Friday, July 27, 2012

Kistot #1: Aku suka kamu.




Aku perhatikan dia bila dia tiba. Di tempat yang selalu aku menunggunya. Kadang-kadang menjadi stalker kuno ini memang bagus. Aku tidak tahu namanya, tidak tahu latar belakang dia. Yang aku tahu cuma hanya ini satu, melukis. Itu yang dia selalu lakukan apabila mengambil tempat di bangku taman itu.

Ah… dia asyik memandang ke hadapan. Aku tidak tahu apa yang dia sedang lukis. Mahu saja dekatinya dan lihat hasil lukisannya. Kadangkala dia akan tersenyum. Aku suka pandang senyumannya. Menggegarkan jiwa aku. Aneh bukan?

Satu jam sudah berlalu. Aku lihat dia mengemas barang-barangnya. Mungkin mahu pulang. Ah… dia datang sini. Ke arah aku. Aku perhatikan sahaja langkahnya ke arah aku sedang duduk. Dia berhenti di hadapan aku.

Aku pandangnya. Dia senyum. Dia hulurkan sehelai kertas yang telah dilipat. Kertas lukisannya sebelum dia berlalu pergi,meninggalkan aku seorang diri. Aku buka lipatan itu. Aku senyum sahaja. Senyum yang paling lebar pernah aku buat. Kertas itu ada lakaran wajah aku dan dihujungnya ada satu ayat….

Aku suka kamu….Jumpa lagi…

Aku senyum lagi. Aku tunggu lagi hujung minggu satu lagi.





14 comments:

  1. hahahaha aku tatau nk komen ape
    terkedu weh

    hebat sngt

    aku rindu penulisan kau

    xtipu =)

    ReplyDelete
  2. Iffah Afeefah---> huu. Sweet? Hahah. Sila ucapkan pada Aina tasneem.. aku karang sambil dengar lagu dia.. huuuu

    ReplyDelete
  3. bagitau dia aku pun nak dia lukis gambar aku.boleh?

    ReplyDelete
  4. eLL---> yaa.. dia akan jumpa lagi.. =)

    #####

    penjajah minda---> baik... nanti aku bagitahu.. =D

    #####

    Asrul---> crush? tak lah.. Admire.. ehehe. Cinta berbalas.. entah .. huuu

    ReplyDelete
  5. kalau aku nak kata aku rasa macam nak terjun laut jer pasal jeles dgn ko boleh? er.. tapi tak boleh juga.. nanti Shinta tak apa mami pula.. lagi pun kalau terjun laut aku pndai berenang hehehehe..

    *aku tak tau lah reenapple, semenjak dua menjak ni aku malas betul nak on pc.. macam pobia pun ada hehehe....

    ReplyDelete
  6. NONG ANDY---> asal lak nk jeles?? Aku tak buat apa-apa pom.. ehehehe.

    asal nk fobia weh??? huuu. Kan dengan aku fobia fobia.. huuu

    ReplyDelete
  7. aku pobia la nak on pc.. kalau on pc jer.. tus melekat.. sedar tak sedar jam dah 1-2 pagi. tu yang aku pobia tu ekekekeke.. kalau tak on pc... selamat boleh tido jam 10-11 malam hehehe..

    ReplyDelete
  8. NoNG Andy--->hahaha.. sama la dengan aku.. keh keh keh.

    ReplyDelete
  9. ala...zaman kecik-kecik tulis surat , balas surat..kekekkekke

    ReplyDelete
  10. CIK ZAITUL---> sweet? mekasey...

    #err.. surat tu apa lak??

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.