Tuesday, July 31, 2012

Sketsa bersama lipas.


Sketsa bersama lipas.
Pada 1 malam, selepas aku mandi dan solat selepas pulang dari kerja dengan badan yang penat, aku melayan hal-hal alam maya dan minat aku. Sedang asyik aku melayan blog dan facebook berserta menulis cerpen, aku dikejutkan dengan bunyi bising dari bilik adik sepupu aku. Bising. Memang bising. Tiba-tiba pintu bilik bukan bilik aku terbuka.

Aku tanya kenapa.  Adik sepupu aku beritahu ada lipas dalam bilik sebelum dia mencari penyapu untuk menghalau keluar lipas-lipas dalam biliknya. Aku ketawa dengar jawapan dia. Dan malam itu bermulalah sesi menghalau lipas. Mula-mula adik sepupu aku cakap ada 3 ekor lipas. Aku dengan kakak dia hanya ketawa mendengar ‘Gedang’ ‘gedang’ (tu bunyi penyapu di hentak.. hehe)

Kemudian aku mendengar adik sepupu aku membebel dengan sekali–sekala dengar dia jerit tak sangat (sebab dia budak lelaki). Aku ketawa pabila dia cakap ada lagi tambahan 3 ekor selepas 3 ekor yang terdahulu yang dia mahu halau dah mati kot? Entah aku tak ambil tahu tentang tu. Sibuk karang cerpen. 

gerun gila dengan kaum kerabat lipas.
Jadi pembuli sudah menjadi kepada 6 ekor lipas. Kemudian aku nampak adik sepupu aku mencapai ridsect dan selepas tu bermulah bunyi  ‘sihhhh’…’sihhhh’ ( tu bunyi Ridsect disembur.. heheh). 

Dan entah macam mana, tetiba sahaja ada seekor lipas yang ketinggalan. Lipas tu berjaya melarikan diri dengan keluar dari bilik.  Dan lipas tu sedang menuju ke arah aku yang asyik dengan Cik Dell. Masa tu aku kaget dah. Aku kan agak fobia dengan lipas sebab hal yang berlaku ketika aku di usia 12 tahun.

Dengan kepantasan lipas yang sedang menuju ke arah aku, terus aku bangun dan berlari dan entah nasib malang apa yang menimpa aku, aku terpijak sesuatu lalu menyebabkan aku rebah. Dan kepala aku terhantuk ke lantai. Auch… itu sahaja yang aku sempat menjerit. Sakit tahu. Dan malam itu aku tidur dengan kepala yang sakit sehingga terbawa ke tempat kerja keesokan harinya.

Agak-agak aku akan hilang ingatan selepas kejadian itu tak? Tapi aku rasa tak. Sebab aku ingat blog ni.. haha. Sekian.

Sila ingatkan aku jikalau aku hilang ingatan.. huuu


Hairan...





Aku pandang lelaki lain.. 
Tiba-tiba aku terbayangkan kau.. 
Maaflah aku tak sengaja.
Aku tahu kau ada dia tapi dalam hati aku tiba-tiba kau wujud..
Rasa aneh itu menunding ke arah kau.
Kau yang selama ini adalah kawan aku.

Aku hairan...
Mengapa kamu pula?
Kita kawan bukan?
Itu yang kita janji.
Tak akan pernah ada rasa lebih dari kawan antara kita.
Tapi aku mungkiri janji itu.

Aku ukirkan senyuman depan kamu.. 
Kononnya aku tumpang bahagia..
Kau tak tahu aku hiris hati aku sendiri bila buat senyuman macam itu..
Aku tak mahu kau tahu...
Apa aku rasa terhadapmu..
Kau pasti tak mahu tahu tentang rasa yang menular di hati aku saat ini

Jadi,
Maafkan aku. 
Kalau aku terus pendamkan rasa ini terhadapmu.. 
Mungkin saja suatu hari nanti rasa ini hilang sendiri..
 Dan kau tak perlu tahu akan kewujudannya..
Dan saat itu, aku mampu kembali menjadi kawan kau seperti biasa.
Tanpa rasa aneh itu.
Kau akan jadi kawan aku untuk selama-lamanya.

credit to~NONG ANDY

p/s---- ada yang aku ubah sikit. tiba-tiba aku tertarik dengan komen dari Nong Andy.. ehehe. ( aku tak tahu nak letak tajuk apa)




Monday, July 30, 2012

Quotes #13


Kadang-kadang ada baiknya kau buang sahaja sesuatu yang pernah memberikan kau rasa sakit dari kau simpan ia untuk jadikan kenangan walhal ia mungkin akan menjadi pemangkin semangat kau tapi membuangnya adalah pilihan yang terbaik. Bodoh bila teringatkan kembali.

p/s--- sedang delete apa yang patut.


Sunday, July 29, 2012

Dear Awak...



Dear awak…

Somehow saya harap awak jauhkan diri awak dari saya. Saya risau jika saya akan jatuh cinta pada awak. Saya tahu siapa saya. Dan saya tahu awak kawan saya. Dan awak cuma anggap saya kawan awak. Saya sedar itu. Saya juga harap kita akan jadi kawan sahaja dan bukan lebih dari itu.

Saya juga harap yang saya tak akan jatuh cinta pada awak. Saya mahu kekalkan persahabatan kita. I don’t want to ruin our friendship just because of this stupid and small matter. Kita berdua tahu bahawa persahabatan di antara kita adalah lebih penting dari benda yang bodoh ini. Saya tak mahu jatuh cinta dengan awak. I don’t want you to be the 3rdperson that I’m gonna fall in love again. Love is hurt for me.

Saya tak mahu jatuh cinta lagi untuk saat ini. 
Yaa… saya suka awak sebagai seorang kawan. Saya tak mahu minda saya tersalah tafsir dengan layanan baik awak. Awak adalah seorang kawan yang bagus. Yang selalu memberi saya nasihat dan membuatkan saya ketawa dan tersenyum. Yes, you make my day full with smile. Thanks. I really appreciate that.

Saya tahu tentang awak yang tak mungkin akan jatuh cinta dengan sahabat sendiri. Dan begitu juga saya. I don’t want to fall in love with my own bestfriend. Jikalau Tuhan mahu saya jatuh cinta sekali lagi selepas apa yang berlaku, biarlah lelaki terakhir itu bukan kawan saya. Dan saya harap bukan awak.

Awak buat saya tersenyum.
Maaf… saya perlu jaga hati saya. Saya mahu jatuh cinta bila hati saya sudah bersedia bukan bila hati saya sunyi. Yaaa… saya mengaku hati saya sunyi di saat ini. Sebab itu saya tidak mahu tersalah tafsir dengan layanan baik awak. Saya mahu anggap awak sebagai kawan saya sampai bila-bila. Mahu sayang awak sebagai kawan saya sampai bila-bila. Awak kawan saya sehingga ke akhir hayat. Itu yang saya harapkan akan berlaku di antara kita berdua. Friends forever.

Sila jadi kawan saya sampai
bila-bila.



Quotes #12





Never regret anything that has happened in your life, it cannot be changed, undone or forgotten so take it as a lesson learned and move on.

p/s--- copy from facebook. Deep meaning. =)

Saturday, July 28, 2012

Quotes #11


Everybody in this world is stupid. Only clever person realized that he/she is stupid.

p/s--- a friend said this to me. =)


Kistot #2: Taksiran Cinta



Awak tahu tak erti cinta tu apa?” tiba-tiba sahaja dia menanyakan soalan sebegitu pada aku. Aku renung anak mata coklatnya. Dia membalas balik renungan aku. Aku mengukirkan senyuman padanya.

Kenapa awak tanya?” aku menyoalnya kembali. Dia mengukirkan senyuman kembali pada aku. Senyuman ikhlasnya.

Entah. Saya saja tanya. Sebab erti cinta setiap orang berbeza. Saya nak tahu pandangan awak pula.” Dia memandang aku dengan senyuman. Aku senyum sahaja mendengar jawapannya.

Awak nak tahu pandangan saya?” Dia mengangguk.

Aku letakkan tangan aku ke dada aku sambil mata aku memandangnya. Aku ukirkan senyuman padanya.

Erti cinta bagi saya ialah awak. Awak erti cinta saya bagi saya.” Aku lihat dia seperti termangu-mangu dengan jawapan aku. Aku senyum lagi.

Jadi… awak…” dia tidak mampu habiskan ayatnya. Aku senyum lagi. Aku anggukkan kepala aku sambil mata aku merenung anak mata coklatnya. mengharapkan dia memahami anggukan aku.

Saya cinta awak.” Aku ucapkan kata-kata itu pada dia. Dia masih lagi memandang aku. Mungkin tidak percaya.

Saya suka awak lebih dari kawan.”Aku menambah lagi. Aku lihat muka dia bertukar merah. Aku senyum sahaja.

Tapi kita kawan…” dia menundukkan mukanya.

Tapi perasaan kita lebih dari kawan bukan?” Aku lihat mukanya bertambah merah.

Saya…” Dia kembali bersuara.

Awak suka saya bukan?”Aku bersuara. Aku lihat dia pandang aku. Lama sebelum dia akhirnya mengukirkan senyuman.

Aku faham maksud senyuman itu. Aku lihat dia anggukan kepalanya. Aku senyum lagi.


Friday, July 27, 2012

Kistot #1: Aku suka kamu.




Aku perhatikan dia bila dia tiba. Di tempat yang selalu aku menunggunya. Kadang-kadang menjadi stalker kuno ini memang bagus. Aku tidak tahu namanya, tidak tahu latar belakang dia. Yang aku tahu cuma hanya ini satu, melukis. Itu yang dia selalu lakukan apabila mengambil tempat di bangku taman itu.

Ah… dia asyik memandang ke hadapan. Aku tidak tahu apa yang dia sedang lukis. Mahu saja dekatinya dan lihat hasil lukisannya. Kadangkala dia akan tersenyum. Aku suka pandang senyumannya. Menggegarkan jiwa aku. Aneh bukan?

Satu jam sudah berlalu. Aku lihat dia mengemas barang-barangnya. Mungkin mahu pulang. Ah… dia datang sini. Ke arah aku. Aku perhatikan sahaja langkahnya ke arah aku sedang duduk. Dia berhenti di hadapan aku.

Aku pandangnya. Dia senyum. Dia hulurkan sehelai kertas yang telah dilipat. Kertas lukisannya sebelum dia berlalu pergi,meninggalkan aku seorang diri. Aku buka lipatan itu. Aku senyum sahaja. Senyum yang paling lebar pernah aku buat. Kertas itu ada lakaran wajah aku dan dihujungnya ada satu ayat….

Aku suka kamu….Jumpa lagi…

Aku senyum lagi. Aku tunggu lagi hujung minggu satu lagi.





Thursday, July 26, 2012

Lupa


Dia lupa kau.

Dia lupa siapa sebenarnya kau yang pernah hadir dalam hidupnya. Kau yang tetiba muncul lagi dalam hidupnya. Kau yang sewenangnya mengaku kau itu pernah muncul dalam hidupnya. Dia senyum sahaja mendengar kata-kata kau ini.

Dia lupa siapa sebenarnya kau yang pernah memberikan dia kisah silam yang pahit. Dia senyum lagi bila dia kembali mengingati kisah silam itu. Pahit. Teramat namun dia masih lagi mampu senyum saat kau jatuhkan dia tanpa menghulurkan tangan kau untuk beri dia peluang bangkit semula.

Kau pernah guriskan hati dia.

Dia lupa bagaimana kau guriskan hati dia. Dia lupa bagaimana kau lukakan perasaan dan jiwanya. Dia lupa tentang kau yang pernah mengecewakan dirinya. Dia senyum sahaja bila kau datang lagi dan mengunkit kembali kejadian-kejadian kau guriskan hatinya. Kau bodoh bukan?

Buat apa kau mahu datang lagi dalam hidupnya. Berlagak sekali lagi kau dan dia sebenarnya rapat walhal itu adalah kisah dahulu. Kau tinggalkan dia dengan kata-kata yang dia tak akan pernah lupa. Dan sekarang kau datang lagi dan berlagak tiada apa yang pernah berlaku. Kau punya kesedaran diri itu kosong bukan? Bodohnya diri kau.

Dia lupa kau namun dia tidak lupa sesuatu tentang kau. Kau penyebab dia kini bangkit dengan satu azam baru. Azam yang sepatutnya dia ucapkan kata-kata penghargaan pada kau. Diatas kata-kata kau yang menguris hati dia. Yaa… dia berterima kasih pada kau. Tanpa kau, dia tak akan menjadi sekuat sebegini. Terima kasih. 
Dia harap kau lupa dia.


Wednesday, July 25, 2012

Quotes #10



Don't treat people stupid if you don't want to be looked stupid by others. Treat people equally even though you feel some kind of uncomfortable feeling facing them. Be nice with them without hoping for something. 





Saturday, July 21, 2012

Cerpen: Benci itu cinta (another ending)

Dia terpandangkan gadis itu
Azizi Amirul menyedari kelibat Aina Zulaikha tatkala dia tiba di kelas. Tiada Irfan mahupun Zarina di sebelah gadis itu. Azizi terlupa, kelas Management Accounting hanya Aina sahaja tanpa ditemani sahabat-sahabat baiknya. Akhirnya Azizi mengambil tempat bersebelahan gadis itu sebelum mengukirkan senyuman pada Aina.

Aina Zulaikha memandang Azizi Amirul dengan rasa terkejut. Dia bangun namun Azizi memegang erat lengannya. Aina memandang Azizi sambil menelan air liur.

Baik kau duduk kalau kau tak mahu aku timbulkan masalah pada kau,” bisik Azizi tegas pada Aina.

Aina hanya mampu menelan air liur. Dia meronta namun Azizi masih tidak mahu lepaskannya. Akhirnya dia akur. Dia duduk di sebelah Azizi sepanjang kelas Management Accounting berjalan. Menahan rasa menyampah dan segan tatkala berada di sebelah lelaki itu. Azizi hanya sekali-sekala menoleh ke arahnya tatkala pensyarah sedang mengajar di hadapan.

Kelas tamat selepas 2 jam. Aina bangun dahulu setelah pensyarah keluar tanpa memandang Azizi yang leka berbual dengan budak perempuan di sebelahnya. Cis, dasar sweet talker betul. Rungut Aina dalam hati.

Aina..” Azizi memanggil Aina yang sedang berdiri.

Aina menoleh. Dia lihat Azizi sedang meletakkan sehelai kertas yang telah dilipat ke atas meja sebelum menolak lipatan kertas itu ke arahnya. Aina hanya memandang kosong sahaja lipatan kertas itu sebelum memandang Azizi. Azizi hanya mengukirkan senyuman sinis sebelum bangun dan meninggalkan Aina dengan persoalan.

Aina mencapai lipatan kertas itu sebelum membukanya.

Jumpa aku di tempat kali pertama kau dan aku bertegur sapa esok lepas kau habis kelas.’

Aina menarik nafas. Tempat kali pertama dia bersua dengan Azizi Amirul? Di manakah? Aina tidak pasti. Acap kali dia bertemu dengan Azizi Amirul ketika di semester pertama. Ah… Aina keliru. Tempat yang mana satu? Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Satu SMS diterimanya. Aina membacanya.

Mesej :
Kalau kau tak ingat, Library. Library tempat kau tegur aku untuk kali pertama.
~Mamat Psiko~

Argh… ini kerja gila! Mamat ni sengaja cari nahas dengan aku. Malas aku nak pergi jumpa kau,” ujar Aina bengang sambil mengoyak kertas tersebut. Dia kemudian membuang cebisan kertas itu ke dalam tong sampah di luar kelas. Aina mengeluh. Dia masih risau dengan diarinya yang hilang itu. risau jika ada seseorang yang membaca diarinya memberitahu Azizi tentang perasaanya pada lelaki itu.

#####

Aina Zulaikha menarik nafas. Kelas terakhirnya pada hari ini batal. Dia mengerling jam tangannya. Masih ada 2 jam lagi untuk bertemu Azizi. Mahu atau tidak dia menuruti kehendak musuhnya itu? Atau haruskah dia beritahu Irfan dan Zarina tentang permintaan Azizi itu. Ah… dia menyesal tidak memberitahu tentang hal itu pada mereka berdua. Aina akhirnya berjalan menuju ke kafe di mana dia berjanji untuk bertemu dengan Irfan di situ.

Di kafe, Aina berbual dengan Irfan tanpa menyedari 2 jam 30 minit telah berlalu. Aina tersedar tatkala Irfan beredar. Aina menarik nafas sekali lagi. Dia teringatkan arahan Azizi yang mahu berjumpa dengannya. Perlukah dia bertemu dengan lelaki itu?

Akhirnya Aina menghayunkan kakinya menuju ke arah library yang tidak jauh dari kafe. Dia masuk ke dalam library. Dia mengharapkan Azizi hanya mempermainkannya. Aina berjalan perlahan sambil menarik nafas. Dia pandang ke tingkat bawah, mencari kelibat Azizi. Mengharapkan kelibat lelaki itu tiada di situ. Aina hampa. Kelibat Azizi Amirul ada di situ. Azizi Amirul sedang menyiapkan sesuatu sambil menunggunya. Mungkin. Aina tidak tahu. Tiba-tiba, telefon Aina berbunyi. Ada SMS dari Azizi.

Mesej :
Mana kau? Aku dah setengah jam tunggu kau kat sini? Kau nak datang atau tak?
~Mamat Psiko~

Aina mengukirkan senyuman sinis. Dia berniat tidak mahu membalas SMS dari lelaki itu. 5 minit kemudian, telefon Aina berbunyi lagi. SMS dari Azizi lagi.

Mesej:
Aku tunggu kau sampai kau datang. Sampai library ni tutup.
~Mamat Psiko~

Aina menarik nafas sekali lagi. Benarkah Azizi mahu menunggunya? Dia tersenyum sinis. Dia tahu Azizi tidak akan mengikut apa yang dikatakannya. Akhirnya Aina melangkah keluar dari library. Merasakan berjumpa dengan Azizi Amirul tiada gunanya. Dia benci lelaki itu bukan suka lelaki itu. Itu yang Aina tanamkan dalam mindanya. Cuba menghapuskan rasa cinta yang dia rasakan telah mengantikan rasa benci terhadap Azizi Amirul.

######
Dia bengang!
Azizi Amirul menarik nafas tatkala tiba di kelas keesokan harinya. Dia ternampak Aina Zulaikha. Ah… dia bengang dengan hal semalam. Sehingga waktu library ditutup, kelibat Aina Zulaikha tidak muncul. Banyak kali dia menelefon gadis itu namun tidak berjawab. Dia tahu Aina sengaja berbuat sedemikian.

Aina Zulaikha…” sapa Azizi tatkala mengambil tempat di sebelah gadis itu. Aina menoleh. Irfan dan Zarina turut menoleh ke arah Azizi yang berada di sebelah Aina.

Baik kau berambus sebelum aku halau kau!” Aina berkata kasar sambil merenung tajam Azizi.

Azizi hanya tersenyum sinis. Dia teringatkan diari Aina yang dibacanya semalam. Tidak menyangka gadis kasar ini sebenarnya lemah lembut juga.

Kau might boleh halau aku dari duduk sebelah kau, but kau tak boleh nak halau aku dari hati kau bukan?” Azizi berbisik kepada Aina.

Aina tergaman. Azizi tahukah perasaan yang disimpan pada lelaki itu? Aina memandang Azizi yang kini berpindah tempat ke sebelah seorang gadis di hadapan mereka. Aina menelan air liur. Dia takut.

Selesai kelas Public Sector Accounting, Azizi berjalan ke arah Aina yang berada di luar kelas.

Aina Zulaikha…” Azizi memanggil.

Aina menoleh. Azizi sedang menghulurkan sebuah buku kecil yang berwarna coklat padanya. Azizi mengukirkan senyuman padanya sebelum berlalu pergi. Aina tergaman. Buku diarinya selama ini berada di tangan Azizi sendiri. Sudah tentu Azizi tahu tentang perasaan cinta pada lelaki itu. Air mata Aina jatuh tanpa dia sedar.

Ah.. buku itu selama ini di tangan lelaki itu.

#####

Aina memandang kosong facebook Azizi Amirul sebelum memandang telefonnya. Dia sudah memadamkan nombor Azizi dari telefonnya. Itu yang terbaik. Untuk lupakan lelaki itu. Aina memandang facebook Azizi sekali lagi Lelaki itu meletakkan gambarnya bersama kekasihnya sebagai profile picture. Hati Aina sakit. Cemburu dan sebagainya. Aina menelan air liur sebelum tangannya mengerakkan cursor ke arah butang ‘MESSAGE’ di sebelah kanan facebook lelaki itu, lalu jari-jemarinya menekan laju butang keyboard laptop Dell miliknya.

Aku minta maaf atas semua yang berlaku.
Salam, aku tak tahu asal aku hantar ini pada kau. But somehow aku feel teramat guilty pada kau. And I wanna say sorry. For everything that happens. Aku bet kau tentunya dah baca buku milik aku. Dan aku minta maaf teramat. Yes, aku suka kau sebab itu aku benci kau. Sebab itu aku layan kau dingin. Sebab itu aku pretending yang aku tak nampak kau depan aku. I’m sorry for everything.

Aku tahu kau tentunya dah baca semua yang aku tulis dalam buku itu. Aku minta maaf. Untuk semua kata-kata yang pernah aku lemparkan di belakang kau. Aku tak tahu sejak bila aku sedar rasa benci dan menyampah dengan nama kau sebenarnya dah bertukar kepada perasaan cinta pada kau. Kau yang bukan taste aku. Kau yang selalu aku dengar kisah negative tentang kau. Kau tahu, aku sedar perasaan benci tu dah bertukar menjadi perasaan cinta pada kau bila aku sedar aku terluka dengan kisah cinta kau dan Miera. Argh… aku rasa disaster sebut perkataan ‘cinta’ tu.

Maaf, sebab aku terpaksa benci kau untuk saat ini dan selamanya. You keep appearing in my mind and sometimes in my dreams. Dan ia buat aku rasa annoying. Everything related to you, I feel annoying. Even dengar orang yang punya nama seperti kau, dah buat hari aku rasa disaster. Maaf.

Aku minta maaf untuk semua dan terima kasih di atas pertolongan kecil yang pernah kau berikan. I’m sorry. I wish you all the best in your life.

Butang ‘SEND” ditekan. Aina menarik nafas. Akhirnya dia lega. Azizi Amirul tak akan lagi muncul dalam hidupnya mungkin. Aina mengharapkan itu. Selepas 30 minit, ada 1 message di facebook di terima Aina. Dari Azizi.

Jumpa aku di tempat kali pertama kau dan aku bertegur sapa esok pada jam 10 pagi.

Pendek dan ringkas sahaja balasan mesej dari Azizi. Aina menarik nafas. Ah… nampaknya kali ini dia terpaksa memaksa dirinya untuk bertemu Azizi Amirul.

#####

Dia berdebar
Aina menghembuskan nafas untuk keberapa kali sambil tangannya menyiapkan tugasan di library. 5 minit lagi jam di tangannya akan menunjukkan pukul 10 pagi. Aina mengharapkan Azizi tidak akan muncul. Mengharapkan apa yang dibalas Azizi semalam hanyalah mimpi. Mimpi sepertimana dia pernah bermimpi meluahkan perasaan pada Azizi.

Aina Zulaikha…” Aina menoleh. Azizi sedang memandangnya tanpa reaksi sebelum mengambil tempat di sebelahnya. Aina menarik nafas. Hatinya berdebar dengan Azizi di sebelahnya.

Kau datang… ingatkan tak datang macam hari tu,” ujar Azizi sambil meletakkan buku-buku di tangannya ke atas meja. Aina mendiamkan diri. Tidak tahu sama ada mahu menjawab atau tidak. Aina berdebar. Terlalu.

Kau minta aku datang jumpa kau ni sebab…” Aina tidak tahu ayat seterusnya yang harus dia katakan.

Aku rasa kau tahu apa sebabnya. Dari apa yang aku baca dalam buku diari kau, dengan mesej kat Facebook yang kau bagi semalam, aku rasa kau faham. Kau bukannya bodoh. Bukan?” Azizi bersuara sambil matanya memandang Aina Zulaikha yang kelihatan tertekan dengannya. Azizi tersenyum.

 “Kau! Agak-agak la nak cakap aku bodoh. Kalau kau minta aku jumpa kau just only nak balas dendam dengan buat aku marah, baik kau berambus je.” Aina melenting. Azizi hanya mengukirkan senyuman sinis sahaja.

Aina menghembuskan nafasnya. Ah… Azizi selalu sahaja menaikkan kemarahannya. Aina berkira-kira mahu bangun namun Azizi telah bertindak terlebih dahulu dengan memegang lengannya. Aina terpaksa akur.

Kau suka aku…” Azizi mula bersuara perlahan.

But kau tak suka aku…” potong Aina.

You right!” Azizi membalas. Aina menarik nafas. Sudah mengagak. Itu jawapannya.

Aku faham. Aku tak minta kau untuk suka aku balik. Satu kesalahan aku punya strange feeling on you. Aku should avoid dari kau. Dari kisah-kisah tentang kau. Dari semua yang related dengan kau.”Aina menundukkan wajahnya. Memandang meja yang dipenuhi dengan buku-bukunya.

Dan satu lagi… kau tak patut membenci aku terlalu.” Aina menelan air liur mendengar ayat Azizi yang ini.

Aku minta maaf. Kalau kau nak benci aku like before, go on. Aku rasa itu lagi baik. Kita membenci antara satu sama lain. That’s would be better.” Aina menahan sebak di dada.

Azizi menarik nafas. Terkesima dengan cadangan gadis di sebelahnya. Membenci gadis itu? Ah… dia risau jika dia yang akan jatuh cinta pula dengan Aina Zulaikha. Entah… mana mungkin dia akan jatuh cinta pada gadis biasa seperti Aina. Jika dibandingkan Aina dengan Miera, lagi baik Miera. Miera bukan pendiam seperti Aina. Aina bukan pandai berhias seperti Miera. Miera pandai mengadaptasikan dirinya berbanding Aina.

So?” Azizi bersuara.

So?” Aina memandang Azizi. Dia menarik nafas. “So… let’s pretending we didn’t know each other. Kau buat hal kau dan aku buat hal aku. Besides, kita di semester akhir bukan? So, aku rasa tak mungkin kita akan jumpa again.

Azizi menarik nafas. Terkesima dengan ayat yang keluar dari mulut Aina Zulaikha. Tidak menyangka gadis itu tergamak berkata sedemikian. Ah… terluka sangatkah Aina padanya?

Why? Asal perlu sampai macam tu sekali?” Azizi menyoal.

Supaya hati aku tak akan lagi sakit. Supaya aku tak akan terluka lagi dengan kau. Aku minta maaf sebab terpaksa benci kau. Minta kau benci aku but aku rasa itu yang terbaik. So that aku akan dapat lupakan kau. Besides, kau tak suka aku kan? What for aku keep hoping on someone yang tak akan pernah suka aku,” Aina menahan sebak di dada.

Azizi menelan air liur. Dia sedar Aina sedang mengemas buku-bukunya. Azizi hanya memerhatikan sahaja Aina bangun dan meninggalkannya sendirian di situ. Azizi menarik nafas. Mungkin dia terpaksa mengikut cadangan Aina Zulaikha. Azizi Amirul menarik nafas sekal lagi. Entah mengapa, Aina menyedarkan dia pada sesuatu. Sesuatu yang sudah lama dia biarkan. Dia keluarkan cebisan kertas yang dikoyaknya dari buku diari Aina Zulaikha.

Aku cinta kau, Azizi Amirul. Aku benci kau Azizi Amirul. Benci aku pada kau, itulah cinta aku pada kau

Azizi melipat helaian kertas itu sebelum dimasukkan ke dalam diarinya. Nampaknya dia harus belajar untuk bencikan Aina Zulaikha sekali lagi. Dia terpaksa membenci Aina sebagaimana gadis itu mahu. Dia tidak mahu lagi gadis itu terluka dengannya. Aina menyedarkan dia pada rasa cinta sebenar. Cinta Aina Zulaikha pada Azizi Amirul.

---THE END---

p/s--- Ahahaha.. aku gembira bila dapat siapkan ini. Hahaha. Another ending  of  cerpang: BENCI ITU CINTA. Selamat membaca. =)

(Ada sesuatu yang aku tulis di sini yang dah lama nak ucap pada seseorang but i can't since i hate him too much)





Tuesday, July 17, 2012

Ke Hadapan Jejaka....




Ini untuk kau.. 

Ke hadapan jejaka,

Maaf andainya warkah ini mengejutkan kau. Err… warkah kah? Aku sendiri tak tau, kalau kau mahu anggap ini warkah silalah, tapi aku rasa selayaknya nota pendek sebenarnya. Oh tak apalah. Aku dah melalut ke topik lain.

Kebiasaannya, bila aku luahkan perasaan pada seseorang sama ada aku tulis atas kertas dan aku bakar kertas itu tanpa aku hantarkan pada orang yang aku suka itu. Ataupun directly pada orang itu, perasaan itu lama kelamaan akan hilang. Aku harap perkara yang sama berlaku pada kau.

Tetiba je aku rasa menyesal meluahkan perasaan tu pada kau. Dowh… aku tahu aku bertepuk sebelah tangan. Kau mana akan suka aku bukan? Oh, nampaknya aku memalukan diri aku lagi. Hahaha. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya kali ini aku mendapat pengajaran. Benar-benar pengajaran yang mana aku tak akan lagi mengulanginya.  Aku rasa satu kesilapan besar aku luahkan perasaan tu pada kau.

Dan aku rasa lagi satu kesilapan bila aku benarkan sahaja perasaan tu melekat kat aku. Ah… menyesal teramat! Aku harap kau tak kisah aku tarik balik luahan aku pada kau hari tu. Maaf, sebab buat minda kau overloaded dengan luahan aku. Sekarang aku dah tarik balik jadi aku rasa kau dah tenang kot? Harap-harap. Maaf atas nota pendek ini.

~Gadis~



P/s---- ini aku copy tak sangat dari cerpen  Hati, Zine Pilihan Warna Kaseh. Macam menarik lak part surat tu.. Ehehe.




Monday, July 16, 2012

Quotes #9



Setiap ujian dariNYa adalah untuk menguji keimanan kita. Masih utuh ataupun sudah berkurang. Walaubagaimana peritnya ujian itu, ingatlah, itu adalah sebahagian pembelajaran yang kita terima dariNYA.  Sebahagian proses dari kehidupan ini. Jangan sesekali pernah kau mengeluh dia atas ujian yang diberikan. Jangan sesekali kau putus asa dengan apa yang kau ada. Kekalkan semangat itu. Kekalkan ingatan kau padaNYA.


Days


Some days are much darker than others, but a bright one is always around the corner.

Sunday, July 15, 2012

Ingatkan


Tolong ingatkan dia

Ingatkan dia untuk menjadi yang lebih baik dari mereka. Makin hari makin dia takut untuk menghadapi situasi seperti mereka. Risau jika dia akan berkelakuan seperti mereka. Masa silam masih lagi menghantui dirinya. Dari saat dia tahu perkara sebenar.

Ingatkan dia untuk menjadi seorang anak yang baik. Seorang anak yang masih lagi akan mengambil berat tentang keluarganya bila dia punya wang sendiri nanti. Walau mungkin, di saat itu, kasih sayangnya itu akan berat kepada keluarga yang membesarkannya.

Ingatkan dia tentang impiannya.
Ingatkan dia untuk membalas jasa-jasa mereka yang membesarkannya. Mereka-mereka yang tak pernah melupakannya. Walau mungkin masih lagi ada sedikit perbezaan. Tapi dia hadamkan sahaja jurang itu. Dia sedar siapa dirinya. Yaaa… dia akan sentiasa ingat hal itu sampai mati.

Ingatkan dia untuk terus tabah hadapi liku-liku hidup. Sama ada dia akan sendirian sehingga ke akhir hayat mahupun tidak. Dia tidak tahu. Mungkin benar, dia harus mencari seseorang di masa hadapan. Tapi bukan di saat ini. Hatinya masih lagi tidak mahu terima rasa itu lagi.
Ingatkan dia untuk terus kuat.

Ingatkan dia untuk terus senyum dan tenang walau apa sekalipun yang berlaku. Walaupun, mungkin di satu masa nanti, dia akan rebah lagi, dan mungkin kali itu lagi teruk dari sebelum ini. Dia tidak tahu.

Ingatkan dia untuk terus bersabar dan kuat. Ingatkan dia untuk terus berpegang pada takdir yang Maha Esa. Ingatkan dia untuk terus redha. Ingatkan dia pada Qada’ dan Qadar. Ingatkan dia pada Tuhannya. Ingatkan dia. Tolong ingatkan dia.

Ingatkan dia tentang kehidupan yang sementara ini.
p/s---peringatan untuk diri sendiri.


Quotes #8




The sky isn't always blue, the sun doesn't always shine.
So, it's okay, to fall apart sometimes. 
You don't have to be strong all the times. Let the tears drop sometimes.



Wednesday, July 11, 2012

Single dan Boyfriend



Dowh… aku heran betul. Kelmarin aku p melawat auntie aku dengan kazen aku. And then borak-borak, tetiba je auntie aku tanya kitaorang dah ada boyfriend ke belum… masing-masing jawab tak ada. Huhu. And then yang tak boleh blah, auntie aku tak percaya. Owh… why why???

Adakah di usia aku sekarang ini, bila kata tak ada special boyfriend or girlfriend adalah sesuatu yang sukar dipercayai?? Why why? Aku ada ramai kawan yang single. Aku suka single. Single lagi senang. Kredit top up pun jimat. Aku boleh jimat top up RM 10 dalam masa sebulan tahu. Tak serabut. Tak de buat benda-benda yang leceh macam pergi dating, mesej, calling-calling and so on… erk… ini pendapat aku je la. Hahaha.

Nak boyfriend macam ni boleh tak?
Then aku ingat lagi bila saat berbual Mami, Mami suruh aku cari boyfriend di saat ini. Dowh… why? Is that important?? Yaaa… aku tahu aku akan bergelar pelajar jurusan tahun akhir next semester. Entah… mungkin itu yang merungsingkan para pelajar univeristi tahun akhir. Risau kalau masih bujang.

Tapi bagi aku okey je. Single is better you know. Memanglah saat ini aku sedang pulih dari heartbroken… but donno why, aku tak interested nak in a relationship. Ada kawan aku kata, nak cari di saat semester akhir. Hahah. Aku ? Entah… maybe cari masa kerja kot? Itupun kalau aku nak la, tak pun, aku duduk je kat beranda rumah, tunggu orang datang minang aku. heheh. Ataupun suruh mak aku carikan. Tapi aku tak suka pilihan keluarga.. ahaha. Masih nak mencari sendiri juga.. haha

Ah… biarkan je la. Kalau dah sampai seru aku tamatkan zaman bujang aku, ada la tu. Hahah. AKu tak tahu siapa yang bakal sanggup menahan mendengar aku merepek bukan-bukan tetiap hari. Huhuhu. Yang penting dia tak tahu aku ada blog… keh keh. Okey sekian.

Single is better.


Monday, July 9, 2012

Sempurna.



Dia bukanlah seorang yang sempurna jika dibandingkan dengan sesiapa. Dia punya banyak kekurangan diri berbanding mereka-mereka yang sentiasa menyebabkan dirinya lemah. Hilang semangat tatkala kata-kata yang menguris hatinya dilontarkan. Dia senyum sahaja walaupun hatinya sudah kecewa yang teramat.
Dia bukannya sempurna.
Dia bukanlah sempurna. Tiada keSempurnaan apabila dia jatuh cinta. Benar, cinta itu bukan suatu memori yang mampu dia labelkan sebagai sesuatu yang indah. Walaupun mereka-mereka di luar sana sentiasa mengatakan padanya cinta itu sebenarnya indah. Ah… mungkin dia belum lagi ketemu cinta yang mampu buatkan dirinya kelihatan indah. Mungkin belum tiba lagi saat itu. Saat, dia rasakan cinta itu sebenarnya indah.

Dia bukanlah sempurna. Walaupun dia kadang-kadang mengharapkan dirinya sempurna. Mengharapkan hidupnya sempurna dengan angan-angan dan impiannya. Mungkin impiannya itu tidak akan pernah tercapai. Sebenarnya sudah terlambat mungkin. Kehidupan yang sempurna yang dia mahukan dari dulu lagi tidak mungkin akan tercapai. Dia senyum sahaja. Mungkin masa depan mampu mengubahnya?
Dia juga mengharapkan kesempurnaan dlam hidup
Dia bukanlah sempurna. Mungkin mereka-mereka mengatakan hidupnya tidak sempurna. Tapi, baginya hidupnya sudah cukup sempurna walaupun tidak sesempurna mereka yang lain. Dia menghargai apa sahaja yang ada dalam kehidupannya sekarang ini. Bersyukur sahaja apa yang ada. Mungkin itu yang terbaik.

Dia bukanlah sempurna. Tidak pernah akan jadi sempurna seperti mereka-mereka harapkan. Mungkin ada dia sengaja berbuat sedemikian. Menjadi tidak sempurna. Tidak sempurna di mata mereka. Tidak sempurna di matanya. Mungkin menjadi tidak sempurna itu membahagiakan dirinya. Mungkin. Dia senyum sahaja tahu.

Dia memilih untuk menjadi tidak sempurna.

p/s---> Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Setia



Setia. Aku rasa setiap kali manusia-manusia melafazkan janji setia mereka, tak mungkin mereka akan dapat tunaikan. Mungkin tidak pada sepenuhnya sebab hidup ni penuh dengan pancaroba. Penuh dugaan. Mungkin kata-kata setia tu mudah untuk dilafazkan tapi untuk tunaikan bukan mudah tahu.

Seperti seorang lelaki yang berjanji taat setia untuk mencintai si wanita yang menjadi isterinya. Tapi, di belakang wanita itu, lelaki itu punya seorang lagi seorang isteri. Yaaa… lelaki itu setia. Setia untuk mencintai isterinya tapi bukan hanya seorang isteri sahaja. Nampak tak permainan di situ?

Hidup ini satu ujian tahu.
Bila berlaku masalah untuk berpegang pada kesetiaan itu, sudah tentu lelaki yang dipersalahkan. Mengapa begitu? Perempuan juga sama tahu. Baik lelaki mahupun perempuan adalah sama. Mereka punya kebolehan untuk curang pada pasangan. Jangan hanya sekadar menuding jari pada lelaki saja. Mungkin kau tidak pernah mendengar lelaki yang kecewa akibat kecurangan teman wanitanya atau isterinya?

Ah… aku bukan pakar untuk berbicara soal setia dalam percintaa sebab setia yang aku tahu hanyalah pada kawan dan keluarga sahaja selain setia pada YANG MAHA ESA.
Hidup ini satu ketentuan.


p/s-àsemoga kamu tenang-tenang sahaja tanpa aku. Ah… dah start rindu kawan-kawan FB… huhu. 


Thursday, July 5, 2012

Diary


I keep a diary.
Aku suka menulis. Dan aku ada diari. Di kala ini ada 4 biji buku diari di tangan aku. err… actually 6 termasuk dengan 2 buku yang aku bakar dan buang sebab aku tak nak ingat tentang apa yang aku tulis.

Ia salah satu benda yang terpenting dalam hidup aku.

4 biji itu kalau dikira, aku mulakan dari saat kali pertama aku jejak kaki kat U tu. Means, kisah suka duka U aku semua aku taruk dalam 4 buku tu. (3 dah full).  Bila aku baca balik 3 buku yang terawal, aku senyum sahaja. Sungguh, tulisan zaman dahulu dengan zaman sekarang berbeza. Ayat zaman dahulu dengan zaman sekarang berbeza. Coretan zaman dahulu dan zaman sekarang berbeza. Semuanya berbeza.

Bila aku baca, yes, everything that happen di U, aku tulis semua. Dari saat aku jejak kaki tu, tentang love at first sight aku, tentang mamat kerek itu, tentang geng-geng aku satu tika dahulu, tentang coursemate aku. Ohh.. aku sedang flashback balik semua tu.
Aku taruk segala rasa yang aku ada pada buku itu.

Oh, ada juga aku tulis tentang mr.X… that would be in second book, means second year aku kat U tu. Aku rasa setiap tahun, satu buku mungkin. Ah… ada 1 tahun lagi untuk habiskan sisa di U tu. Mungkin 2 buku diperlukan untuk satu tahun itu. I think that would be a lot to write about. Huuu.

Apa aku nak buat dengan diari-diari tu nanti? Entah… mugkin aku akan simpan ia sehingga aku memasuki alam perkerjaan. Aku menulis selagi aku mahu.

Aku menulis selagi aku mahu.


p/s--- menulis itu melegakan aku tahu. =D

Khamis yang Klasik.


Aku tak tahu dalam banyak-banyak perkahwinan selebriti, aku teruja dengan yang Irma Hasmie punya. Maybe sebab dia punya CINTA LEPAS KAHWIN kot dan dipenuhi dengan keberkatan dariNYA. UHuhuu.. 

Ah... rasa macam nak je alami apa yang dia alami but then entah, ada banyak perkara yang harus aku baiki dahulu. Dan tentunya ia hubungan dengan yang Maha ESA.

Tak apalah, aku cuba baiki diri aku dahulu. Itu yang lebih penting dari segala benda yang ada di dunia ni. Salam Nisfu Syaaban.

p/s--- mendoakan mereka bahagia. 
Oh...sumber gambar dari Facebook.

Wednesday, July 4, 2012

Suratan atau kebetulan?


I used to keep that feeling.
Ah.. pernah tak korang pergi memana, korang terserempak dengan orang yang sama? Oh, ini bukan orang yang korang dah janji nak jumpa but someone entah not really know, but korang selalu nampak dia.

Aku, pernah alami situasi itu. He’s the first person yang aku in love with. My love at first sight I guess, sebab aku rasa aku suka dia pada kali pertama aku nampak dia. Aneh bukan rasa cinta itu? Mungkin masa aku rasa aku jatuh cinta, aku still seorang innocent. Dia yang selalu buat aku tersenyum tanpa pengetahuannya. Yang buat hari aku penuh dengan senyuman even tika itu aku alami sesuatu yang muram. Tapi itu dulu. Sekarang ia tiada makna apa-apa.

Yaa.. mungkin tika itu, aku masih lagi seorang yang baik. Orang cakap, perempuan baik biasanya akan jatuh pada lelaki yang baik dan begitu sebaliknya. Ah… aku bukannya baik sangat sekarang ini untuk katakan sama ada orang itu jahat atau tidak di saat ini. Aku tiada hak untuk tafsirkan sedemikian.
Dia pernah buat aku tersenyum.
Saat aku tahu aku dapat tawaran U yang sama dengan dia, aku andaikan dia jodoh aku. Mungkin saat itu, aku masih punya perasaan pada dia. Ah… malu bila teringatkan tentang ini. Hari pertama aku di U (ah, aku dapat rayuan kemasukan) aku harapkan sangat aku dapat lihat dia. Namun tidak berjaya. Tambahan lagi kos dia dan aku tidak sama begitu juga dengan kolej penginapan. Semuanya tidak sama.

Pernah ada 1 kali itu aku ada bengkel kayak di tasik U aku, and then I saw him. Yes, dengan berpakaian sukan, mungkin dia datang jogging di situ. Aku perhatikan sahaja dia sehingga dia berlalu pergi. But dia tak sedar kewujudan aku. Aku senyum bila ingat ini kembali.

 Dan pernah juga ada satu kali itu, ketika ekspo konvokesyen U aku, aku berada di gerai buku. Membelek-belek buku di situ tatkala kawan-kawan aku ke mana entah. Yaa… aku nampak dia. Hanya beberapa inci sahaja dari aku. but then, dia tak sedar kewujudan aku. sedikit pun tidak pernah. Ah… mahu saja aku menegurnya, namun disebabkan aku ketika itu masih lagi punya perasaan padanya, jadi aku batalkan sahaja dan mencari kawan-kawan aku.

Dan ada satu lagi insiden, di mana aku tersesat ketika membeli-belah bersama-sama kawan-kawan aku. Dalam mata aku sibuk mencari kawan-kawan aku di sebalik orang ramai itu, aku sedar ada seseorang sedang melambai ke arah aku dengan senyuman. Yaaa… dia. Aku senyum sahaja padanya sedangkan hati aku sudah berbunga-bunga melihatnya. Ah… ini cerita dahulu kala tahu.
I used to feel really excited whenever I meet him somewhere.
Aku tak tahu sama ada ini dikatakan suratan atau kebetulan. Setelah berhempas pulas berfikir tentang ini, aku andaikan ia hanyalah kebetulan sahaja. Bukan suratan. Sebab aku kini hanya jadi kawannya sahaja. Yaa… aku gembira dapat menjadi kawannya bukan lagi dia punya secret admire. Ah… benar, menjadi kawan padanya lagi sesuai untuk aku dari aku menyimpan perasaan pada dirinya.

Mengapa kebetulan aku pilih? Entah. Mungkn ketika itu, mata aku selalu mencari kelibatnya walau aku tahu kemungkinan untuk terserempak dengannya adalah tiada. Yaa… aku yang selalu mencarinya bukan ia secara tiba-tiba. Ah… ia lain dengan situasi itu. Situasi yang aku rasa aku terlalu alert dengan kewujudan seseorang itu. Ah… ini kisah dahulukala diingatkan sekali lagi.

Mungkin aku mahu imbau kembali saat aku selalu terserempak dengan dia. Dia yang pernah aku simpan perasaan selama 4 tahun dari matrikulasi lagi. Sebelum aku sedar perasaan itu sudah hilang setahun yang lepas. Saat aku sedar rasa aneh itu telah menuju ke arah seseorang yang aku sendiri tak pernah sangka akan punya rasa aneh. Ah… balasan kah ini? 

Sekadar mengimbau masa lalu.


p/s---maaf diatas kepanjangan entry ini. Sekadar mengimbau saat yang pernah buatkan aku tersenyum sepanjang hari. Dan ya... aku tersenyum bila mengingati ini.