Sunday, July 1, 2012

Cerpen: Sweet revenge



Maisarah sedang membelek bahan-bahan dapur tatkala seorang lelaki datang menegurnya. Maisarah memandangan sahaja lelaki itu. Ah… dia. Sudah lama tidak bertemu. Maisarah mengukirkan senyuman pada lelaki tersebut.

Lama tak nampak awak,” ujar lelaki itu lagi. Maisarah hanya mampu mengukirkan senyuman sahaja. Tidak tahu apa yang harus diucapkan pada lelaki di hadapannya. Bertahun-tahun tidak bersua dan sekarang mereka berhadapan. Maisarah rasakan situasi ini janggal baginya.

Sayang, which 1 is better, this one or this one?” kedengaran suara seorang lelaki dari belakang. Maisarah berpaling. Dia lihat Nazril sedang memegang 2 jenis  tomato. Satu tomato bersaiz kecil yakni tomato ceri dan satu lagi tomato jenis ‘globes’.

Tak tahu. Jangan tanya tomato. Dah lama reject,” dengan selamba Maisarah berkata. Nazril tersenyum mendengar ayat Maisarah.

Tomato pun boleh lagi reject. Apa ni,” Nazril membebel. Masih lagi tidak menyedari kelibat lelaki di hadapan Maisarah.

Sorry, saya bukan minat tomato,” Maisarah berkata sambil kembali memandang lelaki di hadapannya.
Tomato itu bukan minatnya.
Ini?” Nazril menyedari kelibat lelaki di hadapan Maisarah. Maisarah mengukirkan senyuman pada Nazril.

Err… ini…” Ah… Maisarah lupa nama lelaki di hadapannya.

Saya Syafiq, kawan Maisarah dulu,” Syafiq memperkenalkan diri sebelum berjabat mesra dengan Nazril.

Nazril, suami Maisarah,” Nazril memperkenalkan diri.

Syafiq menelan air liur. Ah… inikah lelaki yang dikatakan Maisarah. Yang mampu memberikan dirinya kebahagiaan?

So, which one is better?” kedengaran lagi suara Nazril bertanya pada Maisarah.

Maisarah menggelengkan kepalanya. Macam perangai budak-budak je Nazril Fahmi ini.

Suka hati awak lah. Kalau awak beli pun saya tak makan. Saya tak suka tomato. So just pick one of it.” Maisarah memandang suaminya. Nazril tersenyum sambil memandang isterinya.

Seakan-akan memahami pandangan suaminya, Maisarah bersuara, “Fine! The smaller one.”

Nazril tersenyum sambil meletakkan tomato ceri ke dalam troli di hadapannya. Syafiq yang memandang situasi itu hanya mampu menelan air liur.

Ah.. Maisarah sudah ketemu kebahagiaannya. Terbit rasa menyesal terhadap kejadian yang berlaku beberapa tahun yang lalu.

Dia pernah buatkan gadis itu menangis.
So, dari mana kenal Maisarah?” soal Nazril pada Syafiq.

Err… masa belajar kat UPM dulu,” balas Syafiq sambil matanya masih memandang Maisarah yang kini beralih ke bahagian sayuran.

Oh, tapi aku tak nampak kau pun masa majlis kitaorang minggu lepas,” ujar Nazril.

Minggu lepas? Means, korang baru kahwin minggu lepas?” Nazril mengangguk sambil mengukirkan senyuman. Syafiq memandang Maisarah yang kembali. Diperhatikan jari-jemari Maisarah yang masih merah dengan inai. Ah.. Maisarah menipunya tahun lepas. Mengatakan dirinya sudah berkahwin.

And then aku ucap tahniah la. Aku pergi dululah. Jumpa lagi,” ucap Syafiq sambil mengukirkan senyuman pada Maisarah dan Nazril. Syafiq tahu Maisarah takkan lagi melayannya seperti dahulu. Dia dapat rasakan layanan Maisarah yang dingin sebab itu dia mengambil keputusan untuk beredar. Ah… hatinya kecewa. Dia menyesal.

Maisarah mengukirkan senyuman sinis tatkala melihat kelibat Syafiq beredar. Dia lega. Terlalu.

Siapa tu tadi?” soal Nazril sambil menolak troli.

Oh, itu, ex boyfriend Sarah,” ujar Maisarah selamba.

Mr.X?” soal Nazril lagi. Maisarah mengangguk sambil tersenyum.

I thought you hate him till the end.” Nazril teringat tentang bekas kekasih Maisarah yang pernah diceritakan padanya. Betapa isterinya terlalu membenci bekas kekasihnya dan mahu membalas dendam.

Hurm… but that’s before. Tak pernah dengar Forgiveness is the best revenge?” ujar Maisarah sambil tersenyum. Dia sudah tiada dendam pada lelaki yang bernama Syafiq Aqif itu. Memaafkan segala kesilapan lelaki itu pada dirinya adalah yang terbaik. Maisarah tersenyum lagi pada suaminya sambil memegang tangan suaminya dengan erat.

I forgive you.


p/s--- ahaaa.. aku nak habiskan draft cerpen. Ini mungkin yg terakhir.. huhuh. Otak aku tak boleh nak hadam cerpen cinta untuk sementara waktu. Ehehheehe.





8 comments:

  1. simple tp best

    ahh jodoh kan

    spe nk jngke

    y penting jngn dendm2

    xleh hadam tp kua gak cite cinte auwwww

    ReplyDelete
  2. Iffah Afeefah--> ahahaha Ini draft la.. huhu. terpaksa aku selesaikan walau rasa nk delete tadi.. huuu.

    yaa.. dendam itu akan hilang saat kamu lepaskan ia. huuuu

    ReplyDelete
  3. whoa...forgiveness is the best revenge...

    awesomelah words tuh...:)

    ReplyDelete
  4. akan di baca bersungguh2 mlm ini

    ReplyDelete
  5. si kiut lavender---> huuu.. awesome kan?? ehehe. Aku jumpa kat google hari tu + ada kwan suh buat citer based on quotes ni.. ehehhe.

    #####
    Nong ANDY---. heee.. baik. !!! Saya tahu anda bz

    ReplyDelete
  6. as... dah baca. puas hati dgn cerpen ni. Tapi x puas hati sebab tomato ahahahaha.. sebab penulis nya x suka makan tomato. so dia paksa maisarah supaya x suka tomata juga kekekekekeke...

    aku pun nak cipta qoute gak la

    " memaafkan tu amat melegakan, kerana dendam hanyalah satu beban"

    Ewah..ewah kekekekek...!

    ReplyDelete
  7. NONG ANDY---> lupa yg ini.. ahahah. Bagus kau puas hati.. ehehe. Jgn pertikaikan hal tomato itu.. ekekeke. Maisarah bersetuju.. eheheh.

    #hebat quotes kau.. huhuhu. boleh pinjam buat entry lak ni.. ehehe

    ReplyDelete
  8. aku tunggu cerpen cinta ko yang menusuk hati aku :)

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.