Tuesday, June 26, 2012

Surat

Dia menulis dengan hatinya yang kosong.
Dia memandang kosong helaian kertas itu. Terasa kosong di saat pen di tangannya menulis apa yang lahir dari hatinya. Kata-kata yang telah lama dia mahu ucapkan pada seseorang. Dia tulis sahaja apa yang terlintas di fikirannya. Selesai menulis, dia masukkan ke dalam sampul surat. Menulis alamat seseorang itu di atas sampul itu. Dia poskan. Dia lega. Bebanan yang dia tanggung telah hilang. Dia lega. Terlalu.

Satu hari menginjak kepada beberapa hari. Ah… sudah tentu si penerima telah menerima surat itu. Dia tersenyum tawar. Tidak mengharapkan surat itu akan dibalas. Yaa… dia telah menyatakan dengan jelas, dia tidak meminta surat itu dibalas. Dia tidak mengharapkan balasan. Sedikit pun tidak walau ada sedikit dirinya mahu tahu reaksi penerima itu. Tapi dia tahu, surat itu tentunya tidak memberi apa-apa kesan pada si penerima. Dia tahu itu. Mungkin.

Sedikitpun dia tidak mengharapkan balasan.
Ah… kadang-kadang terfikir juga dia reaksi si penerima itu. Bencikah dengan surat itu? Atau kosong seperti dirinya tika dia menulis surat itu? Mungkin tiada apa-apa kesan pada penerima. Tujuan surat itu bukan utuk mengharapkan balasan pada apa yang dinyatakan dalam surat itu. Hanya sekadar meluahkan kata-kata yang dia harus luahkan pada si penerima.

Sebulan telah berlalu. Ah… nampaknya surat itu tidak mungkin akan dibalas. Dia senyum lagi. Ah… biarkan sahaja. Di saat dia menghantar surat itu kepada si penerima, di saat itulah dia membuat keputusan, dia harus lepaskan segala rasa yang dia ada pada si penerima.

Surat itu untuk menghilangkan bebanan yang ditanggungnya
Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Tiada penyesalan terbit di hatinya. Tiada kata-kata bodoh yang dilemparkan pada dirinya. Dia lega kini. Bebanan perasaan itu telah hilang. Dan dia sekarang mampu meneruskan hidup dengan gembira. Dengan penuh ketenangan. Dia senyum lagi.

p/s--- there are some things better to be left unsaid 





10 comments:

  1. mungkin kau lupa meninggalkan alamat ?

    ReplyDelete
  2. miss klanika---->alamat? entah... sila bayangkan penerima itu tahu alamat penghantar jua.. =)

    ReplyDelete
  3. a.. menulis surat memang boleh melegakan. Aku pernah menulis satu surat kepada bekas kekasih. dan it make me feel betttter!!!

    ReplyDelete
  4. ah.. tapi tentulah aku x kirim surat itu :p

    ReplyDelete
  5. Nong Andy---> kan.. kadang3 menulis ni buat kita feel better.. heheh.

    alaaa.. asal kau tak hntar? kalau aku , aku dah hntr lntk la dia reply or not.. heheh

    ReplyDelete
  6. Nong Andy---> kan.. kadang3 menulis ni buat kita feel better.. heheh.

    alaaa.. asal kau tak hntar? kalau aku , aku dah hntr lntk la dia reply or not.. heheh

    ReplyDelete
  7. betol ade perkara y baik jgn luahkan

    aku ske point stiap entry kau

    ReplyDelete
  8. betol ade perkara y baik jgn luahkan

    aku ske point stiap entry kau

    ReplyDelete
  9. Iffah Afeefah---> heee... kan. Ada certain3 things lebih baik dpendam.. heheh.

    #terima kasih suka.. huhu

    ReplyDelete
  10. Iffah Afeefah---> heee... kan. Ada certain3 things lebih baik dpendam.. heheh.

    #terima kasih suka.. huhu

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.