Thursday, July 5, 2012

Diary


I keep a diary.
Aku suka menulis. Dan aku ada diari. Di kala ini ada 4 biji buku diari di tangan aku. err… actually 6 termasuk dengan 2 buku yang aku bakar dan buang sebab aku tak nak ingat tentang apa yang aku tulis.

Ia salah satu benda yang terpenting dalam hidup aku.

4 biji itu kalau dikira, aku mulakan dari saat kali pertama aku jejak kaki kat U tu. Means, kisah suka duka U aku semua aku taruk dalam 4 buku tu. (3 dah full).  Bila aku baca balik 3 buku yang terawal, aku senyum sahaja. Sungguh, tulisan zaman dahulu dengan zaman sekarang berbeza. Ayat zaman dahulu dengan zaman sekarang berbeza. Coretan zaman dahulu dan zaman sekarang berbeza. Semuanya berbeza.

Bila aku baca, yes, everything that happen di U, aku tulis semua. Dari saat aku jejak kaki tu, tentang love at first sight aku, tentang mamat kerek itu, tentang geng-geng aku satu tika dahulu, tentang coursemate aku. Ohh.. aku sedang flashback balik semua tu.
Aku taruk segala rasa yang aku ada pada buku itu.

Oh, ada juga aku tulis tentang mr.X… that would be in second book, means second year aku kat U tu. Aku rasa setiap tahun, satu buku mungkin. Ah… ada 1 tahun lagi untuk habiskan sisa di U tu. Mungkin 2 buku diperlukan untuk satu tahun itu. I think that would be a lot to write about. Huuu.

Apa aku nak buat dengan diari-diari tu nanti? Entah… mugkin aku akan simpan ia sehingga aku memasuki alam perkerjaan. Aku menulis selagi aku mahu.

Aku menulis selagi aku mahu.


p/s--- menulis itu melegakan aku tahu. =D

7 comments:

  1. bila ckp pasal diari.. haha! aku cepat2 korek diari aku yg masih wujud akakaka.. dan sungguh pelik.. baru aku sedari yg aku suka menconteng dari dulu lagi.. diari tu aku conteng macam2 lukisan ekekekek...

    ReplyDelete
  2. NONG ANDY---> huhuhu. Aku penuh dgn tulisan..yg conteng dgngmbar apa3 entah tu buku lain.. eheheh.

    ReplyDelete
  3. saya pun suka tulis diari..merapu je tulis tapi bila baca balik...haha..rasa malu dgn diri sendiri pun ada..tp tu la..memories were unrepeated.. hehe :)

    ReplyDelete
  4. aku ada diary, dulu tapi selalunya tak konsisten. lebih kepada conteng2, lirik lagu dan etc...

    ReplyDelete
  5. ienay mieyna---> huhuhu. Malu bukan bila baca balik kan?? huhuhu. =). Aku juga.

    ####

    eLL----> uhuhu. Mungkin itu lebih kepada koleksi lirik lagu kau kot? =)

    ReplyDelete
  6. aku ada diary , tapi aku bakar sebab memory gan mr.ex
    lagipun diary zaman skolah menegah..aku rase ntah hape-hape, walaupun ade memori..now aku pelupa selepas diary tu di bakar..
    haih ...

    ReplyDelete
  7. cik ZaitUL---> oh.. aku diari zmn sekolh mengah pun aku bkar.. eheheh.

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.