![]() |
| Awan itu cantik tahu. |
Hobi aku satu ketika dulu, aku suka perhati
langit. Perhatikan bentuk awan-awan yang unik dan menarik. Yup… it always look
beautiful for me, till now and then. Bagi aku itu satu keindahan yang kau
sendiri tak dapat cipta tahu. Tuhan saja yang punya kebolehan itu.
Masa perhimpunan sekolah, bila aku bosan
dengar cikgu duk sibuk bagi ceramah kat hadapan, aku kat belakang, pandang je
langit. Yup, bentuk awan waktu pagi benar-benar cantik tahu. Kadang-kadang aku
dapat rasakan bumi sedang berputar bila melihat awan sedang bergerak. Seperti menonton
video tentang pergerakan awan tahu.
Aku pernah create satu imaginasi tentang
awan ini. Pernah ingat tentang cerita kartun Hercules??? Hehehe. Itulah
imaginasi aku. Aku rasa aku ingat yang itu. Zaman kanak-kanak aku cuma ada kucing, baju yang macam puteri and of course it's a pink colour, and sort of it. Aku tak ingat sangat.
Dan waktu malam-malam kat rumah, aku akan lepak
kat beranda kat tingkat atas (situ tempat tersorok aku) dan nikmati pemandangan
bintang dan awan. Might sounds weird bukan? Tapi itu aku lah dulu. Aku ingat
lagi masa aku kecil, aku buat hajat pada bintang yang paling bersinar yang aku
dapat tengok. Ini sebab oengaruh cerita cina apa entah masa tu. Buatkan aku
terpercaya sama. Tapi mujur, sekarang ni aku dah tahu yang mana betul dan
salah. Hanya pada DIA sahaja kita boleh berhajat bukan?
Tapi itu dulu. Dah lama aku tak buat hobi
yang ini. It’s happen since aku masuk U ni. Aku sedar saat aku melangkah masuk
ke U ni, aku dah banyak berubah. I miss the old me, maybe. Entah… kawan aku
kata dia suka diri aku yang baru ini but aku still suka diri aku yang lama. Mungkin
bodoh dan malu bila mengingati kisah-kisah silam but itu yang menyebabkan aku
berubah even ada sometimes aku still dengan aku punya old habit. Hurmm… maybe
aku perlukan perubahan. Maybe. Oh… sekian.



11 comments:
pandanglah langit,disitu awak akan jumpa keajaiban ciptaan Allah yang sangat indah~=)
Aku suka perhati awan walaupun ia buat aku rasa sedih...dan aku selalu bayangkan di balik awan itu ada satu kerajaan yang maha hebat...
aku rasa takda apa yang pelik. tiap org punya perilaku beza2 asalkan tidak mengaibkan dan merugikan... aku suka berangan nak jadi novelis. hahahahaha
bidadari syurga
aku ske gak
tapi xslalu la
Layyinur Harir---> huuu...yaaa.. saya tahu itu. =)
#####
Lady Windsor---> heheheh. Kau macam aku dulu.. huhu.
#kenapa kau sedih bila pandang awan?
#####
Guest writer--->heee... betul tu.. asalakan tidak menganggu kenteraman orang bukan?
####
Iffah Afeefah--> huuu...aku selalu. Tapi tu dulu.. heheh
Aku jarang ada masa perhatikan awan. Tapi aku ingat lagi masa remaja dulu aku n kakak aku slalu tgk bintang pada malam hari. pengaruh tv, kalau ada taik bintang cepat2 buat hajat. kami pun mcm tu juga hahahaha... kadang smpai letih kami renung bintang nak tgk taik bintang tapi hapa pun xde ekekekeke...
Nong Andy--->hahhaa. aku dulu macam tu la..hehehe. Buat hajat tapi m'sia mana ada tahi bintang lol..huhu
ada.. betul. kalau kau berjaga malam. kau tengok bintang-bintang. masa cuaca cerah biasanya. kadang kala kau akan nampak sekali sekala. betul.. ini pengalaman aku. kadang kau akan nmpak tahi bintang atau org panggil 'komit heli' dia bergerak laju. sebenarnya ia adalah batu-batu yg terjatuh ke atmosfera kita namun sebelum smpat smpai ke bumi ia telah hancur akibat tekanan. kan ruang angkasa di penuhi batu-batu. ah.. ini aku pernah terbaca/ tertengok dlm tv ntah lama dulu la. sebenarnya hampir setiap hari ada jer tahi bintang.. cumanya 'mereka' tak boleh tembusi atmosfera bumi sebab dah hancur sebelum smpai ke bumi.
eh.. pjgnya. haha...
NA---> baca komen kau ini rasa mcam sedangbelajar astrology... hehehe.
nak perubahan ke?
jum tgk aku lak..
hahahahahah :)
gurau je.. :P
cik ZaituL---> huuu.. macam mana tgok kau leh buat aku berubah?// huhuhu
Post a Comment