Tuesday, July 17, 2012

Ke Hadapan Jejaka....




Ini untuk kau.. 

Ke hadapan jejaka,

Maaf andainya warkah ini mengejutkan kau. Err… warkah kah? Aku sendiri tak tau, kalau kau mahu anggap ini warkah silalah, tapi aku rasa selayaknya nota pendek sebenarnya. Oh tak apalah. Aku dah melalut ke topik lain.

Kebiasaannya, bila aku luahkan perasaan pada seseorang sama ada aku tulis atas kertas dan aku bakar kertas itu tanpa aku hantarkan pada orang yang aku suka itu. Ataupun directly pada orang itu, perasaan itu lama kelamaan akan hilang. Aku harap perkara yang sama berlaku pada kau.

Tetiba je aku rasa menyesal meluahkan perasaan tu pada kau. Dowh… aku tahu aku bertepuk sebelah tangan. Kau mana akan suka aku bukan? Oh, nampaknya aku memalukan diri aku lagi. Hahaha. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya kali ini aku mendapat pengajaran. Benar-benar pengajaran yang mana aku tak akan lagi mengulanginya.  Aku rasa satu kesilapan besar aku luahkan perasaan tu pada kau.

Dan aku rasa lagi satu kesilapan bila aku benarkan sahaja perasaan tu melekat kat aku. Ah… menyesal teramat! Aku harap kau tak kisah aku tarik balik luahan aku pada kau hari tu. Maaf, sebab buat minda kau overloaded dengan luahan aku. Sekarang aku dah tarik balik jadi aku rasa kau dah tenang kot? Harap-harap. Maaf atas nota pendek ini.

~Gadis~



P/s---- ini aku copy tak sangat dari cerpen  Hati, Zine Pilihan Warna Kaseh. Macam menarik lak part surat tu.. Ehehe.




11 comments:

Nong Andy said...

a.. aku ingat ini kau tujukan buat jejaka itu hehehe.. bukan ke? ye? ekekeke...

*wahai jejaka sila la bengong smpai pengsan lepas dengar luahan hati ini ekekeke.. (gurau aja bah..)

the malay male said...

u never try, u never know

Iffah Afeefah said...

Oh xde ksmpatan nk bace lg weh

spe tulis? Maybe mell or sab.

Err aku pon xdpt teka

SaddLone said...

argghhhhhhh...tumpang jerit ya! :P

reenapple said...

Nong Andy---> ahaha. jejaka mana yang kau maksudkan?? Ahahaha. Bukan.. ini dari cerpen kat zine warna kasih.. ehehehe.

(dia akan jadi bengong kah)

######

the malay male---> never try? means? I won't try it again.. It's stupid.. =)

#####

iffah Afeefah---> khair apa entah.. eheh. Aku pun tk khatam lagi.. ahahha.

#####

saddlone---> tumpang jerit? mengapakah? pastikan peti suara anda okey selepas menjerit.. =D

Terbang Bersamaku said...

sy ingatkan warkah ini mmgawk tulis untuk "seseorang"...:)

"merasa cinta kt ditolak adalah perit, tapi kalau kt pendamkan saja perasaan kt tue dan menjeruk rasa bila lihat dia yg kt suka dgn org lain adalah lebih perit..."

reenapple said...

terbang bersamaku---> aku pernah alami kedua-duanya. ternyata memendam rasa itu lagi perit... memendam rasa itu hampir2 saja 'membunuh' aku. =)

ahsfantasy24 said...

ke ada nak tuju kat sapa2 ni.. hehee (:

Nadia Elena said...

ehemm ehemmm... :D

reenapple said...

asfantasy24---> tak ada la. Untuk masa ini.. ahahhaa. =P

#####

Nadia Elena---> hehehe. =)

Lelaki Biasa Tapi Dianggap Kacak said...

Huh ! Benci betul...mati2 ingat awak nak tulis nota pendek ni untuk saya...pagi2 dah buat saya frust...=(