Wednesday, June 13, 2012

Tangisan Awan



Dia biarkan dirinya basah

Dia biarkan dirinya basah. Dibasahi dengan tangisan awan. Mungin itu yang terbaik. Mungkin itu melegakan dirinya. Dia lega. Dia pandang langit yang gelap itu. Dia senyum. Rupanya nikmat tahu membasahi diri dengan tangisan awan. Dia biarkan sahaja titisan air itu membasahi baju yang dipakainya. Dia biarkan sahaja kakinya kotor dengan tanah lumpur. Dia biarkan sahaja semua itu.

Dia depakan tangannya. Menadah titisan air itu. Dia senyum. Dia senyum sahaja sebelum dia sedar air di pipinya bukan lagi air dari tangisan awan itu. itu air yang jatuh dari matanya. Yaa… dia menangis. Dia pejamkan matanya. Air matanya masih lagi jatuh. Jatuh bersama-sama tangisan awan itu. Dia cuba senyum, tapi kali ini senyuman itu bukan senyuman kegembiraan. Itu senyuman kesedihan. Kesedihan di atas masa silamnnya.

Nobody wants to wait 4ever
Angin yang menerpa dirinya sedikitpun tidak membuat dirinya berganjak dari tempat dia berdiri. Dia biarkan sahaja angin itu melanggar dirinya. Dia senyum lagi. Senyum sehingga dia mahu. Walaupun pahit, dia masih cuba senyum. Senyum sampai dia rasakan dia tidak bermaya lagi untuk membiarkan tubuhnya dibasahi tangisan awan itu.

Awan masih menangis. Dia pejamkan matanya. Membiarkan sahaja tubuhnya dibasahi oleh tangisan awan itu. Dia pejamkan mata sambil menghayati bunyi hujan. Indah tahu. Dia senyum lagi. Senyum dan pejam mata sebelum dia sedar tiada lagi tangisan awan menyentuh dirinya.

Dia buka matanya. Seseorang sedang tersenyum kepadanya sambil memegang payung putih di tangannya. Dia membalas senyuman itu. Seseorang menghulurkan tangannya kepada dirinya. Dia menyambut dengan senyuman. Akhirnya dia menuruti seseorang itu pulang. Dengan senyuman di wajahnya. Tangisan awan juga turut berhenti. Dia menoleh ke belakang, dia lihat ada pelangi di hujung sana. Dia senyum.


Dia senyum. =)

6 comments:

  1. aku ske ini

    aku ske sngt

    sbb aku ske menangis mse awan mngis juga

    ReplyDelete
  2. aku ske ini

    aku ske sngt

    sbb aku ske menangis mse awan mngis juga

    ReplyDelete
  3. Iffah Afeefah---erk.. aku tidur je masa awan nangis.. heheh

    ReplyDelete
  4. aku suka tgk awan menangis dengan bersunguh-sungguh-Lebatlah tu!!

    tapi kalau masuk dlm selimut masa awan menangis pon best gak haha..

    ReplyDelete
  5. aku suka tgk awan menangis dengan bersunguh-sungguh-Lebatlah tu!!

    tapi kalau masuk dlm selimut masa awan menangis pon best gak haha..

    ReplyDelete
  6. Nong Andy---> hehehe., Itulah.. masuk dalam selimut pun best jugak ni.. hehe

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.