luke hatinye

    ReplyDelete
  7. ahsfantasy24----> yaa.. kadang2 ingatan terdahulu buat kita terluka... yaa.. dia kuat. =)

    #####

    Asrul----> huuu... terima kaseh.. =D

    ####

    Iffah afeefah---> baik lupa dari ingat. Tapi untuk lupa perlukan masa yg pnjang...

    ReplyDelete
  8. ahsfantasy24----> yaa.. kadang2 ingatan terdahulu buat kita terluka... yaa.. dia kuat. =)

    #####

    Asrul----> huuu... terima kaseh.. =D

    ####

    Iffah afeefah---> baik lupa dari ingat. Tapi untuk lupa perlukan masa yg pnjang...

    ReplyDelete
  9. aku tak akan lupakan kau.. kecuali aku amisia ;D

    ReplyDelete
  10. NONG ANDY---> yaaa... aku juga. Tak akan lupakan kamu. =)

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.