nuffnang

Friday, July 6, 2012

Hilang.


Dia sudah hilangkan ia.
Ah… rasa pada kau sudah hilang. Hilang dengan sendirinya. Tiada lagi kau yang akan muncul dalam  mindanya secara tiba. Tiada lagi ingatan tentang kau yang merosakkan senyumannya. Senyuman ikhlasnya.

Ah… segala bebanan rasa bersalah pada kau sudah tiada. Saat kata maaf dilontarkan pada kau meskipun kau tidak pernah membalas. Ah… itu tidak apa. Sekurang-kurangnya dia tenang sahaja tanpa ‘kewujudan’ kau lagi. Dia tenang tahu.

Dia senyum mengingatkan saat-saat emosinya terganggu dengan kau yang selalu berlegar-legar di mindanya. Ya… ia suatu penyeksaan pada dirinya. Hatinya sakit bila mengingati tentang kau. Kau yang langsung tidak pernah menyedari kewujudan dirinya. Kau yang selalu melontarkan layanan dingin padanya. Kau yang hanya memandangnya dengan sebelah mata sahaja.

Dia kini mampu senyum lagi.
Tahukah kau, itu suatu kebodohan yang dirasainya tatkala melihat kau dan si dia gembira. Yaaa… bodohnya dia menyimpan perasaan pada kau yang sudah punya kekasih hati. Ah… bodoh bukan dirinya? Yaa… dia bodoh membiarkan sahaja rasa aneh itu menunding ke arah kau.

Ah… rasa pada kau sudah hilang tahu. Saat dia mampu tersenyum lagi tatkala dia fikir tentang kau. Ataupun saat dia lihat seseorang yang punya nama seperti kau. Yaaa… rasa itu hilang. Rasa sakit itu sudah hilang. Dia senyum bila teringatkan tentang kau. Tiada lagi kata-kata caci yang dia sebut saat kau tetiba sahaja terlintas di fikirannya.

Ah… bahagianya dia sekarang ini. Kau tak akan pernah lagi memunculkan diri. Sama ada secara fizikal mahupun bayangan sahaja. Rasa pada kau sudah hilang tahu. Dan dia yakin, mungkin bila tiba saat dia kembali bertemu kau beberapa tahun lagi, dia sudah tiada lagi keinginan untuk mengelak kau. Tiada lagi keinginan untuk menyorokkan diri dari kau saat dia melihat kau dari jauh. Mungkin kali itu, dia akan cuba untuk memerhatikan kau dari jauh. Dengan senyuman mungkin.
Dan sekarang dia mampu tersenyum
dengan memori yang menyakitkan itu.

p/s--- kadang-kadang bila kita selalu alami rasa sakit, rasa sakit itu mungkin akan menyebabkan kita mampu tersenyum tatkala mengingatinya satu hari nanti. Siapa tahu bukan? Kuasa Tuhan.



11 comments:

Nong Andy said...

definately.... senyum sebab saat2 parah itu sudah berlalu. rasa yg sangat teruk akhirnya berakhir juga.. dan aku telah pun melaluinya. berjaya melaluinya..


*aku sgt faham rasa itu :D

reenapple said...

Nong Andy--->yeah... senyum sahaja tatkala mengingati rasa itu.. huhuhu.

#ah.. akku juga.. ehehe. Memangla.. kekeke

eLL said...

redha jelah akhirnya, masing2 dah ada pilihan. aku pulak cepat rasa menyesal, dulu.
:D

reenapple said...

eLL---> redha je... asal lak kau menyesal???? @_@

penjajah minda said...

sakit buat kita ingat.makjun kuat.tapi jangan overdose.hehe

CikUna said...

S.E.N.Y.U.M .... tetiba teringat lagu senyum malique ft najwa tu.. hehe

zaujah until jannah said...

kdg2 kite rase ALLAH dtg kan ujian. tapi hakikat nya ALLAH turun kan pahala utk kita

Iffah Afeefah said...

Ya aku ske. Aku harap sngt ia bkekalan

ttp ade hikmhnye

reenapple said...

penjajah minda--->oh.. baik. Tak overdose... =D

#####

cik U.N.A----> tak pernh dgr lagu tu.. ehehe. Nanti nk google.. =)

#####

zaujah until jannah---> DIA maha mengetahui yang terbaik untuk kita. =)

#####

Iffah Afeefah----> Insyallah.. =)

CikZaitul said...

bila kau dah ada penganti ,
insyallah kau akan lupa ..
tapi orang kata cinta pertama payah nak lupakan...

melekat dalam hati :(

reenapple said...

cik ZaituL---> ah.. dia kah cinta pertama aku?? Oh.. tidak tidak... uhuhu. Dia mungkin yg kedua.. huhuh.