![]() |
| Tolong ingatkan dia |
Ingatkan dia untuk menjadi yang lebih baik dari mereka. Makin hari makin dia takut untuk menghadapi situasi seperti mereka. Risau jika dia akan berkelakuan seperti mereka. Masa silam masih lagi menghantui dirinya. Dari saat dia tahu perkara sebenar.
Ingatkan dia untuk menjadi seorang anak yang baik. Seorang anak yang masih lagi akan mengambil berat tentang keluarganya bila dia punya wang sendiri nanti. Walau mungkin, di saat itu, kasih sayangnya itu akan berat kepada keluarga yang membesarkannya.
![]() |
| Ingatkan dia tentang impiannya. |
Ingatkan dia untuk membalas jasa-jasa mereka yang membesarkannya. Mereka-mereka yang tak pernah melupakannya. Walau mungkin masih lagi ada sedikit perbezaan. Tapi dia hadamkan sahaja jurang itu. Dia sedar siapa dirinya. Yaaa… dia akan sentiasa ingat hal itu sampai mati.
Ingatkan dia untuk terus tabah hadapi liku-liku hidup. Sama ada dia akan sendirian sehingga ke akhir hayat mahupun tidak. Dia tidak tahu. Mungkin benar, dia harus mencari seseorang di masa hadapan. Tapi bukan di saat ini. Hatinya masih lagi tidak mahu terima rasa itu lagi.
| Ingatkan dia untuk terus kuat. |
Ingatkan dia untuk terus senyum dan tenang walau apa sekalipun yang berlaku. Walaupun, mungkin di satu masa nanti, dia akan rebah lagi, dan mungkin kali itu lagi teruk dari sebelum ini. Dia tidak tahu.
Ingatkan dia untuk terus bersabar dan kuat. Ingatkan dia untuk terus berpegang pada takdir yang Maha Esa. Ingatkan dia untuk terus redha. Ingatkan dia pada Qada’ dan Qadar. Ingatkan dia pada Tuhannya. Ingatkan dia. Tolong ingatkan dia.
![]() |
| Ingatkan dia tentang kehidupan yang sementara ini. |
p/s---peringatan untuk diri sendiri.



6 comments:
ah.. ini memang di tulis untuk dirinya sendiri :D
*Tetapi nampaknya boleh di guna pakai juga untuk semua org termasuk aku. terima kasih...
Nong Andy---> oh.. gitukah.. huhuhu. Baik juga..tapi ini utk peringatan pd aku.. =D
remind me also!! hehe
Bee Ha---> of course.. =)
Ya aku ingtkn diri aku jugak
Iffah Afeefah---> baagus... entry ini boleh buat peringatan untuk semua.. huuu
Post a Comment