![]() |
| Aku tujukan ini pada kamu. |
Dear kamu yang aku pasti entahkan kamu sedar ini ditujukan pada kamu ataupun tidak. Tapi aku harapkan kamu baik-baik aja di situ. Di tempat yang mampu membahagiakan kamu. Yaaa… aku bahagia melihat kamu bahagia tahu. Kebahagian kamu senyuman aku walau aku tahu ia bukan aku yang membahagiakan kamu.
Ah… aku tidak tahu tujuan ini menulis tentang kamu. Tidak tahu sama ada ini adalah tentang kamu mahupun tentang aku. Aku hanya biarkan sahaja jari-jari aku menaip. Menulis mengikut kata fikiran aku. Mungkin juga disertakan dengan kata hati aku. Ah… mana satu yang harus aku ikutkan di saat ini. Kata hati mahupun kata logika akal?
Dear kamu… aku pendam perasaan pada kamu. Mungkin bukan pada kali pertama aku bersua dengan kamu. Tapi benar… aku punya perasaan aneh pada kamu. Perasaan aneh yang aku sendiri tidak jangka akan menunding ke arah kamu. Aneh bukan rasa itu? Sebab itu aku gelarnya perasaan aneh bukan perasaan c*#$%.
![]() |
| Ah... rasa aneh itu menunding pada kamu. |
Ah… aku sendiri tidak tahu mengapa ada satu perasaan aneh yang berlegar-legar tatkala aku melihat kamu bersama si dia. Hati aku sakit tahu melihat situasi itu. Melihat kau dan si dia berbual-bual dengan gembira. Melihat kamu bersama si dia. Hati aku dihimpit kecewa yang teramat. Ah… rasa sakit itu datang lagi saat aku menulis ini.
Dear kamu… tahukah, kamu lukakan aku. Lukakan aku sebegitu mendalam. Ah…. Aku sendiri tidak tahu mengapa harus aku terluka dengan layanan dingin kau. Mengapa harus aku terluka dengan kisah kamu dan si dia. Mengapa harus aku terluka apabila melihat gambar-gambar kamu dan si dia. Ah… aku tidak tahu mengapa aku yang terpilih untuk saksikan semua itu. Mendengar kisah-kisah kamu. Ah… luka itu mendalam tahu.
Pernah kamu tahu, aku punya mimpi ngeri tentang kamu. Kamu hadir dalam mimpi aku. Mengucapkan kata-kata hinaan pada aku, mengherdik aku. Ah… kata-kata itu, walau ia cuma dalam mimpi, ia benar-benar melukakan aku. Yaa… aku sedar siapa aku di mata kamu. Langsung tiada punya kelayakan untuk berdamping dengan kamu.
![]() |
| Ah... kamu bagi aku mimpi ngeri tahu. |
Dan maaf… disebabkan aku punya perasaan pada kamu, berapa kali aku membodohkan diri aku. Berapa juta kali rasa aneh pada kamu itu membuatkan aku kelihatan bodoh. Yaaa…. Aku kelihatan bodoh tatkala berdepan dengan kamu. Kelu lidah aku untuk berkata-kata saat kamu di hadapan aku. namun dalam masa yang sama hati aku sakit. Ah… apakah rasa ini?
Ah… sampai setakat ini aku mampu tulis. Hati aku sakit tatkala teringatkan kamu. Maaf di atas rasa aneh yang aku pernah simpan pada kamu. Maaf di atas layanan dingin dan layanan bodoh yang pernah aku lontarkan pada kamu. Aku minta maaf atas segalanya. Moga kamu baik-baik aja dengan si dia walau aku tahu, di saat aku tahu hari bahagia kamu dan si dia tiba, aku lah manusia yang paling kecewa dengan berita itu.
![]() |
| Ah.. maaf. |
p/s--- ahahahah. Aku tak tahu dari mana dapat idea gila nak tulis cam ni. Sila ucapkan terima kasih pada sepupu yang comel atas sedikit idea. Muahahahaha.




10 comments:
apa ni kamu... banyak kamu ni.. ni sedih betul2 ke apa??
harap dia membacanya dan dia paham ini untuknya.
aku ingat kan sambungan cerita cik Zaitul tadi huhuhu...
Rasa kecewa itu pasti akan hilang jua.. cuma masanya belum tiba..
*Er.. sebenarnya cuma gali balik rasa tu kan?
thanks god u back-> FB
Hani Asyira---> ehehehe. Tak tahula.. yang pasti saat aku tulis ni, aku gembira.. ^_^
####
the malay Male---> mungkin. Kalau dia tahu kewujudan ini. AH... adakah?? Aku harap tidak.. =D
#####
Nong Andy--->ehehehe. Mungkin perlukan masa. Mungkin. Gali balik? Definitely.. ehehe.
yaaa... aku juga. Rindu kamu2 semua.. huuu. Godaan betull..
sungguh aku rasa sebak membaca ni..huhu...
:'(
pjgnye =)
Teenager Housemaid----> err... sebak ke??? Akku tak tahu pun.. hehe.
####
nn lyn----> eheheh. Biasalah cerita.. ekekek
Woi ko buat aku sedih tau x
bile kite nk tak dpt
tp bile kite xnk
berlumba2 y dtg hurm
cinta pelik bukan?
dear kamu ,
semua sedey-sedey..
uwaaaaaaa....
iffah AFeefah---> sedih ke?? Aku happy je bil atuli sni.. eheheh.
####
Cik Zaitul--> ahahaha., Tak dela sedey pun, si penulis tak sedey pun.. huhu
Post a Comment